Followers Remaja Purba

Wednesday, March 26, 2025

SELAMAT HARI LAHIR MAK


26 Mac 2025 - Rabu (25 Ramadan 1446H)

Alhamdulillah..
Bertemu lagi tarikh ini - 26 Mac..
Mak yang kini berada di kampung masih kuat dalam meledani rutin harian disamping abang dan cucu-cucu tersayang. Maafkan kami Mak kerana tidak dapat bersama hari ini meraikan ulangtahun kelahiran Mak tapi hari raya nanti kami balik kampung. Hanya berbaki empat hari sebelum menyambut ketibaan Syawal.. InsyaAllah.. 


Doa kami dari jauh buat Mak di kampung..

๐Ÿ˜Selamat Hari Lahir Mak ๐Ÿ˜
▪️ Moga dilimpahi rezeki yang melimpah-ruah, berkat dan berpanjangan.
▪️ Moga dikurniakan kesihatan yang baik, dilapangkan dari kesulitan.
▪️ Moga rutin harian dipermudahkanNYA. 
Aamin³ ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Happy Birthday Mak.. ๐ŸŒท


Tarikh ini juga adalah tarikh di mana arwah atok aku pergi meninggalkan kami, sehari sebelum menyambut Hari Raya Aidiladha ketika itu. Kiranya hari ini ada dua peringatan hari buat aku dan keluarga. 

@RemajaPurba: Moga arwah atok tenang di sana dan buat mak, mak tetap mak.

Saturday, March 22, 2025

JASMINE BAKAL MENJADI KESAYANGAN RAMAI?


05 Mac 2025 - Rabu (04 Ramadan 1446H)

Salah seorang kenalan dari socmed bertanya pada en. Hubby sekiranya berminat untuk mengambil seekor anak kucing, dia nak bagi sahaja tanpa sebarang bayaran.

Aku pula, bila memikirkan komitmen untuk menjaganya membuatkan aku berbelah bahagi untuk menerima. Hati ini belum terbuka untuk menjaga kucing, apatah yang jenis indoor. Tambah lagi baka munchkin.

Kucing yang selalu bertandang di rumah aku pun, biasanya kucing jiran ataupun kucing yang tidak bertuan. Datang mencari makanan dan pergi bila dah kekenyangan.
  • Pernah menjaga kucing sehingga akhir hayatnya.
  • Pernah menangisi kematiannya.
  • Pernah risau ketika balik kampung, bagaimanalah keadaan kucing yang kena tinggal [kucing yang kami jaga bukan indoor].
  • Pernah berpesan dengan jiran dengan meninggalkan makanan agar kucing tidak kelaparan.

TETAPI..
tidak seperti sekarang ni.. menjaga kucing indoor.
Dari Singapura singgah di Johor Bahru.
Selamat tiba di rumah kami pada malam 05 Mac 2025 yang lalu.

Telah disahkan ia kucing betina.

Perkenalkan..
JASMINE yang bakal menjadi kesayangan ramai..


Aku..?
En. Hubby yang berkenan sebenarnya tapi yang menjadi mangsa aku dan anak-anak. Hailaaa.. Babah budak ni.. Nak kucing tapi tak nak jaga. 

'Kucing ni kalau buat hal, saya bungkus kain baju dia dengan abang sekali. Jangan tinggal dengan kami!'.. Aura tak puas hati dari aku buat en. Hubby.

====================================================

22 Mac 2025 - Sabtu (21 Ramadan 1446H)

Hari ini..
Buat pertama kali aku menghantar dak Jasmine untuk sesi grooming bagi ia lawa menjelang raya nanti. 'Kucing pun nak healing juga'.. 'Anak dara kenalah lawa kan..' 

Reaksi anak-anak..
'Untunglah kau Jasmine, ibu beli macam-macam untuk kau, untuk kitorang takde pun..'

Aku..?
Ini pengalaman pertama menguruskan anak kucing macam ni. Dulu kucing yang ada, lepas bebas keluar masuk rumah. Sekarang.. seekor ni pun dah buat aku pening kepala berfikir macam manalah nanti aku nak balik beraya di kampung.

Habis tu, kenapa nak jaga juga?
  • Awal dulu, ia seperti jinak-jinak merpati, bila dekat ia lari'.
  • Sekarang, seperti budak kecil dengan kenakalannya yang tersendiri.
  • Rasa sayang nak lepaskan ia pergi.
  • Bila rasa dah bercambah dalam hati, ia hilang sekejap pun dah sibuk mencari.


@RemajaPurba: Ini semua salah en. Hubby..

Thursday, March 20, 2025

MALAM LAILATUL QADAR


20 Mac 2025 - Khamis (19 Ramadan 1446H)

Moga dengan mengamalkan doa ini pada sepuluh malam terakhir dalam bulan Ramadan, kita dapat meraih keampunan daripadaNYA.

- sumber dari SINI -

ุงู„ู„ู‡ُู…َّ ุฅِู†َّูƒَ ุนَูُูˆٌّ ุชُุญِุจُّ ุงู„ْุนَูْูˆَ، ูَุงุนْูُ ุนَู†ِّูŠ

Bacaan Rumi:
Allahumma Innaka Afuwwun Tuhibbul 'Afwa Fa'fu 'Anni.

Maksudnya:
Ya!Allah, Ya!Tuhan kami, sesungguhnya Kamu Maha Pengampun dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku.

 
- Dr. Ahmad Sanusi Azmi -


@RemajaPurba: ...

Friday, March 14, 2025

ROTI JOHN AIR TANGAN ANAK-ANAK


14 Mac 2025 - Jumaat (13 Ramadan 1446H)

Mengeluh penat..?
Dalam kepenatan siap juga juadah berbuka puasa. Hanya menu yang biasa kami makan, jika istimewa pun hanyalah roti John yang dimasak oleh dak Kakak dan dak Adik.

Kisah minggu lepas..
Sebelum ini, anak-anak banyak membantu Babah deme meniaga burger, kali ini masing-masing sedang bercuti jadi Babah deme bagi peluang pada anak-anak untuk meniaga di bulan Ramadan.

Menangis jika peniaga roti John bazar Ramadan melihat inti sebegini.

