Followers Remaja Purba

Friday, December 30, 2011

Perpisahan itu berlaku jua..

Walau berat rasa hati nak berpisah tapi aku tahu lambat-laun aku terpaksa melepaskan jua.. Apa yang aku cuba elak akhirnya berlaku jua.. Bukan aku tak mengenang budi tak mengenang jasa tapi aku terpaksa lakukan..

Sedih rasa hati nak berpisah, bukan setakat di hati tapi dah mengalir di mata.. orang tengok aku buat tak tahu je..



Akhirnya..

Hari ini genap 3 tahun dak Kakak dan dak Adik bersama nenek a.k.a pengasuh.. Dari kerenah anak-anak sampailah aku, nenek layan.. Banyak kenangan manis bersama beliau.. (ni masa menaip ni pun airmata tunggu turn nak turun je ni..)


Buat nenek a.k.a Pengasuh..
Terima kasih yang tak terhingga sepanjang mengasuh dak Kakak dan dak Adik.. Kemaafan dipinta dari hujung rambut sampai hujung kaki serta halalkanlah apa yang telah kami makan dan minum sepanjang tempoh tersebut.

Kalau boleh klon, aku klon nenek bawak balik rumah.. sebab aku cukup serasi dengan layanan dan jagaan nenek terhadap anak-anakku.. Tapi aku sedar.. perpisahan ini pasti akan terjadi dan hari ini terbukti..




sob.. sob.. sob.. aduh.. tadi banyak idea.. la ni terbang melayang sebab aku dah tak nampak huruf kat lappy aku ni..




Nenek.. dan aku..
Kami sama-sama menangis.. (la ni pun tengah nangis.. aduh.. potong stim betullah..)


Bukan maksud tak jumpa langsung lepas ni.. tiap kali cuti sekolah, anak-anak akan kuhantar ke rumah nenek..

Dipendekkan cerita yang dah panjang berjela ni.. InsyaAllah panjang umur tahun depan kita jumpa lagi.. I'll miss u nenek.. pasti aku akan rindu nak dengar nenek membebel 'marah'kan aku.. rindu dengan air tangan nenek.. rindu suasana naik turun tangga tingkat 10.. yang pasti aku sedih sangat-sangat..



psstt: alamak.. mataku dah merah, confirm dak Kakak banyak soal ni nanti..


psstt lagi: pengasuh baru dak Kakak dan dak Adik jiran depan rumah aku.. bakal menjalankan tugas pada tahun depan..


last psstt: terus teringat arwah wan.. rindunya aku pada zaman kanak-kanakku dulu..

Wednesday, December 28, 2011

Penangan Cempedak

Kalau minta hubby belikan, sah confirm tak dilayan.. aku bila dah dapat buah ni, aku sorang boleh hadap sorang-sorang.. tu pasal hubby taknak layan sangat kalau melibatkan makanan yang banyak angin ni.. kurang baik untuk kesihatan aku.. hehehe..


Sebiji buah ni harga dia RM20.00.. takpe.. nak punya pasal kugagahkan jua.. tapi puas hati sebab isinya banyak dan padat..



Anak-anak pun suka makan dan ini buktinya.. belum sempat digoreng.. gambar selepas itu tiada sebab sedap menikmatinya bersama jiran di pondok depan rumah..



psstt: Dah dapat buah manggis tapi bukan dari kebun di Pahang..

Thursday, December 15, 2011

Buah-buahan Tempatan

Semalam hubby balik dari outstation ke KB, singgah di rumah rakan beliau di Pahang.. Dari minggu lepas aku nak makan buah manggis tapi masa tu buahnya belum cukup matang.. minggu ni pulak belum masak.. Kena tunggu lagilah nampaknya..

Kalau minggu lepas, 2 plastik hitam besar hubby bawak balik buah rambutan kuning dan merah tapi minggu ni tak banyak memandangkan aku dan anak-anak dah puas makan rambutan.. dicampur lagi rambutan dari kampung atok sedara.. wah.. nasib baik tak batuk akibat banyak makan rambutan..

Bangun pagi tadi dah standby bawak sikit untuk anak-anak makan kat rumah pengasuh. Nak keluar rumah dak kakak cakap ada 'rambutan' lagi ibu kat luar rumah.. Dalam hati.. wah.. banyaknya abang bawak balik.. tapi bila aku open the door.. eemm.. ni bukan rambutanlah kakak.. ni durian..

Macam mana aku boleh terlupa yang anak-anakku panggil durian itu rambutan.. huhuhu.. Kenapa letak kat luar rumah..? eem.. buah durian dilarang sama sekali berada di dalam rumah sebab aku tak suka.. hahaha..

'Apa..? Kau tak makan durian.. ah.. rugi..'

Semua tu ada cerita kenapa aku tak makan durian (kalau aku teringin nak cerita nanti aku share..)

Dak Kakak siap pesan kat babah dia, durian tu dia punya.. nampaknya petang nanti aku kena layanlah kehendak dia.. harap-harap senanglah nak kopek sebab dah lama tak buat kerja tu.. kihkihkih..



Pagi tadi ada kebakaran di tepi sungai sebelum tol NPE, api cepat marak, bomba bertungkus-lumus, orang ramai boleh pulak bekerjasama berhenti tengok.. tu sah-sah jalan sesak nanti tu.. Aku siap bagi lampu tinggi pada pemandu yang perlahankan kenderaan sebab nak tengok 'acara' pembakaran tu.. Kita nak cepat, dorang boleh cuci mata pulak..



psstt: rutin harian.. makan ubat.. kena makan ubat calcium..


psstt lagi: tak sabar nak balik kampung, nak petik rambutan sambil makan kat bawah pokoknya..


last psstt: semakin menghampiri gaji terakhir untuk tahun 2012..

