Thursday, April 30, 2026

TAG BERANTAI: JOM BERKENALAN


30 April 2026 - Khamis [12 Zulkaedah 1447H]

Kadang-kadang, bila blogwalking, terjumpa pula segmen yang dianjurkan oleh rakan blogger. Jika ada kelapangan, aku cuba turut serta memeriahkan suasana. Dari tak ada idea atau sedang 'writer’s block', akhirnya terus siap satu entry.

Kali ni, aku telah di tag oleh blogger SII Nurul dan JMBelog. Tak sangka, rupa-rupanya aku juga antara yang tersenarai untuk turut serta. Ini kali kedua aku join segmen bulan ini — sebelum ni aku join di [SINI].


Entry asal segmen ini dari blogger KakMim dari [SINI].
Segmen Tag Berantai: Jom Berkenalan

Syarat penyertaan:
  • Login akaun ChatGPT anda.
  • Upload gambar anda.
  • Taip ayat ni — 'Knowing everything you know about from my blog (tulis nama blog anda), make an infographic of me in Bahasa Melayu. Make a 3D cartoon style'.
  • Tekan ENTER untuk menjana image.
  • Save gambar dan post di blog anda.
  • Tag 5 sahabat blogger yang lain.

Bila dah kena tag macam ni, rasa bersalah pula kalau tak join. Orang berbudi kita berbahasa. Terima kasih SII Nurul dan JMBelog. Sebagai tanda membalas kunjungan, jom tengok hasilnya.


Inilah hasilnya..
ChatGPT ni memang pandai beli jiwabuat rasa diri dipuji sentiasa.


Bila ada syarat untuk tag blogger lain, aku tak tahu nak tag siapa sebab nak tag A, B, C, semua dah kena tag tapi andai ada yang belum kena tag — jom je join, sama-sama kita memeriahkan suasana.


Dari satu blog ke satu blog, lahir cerita berbeza namun penuh rasa.


#RemajaPurba: ..

Wednesday, April 29, 2026

Bila Teguran Itu Sebenarnya Untuk Kita

 
29 April 2026 - Rabu [12 Zulkaedah 1447H]


[ Siapa Makan Cili, Dia Yang Terasa Pedas ]

Setiap perbuatan yang dilakukan  pasti ada akibatnya dan orang yang melakukannya sendiri yang akan merasainya.


Peribahasa ini sering mengingatkan kita agar tidak mudah terasa hati apabila ditegur kerana mungkin teguran itu sebenarnya tepat mengenai diri kita. Jangan cepat melatah dan tidak semua perkara perlu dibalas dengan emosi — cuba fikir dulu.. kadang-kadang ia hanya cermin untuk kita muhasabah diri.


Teguran bukan untuk menjatuhkan tapi untuk menyedarkan. Dalam hidup ini, belajar menerima teguran dengan hati yang terbuka itu lebih tenang daripada mencari alasan untuk menafikan kebenaran.

Merahmu membara semangat waja.. [lagu ni]


Tak perlu melatah atau menuding jari kerana teguran yang baik tidak pernah datang tanpa sebab. Jika terasa, jangan cepat melawan — mungkin ada yang perlu diperbaiki dan jika tidak.. anggaplah ia sekadar angin lalu. Belajar menerima dengan hati yang terbuka kerana di situlah bermulanya perubahan.

@RemajaPurba: Setiap rasa pedas ituada ruang untuk kita menjadi lebih baik.

Monday, April 27, 2026

Gosok Baju Nikah - Berdebar Lain Macam!

 
Hari Jumaat lepas, ketika kebanyakan orang sudah lena dibuai mimpi, en. Hubby tiba-tiba 'terlebih gula' mengajak aku dan dak Nuha untuk mengemas dapur. Maka bermulalah misi kami — mengalih rak dari kiri ke kanan, dari belakang ke depan.

Dari pukul sepuluh malam hingga hampir pukul dua pagi, kami mengemas, menyisih dan membuang mana yang tak lagi diperlukan. Ada juga beberapa barang catering milik en Hubby yang akan dilepaskan kepada kawannya. Selebihnya, ada barang yang kami letakkan di luar rumah — yang ini tunggu dak Adik balik dari selatan esoknya.