Mereka yang membeli kali ni sangat beruntung sebab dak Kakak salah sukatan, tak ikut spesifikasi yang diajar oleh Babah deme. Rezeki mereka yang membeli.. 'takpelah, kita sedekah buat mereka'.

Keesokkan harinya.. ada yang bertanyakan roti John, membayangkan kesedapan dan kemungkinan mereka akan dapat lagi seperti itu tapi mohon maaf kerana anak-anak cuti 'merajuk' tak nak masak sebab hasil yang mereka buat kurang mendapat sambutan. Alah.. rajuk budak-budak, kita bagi semangat sikit, esoknya deme meniaga semula. 


Dak Kakak dan dak Adik meniaga bukan untuk mendapat keuntungan semata. Sehari adalah dalam sepuluh bungkus roti John je yang dijual. Mereka buat di rumah dan hantar ke tempat jiran meniaga. Konsepnya mudah, tak habis dijual, sedekah aje.

Kenapa tak masak di tempat Babah deme meniaga..?
Bila masak dari rumah, senang. Bahan tak cukup masuk je ambil. Lagipun Babah deme tak dapat nak bantu kerana kekangan masa. Tak perlu pergi jauh, cukup dari rumah, badan pun tak penat sangat. 

Apa-apapun, moga kita semua sentiasa di bawah lindunganNYA dan moga rutin harian kita dipermudahkanNYA.

@RemajaPurba: Tahniah Kakak.. tahniah Adik..

Monday, March 10, 2025

MICROSLEEP DAN KEMALANGAN


03 Mac 2025 - Isnin (02 Ramadan 1446H)

Petang..
Selepas susur keluar dari lebuh raya untuk balik ke rumah, ternampak dua kemalangan telah berlaku. Kemalangan pertama aku rasa membabitkan di antara kereta dan motor. Kemalangan kedua melibatkan lori dan kereta. Sebaik melepasi kedua-dua kemalangan tersebut, aku menerima mesej bergambar dari en. Hubby dan 'Eh!Gambar ni nampak sama dengan kemalangan tadi'.

Kawan en. Hubby yang memandu lori telah terlibat kemalangan dengan sebuah kereta
microsleep -

Microsleep..
Sekelip mata ianya berlaku. Pemandu kereta dikatakan terlelap dan tidak sempat mengelak dari terlanggar lori yang dipandu kawan en. Hubby. Syukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku walau keadaan kereta pada bahagian hadapannya agak teruk. Pemandu dan penumpangnya cedera dan tersepit akibat dari hentaman di bahagian belakang lori.

==================================================

07 Mac 2025 - Jumaat (06 Ramadan 1446H) 

Hari kelima memandu kereta pergi dan balik kerja sangat menguji stamina badanku. Lebih-lebih lagi waktu balik kerja, mengantuk tak boleh dibawa bincang. Microsleep amat berbahaya kepada diri dan boleh melibatkan orang lain juga.

En. Hubby selalu berpesan:
'Berhenti di hentian rehat sebelum sambung semula memandu. Kalau accident, tak melibatkan orang lain tak apa, kalau kena, bukan ke dah menyusahkan banyak pihak'.

Petang..
Bila berhadapan dengan kesesakan jalan raya hingga menyebabkan lewat tiba di rumah membuatkan aku sedikit kelam-kabut untuk menyediakan menu untuk berbuka. Sedang memotong ayam, ku lihat jari kaki ayam kurang satu jari. Terus aku ambil gambar sebagai bahan bukti untuk ditunjukkan kepada en. Hubby tapi bila ku lihat semula jari kaki ayam tersebut.. 'Eh!Bukan ayam cuma ada empat jari ke?'. Inilah jadinya bila diri terlampau penat dan tidak cukup rehat.

Bahagian kaki ayam ini biasanya aku bagi pada Markonah, anjing yang sentiasa menunggu makanan di baahagian belakang rumah bila waktu kami masak di dapur.


Sementara itu.. en. Hubby tidak sempat sampai rumah sebelum waktu berbuka..
Alhamdulillah.. walau tidak dapat bersama keluarga tetapi dapat tengok gambar pun jadilah

==============================================

08 Mac 2025 - Sabtu (07 Ramadan 1446H) 

Menemani dak Kakak ke kedai membaiki telefon bimbit di sini. Telefon dak Kakak tak dapat digunakan, dia reset/reboot terus skrin bertukar putih. Nah..!Tepuk dahi Mak Budak. Hailaa anak.. usia telefon baru masuk setahun, baru je habis tempoh warrantynya. 

Selepas beberapa kali percubaan, Alhamdulillah, mungkin rezeki dak Kakak, telefon dapat diselamatkan malah tak perlu bayar apa-apa. Pekerja di kedai tersebut sangat membantu. Leganya rasa hati + selamat duitku.


Hujung minggu, tiada kisah menarik untuk dikongsi. Rutin berjalan seperti biasa.

@RemajaPurba: Alhamdulillah..

Thursday, March 6, 2025

HIDUP SETIAP ORANG BERBEZA


06 Mac 2025 - Khamis (05 Ramadan 1446H)

Dahulu..
Mak kejutkan aku bangun sahur.
Sekarang..
Aku kejutkan anak mak mertua aku, en. Hubby bangun tidur.

Dahulu..
Penat, lapar, dahaga.. tak sabar nak berbuka.
Sekarang..
Bukan tak sabar nak berbuka tapi hampir hilang sabar memandu di atas jalan raya.

Dahulu..
Tidak kelam-kabut pulang awal ketika bulan Ramadan.
Sekarang..
Lambat..? Alamatnya bersilatlah mengejar waktu di dapur.

Dahulu..
Rambang mata melihat juadah di bazar Ramadan.
Sekarang..
Masak lebih jimat demi kelangsungan hidup.

Dahulu..
Apa yang aku masak, itulah hidangan berbuka kami sekeluarga.
Sekarang..
Apabila dak Kakak tawarkan diri memasak, aku..? berulangkali aku ucapkan terima kasih.

Dahulu..
Nak kurus ketika bulan Ramadan.
Sekarang..
Kurus..? Dah lama pergi meninggalkan aku keseorangan.