Tuesday, December 13, 2011

Siaran Tertunda

Mari belajar membaca..


Hari Sabtu:
Rajinnya aku (puji diri sendiri) kemas bilik dak Kakak.. paling menarik, banyak mainan anak-anak aku buang sebab kebanyakkannya dah rosak tak boleh guna.. Anak-anak merungut jugak tapi aku terangkan kenapa perlu dibuang.. bila dah selesai, baru nampak kemas dan lebih teratur dari sebelum ni.. Kalau tak macam tongkang pecah aku rasa..


Hari Ahad:
Memandangkan dak Kakak rela hati tolong mengemas semalam, maka ku ajak hubby ke Pantai Remis.. kebetulan jiran kat rumah pun nak pergi, jadi kitorang konvoi ke sana.. Anak-anak teruja nak main air.. Dah pesan jangan mandi, takde maknanya.. dah macam itik tak jumpa air aku tengok.. Aku.. berpayungler temankan dorang kat pantai tu.. Duduklah aku dengan gigihnya kat gigi air tu temankan dorang.. safety first..



Pantai Remis - panas berbahang..


Mula-mula je.. konon-konon taknak basah..


Lepas tu.. sikit demi sikit basah..


Ni aku yang penat.. bukan dak Adik..


Semalam pulak:
Pagi lagi dah bangun.. uruskan anak-anak, tumpangkan sekejap kat rumah akak sebelah rumah. Aku perlu ke PPUM – urusan kali pertama check up.. Boleh tahan lamalah kat hospital tu.. Dari check rutin yang biasa buat, dengar ceramah penyusuan ibu, jumpa doctor dan buat sekali ujian pap smear. Last buat masa dak Kakak dulu.. Syukur.. urusan lebih mudah bila doctornya perempuan..

So.. next check up will be on 09 Januari 2012.. masa ni akan buat scan sekali.. wah.. bolehlah tahu lelaki ke perempuan kan.. kan.. kan..



psstt: Cadang nak update malam tadi tapi hubby dah concour dulu lappy..

Thursday, December 8, 2011

Berbaloi ke dengan harga macam tu..?

Menu Lunch semalam..


Nasi Putih, Ayam Goreng, Sayur Bendi Goreng dan sedikit kuah beserta sambal belacan..




HARGA..??








RM5.00..

erk.. betul ke..? ye.. RM5.00..




Bagi aku mahal sangat-sangat.. bukannya aku amik lauk udang + sotong pun.. cuma ayam + sayur je.. huhuhu.. tiap kali aku terkena macam tu punya mahal + cekik darah.. mesti aku akan cakap.. 'cepat makcik ni pergi Haji lagi ni..'



NOTA BUAT MAKCIK PENIAGA:
sila sediakan duit kecil.. macam baru kali pertama meniaga pulak, asal pelanggan nak bayar je mesti takde duit kecik, walhal bukan besar mana pun duit yang diberi.. eeeee... tang ni pun aku geram.. tolonnnnnglah makcik.. (aku nak print tampal kat kedai makcik tu pun ok jugak kan..)



psstt: Menu ringkas macam tu je yang aku lalu nak makan..



nak psstt lagi: Apa pilihan lain yang aku ada ye..?



Wednesday, December 7, 2011

Melepasi Fasa Pertama

Syukur Alhamdulillah.. 3 bulan pertama aku lalui dengan penuh cabaran..

Dari urusan dak Kakak sekolah, kerenah dak Adik, menghadap kesesakan jalanraya, menghadap urusan ditempat kerja, sampailah urusan dalam rumah memang agak meletihkan..


Sekarang..
Sedang melalui fasa kedua..
Selera makan.. usah cakaplah, asyik lapar je tapi kali ni aku jenis makan sikit tapi kerap..
Dah boleh buat kerja.. takdelah rasa nak baring je.. takdelah rasa malas je.. Tapi cepat penat..


Ye.. lain orang lain ragamnya kan..
Apa-apapun aku bersyukur masih sihat dan mampu menguruskan hal-hal berkaitan disekeliling aku.



psstt: sssyyy.. kita-kita je yang tahu tau.. due date next year - April 2012..


psstt dua kali: dak Kakak nak girl.. dak Adik nak boy.. masalahnya bukan twins..

Tuesday, December 6, 2011

Welcome back mak budak a.k.a remaja purba

Jumaat tak sabar nak balik..

DAN..

Semalam pulak aku bercuti..

Tak ke mana pun..

Gotong-royong bersama hubby mengemas rumah..


Banyak jugak rupanya barang yang boleh dikeluarkan terus dari dalam rumah, salah satu darinya.. majalah Ujang.. stok majalah ni aku simpan sejak zaman anak dara sampailah ke mak budak..

Penat tapi berbaloi.. terima kasih ye abang sebab cuti dan bukan setakat dalam rumah, luar rumah pun abang kemas..

Aku tak online langsung 3 hari ni, entahlah.. sebelum adanya Streamyx bukan main berkobar-kobar tapi bila dah ada dalam rumah (tak payah dah nak hadap orang hijau kat pondok), bukannya aku layan.. bagi aku time cuti adalah masa untuk untuk rehatkan mata.. Sebaliknya hubby yang banyak layan..