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

25 April 2026 - Sabtu [7 Zulkaedah 1447H]

Pagi..
Mengambil dak Adik di Terminal di situ. Hampir sejam dia menunggu — semuanya gara-gara aku lewat keluar rumah dan terperangkap dalam kesesakan jalan raya. Dalam keadaan kepala berdenyut menahan migrain, aku tetap gagahkan diri memandu. Malas nak layan sangat sakit ni, nanti habis semua benda terasa serabut. Punca migrain ni datang akibat tidak cukup tidurt dan kepenatan mengemas rumah.


Tengah hari..
Alhamdulillah, sebaik sahaja tiba di Terminal di situ dan ambil dak Adik, aku terus bertukar tempat dengan en. Hubby — kali ini aku jadi co-pilot saja. Kami kemudian meneruskan perjalanan ke Gombak untuk menghadiri majlis perkahwinan anak saudara sebelah myFIL.


De Cassa Mahligai Wedding & Event di Batu Caves


Memandangkan aku tidak mengenali sesiapa di sana, aku hanya duduk diam di sisi dak Adik dan dak Nuha. Tambahan pula kepala masih berdenyut menahan migrain, nak berbual pun terasa berat.

Tak lama kami berada di majlis tersebut, kami pun mohon diri untuk beransur pulang. Aku tak sabar nak balik berehat di rumah.


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

26 April 2026 - Ahad [8 Zulkaedah 1447H]

Menghadiri kenduri kahwin en. Awe, saudara a.k.a jiran sebelah rumah kami yang berlangsung di rumah mertuanya di sini. Alhamdulillah, suasana majlis sangat meriah dan penuh dengan kemesraan.


Luas kawasan rumah pengantin perempuan

Selamat Pengantin Baru buat en. Awe dan psangannya pn. Sidah
Moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat


Berdebar Lain Macam Bila Gosok Baju Nikah Pengantin Lelaki


Semalamnya, kali kedua beliau meminta bantuan aku untuk menggosok baju Melayu yang bakal dipakai pada hari nikahnya. Sebelum ini pun pernah — waktu dia hendak menunaikan umrah, dua helai jubahnya aku yang gosokkan. Tadi, bila bertemu beliau bersama pasangannya, sempat juga aku mengusik.. 'Lepas ni takde dah hantar kat rumah kami untuk gosok baju sebab dah ada orang jaga'.


Petang..
Kami sambung mengemas rumah, kali ni en. Hubby dan dak Adik mengemas di bahagian luar rumah dan dak Nuha menemani aku di dapur. Semuanya gara-gara cikTi — terpaksa mengerah tenaga mengemas semuanya.


Malam..
Rezeki kami.. en. Awe menghantarkan lauk kenduri buat kami sekeluarga. Alhamdulillah, esok tak perlu masak — ini pun satu nikmat yang patut disyukuri.

Dalam masa yang sama, aku dah pasangkan perangkap untuk cikTi. Tunggu masa aje.. selagi tak kena, rasa geram je hati ni cuma aku risau dak Jasmine pulak yang makan umpan tu.

#RemajaPurba: ..

Sunday, April 26, 2026

Segmen Pencarian Bloglist Aynorablogs.com Tahun 2026


26 April 2026 - Ahad [8 Zulkaedah 1447H]

Tengah blogwalking membalas kunjungan dari kawan-kawan blogger, aku terjumpa satu segmen ni. Nampak menarik, jadi aku pun join sekali bagi memeriahkan suasana. Segmen yang dianjurkan oleh blogger Aynora, aku jumpa segmen ni dari blog JMBELOG di [SINI]


Buat mereka yang berminat..
Segmen Pencarian Bloglist Aynorablogs.com Tahun 2026
boleh join di [SINI]


Syarat Penyertaan:
  • Buat satu entry bertajuk Segmen Pencarian Bloglist Aynorablogs.com Tahun 2026
  • Letak gambar banner di atas dekat entry itu dengan backlink ke entry ini.
  • Ceritakan sedikit apakah korang pernah blogwalking kat blog Aynora?
  • Hantarkan link anda di bahagian komen blog, nanti saya listkan kat bloglist.
  • Segmen ini akan berlangsung dari 01 Mei 2026 hingga 31 Disember 2026.

Soalan dari empunya blog, Aynora:
Ceritakan sedikit apakah korang pernah blogwalking kat blog saya ini?

Jujurnya aku tak pernah lagi singgah ke dalam blog Aynora ni, jadi aku bagi komen secara umum jelah ye. Apa yang aku tengok di bahagian atas ada empat topik utama iaitu 1001 Resepi, Kesihatan, Lifestyle dan Agamayang mana boleh klik pada tajuk-tajuk tersebut dan boleh scroll untuk sub topic yang relevan dengan kehidupan seharian. Gaya penulisan pun santai.. macam berborak.


