Followers Remaja Purba

Thursday, June 20, 2019

Apalagi yang boleh aku katakan


Ini kisahnya..

Dak Adik:
Sepanjang Syawal kali ini, dia dikuarantin dari melibatkan diri dengan aktiviti di luar rumah. Setakat main di depan rumah takpe lagi sebab berada di depan mata. Bukan nak mengongkong tapi itu semua demi mengelakkan ada unsur-unsur tidak baik terhadap diri dak Adik.

Kita sedia maklum, dari bulan puasa hinggalah Syawal menjelma, pasti ada sebilangan dari budak-budak tak lepas bermain mercun. Inilah yang sebenar aku cuba elakkan sebab pernah terjadi anak aku dipersalahkan. Memang aku akui salah anak aku; aku dan en. Hubby dah pun minta maaf waktu itu.

TAPI, kalau nak dibandingkan kisah tersebut, ketika anak aku bermain bunga api bersama anak jiran dan terkena pulak di tepi mata, aku takdelah riuh setaman walau aku dah rasa nak jadi Mak Singa masa tu. Mana taknya kejadian tu berlaku depan mata mak yang menyebabkan anak aku kena, dia sikitpun tak marah anak dia dan tak minta maaf pada aku. Huh! Bila anak orang lain kena, kemain lagi.. aarrggghhhh...!! Puaslah en. Hubby pujuk aku agar tak pergi ambush mereka yang lebih sudu dari kuah waktu itu.


Dak Nuha:
Ramai yang mengatakan dia dah kurus. Itu pada pandangan mata orang tapi pada aku dia tetap 'baby tembam' di rumah. Marah sungguh dia kalau ada yang kata dia gemuk.

'Siapa yang cakap Nuha macam tu?'
'Si A tu lah.. dia cakap Nuha gemuk. Macamlah dia tu kurus sangat, sama jugak gemuk.' tersenyum aku mendengar omelan dia.

Hailaa Nuha.. ada je cerita tiap kali balik sekolah dan adakala kisah dia 'kena buli'. 'Dia buat macam tu, kenapa Nuha tak balas? Jangan lembik sangat. Nanti senang kena bulilah!' Marah sungguh dak Kakak dibuatnya. Alah.. biasalah tu, ada yang nakal, ada yang suka mengusik. Aku pula sekadar mendengar perbualan mereka.


Dak Kakak:
Baru-baru ini satu kejadian yang tak diingini telah berlaku kepada dak Kakak. Terkena minyak panas waktu memasak di dapur. Minyak di dalam kuali tertumpah dan terkena pada bahagian peha dak kakak di SINI. Menggigil badan aku ketika mendapat berita tersebut. La ni.. Alhamdulillah keadaan dak Kakak semakin baik dengan ubat yang dibekalkan oleh doktor. Cuti Sakit pula diberikan sepanjang minggu ni.


Kisah aku dan en. Hubby:
Rutin berjalan seperti biasa. Open House..? Tarikh dah ada tapi masih diperingkat perbincangan.

Dalam tiada masa untuk update di sini dek sibuk dengan tugasan di tanah jajahan baru ni, berjaya juga aku siapkan satu entry ni. 

StatusHati: Selagi Syawal masih ada..

Tuesday, June 18, 2019

Kejadian pada 13 Syawal 🤤


17 Jun 2019 (Isnin)

Ketika itu rutin harian berjalan seperti biasa. Kerja di tanah jajahan baru ni masih terlalu baru pada diri aku. Belum hadam dengan kerja A, datang pulak kerja B, itu belum lagi kerja C. Aku stress tapi aku cuba sediakan nota khas berkaitan kerja hakiki yang baru ini.

TAPI.. bukan itu nak diceritakan, sebaliknya:
Aku sangat terkejut dengan berita dak Kakak melecur dek terkena minyak panas waktu memasak di dapur. Terkena pula pada bahagian peha.

Aduh! Panik aku bila en. Hubby bagitahu keadaan dak Kakak. Bila ditanya pada dak Kakak, dari skala 1 hingga 5 tahap melecur tu. Menangis dia bagitahu 'skala 5 ibu'. Berderau darah aku. Allahuakbar.. lagilah aku risau. 