Hari ni..
Penat masih menguasai diri.. rasa malas je nak pergi kerja.. anak-anak pun turut liat nak bangun pagi, dah seronok 3 hari ibunya cuti, maka.. 'ibu cutilah lagi..'

wah.. ikutkan hati, nak je cuti lagi tapi sayang pulak.. at least cuti tu boleh simpan.. sabarlah kakak.. adik.. bulan ni pasti ibu akan kerap cuti..




psstt: Isnin depan cuti lagi.. tapi aku akan ke PPUM..



psstt lagi: dah syok cuti.. rasa nak tambah cuti lagi..

Friday, December 2, 2011

Nak balik.. nak balik..

Tak sabar nak balik..
Perutku dah tegang semacam..
Badan dah letih..
Otak dah penat..
Nak pandu pulak kereta menempuh kesesakan..
Tengok dari jendela ni, boleh tahan gelapnya cuaca..


Ku tak kira..
Ku akan redah jua..
Nak rehatkan diri dan juga minda..


Hubby pula tiada..
Outstation ke Kota Bharu arahnya..
Sedang berkira-kira nak apa..
Adakah sup yang enak pernah dirasa..


Apa-apa pun..
Moga selamat hendakNYA..


Kepada kalian semua..
Selamat Bercuti dihujung minggu..
InsyaAllah kita akan berjumpa lagi..




psstt: tak fikir apa dah.. yang kutahu.. nak balik.. nak balik..

Thursday, December 1, 2011

Bulan Terakhir Tahun 2011

Syukur Alhamdulillah kita masih dapat bersama-sama mengharungi tahun 2011 dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Kepada yang telah tiada marilah kita bersama-sama sedekahkan Al-Fatihah..


Hari ni hari pertama aku kembali memilih waktu bekerja 8am - 5pm.. Moga aku mampu harungi hari-hari seterusnya tanpa masalah.. InsyaAllah..

Kenapa?
Memandangkan sekarang ni musim cuti persekolahan maka kuranglah sikit sesaknya dan lagipun bermula tahun depan dak Kakak akan memulakan pembelajaran beliau di sekolah baru. Ini yang aku ambil sedikit kesempatan yang ada..


BULAN DISEMBER ini juga buat hidup aku rasa tak tenang pada awalnya.. Sepatutnya 5hb. ni dak Adik akan menjalani pembedahan tonsil tetapi Doctor menghubungi aku pada hari Selasa lepas memaklumkan pembedahan dak Adik perlu ditangguhkan kerana ada pesakit yang lebih urgent memerlukan pembedahan pada tarikh tersebut.

Maka aku perlu hadir selepas Krismas nanti untuk dapatkan tarikh baru. Aku berharap sangat segalanya selesai pada tahun ni sebab tahun depan dak Adik akan memulakan persekolahan beliau tapi apakan daya, kita hanya merancang Allah yang menentukan..

Ini kali kedua pembedahan untuk dak Adik ditangguhkan. Takpelah.. mungkin ada hikmahnya.. dan aku turut bersyukur cuti yang aku dah apply untuk sepanjang minggu depan aku boleh gunakan sebaiknya untuk tahun depan.. syukur kepadaNYA..


Mood yang ceria di pagi hari..




psstt: Korang dah start membeli-belah keperluan sekolah anak-anak? Aku belum lagi..


psstt lagi: dah malas nak ingat pari bakar tu.. kita tukar menu lain pulak.. ;)


last psstt: Teringin nak balik kampung.. dah lama rasanya tak balik kampung.. :(

Wednesday, November 30, 2011

1 Muharram 1433 yang lepas

Kebelakangan ni asyik buat aktiviti makan-makan je aku rasa.. Mentang-mentanglah selera makan dah tak terpusing 180 darjah lagi.. Apa-apa pun aku bersyukur, takdelah sampai terbaring tak boleh buat kerja..

Aktiviti ni dibuat bersama dengan jiran-jiran terdekat kat rumah malam Ahad lepas.. Meriah memanglah meriah.. cuma malam tu hujan pulak, nasib baik tak lebat.. Lagi bernasib baik tak buat BBQ, walhal aku mintak hubby buatkan pari bakar.. Sudahnya pari tu dibuat kari..


dak Kakak yang suka bergambar..





DAN..




gambar seterusnya di SINI..



psstt: abang.. nak ikan pari bakar..

Tuesday, November 29, 2011

Musim Hujan..

Gotong-royong membersihkan longkang besar di kawasan perumahan TDBi. Tiada gambar aktiviti pembersihan sebab longkang tu jauh sikit dari TDBi. Takdelah ambil masa yang lama sebab ramai yang ringan tulang turun padang..

Sementara tu anak-anak ambil kesempatan main kat taman permainan, aku.. tengok jelah..



Dada langit yang dah mula gelap..


Sampai je kat pondok depan rumah, hujan turun dengan lebatnya.. Anak-anak ambil peluang.. alang dah basah.. tapi tetap dipantau oleh ibu, umi, mama dorang..


gambar kakak takde..?


Nanti aku share cerita disebalik 1 Muharram 1433.



Sekali je psstt: weekend ni ada jualan gudang Pureen kat PJ.. nak pergi ke tak.. pergi ke tak..??

Friday, November 25, 2011

Perjalanan Semalam..

Sinopsis kisah semalam:

Pagi: Sarapan di P.J
Tengahari: Lunch di Klang Sentral
Petang: Makan buah di pondok depan rumah
Malam: Dinner di Kapar


Kisah disebaliknya:


Alhamdulillah syukur apa yang dirancangkan berjalan dengan lancar.