Seperti kata Aynora:
Macam biasa bila orang tanya kenapa nak buat bloglist, jawabnya mudah jesebab mudah nak blogwalking dan 'curi' idea bila ketandusan.. haha (gurau je..).

Pada aku.. itu bukan soal mencuri idea tapi bila ketandusan idea, kita cuba mencari topik yang sesuai untuk dijadikan entry di dalam blog. Setiap orang punya pengalaman tersendiri — topik mungkin sama, tetapi penghayatan dan penyampaian tetap berbeza.

Sekecil mana pun perkongsian tetap ada nilai untuk yang sudi membaca dan terima kasih kepada penganjur atas peluang yang diberi.

#RemajaPurba: ..

Friday, April 24, 2026

Bila Emosi Menjadi Tulisan


Kadang-kadang kita tak sedar, perkara kecil yang kita buat secara konsisten itu sebenarnya diperhatikan orang. Bukan untuk dipuji tapi cukup sekadar menjadi tanda bahawa kita masih setia dengan apa yang kita minat. Menulis di blog, bagi aku.. bukan sekadar hobi — tapi ruang untuk aku 'bercakap' dengan diri sendiri dan menyimpan kenangan yang mungkin suatu hari nanti aku akan baca semula.


Ada sahabat yang bertanya..
'Rajin akak update blog, bertahun-tahun masih setia dengan blog'.
Ada entry yang aku pernah share dengan dia, juga dalam group kami #RemajaPurba.

Dari mana datangnya nama blog aku ni?
Daripada salah seorang sahabat — Kak Yanz. Aku suka bunyinya dan tak fikir panjang terus jadikan sebagai nama blog. Blog ini memang wujud kerana dak Adik tapi nama itu sendiri lahir daripada idea Kak Yanz. Luv u Kak Yanz..

Aku memang suka menulis.. lebih-lebih lagi bila hati tak tenang. Kadang-kadang bermula dengan satu perenggan, boleh jadi seperti karangan dua muka surat penuh. Dalam marah aku menulis tapi gaya bahasa tetap aku jaga. Aku tak akan terus publish — aku simpan dalam draf. Sebab itu, banyak entry yang masih tersimpan dalam draf. Bukan tak mahu kongsi tapi aku tak mahu tulisan dalam blog aku ni terlalu sarat dengan emosi. Marah atau kecewa itu biasa tapi cara kita menyampaikan — itu pilihan.

Walaupun tak seindah tatabahasa di dalam karangan Bahasa Melayu, aku tetap cuba menulis dengan baik. Memegang pesan en. Hubby.. 'Nak tulis boleh tapi jangan berlebih-lebihan'.


Tak semua yang kita rasa perlu diluahkan segera  kadang-kadang yang ditapis itulah yang paling bermakna.


Aku sedar.. blog ini bukan sekadar tempat bercerita tapi ruang untuk aku belajar mengawal rasa — supaya setiap kata yang keluar bukan sekadar luahan tapi juga cerminan diri yang lebih matang. Apa yang ditulis hari ini mungkin hanya sebuah cerita tapi esok ia boleh menjadi kenangan yang mengajar aku untuk lebih tenang dalam menghadapi rasa.

Sebab itu, setiap kata aku pilih dengan hati-hati — bukan untuk sempurna tapi untuk jujur pada diri sendiri.

#RemajaPurba: dari [SINI]..

Jaga Lisan, Jaga Hati, Muhasabah Diri

 
24 April 2026 - Jumaat [6 Zulkaedah 1447H]

Setiap musibah yang hadir pasti membawa hikmah yang tidak mampu dicapai oleh akal manusia. Tiada seorang pun yang terlepas daripada ujian — sama ada dalam bentuk nikmat dan rezeki, mahupun kesusahan, kehilangan dan penderitaan. Ujian itu bukan sekadar untuk mereka yang mengalaminya tapi untuk kita yang melihat dan mendengar.

Persoalannya, bagaimana kita berhadapan dengan berita-berita sedemikian? Adakah kita cepat melontarkan kata-kata yang melukakan atau kita memilih untuk diam dan muhasabah diri?


Dalam perjalanan hidup ni, kita akan berdepan dengan perkara yang buat kita keliru, adakala sampai kita terdiam sebab hati dan akal tak mampu nak hadam tapi bila kita kembali semula kepada Allah, kita sedar — hanya Dia Yang Maha Mengetahui segala yang kita sendiri tak mampu fahami.

