Followers Remaja Purba

Friday, January 28, 2022

Selamat Hari Lahir buat MakBudak 28.01.2022


Jumaat terakhir bagi bulan Januari

Hari ini..
28 Januari 2022
Happy Birthday to MakBudak..

Berbunga-bunga hati bila dapat suprise macam ni..
Masuk kerja tengok dah ada terletak elok depan mata..

Kim Taehyung BTS

Selamat Hari Lahir buat MakBudak
Usia masih kekal di terowong masa RemajaPurba 🤭


Sesuatu yang datang dengan mudah tidak selalunya bertahan lama..
Sesuatu yang mampu bertahan lama tidak selalunya datang dengan mudah..

HATI..
Bantulah aku menjadi seorang yang kuat, walau aku dah semakin penat.
Bantulah aku agar empat penjuru bahagia itu tidak retak bercalar-balar..

Terima kasih atas doa dari semua..
Moga doa-doa tersebut berbalik kebaikannya pada semua..

#RemajaPurba: Tak sabar nak bukak hadiah yang ada..

Thursday, January 27, 2022

JUALAN Buku Sekolah


JUALAN Buku Sekolah di SKBK dak Nuha

Buku tulis, buku aktiviti, alat keperluan sekolah bagi sesi persekolahan Tahun 2022 boleh didapati di kedai buku sekolah mulai 17 Januari 2022.

Pembelian boleh dibuat pada:
Isnin hingga Jumaat (8:30am - 4:30 pm)
Sabtu (9:00 am - 2:30 pm)
*Cuti Umum dan Raya Cina tutup

Alhamdulillah, petang semalam selesai pembelian buku di SKBK dak Nuha, masih ada lagi dua sesi persekolahan belum dapat maklumat berkaitan. Apa-apa pun lega sikit dah beli, takut kalau lambat, stok buku habis pulak.

#RemajaPurba: ... 

Wednesday, January 26, 2022

Ibu Mertua kena Tinggal

 
Pagi tadi.. 
Hadap jalan jem yang dah lama tak ku hadap. Lenguh weh kaki dibuatnya. Waktu itu aku dalam perjalanan ke rumah mertua untuk membawa myFIL n myMIL ke PPV di situ bagi temujanji pemberian booster dose.

TAPI..
Disebalik semua itu, DIA mudahkan urusan kami di PPV di situ. Bertambah mudah bila doctor and staff bertugas sanggup datang ke parking kereta untuk suntikan tersebut. Kebetulan tiada wheelchair untuk myMIL masuk ke dalam dewan PPV di situ. 

Sementara itu, aku diminta masuk ke dalam dewan bagi melengkapkan proses pemberian booster dose tersebut. Sekejap je dah selesai dan tak sesia aku mengadap jalan jem pagi tadi. Ada hikmah disebaliknya.

Syukur Alhamdulillah walau ada kisah lucu sebelum ke PPV di situ. Dari rumah sebelum bergerak ke PPV di situ myFIL bertanya..

Abah: Dah masuk dalam kereta dah? 
Aku: Dah Abah..
Sekali lagi Abah tanya, rupanya soalan tu untuk myMIL.. 🤣🤣🤣 
Abah: Mana mak? 
... krik krik.. 

Abah: Mak kau dah siap lepas Subuh nak pergi sekali tapi kena tinggal..
Macam manalah aku boleh tertinggal myMIL dekat rumah weh.. 🤦‍♀Apa-apapun selesai sudah semuanya.

Booster dose AtoZ diterima oleh MyFIL n myMIL.  Gemifai kita geng kan en. Hubby..

#RemajaPurba: tersenyum sendirian..

Tuesday, January 25, 2022

Bahagia itu berada pada empat penjuru


“Don’t judge my path if you haven’t walked my journey".
(Jangan menilai perjalanan kehidupan saya sekiranya anda tidak melalui apa yang saya lalui). -Ziana Zain-

Kau marah..
Kau sakit hati..
Tak guna meluah rasa di socmed..
Tiada yang peduli..
Hidup perlu diteruskan..

Bahagia itu berada pada empat penjuru..
Kiri, kanan, depan dan belakangmu..
Semuanya ada di situ..
Kau perlu pertahankan agar tiada hati yang dirasuk pilu..

Why is it hard for you to see
When everything I've done is for you and me?
Ku disakiti..
Namun jua kau sedar..
Kau tersakiti
_Sabar_

Masih belum terlambat untuk berbicara..
Jangan pendam di dalam jiwa..
Jangan biarkan mata dan hati dikaburi..
Takut kelak memakan diri..