Hidup setiap orang berbeza, cabaran juga berbeza.
Hargailah apa yang kita ada supaya kita lebih bersyukur padaNYA.

@RemajaPurba: Bahagia dari hal sederhana, itu menenangkan hati dan mentalku.

Monday, March 3, 2025

RAMADAN MENYEMAI IMAN MENUAI KEBERKATAN


03 Mac 2025 - Isnin (02 Ramadan 1446H)

Terima kasih buatmu FEBRUARI..
Moga kita ditemukan lagi pada tahun 2026 nanti.

Hari ini merupakan hari kedua umat Islam berpuasa dan kali pertama aku memulakan tugas di tempat kerja baru di dalam bulan Ramadan pada tahun ini.
  • Moga bulan yang penuh keberkatan ini membawa ketenangan, keampunan dan meningkatkan keimanan kita dalam menjalani ibadah puasa dan amalan-amalan lain. Marilah kita manfaatkan Ramadan kali ini dengan sebaiknya, memperbanyakkan ibadah, doa serta mempereratkan ukhuwah sesama kita.
  • Moga bulan Ramadan kali ini akan memberi lebih banyak rezeki, lebih bahagia dan moga terus kekal sihat dan selamat di bawah lindunganNYA.

Buatmu MAC..
Jangan cepat pergi meninggalkan aku. Berilah aku peluang untuk menikmati bulan Ramadan kali ini.

@RemajaPurba: Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada semua..

Sunday, March 2, 2025

SEMPENA MENYAMBUT KEDATANGAN BULAN RAMADAN


28 Februari 2025 - Jumaat (29 Syaaban 1446H) 

Pagi..
Pertama kali aku menghadiri Majlis Bacaan Yassin yang telah diadakan di tempat kerja baruku, sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan. Suasana baru, rakan kerja baru membuatkan aku teruja merasainya. 

Alhamdulillah, majlis berjalan dengan baik dengan penuh kebersamaan. Turut diserikan dengan pelbagai juadah menarik yang disumbangkan. Semoga dengan kehadiran dan doa bersama ini, kita semua mendapat keberkatan serta rahmat daripada Allah SWT dalam menyambut bulan Ramadan yang akan tiba.

Gambar ehsan dari rakan sekerja
Lontong + Nasi Impit

Pakej dengan periuk sebab malas nak salinkan ke dalam bekas lain.'Mengimbau kenangan lama ni kak' bila salah seorang dari mereka berkata kerana dulu jika en. Hubby masakkan menu untuk tempat kerja, ku bawa sekali dengan periuk begini.

Ada juga spageti dan punten selain dari pelbagai jenis menu potluck yang dibawa.
Alhamdulillah.. kenyang..


Petang..
Penetapan melihat anak bulan diadakan melalui pencerapan di kesemua 29 tempat yang disenaraikan di [SINI] dan kemunculan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad sudah pasti dinantikan khususnya umat Islam.


Malam..
ุจِุณْู…ِ ุงู„ู„ู‡ِ ุงู„ุฑَّุญْู…ٰู†ِ ุงู„ุฑَّุญِูŠْู…ِ
'Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka, adalah dengan ini, saya mengisytiharkan bahawa tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Ahad, 02 Mac 2025. Sekian, wassalamualaikum warahmatullah'.

Sumber dari Berita Perdana, RTM

Akhirnya terjawab persoalan warna baju yang dipakai oleh Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad

===============================================


01 Mac 2025 - Sabtu (30 Syaaban 1446H) 

Menghadiri kenduri kesyukuran di rumah adik en. Hubby. Adiknya mahukan abangnya menyediakan menu utama. Alhamdulillah, walau sedikit lambat sampai tapi tidaklah membuatkan tetamu menunggu.

Tiada gambar kenangan untuk ditularkan kerana kami penat tak cukup rehat. 

===============================================


02 Mac 2025 - Sabtu (01 Ramadan 1446H) 

Alhamdulillah.. bertemu lagi Ramadan pada tahun ini, bulan yang dirindui.

Pagi..
Alarm pertama aku suara dak Nuha kejutkan aku bangun tidur. Malam sebelumnya aku dah pesan kepada anak-anak kejutkan aku kerana aku dan en. Hubby tak cukup rehat dan terlampau penat.

Sahur pertama bersama family kecilku, tidak sempat menyediakan menu berat untuk bersahur kerana aku terlewat bangun tapi aku bersyukur dak Kakak membantu di dapur dan Alhamdulillah kami semua sempat bersahur.

Petang..
En. Hubby mengajar dak Kakak dan dak Adik menyediakan roti John untuk di jual di bazar Ramadan. Deme masak di rumah dan hantar ke tempat jiran meniaga. Anak-anak tiada masalah kerana sebelum ini pun deme pernah membantu babah deme meniaga jual burger. Moga urusan en. Hubby dan anak-anak serta jiran kami dipermudahkanNYA. InsyaAllah.. Aamiin..

Dari aku..?
Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada semua

@RemajaPurba: ...

Friday, February 21, 2025

TAKLIMAT DAN PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN SATU

 
17 Februari 2025 - Isnin (18 Syaaban 1446H)

PEMBUKA KATA DARI PIHAK SEKOLAH:
Tahniah dan syabas diucapkan kerana telah memilih SMK ini untuk anak-anak meneruskan pembelajaran. Kami, guru-guru akan sedaya upaya melakukan yang terbaik untuk kejayaan pelajar di sini.

DOA:
'Ya! Allah, Ya! Rahman, Ya! Rahim.. Kami merafak rasa kesyukuran kepadaMU kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri program pendaftaran tingkatan satu Tahun 2025 pada hari ini. Ya! Allah, Ya! Tuhan kami, sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul keranamu Ya!Allah. jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang dirahmati dan selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi serta janganlah Engkau jadikan pada diri kami ini dan mereka yang bersama kami kebinasaan dan menyingkirkan kami dari memperoleh rahmatMU'. Aamiin..


Sesi taklimat dan pendaftaran pelajar tingkat satu bagi Tahun 2025 telah diadakan di SMK di sini. Beberapa perkara penting dan sedikit gambaran berkaitan SMK di sini.