PAGI:
Mendaftar di PPUM untuk further check up. Rutin bulanan akan bermula pada bulan depan.. moga ibu mengandung ini tiada masalah hendakNYA.. amin..
Perjalanan seterusnya adalah ke sekolah dak Kakak – urusan pertukaran sekolah anak. Selesai di Sek. Keb. dan SRA dak Kakak, maka urusan seterusnya adalah di JAIS dan PPD, Klang dan akhirnya di SRA baru dak Kakak nanti. Walau penat tapi syukur proses yang kami lalui tak sesukar mana. Cuma di PPD aku kena hadir balik hujung bulan depan atas arahan pihak PPD.

situasi si Sek. Keb. dak Kakak..


TENGAHARI:
Sesi menghabiskan duit – beli barang keperluan rumah. Bertambah penat badan jadinya.. rehat sambil lunch di Klang Sentral. Nasi Ayam Lemon dia memang sedap.. ke sebab aku memang dah lapar..?


PETANG:
Hubby pergi bengkel kereta repair kereta, kes aku cium-cium sayang body lori minggu lepas, walau kemek dia sikit je tapi dah tak lawa awek hubby aku tu.. Kali pertama aku cium kenderaan orang lain.. aduh..
Sementara tu aku lepak kat pondok depan rumah makan buah rambutan, lewat petang pulak dapat makan bubur nasi k.Lela buatkan sebab semalam aku mintak.. memang tak malu betul.. hahaha..


MALAM:
Dinner kat Kapar dengan anak-anak.. dak Kakak yang request suruh amik gambar.. aku layankan aje.. berselera dorang makan.. maklumler pagi kena tinggal kat rumah jiran, petang puas main.. dah penat main, laparler dorang..



dak Kakak dan dak Adik.. ketika makanan belum sampai

antara menu yang di order..


HARI INI:
Penat semalam tak hilang lagi..




psstt: Bulan depan aku akan lebih kerap bercuti..


psstt kali: Pagi tadi, lif kat rumah pengasuh rosak, maka anak-anak kuhantar dengan pandangan mata naik ke tingkat 10.. Nampaknya balik nanti aku tunggu je kat bawah kalau lif masih tak ok lagi..


last psstt: Baru sempat nak update blog la ni.. belum sempat nak jelajah rumah korang lagi..

Wednesday, November 23, 2011

Bila Jarang Update Blog..

Apa yang dorang tengok tu..?






ooo.. Ikan Bakar rupanya.. tapi..


Tengok cuaca macam panas terik..? Bila ni..?
Dah panas, tambah lagi panas.. bukan setakat ikan dibakar, kerang pun turut serta..




Ok.. mari bercerita..

Semua tu plan last minute.. sambut birthday k.Lela, jiran sebelah rumah aku.. cadang nak makan kek sebelah petang tapi tukar plan makan ikan bakar..


Kenapa di tengahari bukan waktu malam..?
Jamuan kecil-kecilan ni dibuat pada hari Ahad lepas waktu tengahari yang mana asalnya memang hubby dah beli ikan sebab aku teringin nak makan ikan bakar.. Alih-alih.. bila tau masa tu birthday k.Lela, k.Hema bagi cadangan beli lagi ikan dan kerang sebagai menu utama selain nasi dan lauk-pauk.


Sebahagian dari menu..


Ini pulak sebelah petang..
Hujan turun dengan lebat.. buat pertama kalinya dak Kakak dengan dak Adik dapat green light dari babah dorang.. main hujan.. memang happening petang tu..



Sampai lewat petang acara makan disediakan.. dari ikan bakar, nasi, lauk-pauk sampailah cekodok dan mempelam (petik kat belakang rumah jiran) cicah cili kicap.. memang marvellous.. kenyang.. tu tak masuk lagi cendawan yang baru dikutip oleh jiran.. tersandar kekenyangan..

Dah lama tak buat makan-makan macam ni.. sekali buat.. kemeriahannya memang tak pernah pudar..



psstt: esok aku cuti.. nanti aku story..


psstt kedua kali: Tengok bola, dah nak masuk minit ke 85.. bola yang tengok aku.. hikhikhik.. tapi apa-apapun tahniah buat pasukan Harimau Malaya.. korang memang bagus walau teruk dikutuk penyokong fanatik pihak lawan..


last psstt: Kebelakangan ni aku dah semakin jarang update blog.. keadaan diri tak mengizinkan..

Wednesday, November 16, 2011

Keinginan yang dah dapat..

Dulu.. time dak Kakak.. hubby sanggup pergi pancing udang ni.. sekarang.. hubby order je dari member di Perak.. sampai dah tak kisah kalau tak dapat pun.. sebab dah puas makan..



Dulu jugak.. masa dak Kakak.. sampai merajuk dengan hubby sebab tak dibelikan buah ni.. tapi sekarang.. member office ada jual.. order je.. hikhikhik.. tapi takdelah pulak nak teringinkan buah ni lagi..



psstt: kali ni.. low profile je..


psstt lagi: menghitung hari.. tinggal 2 hari je lagi musim persekolahan bagi sesi 2011..


last psstt: well.. i'm back.. see you soon.. ;)

Tuesday, November 15, 2011

Hi semua..

ehem.. ehem..

Mak budak a.k.a Remaja Purba telah bersedia menerima kehadiran tetamu setelah lebih seminggu menghilangkan diri..


Kenapa?

Mengapa?

Sebab Apa?

Alhamdulillah setakat ni keadaan aku sihat belum masuk wad..




psstt: Lamanya aku tak update..



psstt lagi: Aku rindu kat korang..


last psstt: InsyaAllah esok aku akan mula berkongsi cerita..

Tuesday, November 1, 2011

Asam Pedas + Mee Bandung Muar

Kembali Bersiaran..


Setelah beberapa hari aku mendiamkan diri.. bukan sebab tak sihat tapi sebab tak larat..