Belajar pujuk hati sendiri, bukan apa.. nanti kalau takde orang yang pujuk, senang.

#RemajaPurba: Sampai bila nak jadi macam ni..


Friday, January 21, 2022

KES Jatuh Tangga di sekolah


19 Januari 2022 (Rabu)

Kes: Jatuh tangga
Tempat kejadian: Tangga sekolah

Kronologi:
Waktu dak Nuha buka kasut untuk garu kaki, waktu inilah ada yang tertolak dan dia jatuh dari tangga. Hailaa anak, kenapalah dekat tangga nak menggarunya..   ðŸ¤¦‍♀  

Sejarah: 
Rasa baru je kejadian jari kaki dia patah dia bermain gelongsor tahun lepas.

KEJUTAN LAIN:
Petang tu dia tertinggal van sekolah dan you know what 🤔 dia balik jalan kaki sorang². Aku terkejut bila dia cakap macam tu. Nak marah pulak, aku penat teramat. Mampu bebel manja kenapa tak tunggu dekat guard sekolah. 

Syukur sangat dia selamat sampai rumah,  jauh kot dari sekolah dalam keadaan kaki dia macam tu. 

Jari kaki yang sama - kes patah tahun lepas.
syukur Alhamdulillah kali ni takde patah atau retak


Selesai: 
2:30 am selesai semuanya. Terima kasih juga pada mereka yang mai teman en. Hubby Lan Abu  😎 Eleh.. Macam dia pulak yang sakit 😜

#RemajaPurba: ...

Monday, January 17, 2022

Bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT)


Aku bukan seorang yang suka membela kucing tapi aku tidak pula membenci, jauh sekali nak membuangnya. Aku pun pernah ada kucing, si Oyen.. hinggalah ia hilang lenyap ghaib dari pandangan kami. Sekarang yang ada cuma si Comot kucing gelandangan pengganti si Oyen.

Aku bukan tak suka kucing cuma rimas bila mengiow macam tak makan dua tiga hari. Lepas tu kau gesel celah kaki sampai nak panjat aku dah kenapa weh..?  Aku geli bila bab kena gesel ni. Sekarang ni pun rasa meremang bulu roma..

Ini hak milik jiran sebelah rumah.

Bila kucing-kucing ni dah mula membesar sebagai jantan dan betina, jiran kami dah mula lepaskan kucing-kucing pada waktu-waktu tertentu. Bila nampak kelibat kami di depan rumah, semua berkejaran datang menghampiri dengan harapan dapat sedikit bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

Bila melibatkan bab RMT ni, aku mudah rasa kesian + tak sampai hati bila si Comot makan tapi deme tak. Aku boleh je nak berlaku kejam - tak usah bagi makan nanti deme mua tapi aku bukan macam tu, tahap perikemanusiaan aku masih tinggi. Mulut aku je bising tapi kucing-kucing tu tetap menerima bantuan RMT walau tak banyak mana.

Nak bising pasal bauan yang tidak stim pulak, en. Hubby pujuk jangan perbesarkan isu ini. 

Bersihkan..
Kemaskan..
Tak usah membebel..
Kucing tu bukan faham pun..

Memanglah abang, tapi..
Dah, dah.. takde tapi-tapi. Diam je jangan bising-bising..
Ini je reaksi en. Hubby.

Aku berharap kucing-kucing itu tidak hilang atau dibuang oleh sesiapa dek isu ni. Aku juga tak pernah lupakan jasa jiran memberi makan kepada si Comot bila aku sesekali kami berada di luar kawasan.

#RemajaPurba: Kucing dan ayam berpisah tiada.

Wednesday, January 12, 2022

Cabaran CAKAP sahaja


Setakat ini aku hanya berjaya membaca dua baris pertama, tetapi tidak pada baris ketiga dan keempat. Secara automatik aku akan turut menyanyi..

Adabi melazatkan,
Adabi menyelerakan,
Mengandungi pelbagai rempah,
Melazatkan kari dan kuah.
Adabi..


KARI..
Dah lama tak makan kari kepala ikan jenahak.
Ni antara menu paling dinantikan di rumah myMIL, chefnya en. Hubby lah. Ikan yang dipancing sendiri oleh myFIL di kolam ikan. Menjadi satu kepuasan pada beliau bila mana melihat anak + cucu + menantu makan dengan penuh berselera.

Sejak covid-19 melanda negara, memang tiada peluang myFIL ke kolam memancing ikan. Ditambah dengan keadaan semasa ni memang anak-anak beliau tak bagi pergi demi kesihatan myFIL. Maka, tangkap ikan di pasarlah jelah.