Dahlah aku fobia dek kes air panas yang pernah kena pada dak Adik dulu (boleh rujuk pada entry awal kewujudan blog Mak Budak ni). Kali ni minyak panas pulak. Menggigil aku memandu balik petang semalam.

Alhamdulillah..
Itu je yang aku boleh bagitahu selepas berjumpa doktor.

Hari ni..
Aku cuti rehat memantau keadaan dak Kakak. Itupun ada hati nak ke sekolah. Manalah Babah tak bebel, sama je perangai dengan ibu. Sakit-sakit pun masih nak pergi kerja.

StatusHati: Pemantauan diteruskan.

Monday, June 17, 2019

Salam Aidilfitri dari #ChefHubby dan #MakBudak


Di pagi satu Syawal..

Salam Aidilfitri dari #ChefHubby dan #MakBudak buat semua.

Aidilfitri kali ini disambut meriah di kampung bersama en. Hubby dan keluarga. Tiada istilah 'one two som' nak sambut raya di mana. Pagi raya beraya di rumah MIlL sebelum berangkat pulang ke kampung mak aku di selatan. 

My anak sulung.. dak Kakak..

Kali ni berbusana ungu dari koleksi simpanan almariku. Warna yang menjadi pilihan anak-anak. Tak kisahlah aku tiada baju baru asalkan anak-anak gembira menyambut Aidilfitri. Kalau nak tahu, baju ini baju lama, dah boleh menjadi koleksi muzium rasanya kerana usia baju ini seiring usia dak Kakak.

Dak Nuha yang bersantai di sebelah atoknya..


Di petang satu Syawal..
Perjalanan balik kampung ke Selatan diteruskan. Tiada yang istimewa sepanjang perjalanan kecuali lebuhraya yang sesak.

Control macho ke control mengantuk cik Abang..? 😎

Peneman setia tiap kali balik kampung.

Separuh perjalanan co-pilot mengambil alih dari pemandu utama..

Alhamdulillah.. selamat tiba di kampung selepas hampir 4 jam memandu. Walau tak jauh tapi tetap penat memandangkan malam sebelumnya tak tidur semalaman, bukan sebab teruja tapi banyak kerja nak kena siapkan.

Apa-apapun..
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat semua kengkawan di sini.

StatusHati: Tiba masa untuk jemputan rumah terbuka..

Wednesday, June 12, 2019

Persediaan sebelum Aidilfitri..?


Kisah Satu - 30 Mei 2019 (Khamis)
Selepas hampir seminggu menahan sakit hidung yang membengkak, akhirnya aku menyerah kalah. Ditemani en. Hubby, aku berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.. 😭 Aku pun tak tahu macam mana boleh kena. Takkan kena attack dengan tangan en. Hubby. Nak kata dak Nuha tendang, lagi mustahil.. 🤔 Ada haiwan liar cuba cium aku ke..? 😅 Disebabkan sakit tersebut, dua hari aku dapat cuti sakit dari doktor dan Alhamdulillah bengkak pada hidung aku semakin baik sebelum menjelangnya Aidilfitri.


Kisah Dua - 2 Jun 2019 (Sabtu)
Berbuka puasa bersama #GengLorong en. Hubby di Setia Alam. Dijamu dengan lemang yang dimasak oleh #ChefHubby di sana dan rendang ayam dari wife salah seorang dari #GengLorong.  Tukar cara masak lemang.. tak payah tunggu depan asap, depan bara api.. 🤗😍

Masak lemang dalam tong drum.
seperti di SINI..


Kisah Tiga - 4 Jun 2019 (Selasa)
Sehari sebelum raya, kali ni projek masak lemang dalam tong drum diteruskan untuk santapan di pagi raya di rumah MIL dan rumah mak aku di kampung.

'Ibu, esok raya ke ibu..?'
'Esok tak payah puasa dah kan ibu..?'
'Ibu, esok nak bangun sahur, nanti kejutkan tau..'
Hailaa anak.. terasa macam kaunter pertanyaan pulak dibuatnya.


Kisah Empat:
Kisah beraya.. tunggu dulu..

StatusHati: Ada dinding tebal antara kita..

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...