Tetiba rasa nak share kat korang menu yang aku makan tengahari tadi.. Jarang blog ni paparkan gambar kan..?


ops.. yang ni bukan aku makan tapi officemate aku.. Mee Bandung Muar.



Ini dia menu aku.. Asam Pedas Ikan Kembung + Nasi Putih + Air Limau + jambu batu..


Alhamdulillah.. semakin ada selera sekarang.. Walaupun masih berhati-hati dalam pemilihan pemakanan tapi serius, gara-gara terlampau banyak makan tengahari tadi, sekarang aku dah sakit perut.. perutku dah 'ketat'.. oh.. tak selesanya.. macam rasa sakit perut sebab salah makan pun ada..






psstt: tempat makan tu pernah muncul dalam Warung Kita di Astro..


psstt lagi: menu tu sedap.. tak rugi kalau try.. tempat di Seksyen 8, P.J, Depan Balai Polis P.J..




last psstt: Apsal ending entry aku hari ni macam takde klimaks..?

Wednesday, October 26, 2011

Aku dapat.. korang tengok jelah

Alhamdulillah.. tak perlu tunggu sampai tengah malam, akhirnya malam tadi aku dapat.. gara-gara entry INI..

Memula.. mestilah amik gambar + aku pun jarang letak gambar dalam blog aku..


Inilah dia buah yang aku nak sangat tu.. Jambu berperisa epal.. (sebab mahal maka dapatlah 2 biji je..) terima kasih ye abang sebab belikan..



Ini pulak hasil selepas dikupas.. tang luar tu manis sampai aku basuh bagi kurangkan sikit manisnya, tang dalam.. dah tentu rasa jambu..



Sape yang teringin sebenarnya ni..?


Syukur Alhamdulillah.. ok, lepas ni tak payah dah teringat-ingat kat buah jambu tu.. Jangan tekak ni gedik nak yang susah dapat sudah.. tapi kalau ikut yang lepas-lepas, takdelah aku nak pelik bagai..

CUMA.. teringat sedihnya hati hubby taknak belikan air milo ais kat kedai mamak.. huhuhu.. mana dia nak layan, dah kalau mintak time tu dah pukul 3 pagi..


psstt: Sedang berlangsungnya sesi gotong-royong TDBi.. gambar jangan tanya sebab aku tak amik..


psstt lagi: Pasni nak cari nasi ambeng kat Jalan Iskandar.. harap-harap makcik tu meniagalah.. jangan dia pergi celeb. Deepavali sekali sudah..


last psstt: Bagusler korang.. baca sampai kat sini.. sayang korang..

Tuesday, October 25, 2011

Buah Jambu Jeruk Cameron Highlands

Dari Sabtu lepas aku teringinkan buah jambu hijau (yang dah dijerukkan tu).. aku tak tahu nak panggil nama dia apa.. Sedap kalau dapat ni.. Dulu.. nak strawberry jeruk dari Cameron.. Nasib baik dapat.. kebetulan adik member office baru balik dari sana.. dapatlah sepeket.. Kali ni nak jambu pulak..

Takde lain dah.. merengek kat hubby mintak belikan.. Nasib baik Tapah tu jauh, kalau dekat, usah cakaplah.. confirm dapat masa tu juga.. Alhamdulillah juga sejak 143 hubby masuk ICU, sekarang boleh dikatakan hari-hari ke Utara.. makanya.. mesti lalu Hentian Rehat dan Rawat Tapah kan.. kat sana ada jual buah kan.. Dan dah tentu takde alasan tak dapat nak beli kan.. Hai.. hari ni senyum ajelah aku nampaknya..

Sabar ye mak budak.. malam nanti insyaAllah pasti dapat.. ni kalau aku pesan lagi kat hubby confirm kena bebel sat lagi.. takpe-takpe.. sabar.. don’t be gelojoh ok..


Esok Deepavali.. aktiviti dah ada.. ‘GOTONG-ROYONG di TDBi’.. maka seluruh penduduk TDBi yang sekangkang kera tu nanti akan mengerah tenaga membersihkan kawasan perumahan.. Aku..? takde lain dalam kepala selain nak buah jambu itu..




psstt: Kat café ni ada jual pelbagai produk angry bird.. tengah congak bilang nak beli ke idak.. tapi kalau menang yang dak Lulu punya tu tak payah beli dah..


psstt lagi: hari ni nak kurangkan psstt.. bila kerap buat betuller zulfikar.. boleh menyembur.. hahaha..


nak jugak psstt: Hari Khamis.. pagi meeting, petang taklimat..

Monday, October 24, 2011

Gambar Eksklusif

Tiada kata selain dari syukur Alhamdulillah..

(kualiti gambar kurang memuaskan)


Bercampur-baur perasaan aku bila tengok si dia bergerak berpusing-pusing.. Peluang yang aku rasa 4 tahun sekali, setakat ni lah..

Alhamdulillah juga.. 3 bulan pertama berjaya dilalui dengan penuh cabaran.. Tiap kali balik kerja rasa nak menitik airmata menahan penat dan tak selesa..

Sekarang tak boleh nak lasak-lasak macam dulu.. kena slow down sikit.. cuma belum mampu mengawal diri bila kat tetengah highway.. 'No more speeding ye ibu..'

Doakan semuanya berjalan dengan lancar dan selamat..



psstt: Nape sekolah dak Kakak tak cuti je seminggu.. tak perlulah bangun awal sangat..


Thursday, October 20, 2011

Buta ke Mata tu..?!!

Tajuk hari ni memang agak kelihatan kasar..
Pagi tadi ada 3 kejadian yang telah menjejaskan rentak adrenalin aku.. Mood happy bertukar merah + jingga..