Segala yang terjadi semuanya dalam pengetahuan ALLAH. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya, walaupun hakikatnya kadang-kadang sukar untuk kita terima. Itulah aturan dan jalan cerita yang telah Allah tetapkan sebagai ujian buat kita agar benar-benar memahami dan menerima qada’ dan qadar dengan hati yang reda.


True Indeed 

Sama-sama kita jaga lisan dan hati agar tidak terjerumus daripada perkara yang bukan-bukan. Sesungguhnya Allah s.w.t lebih mengetahui segala yang nyata dan yang tersembunyi.


Ujian orang lain bukan untuk kita nilai. Tak semua yang kita lihat perlu kita ulas — Allah tahu apa yang kita tak tahu.

#RemajaPurba: update di [SINI]

Thursday, April 23, 2026

Hari NAGA Sedunia


23 April 2026 - Khamis [5 Zulkaedah 1447H]

Hari ini hari istimewa buat dak Nuha.
  • Semoga membesar jadi anak yang kuat, baik hati dan dipermudahkan segala urusan.
  • Semoga Allah lindungi setiap langkahmu, lapangkan rezekimu dan lembutkan hatimu dalam apa jua keadaan.
  • Semoga rutin harianmu dipenuhi kebaikan dan masa depanmu lebih indah dari yang pernah dibayangkan.
  • Selamat hari lahir #NagaManja. Walaupun sederhana, kasih sayang kami tetap tak berkurang.


SELAMAT HARI LAHIR buat dak Nuha 

Tak semua sambutan perlu besar atau meriah kadang-kadang cukup dengan doa yang ikhlas, pelukan yang hangat dan ingatan bahawa dia sentiasa disayangi.

#NagaManja


Si Bongsu kini dah besar dan sedang belajar di SMK di sini. Rasa cepat je masa berlalu.

#RemajaPurba: Happy Birthday to you dak Nuha..

Wednesday, April 22, 2026

Pursuit of Jade - Strong Outside, Soft Inside


Tak habis lagi cerita tentang drama Pursuit of Jade ni.
Kali ini aku nak kongsi tentang barisan pelakon pembantu dalam drama ini. Semua watak pembantu dilakonkan dengan sangat baik — lakonan yang mantap, ditambah pula dengan barisan pelakon yang cantik dan bergaya.

episode: 8
di [SINI]

All those noble ladies lost simply because they never asked? — Fan ChangYu merayu kepada Yan Zheng untuk berkahwin dengannya demi menyelamatkan rumah peninggalan keluarganya.


Moral of the story:
Tak salah untuk wanita mengambil langkah pertama dalam menyatakan perasaan atau meluahkan niat untuk berkahwin. Kadang-kadang.. kerana terlalu menjaga adab dan kesopanan, peluang yang ada boleh terlepas begitu sahaja.

episode 24
di [SINI]

episode 24

Watak penting di sisi Xie Zheng a.k.a Marquis of Wu'an di medan perang:
Gongsun Yin [Headmaster of Liu Yuan Academy of Heijian]
Xie Wu [General]
Xie Jiu [General]
Xie Qi [General]
Xie Shi Yi [General]

The Xie Military Men
di [SINI]


di [SINI]
A man who never afraid of anyone
but his fears are divorce and the thought of losing his wife.

Cara pandangan matanya berubah daripada tegas kepada lembut, kemudian dipenuhi rasa takut dan rindu. Yan Zheng berjaya menghidupkan wataknya dengan sempurna seperti watak itu memang dicipta khas untuk dia,.



Ada satu komen yang menarik — penerbit memilih pelakon pembantu dengan ketinggian yang hampir sama dengan Zhang Linghe supaya keseluruhan watak nampak lebih gagah dan berwibawa di medan perang.


Northwest P Slaughter Squad
Menjadi pembantu dan orang kanan kepada Fan ChangYu


Setiap babak dalam drama ini bukan sekadar hiburan semata-mata tapi kekuatan watak dan keunikan jalan ceritanya serta terdapat moment yang tak dijangka. Memang tak hairan kalau drama ini terus melekat di ingatan walaupun sudah habis ditonton.

#RemajaPurba: Kembali ke dunia realiti..

