Followers Remaja Purba

Tuesday, February 23, 2021

Peperiksaan SPM 2020 bermula pada 22 Februari 2021


Cipta Sejarah Tersendiri.. 
Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 telah mula memasuki dewan peperiksaan bermula semalam, 22 Februari 2021 (Isnin). Anak buah aku, Nur Arissa Sofea salah seorang calonnya. 


‎. بِسْمِ  ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم 
‎ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاك نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين 

‎بِسۡـــــــــمِ اللَّــــــــــهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
‎ اَلْحَمْد ُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
‎ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ
‎  أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاء ِ وَالْمُرْسَلِيْن
‎ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعين 

Ya Allah,
Kau permudahkanlah dak Arissa dan semua calon SPM 2020 dalam mengharungi peperiksaan SPM ini. Berikanlah ketenangan kepadanya ketika menjawab soalan, jauhilah dia daripada resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Moga semuanya dipermudahkanNYA.. Aamiin..


Lepas ni, turn anak sulung aku, dak Kakak pula akan menghadapi SPM 2021.

#RemajaPurba: Aku yang berdebar lebih..

Monday, February 22, 2021

Tarikh Pembukaan Sekolah KPM pada Mac dan April 2021


AKHIRNYA..
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang dijalankan sejak awal sesi persekolahan 2021 akan digantikan dengan Pembelajaran Secara Bersemuka. Aku salah seorang ibu yang berasa sangat gembira di atas pengumuman tersebut. Kembali ke Sekolah jua akhirnya dak Kakak, dak Adik dan dak Nuha. 


Ini merujuk kepada Sidang media yang telah diadakan pada 19 Februari 2021 (Jumaat) oleh Datuk Dr. Radzi Jidin, Menteri Kanan Pendidikan mengenai pengumuman pembukaan sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Sidang Media 19 Februari 2021


Pembukaan SEKOLAH RENDAH:
  • Pra Sekolah, Tahun 1 dan Tahun 2 akan dibuka pada 1 Mac 2021.
  • Tahun 3 hingga Tahun 6 akan dibuka pada 8 Mac 2021.

Manakala:

Pembukaan SEKOLAH MENENGAH:
  • Kumpulan A: 4 April 2021
  • Kumpulan B: 5 April 2021
Kedua-dua jenis kumpulan merujuk kepada:

KUMPULAN A: Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu,
KUMPULAN B: Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak,                                     Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.


Rumusan Pembukaan Sekolah KPM

Tarikh pembukaan sekolah ini terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan mana-mana institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM.

Bagi sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM pula, mereka juga disaran untuk turut mengikut tarikh pembukaan sekolah yang ditetapkan dan mematuhi semua SOP yang telah ditetapkan.



Ok.. Kakak, Adik, Nuha.. mohler kita cuba baju sekolah yang ada tu. Harapnya takdelah mengecil terlalu cepat. Maklumlah kamu semua membesar dengan sihat apabila dua puluh empat jam, tujuh hari seminggu berada di rumah disamping ibu dan babah.

#RemajaPurba: Alhamdulillah.. lama aku tunggu..

Monday, February 8, 2021

Bantuan dari encik Google

 
Kisah pagi tadi..
Kebenaran hadir bertugas di tempat kerja walau hanya dua jam, aku gunakan sebaiknya. Semak di tempat kerja, selesaikannya di rumah.

Nak balik kerja, tayar kereta pula pancit. Ok takpe, jangan panik, minta bantuan dari encik Google cari kedai tayar terdekat. Sebelum itu, singgah dulu di stesen minyak untuk pam tayar, barulah teruskan perjalanan ditemani en. Google. Siap.. ok jom balik.

Tengahari..
Singgah di kedai koperasi sekolah dak Adik dan dak Nuha, ada tambahan buku yang perlu dibeli.

Malam..
Terkebil-kebil apa yang aku nak update sebenarnya di sini.

#RemajaPurba: ...

Thursday, February 4, 2021

PKP dilanjutkan hingga 18 Februari 2021


Apabila PKP 2.0 dilanjutkan hingga 18 Februari 2021. Tiba-tiba..

'PKP ni sambung lagi, sayang pergi kerja ke?' 
'Kenapa? Dah tak suka tengok muka sayang dekat rumah dah ke?'
'Siapa pulak kata tak suka..?'
Inilah jadinya bila dah lama sangat bekerja dari rumah.


Imbas kembali..
Perkara yang telah selesai:
01 Januari 2021 - Ulang tahun perkahwinan ✔
28 Januari 2021 - Ulang tahun kelahiran ✔ 
Berkongsi pula tarikh dengan cuti umum 'Thaipusam Day'


Reward buat diri sendiri - laptop


01 Februari 2021 - Isnin (cuti umum) ✔
Hari Wilayah Persekutuan ialah cuti umum yang disambut oleh tiga buah Wilayah Persekutuan iaitu di Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Tarikh ini bersempena pembentukan Kuala Lumpur sebagai ibu negara Malaysia dan Wilayah Persekutuan pertama pada tahun 1974. -sumber en. Google-


FEBRUARI..
Kali terakhir aku berjumpa denganmu, pada tahun 2020. Alhamdulillah, hubungan kau dan aku masih belum terjejas rupanya. Ketika tahun 2020 aku bersamamu selama 28 hari, begitu juga dengan tahun ini, masih kekal 28 hari. Panjang umur, tahun depan kau akan menjadi bulan paling istimewa, Februari tapi sementara itu, kau layanlah aku hingga aku bertemu dengan dia si MAC.
 
#RemajaPurba: JANUARI.. kau 'kekasih awal dan akhir' buat aku.

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...