Kisah pertama:
Menda ni jadi pun bukan kat jalan biasa atau persekutuan tapi jalan dalam kampung kat PJ ni.. Normallah kalau nak masuk simpang kenalah bagi signal tapi aku nak terus bukan nak masuk simpang sebelah kanan. Kereta depan aku dah betul cara dia nak ke arah kanan.. Aku pulak bersedia nak teruskan perjalanan tak perasankan ada motor sebelah kiri aku yang nak masuk simpang kanan tersebut. Tersentak aku bila motor dia cium kereta aku.. Budak perempuan pakai baju sekolah menengah.. dah salah.. sikitpun tak paling muka minta maaf terus blah.. Kalau aku sorang pagi tadi ye aku kejar budak tu tapi sebab nak hantar dak Kakak terpaksalah aku teruskan perjalanan..


Kisah kedua:
Dah nak sampai kat sekolah dak Kakak, adalah sorang pakcik ni, bawak kereta WAJA terus je keluar dari kawasan rumah dia.. takkan tak perasankan aku yang dah dekat ni.. Dahlah hati tengah panas, aku bagiler lampu tinggi..

Sampai kat sekolah dak Kakak, pakcik WAJA tu bagi hon kat aku tanda tak puas hati.. Aku nekad, kalau pakcik WAJA tu keluar dari kereta confirm ada adegan drama sebabak kat depan sekolah tu.. Bukan maksud aku nak KURANG AJAR tapi susah ke nak belajar bagi laluan kat orang lain dulu..

Pakcik WAJA tu siap berhenti kat tetengah jalan tu depan sikit dari tempat aku parking.. Aku tak tauler apa biji butir pakcik tu cakap pasal aku.. Aku..? Buat tak nampak je – dalam kepala lebih fikirkan pasal kereta.. Alhamdulillah calar sikit je, nasib tak kemek.. Kalau tak lagi aku hangin..


Kisah ketiga:
Parking office..
Aku ingat aku parking senget.. bersungguh-sungguh aku betulkan kedudukan kereta aku.. rupa-rupanya kereta sebelah aku yang senget sampai kalau dia bukak pintu keret confirm kena body kereta aku.. rasa macam nak letak nota ‘nasihat’ kat cermin kereta dia.. tak pun letak buku cara nak parking dengan elok..



Msg hubby bagitau accident pagi tadi.. terus dia call tanya ok ke..? Sebab hubby memang susah nak percaya kalau aku accident.. Syukur takde pape.. dan budak tu pun kira selamatler tak kena ceramah free dengan aku.. Nasib baik jugak kereta calar je, kalau ‘cacat’ terbangler duit.. huhuhu..




psstt: Semalam aku tak muntah-muntah.. syukur.. adakah keadaan ini akan berubah..?



psstt lagi: Perut aku lapar lagiler.. tapi tadi dah sarapan..




last psstt: Apasal banyak sangat psstt ni.. terikut dak zulfikar agaknya ni..

Wednesday, October 19, 2011

Apa yang sinonim dengan Federal Highway?

Entry meluahkan perasaan secara berhemah.

Petang semalam..
Lepas dah hantar dak Kakak ke rumah nenek dia, aku dengan dak Adik terus balik rumah. Kalau kelmarin jalan cuma sesak di Susur Subang menuju ke NKVE tapi semalam, mau menangis dibuatnya.. Mengadu pada hubby, dia cakap tentulah jalan sesak sebab kan ada game kat Stadium Shah Alam.. tapi bagi aku sesak semalam luarbiasa ya amat..


Korang bayangkan kejap..
Dari 6.45 pm hingga 7.48 pm
Lokasi aku – NPE ---> Federal Highway ---> Susur Subang sampai tol ke NKVE.. GILA..!!


Aku..?
Dari layan movie Chipmunks sampai dak Adik merengek nak dengar lagu boboyboi dengan kuat dalam kereta. Punyalah sabar dan redha.. sampai aku turut nyanyi sama.. Aku dah tak peduli kalau orang dok tertoleh tengok..


Dak Adik..?
Time hujan mestilah sejuk kan.. Time tu ler dak Adik nak kencing.. aduh..! Mana celah aku nak berhenti ni.. Kiri kanan depan belakang takde ruang kosong langsung.. Nasib baik, syukur sangat-sangat ada pampers kat dalam kereta.. terpaksalah dak Adik pakai pampers.. Bayangkan.. tengah sesak bagai tu aku sempat lagi pakaikan dak Adik pampers.


Dah namanya hujan.. emm.. faham-faham jelah.. mesti ada accident.. Kat laluan motor ada accident, kat tetengah federal pun sama, baru berlaku depan mata pun ada.. Tapi syukur mereka yang terlibat dengan accident tu takde pape..

Penat.. usah cakaplah.. kalau tak kuat semangat mau meraung menangis kat situ nak melepasi kesesakan tu.. Bila dah masuk je NKVE, depan mata dah nampak katil kat umah je ni.. Tak tekan brek dah.. memang fokus sefokus-fokusnya sepanjang highway tu..


Lepas tol Setia Alam.. dok leka layan cucuk angin kereta depan aku sampai aku lupa nak beli ice cream kat McD.. badan letih pun ye.. takpelah.. lain kali ada lagi..

Alhamdulillah.. selamat sampai rumah kat pukul 8.15 pm.. dan dak Adik pun sempatler aku suapkan makan kat rumah k.Hema.. hai.. adik.. bertuah badan.. ramai mak kat TDBi ni ye dik.. Terima kasih jugak pada k.Hema sebab layan kerenah dak Adik..