Tuesday, April 21, 2026

If The Jinzhou Massacre 17 Years Ago Had Never Happened


- PURSUIT OF JADE -

Kadang-kadang, kita tak sangka sebuah cerita bukan sekadar hiburan tapi mampu meninggalkan kesan yang begitu mendalam dalam diri. Dari satu episod ke satu episod, tanpa sedar kita mula hanyut dalam dunia yang dicipta, hingga terasa dekat dengan setiap watak dan jalan ceritanya.

Ada waktu-waktunya, aku cuma mencari sesuatu untuk mengisi masa lapang, sekadar hiburan tapi drama Pursuit of Jade di [SINI] mencuri perhatian aku.

Semua babak dalam drama tersebut memang berjaya tarik perhatian — ada unsur lawak, ada emosi yang buat aku hanyut sekali. Jarang-jarang aku menulis sampai dua tiga entry tentang satu drama dalam blog ini, Mungkin itu yang buat aku susah nak move on.

Untuk entry kali ni, aku pilih secara random scene untuk aku kongsikan di sini.

episode: 32
di [SINI]

Grand  Eunuch sanggup masuk ke military camp untuk berjumpa dengan Marquis of Wu'an membawa utusan bahawa perkahwinan akan dilangsungkan antara Princess Royal tetapi Marquis of Wu'an menolak titah tersebut. Dalam scene ini Grand Eunuch telah dipotong telinganya. Walau dah putus telinga pun masih tak serik-serik hingga membawa pengakhiran yang tragis apabila beliau dibunuh oleh Marquis of Wu'an dengan pedang Longquan Sword., senjata yang menjadi simbol kekuasaan Maharaja. Untuk scene ini, boleh ditonton dalam episod 37.


episode: 19
di [SINI]

Bagi aku, watak Qi Win ini memang another level — sangat mengujakan. Dia terlalu obsess terhadap Qianqian, wanita yang pernah menyelamatkan dirinya suatu ketika dahulu. Sanggup dia sampai ke tahap ingin membunuh anak mereka sendiriBao’er, hasil daripada hubungan mereka berdua. Bagi Qi Win, apa yang dia mahukan mesti dia dapat, tak kira siapa yang perlu dikorbankan — walaupun mereka yang pernah menjaga dirinya dahulu.

- Behind The Scene -

Jika mereka digandingkan dalam sebuah drama seperti ini, pasti mampu meraih rating yang tinggi kerana chemistry antara mereka sangat kuat seperti  — Yan Zheng dan Fan ChangYu


PLOT TWIST
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

If the Jinzhou Massacre 17 years ago had never happened

episode: 40




di [SINI]

- Lima watak Protagonis dan Antagonis yang menarik perhatian -
di [SINI]


Seperti perbualan antara dak Nuha dan Babahnya..
'Tak habis lagi ke dramanya?'
'Alah Babah.. ibu tu kejap je. Nanti ada drama lain, tukar pulak minatnya'.

#RemajaPurba: Marquis Wu'an

Sunday, April 19, 2026

Hujung Minggu + Zhang LingHe


Pagi..
Aku dan dak Nuha menemani en. Hubby menghantar tempahan makanan ke tempat kerja adiknya. Menu biasa aje tapi lebih kepada seronok sebab dapat keluar di hujung minggu.

Tengah hari..
Konon nak makan Nasi Kandar Zainol, sekali sampai.. tutup pulak. Sudahnya kami makan di kedai makan — yang biasa aku makan sejak dari zaman Remaja Purba lagi. Rasa dia masih sama, penuh nostalgia. Owner kedai pun masih sihat.. Alhamdulillah..

Petang..
Berehat di rumah ditemani Zhang LingHe. Nampaknya masih belum boleh move on lagi dengan dia — dramanya di [SINI]. En. Hubby terus tidur — nak recharge tenaga yang hampir habis, dak Nuha pun sama senyap dalam bilik, effect kekenyangan makan tengah hari tadi.

Episode: 7

Episode: 9


Hujung minggu tak perlu penuh aktiviti — cukup bila hati rasa tenang, itu pun sudah memadai sambil melayan ZLH.

#RemajaPurba: Realiti tetap jalan macam biasa..

Majlis Aidilfitri di Tempat Kerja

 
17 April 2026 - Jumaat [28 Syawal 1447H]

Selepas beberapa kali sesi perbincangan, akhirnya gabungan dari tiga bahagian kecil menetapkan tarikh ini bagi Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat aras di tempat kerja. Apa yang berlaku behind the scene, biarlah menjadi kenangan.


Pukul satu pagi..
en. Hubby baru sampai rumah dari tempat kerja, terus bakar lemang sebab tempat kerjaku telah menempah awal cuma kebetulan en. Hubby terpaksa lewat pulang.