MINGGU PERTAMA SESI PERSEKOLAHAN:
Pihak sekolah telah menyusun aktiviti pada minggu pertama persekolahan. Pada minggu pertama tiada PDPC dijalankan sebaliknya beberapa aktivit akan dibuat seperti:
  • 18 Februari 2025 (Selasa) - sesi ceramah dan aktiviti panitia.
  • 19 Februari 2025 (Rabu) - mengenal trek merentas desa - pakai baju sukan.
  • 20 Februari 2025 (Khamis) - Pendaftaran Kokurikulum mengikut kelab. Mesyuarat Agung dan Sambutan Hari Lahir buat pelajar yang lahir pada bulan Januari - April 2025.
  • 21 Februari 2025 (Jumaat) - Hari Merentas Desa. Semua murid sesi petang akan hadir ke sesi pagi. Hadir sebelum pukul 7:20 pagi dengan berpakaian baju sukan sekolah.
  • Rumah sukan akan dimaklumkan kepada semua pelajar dan tiada baju mengikut warna sukan.
  • Jadual kelas: PDPC akan bermula pada 24 Februari 2025 (Isnin).

Anak-anak tingkatan satu yang akan memasuki alam remaja dari zaman kanak-kanak

Bilangan pelajar yang mendaftar di SMK seramai 299 orang (lelaki: 158 orang, ,perempuan: 141 orang), manakala pelajar tingkatan dua seramai 279 orang. Dengan kekuatan guru sesi petang seramai 27 orang (seorang guru akan mengawal lebih kurang 20 orang murid). Satu cabaran buat kita (guru dan ibubapa) untuk menjaga mereka supaya mereka berada di jalan yang betul.

WAKTU PERSEKOLAHAN SESI PETANG:
  • Hari Isnin hingga Khamis, sesi akan bermula mulai jam 1:10 petang hingga 6:40 petang. Para pelajar perlu sampai sebelum pukul 12:50 tengahari. Berkumpul di kantin sekolah sambil membaca Al-Ma'thurat. Tidak berkumpul di dewan sekolah untuk mengelak dari bising dan mengganggu kelas.
  • Perhimpunan setiap hari Isnin akan habis lewat sedikit. Solusinya ibu bapa bersabarlah menunggu anak-anak di luar sekolah.
  • Hari Jumaat untuk pelajar lelaki, seusai solat Jumaat terus masuk sekolah, anggaran jam 1:55 petang kerana pada hari Jumaat kelas bermula pada jam dua petang.
  • Waktu Kokurikulum pada hari Rabu bermula 10:00 pagi hingga 01:00 tengahari dan tidak dibenarkan balik selepas itu, perlu berkumpul di kantin sekolah.
  • Jadual pada bulan puasa, balik jam 5:30 petang. 'Sebenarnya bukan murid yang kena balik awal tapi cikgu yang nak kena masak. Budak ni dia balik, dia tunggu nak makan je. Cikgulah yang kelam-kabut sikit'.

PAKAIAN SEKOLAH:
Seperti sedia maklum, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan berkaitan pemakaian yang sesuai dengan keadaan cuaca. Walau bagaimana pun, pihak sekolah amat berharap semua pelajar mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah:
  • Hari Isnin - pakaian lengkap seragam sekolah (ada sesi perhimpunan rasmi)
  • Hari Rabu - baju Kokurikulum {set A tau set B). Jika tiada baju Koku, pakai baju sukan sekolah dan tracksuit.
  • Kasut Hitam sama seperti di sekolah rendah.

KESELAMATAN:
  • Sekiranya pelajar datang menaiki motor, walaupun mereka tidak mempunyai lesen, mohon ibu bapa dapat menasihatkan anak-anak supaya memakai topi keledar. Kita sudah ada kejadian kehilangan dua orang pelajar sekolah pada tahun lepas dalam sekelip mata.
  • Motorsikal tidak dibenarkan berada di dalam kawasan sekolah dan perlu diletakkan di tempat yang dikhaskan di luar sekolah. 
  • Sekiranya pelajar membawa basikal, mereka akan turun di pintu pagar dan menyorong basikal ke tempat letak basikal di dalam kawasan sekolah.
  • Bagi pelajar berkeperluan khas [kita ada pelajar sakit kanser, sakit tulang belakang, sakit saraf], mohon maklumkan kepada guru kelas supaya kelas mereka akan diletakkan di aras bawah. Ibu bapa dibenarkan menghantar anak masuk ke dalam kawasan sekolah.

WAKTU SOLAT ZOHOR DAN ASAR:
  • Bagi waktu solat Zohor, akan dilakukan secara bergilir. Ketika semua pelajar perempuan rehat, pelajar lelaki akan solat dahulu dan begitulah sebaliknya.
  • Bagi waktu Asar, solat akan dibuat secara serentak sebelum balik. Semua pelajar akan turun untuk solat dan selepas solat, semua boleh terus balik.
  • Pukul 6:20 petang baru semua pelajar akan turun untuk mengerjakan solat Asar. Pihak sekolah tidak mahu anak-anak turun naik tangga; 'ada pelajar ni tak reti berjalan, dia mesti nak berlari'. Bimbang mereka berlari dan takut tersadung, jadi untuk meminimumkan mereka turun naik, solat Asar pada jam 6:20, keadaan cuaca tak panas dan sangat tenang.

DISIPLIN:
  • Walau nampak ringan, murid tak perlu menyerahkan sijil cuti sakit, ibubapa boleh maklumkan kepada guru kelas melalui whatapps tetapi pihak sekolah mohon janganlah diberikan keringanan sangat, sikit-sikit tak datang sekolah, sikit-sikit cuti. Ini bagi mengelakkan kadar ponteng yang tinggi dikalangan pelajar.
  • Jika betul-betul ada urusan atau sakit, bolehlah dikecualikan hadir. Pihak sekolah berharap mereka ini tidak ketinggalan di dalam pelajaran kerana mengikut takwim bagi sesi 2025 ini sangat padat dan pendek kerana sesi persekolahan bagi Tahun 2026 akan bermula pada bulan Januari nanti. Semua guru akan mengajar secara ekspres untuk menghabiskan silibus.
  • Pihak sekolah berharap kehadiran pelajar ke sekolah akan dapat dititikberatkan oleh ibubapa.