Lepas clear kan apa yang patut, tidur time.. Piala Malaysia, malas tengok – tidur lagi baik..




psstt: Kenapalah Selangor boleh kalah.. kalau menang, puas gak hati aku ni, takdelah geram sangat hadap jalan sesak malam tadi.


psstt lagi: dari tol Subang ---> tol Setia Alam = 6 minute.. (begitu juga sebaliknya).. anda percaya..??


last psstt: Buat yang bertanya.. Aku tak menyepikan diri cuma aku penat + sedang melawan keadaan diri yang belum stabil..

Friday, October 14, 2011

Korangggggg kat mana..?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Terbitnya entry ini bermakna aku cuba untuk menjelajah ke blog kawan-kawan semua.. Aku meminggir diri bukan bermaksud aku sombong, tetiap hari aku tengok ada je entry terkini dari korang semua, tapi semangat untuk mengomen langsung tiada dalam diri..


Alhamdulillah, hari ni aku agak ok, berbanding dua tiga hari sebelum ni.. Nak kata ok 100% tak jugak tapi masih mampu melakukan rutin harian walau agak penat..

Hari ni rutin macam biasa dan tak sabar nak balik kerja petang ni sebab nak beli ice-cream sundae cone kat McD.. semalam tak puas makan sebab share dengan dak Adik.. sedapnyaaaa kalau dapat.. takde ke orang nak belikan untuk aku ke sekarang ni..?


Kisah menarik..??
eemm.. belum ada idea camne nak karang share kat korang.. Sebagai pembuka bicara.. mailer singgah kat rumah aku ni.. aku rindu kat korang.. ;)



psstt: Pagi tadi aku tegur sorang akak tu parking kereta block kenderaan yang nak lalu tak boleh.. takkan tak perasan orang dah hon dia boleh buat selamba je.. Aku..? tak bukak tingkap tapi bukak pintu kereta minta akak tu alihkan kereta.. huhuhu.. nasib mood aku tak tercalar pepagi tadi..


psstt lagi: Aku baru lepas makan bubur nasi.. rasa nak makan lagilah.. tak puas.. ni bukan kat dalam perut nak tapi tekak aku yang gedik nak..

Thursday, October 13, 2011

Angry Bird Keychain Giveaway By Lulu Caldina



Dah lama tak join GA GA ni..
Kali ni teringin nak join sebab berkenan tengok Angry Bird tu..



psstt: Untuk en. Random, sekiranya aku salah seorang pemenangnya.. aku nak color MERAH.. my favourite color..


psstt kedua kali: Korang nak join, mai terjah kat ---> SINI..

Monday, October 10, 2011

Mood Merudum

Ok, aku taknak dah sentuh pasal keputusan Belanjawan hari Jumaat lepas.
Semua dah tahu..

Pada yang dapat.. bersyukurlah.. pada yang tidak.. sabarlah..


Hari ni..
Aku nak rehat sekejap dari menulis entry kat dalam blog..


Kenapa..?
Mood aku dah terbalik 180 darjah..
Kalau boleh aku nak baring jeeee.. taknak buat apa-apa.. Hubby cakap.. kali ni keadaan aku paling teruk – M.A.L.A.S..

Walau aku malas tapi aku buat juga kerja-kerja rumah dan office, takdelah terbengkalai langsung.. Cuma hal kat rumah, aku lebih berharap pada hubby dan dak Kakak.. sebab bila kat rumah tahap kerajinan aku jatuh merudum..


Kalau korang jenguk jengah blog aku, bila tengok takde entry terbaru tu, faham-faham jelah.. tapi aku tetap singgah kat blog korang.. dan jangan lupa ‘ketuk pintu’ rumah aku ye..




psstt: Balik kerja nanti nak jumpa doctor mintak Folic Acid..

Friday, October 7, 2011

Entry Gempak je Lebih..

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Adakah antara kita yang menunggu HARI INI..??



Tarikh: 07 Oktober 2011

Hari: Jumaat

Masa: Petang nanti..





psstt: 'Belanjawan 2012 yang bertemakan Transformasi Bersama Rakyat'




Thursday, October 6, 2011

Jom ikut aku jalan-jalan..

Hari ni aku nak jalan-jalan singgah kat rumah korang..

Tak payah susah-susah masak ye.. Aku bukannya boleh makan pun..



Tapi..
Dalam tak lalu tu, 2 keping lempeng a.k.a pancake aku berjaya habiskan bersulamkan segelas Teh O Panas..



psstt: Moga hari ni indah berbunga-bungalah hendakNYA..

Wednesday, October 5, 2011

Percaya atau tidak..

Bila ramai mengatakan yang aku nampak susut.. cengkung.. teringin pulak nak timbang berat badan..


Wah.. betullah.. berat badan aku turun 5 kilo.. turun banyak sebab dari bulan puasa lagi.. jadi takdelah rasa hairan sangat.. dan ditambah pulak selera makan dah terbalik 360 darjah..

Ni kalau dalam keadaan normal.. rasa semakin bersemangat nak turunkan berat badan tapi kutahankan hati.. sabar.. tahun depan pulun habis okey..



Pagi tadi aku sarapan 4 keping roti yang aku buat kat rumah (letak planta dan gula), satu gelas teh O panas.. Alhamdulillah masih kenyang.. Siap pujuk tekak jangan nak mengada-ngada..


Menu tengahari..?
Tak tahu lagi.. belum teringin nak makan apa-apa lagi.. tak nak bayangkan makanan sebab boleh buat tekak aku mengembang..



psstt: Terima kasih pada anda semua yang masih setia dengan blog Mak Budak a.k.a Remaja Purba ini..