Pagi..
Sebelum subuh en. Hubby telah siap memotong dan menyusun dalam tray makanan, aku tinggal membawanya ke tempat kerja bersama lemang periuk kera.

Pagi.. di tempat kerja
Persiapan berjalan dengan semangat kerjasama — paling penting, ringan tulang, bukan sekadar mengarah itu ini. Dalam sibuk potong buah, boleh pulak jari sendiri terhiris, patut rasa pedih bila terkena air tapi itu tidak sedikit pun mengganggu tugas.

Majlis dimulakan pukul 11:30 pagi, diawalkan sedikit memandangkan hari Jumaat dan team lelaki perlu bersiap lebih awal untuk menunaikan solat Jumaat. Ini pun menarik juga - PMX, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim turut menunaikan solat Jumaat di masjid berdekatan tempat kerjaku.

Dengan pelbagai juadah terhidang — suasana bertukar santai dengan aktiviti makan, berbual, berkaraoke dan melayani tetamu yang hadir.

Aku..?
Sempat juga membelek tugasan hakiki yang menunggu. Dunia aku.. cara aku.

Gambar..?
Memang ada banyak tapi sebab Mak Budak sekarang dah tak lagi berstatus #PerasanSlim [ada kisah pahit manis #PerasanSlim dalam blog ni]. Sekarang ni.. bezanya bukan sedikit. Kamera pun kalau boleh nak auto-blur sendiri. Jadi, daripada terus menjadi mimpi ngeri, lebih baik Mak Budak jadi photographer tak rasmi je.


Aku kongsikan gambar makanan mewakili keseluruhan cerita.

Dihujung sana  bubur nasi + kuih-muih

close up sikit

Rendang ayam, rendang daging, kuah kacang
Ada juga nasi minyak + ayam masak merah

Bihun sup
Laksa Penang — lupa nak ambil gambarnya

Lemang periuk kera — air tangan en. Hubby
Setahun sekali je aku bawa ke tempat kerja

Sate pun ada

Dihujung sana — menu western pun ada



Cantik susun aturnya

Kuih peria kacang merah
Kuih angku atau kuih ku oleh sebahagian masyarakat di Melaka [yang ini aku baru]

Bukan hasil potongan aku
Aku potong buah jambu batu dan mangga

Gambar air lupa nak ambil..
Necafe, Teh Tarik, air buah, air detox menghiasi meja hidangan


Apa yang aku makan..?
Dengan pelbagai menu raya yang terhidang — laksa, bihun sup, nasi minyak, ayam masak merah, lemang, rendang tapi aku? bubur nasi menjadi pilihan hati hingga menambah dua kali. Kenyang dibuatnya. Sambil menikmati hidangan pilihan hati, sempat juga aku ulang tayang entah kali ke berapa drama Pursuit of Jade di [SINI].

Bubur Nasi

Alhamdulillah.. 
Penat, kenyang dan pastinya meriah — semua lengkap.


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Buat team di tempat kerja..
Terima kasih yang tidak terhingga buat semua yang sama-sama menggembleng tenaga bagi menjayakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat aras di sini. Majlis terasa begitu meriah dengan pelbagai juadah dari — Timur ke Barat, Selatan ke Utara (lirik lagu ni).

Dengan rendah diri, saya memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan atau ada yang terasa hati sepanjang majlis berlangsung.

Terima kasih buat semua yang membantu dari awal hingga akhir, I really appreciate it (keluar pula loghat kampungnya). Panjang umur, murah rezeki, badan sihat dan kuat.. InsyaAllah jika ada kesempatan, kita bertemu lagi pada tahun 1448H. Kita semua rakyat Malaysia, harmoni saling-menghormati (lirik lagu ni).

#RemajaPurba: Alhamdulillah..

Thursday, April 16, 2026

Pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR)


Pelaksanaan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) bagi sektor perkhidmatan awam telah bermula semalam, 15 April 2026 (Rabu). Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada langkah strategik kerajaan dalam memperkukuh kesiapsiagaan negara menghadapi krisis tenaga global susulan konflik yang berlaku di Asia Barat.

Pematuhan Etika dan Integriti Bekerja Dari Rumah (BDR) 
BDR bukan bermaksud 'Baring Duduk Rehat' atau Beli-belah Di Pasar Raya'Ia mesti mengikut peraturan dan tatacara yang telah ditetapkan.