MATA PELAJARAN YANG AKAN DIPELAJARI:
  • Subjek Teras: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Islam, Sejarah dan Geografi.
  • Subjek Wajib: Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Pendidikan Seni Visual (PSV).
  • Subjek Elektif: Rekabentuk dan Cipta (RBT) (tiada pilihan).

KAEDAH PEMBELAJARAN:
  • Kurikulum menggunakan kaedah PBD (Pentaksiran Bilik Darjah).
  • Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun.
  • Sistem Pentaksiran Berterusan yang bertujuan untuk menilai pencapaian pelajar secara menyeluruh. Tidak hanya berdasarkan pada peperiksaan sahaja.
  • Dari kaedah pentaksiran itu, kita ada pemerhatian, penulisan dan lisan melalui kerja projek, kuiz pembentangan dan lain-lain aktiviti pembelajaran. Kita tidak akan menggunakan sistem hanya berpaksikan sistem peperiksaan sahaja.
  • Cara penilaian berdasarkan Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Pentingnya hadir untuk Kokurikulum kerana ini adalah arahan KPM. 

AKHIR KATA:
Dengan komitmen dari ibu bapa yang hadir, semoga sokongan dan kerjasama yang diberikan akan berterusan untuk semua program yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Kerjasama sebegini menunjukkan betapa ibu bapa memahami dan menghayati kepentingan pendidikan dalam kehidupan anak-anak. Juga memberikan petanda yang baik bahawa kejayaan dalam bidang pelajaran tidak hanya bergantung kepada guru semata-mata, sebaliknya permuafakatan antara ibu bapa dan semua guru yang dapat membantu kejayaan anak-anak pada masa akan datang.

Para pelajar bukan sahaja datang sekolah untuk belajar tetapi untuk didikan sebagai pewaris negara agar menjadi modal insan yang berguna dan berakhlak mulia. Sistem pendidikan kita pada masa kini semakin dinamik dan progresif serta bersedia untuk melalui proses perubahan dan seiring dengan peredaran zaman.


@RemajaPurba: Bekalkan air minuman secukupnya bagi mengelakkan dehidrasi.

Saturday, February 8, 2025

MAJLIS KESYUKURAN DAN AQIQAH FAMILY mySIL


Kenangan Tahun 2024

25 Disember 2024 -  Rabu (23 Jamadilakhir 1446H)

Majlis Kesyukuran dan Aqiqah buat anak bongsu dan cucu pertama mySIL yang telah diadakan di Dania Hall, PJCC [Aliff Firdaus dan Cinta Aaira]. Juga turut diselitkan sambutan hari lahir buat anak buah en. Hubby. 

Majlis kali ni, mySIL tidak buat di rumah kerana tidak mahu menyusahkan adik-beradik.. 'Nanti datang, tak payah buat apa², duduk makan je..'

Biasa berdua tapi masa ni Mak Budak merajuk

Aku..? 
Betul² aku praktikkan, hadir sebagai tetamu tapi rasa pelik sebenarnya sebab dah biasa bantu jika ada kenduri di sebelah family MIL.

Gambar pun 'select'






Penutup Disember - Birthday Mikayla dan Aliff Faris


Family myMIL bersama anak, menantu, cucu dan seorang cicit cuma tak cukup satu family lagi yang tidak dapat hadir.

Inilah heronya..

Majlis berjalan dengan baik dan lancar. Ramai tetamu hadir memeriahkan suasana. Alhamdulillah..

@RemajaPurba; ...

Thursday, February 6, 2025

ABANG KAN SUAMI..


Aku bukanlah seorang yang mudah sakit [Alhamdulillah..] tapi bila sesekali jatuh sakit, rasa malas nak buat kerja lebih-lebih lagi memasak. Namun aku bersyukur en. Hubby punya skill memasak yang pandai membezakan segala bahan di dapur dan boleh diharap.

Baru-baru ini, aku diserang migrain, perut lapar tapi dek sakitnya kepalanya, merengek minta en. Hubby masakkan..

'Abang.. tolonglah gorengkan telur, sayang tengah sakit kepala ni..' 
'Oh.. Sakit carik abang..' 
'Abangkan suami..'
'Habis tu, bila sihat pulak?'
'Abang.. nak duit..' Bersinar terus mata dibuatnya.
'eemm..'
'Abangkan suami..'

Alhamdulillah.. dapat suami yang pandai memasak pun satu rezeki, apalagi bila diberi duit belanja, lagi bertambah rezeki. Syukur.. Alhamdulillah..

@RemajaPurba: ...

Wednesday, February 5, 2025

JANUARI TELAH PUN MENINGGALKAN KITA


05 Februari 2025 - Rabu (06 Syaaban 1446H)

Terima kasih buatmu Januari..
Mengundang aku bercerita di sini..
31 hari yang penuh memori..
Panjang umur kita jumpa Tahun 2026 nanti..


Sudah tersusun cantik jalan cerita kita. Banyak kenangan telah aku lewati di bulan Januari..
  • Ulangtahun Perkahwinan di [SINI]
  • Surat Arahan Pertukaran Telah Diterima di [SINI]
  • Happy Birthday Mak Budak a.k.a Remaja Purba di [SINI]
  • Sambutan Birthday Mak Budak di [SINI]

Buatmu Februari.. 
Percayalah.. nanti terasa sekejap kita akan masuk tahun 2026.

@RemajaPurba: ...

Wednesday, January 29, 2025

SAMBUTAN BIRTHDAY MAK BUDAK a.k.a REMAJA PURBA


28 Januari 2025 - Selasa (28 Rejab 1446H)

Ketika sedang bergelut dengan tugasan hakiki, aku terlibat pula dengan Bengkel anjuran tempat kerja aku, kebetulan hari kedua bengkel jatuh pula pada tarikh lahir aku. Kerja tetap kerja, hal peribadi kita letak tepi.

Malam..
Kami balik rumah myMIL kerana adik-beradik en. Hubby nak buat makan-makan. Esoknya raya kan.. jadi 'makan besar'lah. Aku sekadar meraikan suasana, letih dengan bengkel di tempat kerja dan lagipun aku masih belum sembuh sepenuhnya. Kisah di [SINI]..