Aduhai.. gara-gara si jenahak, terliur dibuatnya. Tak boleh jadi macam ni, nak kena balik kampung myMIL jugak ni.

#RemajaPurba: Agar selalu ada, kau dan aku bersama.

Tuesday, January 11, 2022

#KKM yang carikan Jodoh


10 Januari 2022 (Isnin) 

Perbualan empat sekawan di sebalik pengambilan booster di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di sini. 

A: Settle dah pukul 3pm tadi. Macam biasa den dapat semua vaksin 😆 A to Z.
J: Rugilah, kahwin sesama suku, saya dapat kahwin campur Sinovac + Pfizer
A: Nak wat camne  #KKM yang carikan jodoh.. 🤭
E: Ni tak payah amik booster and turbo dah.... Complete....
A: Lepas ni tak payah dah amik 4 ke 5 kali ke. Cukup yang ni je.. 🤣
E: Ada virus baru lagi haaa, nama deltacron.
A: Ni tak lama lagi KJ akan buat pengumuman wajib amik dose ke 4 dan seterusnya. Rakyat pun💆🏻‍♀️.
J: Jenuh nak tadah tangan nak kena cucuk vaksin, effect vaksin kerap sangat ni pun tatau apa lagi kan.
E: Kan.. depend pada diri setiap orang. Kita pun tak tahu kesan jangka lama vaksin kat badan kita.
N: Nanti KJ kata complete dose bila abang Jamil dah mampus..
J: Masalahnya, abang Jamil tu pun muda lagi, jenuhlah nak tunggu lama lagi.. 🤣


Kesan pengambilan booster pada diri aku..?
Setakat ni tiada kesan. Masih boleh makan dengan banyak seperti biasa.. Alhamdulillah..

#RemajaPurba: ...

Thursday, January 6, 2022

Moga yang Positif mengiringi



Aku cuba untuk tidak menjadikan titik-titik marah aku ini terluah. Moga titik tersebut dijauhkan dari aku agar tiada hati yang tercedera.

Moga yang positif mengiringi langkahku ini dalam menjalankan rutin harian. Biarkan yang negatif itu berada jauh di belakang walau sebenarnya aku tidak dapat lari dari yang negatif itu.

#RemajaPurba: Mungkin satu hari akan terluah..

Wednesday, January 5, 2022

Happy Anniversary ChefHubby - 01 Januari 2022


01 Januari 2022 (Sabtu)
Simpan sini sebagai kenangan

31 Disember 2021 (Jumaat)
Hujan turun dengan lebat waktu aku balik kerja.
Dalam hujan masih sempat nak bergambar kenangan dengan en. Hubby.
Gambar gegar, dah ini je gambar yang lawa.. hehehe..


1 JANUARI 2022 (Sabtu) 

Biodata seorang suami 😄
Usia perkahwinan: dah masuk #RemajaPurba
Status terkini: 3 anak dan 1 #MakBudak

Sempena Ulangtahun Perkahwinan, dengan ingatan tulus ikhlas:
Jangan.. ❌
Jangan.. ❌
Jangan.. ❌
Itu je pesanan dari #MakBudak 👌

#HappyAnniversary2022
#HappyNewYear2022

Muka letih tak cukup rehat
Tak berapa nak suprise sebab en. Hubby dah boleh jangka.

dengan ucapan:
Happy Anniversary sweetheart.
Dengan ingatan tulus ikhlas 'awekmu nak rantai takmo cincin'


Esoknya, makan kek ni dengan geng ibu waktu mengemas barang kenduri


01 Januari 2022 ini juga turut diadakan majlis perkahwinan anak jiran di lorong rumah kami.
Hujan mengiringi..

Menu makan beradab by #ChefHubby
Majlis bertandang meraikan pihak pengantin perempuan.

Ternganga sebab terkejut ke..?

Tak sempat nak sediakan sotong goreng tepung

Daging masak hitam dimasak oleh jiran merewang

Alhamdulillah.. semua berjalan dengan baik seperti yang mereka rancang cuma part aku takde candle light dinner pun jauh sekali nak berdua-duaan makan bersama. Mengemas barang-barang yang digunakan untuk majlis tersebut ye ada. Ini kerana hampir 80 peratus barang yang digunakan adalah dari rumah kami termasuk set untuk makan beradab. Takpelah.. tunggu pula hujung Januari 2022 ni, apa yang akan menanti.

#RemajaPurba: ...


Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...