- Sumber: FB Institut Integriti Malaysia -

  • Satu amanah profesional yang menuntut disiplin tinggi. Ia bukan ruang untuk mengutamakan urusan peribadi, sebaliknya memerlukan fokus dan komitmen penuh bagi memastikan operasi organisasi berjalan lancar.
  • Setiap warga kerja wajib mematuhi peraturan dan tatacara yang ditetapkan sebagai asas akauntabiliti dalam melaksanakan tugas dengan beretika.
  • Integriti individu menjadi kunci kepada produktiviti. Dengan mengekalkan standard kerja yang tinggi, perkhidmatan cemerlang dapat disampaikan walaupun bekerja di luar pejabat.


Pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) 

Bergantung kepada keperluan kerja itu sendiri.
Ia lebih berkesan bagi tugasan yang boleh diukur melalui hasil atau pencapaian yang jelas. Dengan adanya input dan output yang terancang, kerja masih boleh disiapkan serta dinilai walaupun tidak dilakukan di pejabat.


Bagi kerja yang memerlukan kehadiran fizikal, pelaksanaan tugasan secara ad hoc, interaksi bersemuka, penggunaan peralatan khusus atau respons segera, pelaksanaan BDR adalah lebih mencabar. Pihak penyelia perlu menyusun semula skop kerja dengan menetapkan input dan output yang jelas serta boleh diukur bagi memastikan kelancaran pelaksanaan tugasan.

Kadang-kadang isu dalam pelaksanaan BDR bukan berpunca daripada tahap produktiviti pekerja tetapi kerana struktur kerja itu sendiri yang kurang jelas. Apabila semua perkara ini diperjelaskan dengan baik, BDR bukan lagi satu masalah, sebaliknya boleh menjadi lebih efisien dan berkesan.


Semoga segala urusan dipermudahkan dan marilah kita bersama-sama mendoakan agar negara kita sentiasa berada dalam keadaan aman dan sejahtera serta konflik yang berlaku dapat berakhir dengan segera. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

#RemajaPurba: ..

NILA RINGGIT MALAYSIA DALAM KEHIDUPAN


 Bezanya bukan pada jumlah tapi pada kehidupan 

Hidup mengajar kita
 bukan semua orang melihat RM50.00 dengan cara yang sama 

Ada yang bertahan dengannya..
Ada yang tak pernah terasa nilainya..


Bukanlah tak cukup.. cuma tidak cukup untuk berbelanja mewah atau membeli sesuatu yang bukan keperluan. Kita selalu nak yang sedap di tekak, sedangkan apa yang ada sebenarnya sudah memadai. 

Hakikatnya, gaya hidup setiap orang berbeza. Ada yang berkemampuan tapi tetap berhati-hati dalam berbelanja, terutamanya soal makan. Kalau aku sendiri melihat segelas air coklat berharga RM30 — aku juga akan terasa mahal sebab aku tak biasa dengan suasana sebegitu.

Begitulah kehidupan. Nilainya mungkin sama tapi ertinya tak sama bagi setiap orang. Apa yang kecil bagi kita, mungkin besar bagi orang lain dan apa yang kita anggap remeh, mungkin itulah satu-satunya harapan yang mereka ada.

Kadang-kadang.. yang mahal itu bukan barangnya tapi pengalaman yang kita belum pernah rasa.


Hidup ini terlalu singkat untuk dihabiskan dengan membandingkan diri. Apa yang kita cari, hanyalah ketenangan dan kitalah yang mencorakkan warna kehidupan kita sendiri. Dalam apa jua keadaan, semoga Allah SWT sentiasa melimpahkan rezeki yang halal, penuh keberkatan, dan mencukupi buat kita semua.

@RemajaPurba: ..

Wednesday, April 15, 2026

Penangan Drama - PURSUIT OF JADE




Masih belum boleh move on daripada drama Pursuit of Jade. Asyik ulang tengok je sambil gelak dan tersenyum sorang-sorang. Lagu ost drama ni pun melekat dalam kepala — sampai pergi kerja pun ditemani lagu-lagu dari drama ni.

Nak buat macam mana.. drama ni 40 episode.



La ni tengah mencari drama lain untuk alihkan perhatian daripada asyik teringat Pursuit of Jade (POJ) tapi biasalah, nak cari yang boleh tandingi rasa tu memang bukan senang — lagi-lagi bila dah jatuh hati dengan jalan cerita, watak dan emosi dia sekali. Selalunya, walaupun dah mula drama baru tetap akan compare sikit-sikit dan akhirnya kembali juga ke POJ.