Sesi outdoor di depan rumah myMIL..
MakBudak semakin jauh meninggalkan #PerasanSlim..

MySIL panggang ayam, en. suaminya masak Oden..

Sebahagian menu yang dihidangkan, tak lupa juga sate + nasi impit pun ada

Aku..? 
Deme masak, aku layan drama Korea di dalam rumah. Lagipun aku masih kenyang sebab dah makan di rumah waktu balik kerja; tapi tak terfikir pula ada sedikit surprise sebab aku bayangkan hanya aktiviti makan-makan lepas tu balik.

surprise..
Paling sporting antara semua, dah tentu myFIL turut sama meraikan menantunya ini.
myMIL pun ada tapi ada dalam rumah, beliau dah tak kuat nak berjalan jauh.

dari en. Hubby..
'Mencari di celahan bunga, kotlah ada surprise..' hahaha..

Alhamdulillah..
Semuanya berjalan dengan baik dan paling penting tak hujan. Terima kasih buat semua. I'm appreciate it..
============================================

- dari tempat kerja aku -
HAPPY BIRTHDAY
Wishing you a wonderful birthday and a year of good health, happiness and success..

dari Aty myAdik di tempat kerja, salah seorang dari group 'Remaja Purba' aku..

'Hadiah bunga tulip' dari myAdikLawa dari tempat kerja..

Mesej beliau..
'Ini boleh buat background desktop'

Ini pula..
Ada kembang, ada kuncup bunga tulip yang dibuat oleh anak-anakku..

Terima kasih atas doa dan ingatan ucapan hari ulangtahun kelahiran aku.
Semoga Allah SWT kabulkan doa-doa tersebut dan kesannya juga dikembalikan oleh Allah kepada semua.

@RemajaPurba: Sambungan dari [SINI]

Tuesday, January 28, 2025

HAPPY BIRTHDAY MAK BUDAK a.k.a REMAJA PURBA


Sambungan dari [SINI]

28 Januari 2025 - Rabu (28 Rejab 1446H)

2025 - Year of the Snake

Doa dan harapan aku..
Moga apa yang dirancang.. diinginkan.. menjadi kenyataan serta dipermudahkanNYA.
Moga tahap kesihatan semakin baik.
Aamiin..
#MyBigDay..
#ChineseNewYear2025..

- Mesej dari dak Kakak -
HAPPY BIRTHDAY MY EVERYTHING❤️❤️❤️
Love tou always and u are my queen, my mother and my support๐Ÿ’ช love you very muchness❤️❤️❤️❤️❤️๐Ÿ’ž๐Ÿ’ž๐Ÿ’ž๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ


Terima kasih buatmu Emak dan Ayah.. tanpa kalian, aku tidak berpeluang melihat dunia. 


Malam ni.. makan besar.. esok raya..

Selamat Hari Lahir MakBudak a.k.a RemajaPurba
Bukti doktor di hospital kata aku muda.. hehehe.. kisah di [SINI]


@RemajaPurba: Happy Birthday.. 28 Januari 2025.. update di [SINI]

Monday, January 27, 2025

LEWAT MALAM DI BAHAGIAN KECEMASAN HOSPITAL


25 Januari 2025 - Sabtu (25 Rejab 1464H)

Kisah dak Kakak..
Bulan lepas, berkaitan mata di [SINI]. Kali ini, dua minggu lepas, dak Kakak mengadu kaki terseliuh, jatuh terpelecok waktu nak cepat pergi kelas. Dia pun dah dapatkan rawatan di sana tapi sehinggalah dia balik cuti hari Sabtu lepas, masih belum baik. Jalan pun masih ada rasa sakit, bengkak pun masih belum surut. Kami bawa dia ke klinik tapi doktor di klinik pula sediakan surat rujukan ke hospital untuk pemeriksaan lanjut dan lewat malamnya en. Hubby menemani aku membawa dak Kakak ke Bahagian Kecemasan hospital di sini. 

Kejadian di hospital..
Aku tahu itu tugas kau, aku nak masuk ke dalam sebab nak uruskan anak aku. Ye.. Anak aku dah besar tapi aku perlu daftar kemasukan anak aku, jadi aku ada hak untuk masuk uruskan anak aku. 

Aku dahlah tak sihat, penat tak cukup rehat, kau tak bagi aku masuk! Pulak tu.. dengan riak muka tak percaya aku ni ibu kepada anak dara aku ๐Ÿค” Aku berkeras nak masuk jugak, kalau anak aku sorang yang masuk, tercangak²lah budak tu dalam emergency tu nanti. Bila dekat dalam.. Eh! Ramai je waris yang teman pesakit. 

Syukur Alhamdulillah.. urusan di kaunter, jumpa doktor, xray dan farmasi berjalan dengan baik. Hilang rasa marah bila doktor yang merawat dak Kakak tak percaya melihat aku.. 'Seriouslah ini ibu awak? I can't believe ini ibu awak.. '

Selepas selesai sebelum balik sekali lagi doktor bertanya pada dak Kakak..
'Apa rahsia ibu awak nampak muda? '
'oo.. Rahsianya kahwin muda.. '
'Alah.. saya dah lambatlah.. dah 34.. ' ๐Ÿ˜‚

Alhamdulillah.. hasil dari xray kaki dak Kakak, tiada kesan retak cuma bengkak yang masih belum surut. 

@RemajaPurba: ...

Thursday, January 23, 2025

TEWAS AKHIRNYA


23 Januari 2025 - Khamis (23 Rejab 1446H)

Tidak sihat..
Hari ni badan aku tewas akhirnya. Batuk dan selesema menguasai diri, berjangkit dari dak Adik hinggakan seisi rumah terkena tempiasnya. Jalan terbaik buat aku, makan ubat dan berehat di rumah bagi cepat sembuh. 

Dulu..
Walau sakit, aku tetap pergi ke tempat kerja. Bukan kerana terasa sangat berdedikasi tapi tak nak tengok rekod kehadiran kerap cuti sakit.

Sekarang..
Bagi meminimumkan risiko ke atas diri dan orang lain, gigih aku jumpa doktor dan dapatkan cuti sakit. Rehatlah kau di rumah tanpa sebarang gangguan. Apa yang berlaku di tempat kerja, nanti boleh selesaikan bila kembali bekerja.

Akan datang..
Moga aku kuat dan masih kekal relevan untuk terus bekerja. Kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan. Apa-apapun, jagalah kesihatan diri sendiri sebelum kita jaga kesihatan orang lain. Jika kita sakit, macam mana nak jaga orang lain. 

@RemajaPurba: InsyaAllah.. esok kembali ke tempat kerja..

Thursday, January 16, 2025

BERSARA WAJIB - umur 56 TAHUN


Persaraan..
Kehidupan tanpa perlu berhadapan dengan kesesakan lalulintas harian dan kertas kerja.

10 Januari 2025 - Jumaat (10 Rejab 1446H)

Kehilangan seorang lagi pekerja yang berdedikasi, komited, lemah-lembut dan baik hati. Hari ini adalah tarikh pemisah antara beliau dan kerjayanya lantaran faktor persaraan.

Lantikan dari tahun 1997 hingga 2025
Bersara wajib: 56 tahun

Beliau seorang:
  • Soft spoken. Lembut je bila bercakap.
  • Tegas dah tentu.
  • Tenang dalam menghadapi tugasan.
  • Semua yang baik-baik jelah tentang beliau.

Buatmu kak Joana..
  • Terima kasih kerana sabar melayan kerenah aku.
  • Walau sekarang tak banyak kenangan kita ciptakan sejak berada di tanah jajahan baru ni tapi aku sangat hargai segala ilmu yang telah dirimu curahkan.
Selamat bersara buatmu, Puan Joana Othman

Terima kasih di atas segala jasa dan baktimu. Semoga sentiada di bawah lindunganNYA dan diberikan kesihatan yang baik dalam meledani rutin harian. InsyaAllah, panjang usia kita berjumpa lagi.

@RemajaPurba: Kenangan 16 Januari 2024 di SINI..

Wednesday, January 15, 2025

MARUAH PERLU DIJAGA


15 Januari 2024 - Rabu (15 Rejab 1446H)

Kisah aku yang di [SINI] membuatkan aku belum punyai masa untuk singgah menjenguk teratak kawan-kawan semua. Maafkan jika aku lambat membalas kunjungan semua.

Aku belum memasuki fasa sibuk tapi aku perlu menggunakan ruang yang ada untuk belajar dan terus belajar supaya tidak ditegur kerana melakukan kesilapan yang berulang. Malu.. maruah perlu dijaga.

Apa-apapun, moga rutin harian kita semua dipermudahkanNYA.

@RemajaPurba: Can't beat them, join them. Enjoy your life..

Monday, January 13, 2025

SURAT ARAHAN PERTUKARAN TELAH DITERIMA


Kisah SEBELUM..

05 November 2024 (Selasa) - 3 Jamadilawal 1446H

Hari ini dalam sejarah.
Pada tarikh ini, aku telah menerima surat pertukaran yang berkuatkuasa pada 13 Januari 2025.

Teruja..?
Tidak! Tapi.. aku sematkan dalam hati..
  • 'Mungkin ada hikmah aku ditempatkan kembali di situ..' 
  • 'Kena belajar menyukai demi kelangsungan hidup'.
  • 'Tiada pilihan, itu yang pasti'.
================================================

Just go with the flow..
Accepting the situation is the best way to move on

Sambungan dari [SINI]

Kisah SELEPAS..

13 Januari 2025 (Isnin) - 13 Rejab 1446H

Bermula hari ini, secara rasminya aku memulakan tugas di situ selepas hampir enam tahun aku berada di 'perantauan'. Secara zahirnya, walau kembali ke situ tapi suasananya baru, rakan kerja baru dan tugasan baru, but deep down inside in my heart, aku 'takut' sebenarnya. Takut jika tidak mampu menjalankan tugas sebaik orang sebelum aku.

Aku pujuk hati dengan mengambil kata-kataku dahulu - 'takpe.. perlahan-lahan aku akan sukakan tanah jajahan baru ini, macam mana aku sukakan tempat kerjaku sebelum ini' di SINI..


Dengan lafaz 'ุจِุณْู…ِ ูฑู„ู„َّٰู‡ِ ูฑู„ุฑَّุญْู…َٰู†ِ ูฑู„ุฑَّุญِูŠู…ِ aku MakBudak a.k.a RemajaPurba akan terus bekerja selagi khidmat diperlukan dan selagi kudrat masih bertahan. Moga semuanya baik-baik sahaja dan moga mentalku lebih kuat, tidak mudah retak.

#RemajaPurba: Nothing is permanent. Situation will change everything..

Sunday, January 12, 2025

JANGKITAN HAND FOOT MOUTH DISEASE (HFMD)


06 Januari 2025 - Isnin (06 Rejab 1446H)

Hari ni, hari kedua peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diadakan, jadual peperiksaan seperti di [SINI]. Walau dak Adik tiada masalah pengangkutan untuk ke sekolah aku tetap mengambil cuti rehat, tak seperti dak Kakak hingga aku kena cuti rehat sehingga selesai kertas peperiksaan yang dia. Belum lagi termasuk godaan Covid-19 ke atas dak Kakak ketika itu.

Sementara menunggu dak Adik dengan dak Nuha siap untuk ke sekolah, tiba-tiba dak Nuha meluru keluar dari bilik. Terkejut aku bila dia tunjukkan kaki dan tangan dia naik bintik-bintik merah. Awalnya aku ingat hanya gigitan nyamuk tapi mustahil sebanyak itu merahnya. Menggigil badan dak Nuha sebab terkejut melihat keadaan diri dia.

Selepas dak Adik ke sekolah, aku bawa dak Nuha ke klinik bagi mendapatkan rawatan. 'Takkan dak Nuha kena Hand Foot Mouth Disease (HFMD)?' Pelik sebab tiada close contact dengan sesiapa kecuali pergi sekolah dan balik sekolah (yang ini sukar nak pastikan jika ada).


Selepas pemeriksaan, doktor memaklumkan dak Nuha suspect menghidapi HFMD. Aku tak pernah berhadapan dengan situasi begini, setakat kena demam campak itu biasa, pakej aku dan en. Hubby turut terkena sekali.