Apa pun, realitinya.. bukan aku sorang je yang stuck macam ni Fasa ni memang normal — nanti dah jumpa drama baru, lenyaplah POJ ni.

#RemajaPurba: - sumber gambar dari iQIYI -

Tuesday, April 14, 2026

BTS The Comeback Live | ARIRANG


Aku belum cukup gila untuk jadi ARMY yang dok skodeng BTS sepenuh masa. Rutin harian pun kadang kelaut tapi itulah.. bila nampak pasal BTS, tangan ni laju je scroll. Konon tak kisah tapi tahu-tahu dah tengok satu video, sambung lagi satu.

Aku bukan jenis ARMY yang tahu semua pasal mereka, bukan juga yang update setiap saat. Aku suka yang simple — dengar lagu, tengok performance, kadang-kadang ulang tengok video yang sama.


Tentang BTS The Comeback Live | ARIRANG
Sebelum raya, aku dah siap save tarikh — 21 Mac 2026 untuk menonton BTS secara live. Awalnya memang aku terlupa, tambah pula tarikh tu jatuh pada 1 Syawal 1447H, Hari Raya Aidilfitri. Biasalah.. mood raya.

Itupun dak Kakak yang bagitahu, masa aku nampak dia dengan dak Nuha fokus betul menghadap telefon. Rupanya tengah tengok konsert BTS. Terus aku macam, 'Eh, hari ni ke?'. Bila di kampung, biasanya kami lebih banyak masa diisi dengan borak, gelak dan makan sama-sama tapi kali ni aku pun turut sama join anak-anak.


Aku..
Bila tengok persembahan BTS — lebih banyak lagu berbahasa Inggeris berbanding bahasa mereka sendiri? Tapi mungkin ada sebab tersendiri di sebalik pilihan itu. Ini kena tengok sendiri dokumentari perjalanan mereka, tentang album terbaru ARIRANG — mungkin di situ ada jawapan yang lebih jelas.

Industri muzik pun dah banyak berubah dan mungkin ini antara cara mereka untuk kekal relevan di peringkat antarabangsa, dan siapa aku untuk menilai perjalanan mereka, sedangkan aku hanya melihat dari jauh.

BTS Netfix
di [SINI]

Tujuh huruf dari NETFLIX seakan-akan dicipta khas untuk mereka — tak perlu berebut, setiap seorang dapat satu. Aku suka tengok Jimin, macam tengah mendodoikan baby. RM pula nampak comel, manakala Jin, Suga, J-Hope, V dan Jungkook pun tak kurang juga — masing-masing ada daya tarik dan kelebihan tersendiri.


di [SINI]

BTS
THE COMEBACK LIVE | ARIRANG
21 Mac 2026 | 1 Syawal 1447H


BTS membuat kemunculan semula yang penuh bersejarah bagi meraikan pelancaran album baharu mereka dengan persembahan secara langsung dari Gwanghwamun Square yang ikonik di Seoul melalui Netflix pada 


SWIM
di [SINI]


Teknik 'swim' V buat orang lain pulak yang terasa lemas..

#RemajaPurba: Lagu Mikrokosmas  hampir setiap hari lagu ni menemani aku balik kerja.

Monday, April 13, 2026

Lemang dan Raya berpisah tiada


13 April 2026 - Isnin [24 Syawal 1447H]

Alhamdulillah..
Setakat ini lemang memang tak pernah beli — semuanya homemade by en. Hubby. Lagipun sekarang harga lemang pun boleh tahan, kalau setakat nak beli sebatang dua ok lagi tapi kalau beli banyak rasa macam di luar kemampuan pula.

Alhamdulillah.. elok seksi rupanya..


Dulu masa zaman Budak Purba, bila lemang dah masak memang berebut nak bahagian atas — 'kepala' lemang tu. Rasa dia lemak masin, lagi-lagi makan panas-panas, memang sedap rasanya.

Sekarang..?
Tak payah dah nak berebut, level dah naik. Tunggu je lemang masak, minta en. Hubby potong siap-siap — aku tinggal makan je.


Bawa ke tempat kerja buat rasa..
Terlupa ada cctv dalam lift..


InsyaAllah, jika tiada apa-apa aral, Jumaat ini aku akan bawa beberapa batang lemang + pulut periuk kera ke tempat kerja—hasil air tangan en. Hubby. Sempena sambutan raya sebagai penutup Syawal,

#RemajaPurba: ..

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...