Awalnya doktor hanya bagi cuti sakit selama dua hari dan selang sehari aku kembali semula untuk sambung cuti sakit buat dak Nuha. Doktor turut bagi petua, ambil daun semambu blend dengan sedikit kunyit hidup dan buat mandian. 

Cuti Kuarantin? Aku tak ambil kerana aku sibuk mengejar masa menyelesaikan tugasan di tempat kerja sebelum 13 Januari 2025 ini. Maka, dak Nuha menjaga dirinya sendiri di rumah. Alhamdulillah, tidaklah teruk mana dan dak Nuha tidak culas mengikut saranan doktor yang merawatnya. Lega.


10 Januari 2025 - Jumaat (10 Rejab 1446H)

Hari ini, keputusan kemasukan ke Tingkatan Satu diumumkan. Sebelum ini puas aku pujuk dak Nuha untuk belajar di sekolah sama dengan dak Kakak di SMK(P) di sini tapi dia tak nak. Bila keputusan dah keluar, baru rasa nak menyesal.

'Ibu dah cakap tapi tak nak dengar. Menyesal sekarang tak guna dah. Pergi jelah sekolah yang dah dipilih tu. Adak hikmahnya tu kenapa tak sekolah lebih jauh'.

Alhamdulillah.. selesai satu perkara. Sekarang fokus untuk pembelian segala keperluan sekolah dan urusan pengangkutan ke sekolah.

Perlahan-lahan.. InsyaAllah.. moga segala urusan dipermudahkanNYA.

@RemajaPurba: Berdebar-debar rasa hati..

Sunday, January 5, 2025

MAJLIS PERKAHWINAN DAN MAJLIS BERTANDANG


Kenangan Tahun 2024

18 Oktober 2024 - Jumaat (15 Rabiulakhir 1446H)

Sesi masak-memasak dibuat di rumah kami yang mana en. Hubby diminta oleh atok saudaraku untuk masak menu makan malam dan lauk tambahan sebagai back up hari kejadian. Rewang bermula dari pagi, bersambung selepas solat Jumaat dan selesai lewat petang. Malamnya pula majlis pernikahan dijalankan di rumah atok saudaraku, bapa pengantin.

Ayam direbus dan akan dimasukkan di dalam tong drum untuk dimasak.

Ayam yang telah siap dimasak untuk hidangan Nasi Ayam

Kerabu Bunga Kantan
Lama sungguh tak buat kerabu ni, dulu selalu bawa ketika bekerja di tempat kerja lama.


Di rumah atok saudara..
Sebahagian hantaran yang disediakan untuk diberikan kepada pihak lelaki

Pelamin bukan disediakan oleh mySIL


Malamnya..
Majlis dijalankan di rumah dan dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan sendiri.

Rombongan dari pihak lelaki

Dak Alang, Nurul Najihah


Alhamdulillah.. dengan sekali lafaz dak Alang kini sah menjadi milik Zulhilmi Fadhlin

Selamat melangkah ke dalam babak baru kehidupan.
Moga kehidupan selepas ini akan dipenuhi dengan cinta dan kebahagiaan yang penuh makna. Saling lengkap-melengkapi antara satu sama dan paling penting dari sekadar cinta - it's all about faith, teamwork and commitment.

Sesi seterusnya..

Today.. you start this new journey in your life

Tahniah alang di atas ikatan perkahwinan ini. Welcome aboard.

Bersama Ibu dan ayah dak Alang, atok dan nenek saudara aku

Sementara itu..
Dah penat masak di siang hari, malam hari penat melayan kerenah MakBudak pula

Untuk memeriahkan suasana, PA System turut disediakan yang mana diuruskan oleh suami mySIL, cuma kali ni mySIL tidak terlibat bagi penyediaan pelamin, andaman pengantin dan MUA. 

Peluang yang ada jangan disia-siakan.

==================================================


19 Oktober 2024 - Sabtu (16 Rabiulakhir 1446H)

Pagi..
Sekali lagi en. Hubby dan team rewang memasak kari ayam dan nasi putih sebagai back up sekiranya menu catering yang disediakan tidak mencukupi.

Alhamdulillah, cuaca baik sepanjang hari kejadian


Sebelum mula sibuk dengan ketibaan tetamu

Gambar bersama pihak pengantin lelaki ada banyak tapi dah malas nak cari. Maaf ye.

Tahniah atok dan nenek dapat menantu lagi

Meja makan beradab

Pihak pengantin lelaki di meja hidangan
 

Gambar terakhir sebelum pengantin sibuk bergambar dan outdoor photoshoot.
MakBudak pun sama sibukkan diri mengambil gambar sana sini.

Sebahagian kecil anak-anak lelaki taman kami.. besar dah deme semua

Berlakon seperti ada yang menemani di sebelah

Alhamdulillah..
Majlis berjalan dengan baik dan semuanya dipermudahkanNYA. Mana yang kurang harap dapat dimaafkan.

Aku..
Macam biasa, penat mengalahkan mereka yang buat kerja.

==================================================


20 Oktober 2024 - Ahad (17 Rabiulakhir 1446H)

Pagi..
Sesi mengemas dan memulangkan semua barang-barang digunakan sepanjang majlis.

Penat..
Biasalah, dah nama pun kenduri kan.

==================================================


22 Disember 2024 - Ahad (20 Jamadilakhir 1446H)

Majlis Bertandang telah diadakan di Asiana Grand Hall Setapak, Kuala Lumpur. 

Gambar pelamin haruslah ada

Dewan yang dihias indah



Dalam debar berjalan memasuki dewan

Ada dua pasangan pengantin yang diraikan iaitu abang dan adik perempuan

Dak Kakak dan dak Nuha bersama pengantin

Pasangan adik-beradik:
Zulhilmi Fadhlin & Nurul Najihah
dan
Zainina Farhah & Meor Hariz


Buat Alang dan suami serta adik pengantin lelaki bersama pasangan..
Wishing you a lifetime of happiness together and a love that grows stronger with each passing day. Moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat dan moga rutin harian dipermudahkanNYA.

@RemajaPurba: ...

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...