Tuesday, October 4, 2011

Siaran Tertunda

Semalam..
Hari Isnin memang biasa aku balik lambat sebab budak sekolah balik 6.30 pm.. tapi ianya jadi luarbiasa lambat bila aku masuk je Federal Highway menuju ke NKVE.. Lebih setengah jam aku tersadai kat tetengah kesesakan jalanraya tu.. Nasib baik anak-anak tak banyak ragam.. Bayangkan dari satu CD ke satu CD dorang tengok nak hilangkan bosan hadap jalan sesak tu..

Aku pulak dah menggigil kelaparan sampai dah nak menangis dibuatnya.. Fobia nak makan.. tak larat nak layan perut yang dok sibuk suruh keluarkan balik isi perut..


Sampai kat rumah pukul 8.05 pm (Biasanya setengah jam dah boleh sampai kat rumah).. Parking dengan jayanya kereta kat depan rumah, terus pergi rumah atok sedara.. Apalagi cari makananlah.. Memang tak sempat-sempat nak masuk dalam rumah dah akibat lapar sangat-sangat..

Alhamdulillah memang rezeki kami anak-beranak malam tadi kat rumah atok sedara.. Terima kasih kat nenek sebab sudi layan kami anak-beranak.. Syukur sangat-sangat..



Hari ni..
Teringin nak makan laksa.. dah siap beli dah ni.. lambatnya nak tunggu waktu rehat.. Dalam masa yang sama aku dah makan buah.. lapar..? a’ah.. Perutku lain macam sekarang.. lapar memanjang tapi tak boleh makan.. Sabar ye.. ada hikmahnya ni..



psstt: Esok Rabu, lusa Khamis.. lepas tu.. ada apa ye hari Jumaat.. ;)

Monday, October 3, 2011

Isnin yang BLUES..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Moga apa yang dirancang hari ni mendapat keberkatanNYA dan moga ianya berjalan dengan lancar..

Moga kita semua sentiasa di bawah lindunganNYA selalu.. amin..



DAN..















Moga aku ada masa untuk menjenguk jengah blog korang..




Psstt: Dua orang Bos besar Bahagian aku cuti hari ni.. Ala bos.. nape tak cakap semalam.. kalau tak.. boleh join sekali..

Saturday, October 1, 2011

Malam Minggu Datang Lagi

Pasti ada yang menantikan kehadiran malam minggu..

Dapat berjalan bersama family mahupun kawan-kawan..
Tempat..? Dah tentu yang strategik.. masa untuk melapangkan fikiran..


Cerita pasal malam minggu..

Petang tadi aku pergi pasar malam Puncak Alam.. Pasar malam dekat rumah tak pandang.. nak pergi yang jauh.. ni gara-gara nakkan nasi ambeng.. Aku beli satu je.. itupun dah cukup banyak.. Lupa nak amik gambar.. Bila dah dapat.. hubby dan anak-anak yang makan, aku sekadar rasa.. Nasib baik beli satu je.. Takdelah membazir..

Kalau sebelum ni sampai K.L aku cari steamboat, kali ni hubby takde masa nak layan kerenah aku.. sebab..? Inilah puncanya..



Hubby yang sedang buat major operation ke atas motor atok.. yang kat belakang tu dah bukak tapi bila nak buat.. ntah.. Aku.. tengok jelah sambil layan lappy sambil tengok cerita favourite aku.. Dari NCIS LA ke Hawaii Five-0.. Walaupun ulangan tapi aku sukee.. best..

Aduh.. tak selesanya nak online.. tak tahu nak duduk gaya macam mana dah gara-gara kekenyangan..

Aku makan apa..? Sekerat jagung rebus, air kelapa, buah epal sebelah dan jamah nasi ambeng.. kenyang sangat-sangat.. petang tadi makan nasi kat rumah atok sedara tapi tak sempat hadam dah keluar balik.. Hari ni perut taknak bekerjasama dengan tekak..


Anak-anak..?
Lepas makan.. mana lagi.. kat luar rumahlah.. Cukup time masuklah dorang tu..



psstt: Baru teringat.. apam balik tak makan lagi.. ops.. hubby ada.. nanti habislah tu.. hikhikhik..

Nota kecik: Aku belum sempat nak jenguk jengah blog korang.. bagi aku masa ek.. Keadaan tak mengizinkan sebab aku dah tak selesa..

Friday, September 30, 2011

Bersantai Kekdahnya..

Pertama:
Aku MC hari ni.. bagus.. elok untuk kesihatan tekak aku.. Kalau tak confirm aku minum milo ais lagi.. sedapnya kalau dapat tapi sebab aku dah tak tahan sejak malam tadi.. BATUK.. BATUK.. BATUK.. maka kenalah berpantang sikit..


Kedua:
La ni.. tengah layan Magika dengan anak-anak.. Hubby outstation ke Georgetown..


Ketiga:
Aku teringin nak makan nasi ambeng, hubby suruh beli kat pasar pagi Jalan Kopi tapi aku dah tak larat lepas pergi klinik tadi, tak tahu nak minta tolong pada siapa.. 'huhuhu.. abang. cepatlah balik.. ibu nak makan nasi ambeng..'


Keempat:
Tengah tunggu dak Along datang ambil kereta bawak ke klinik untuk minor operation.. Fuh..malam tadi kira selamat takde pape pada aku dan anak-anak.. Syukur..



psstt: Tak tahu berapa lama dapur aku ni CUTI BELAJAR dari memberi khidmat untuk aku dan keluarga..

Thursday, September 29, 2011

Stuck di Plaza Tol Setia Alam

Rutin macam biasa..

Kalau ikutkan pukul 7 dah sampai kat rumah dah.. tapi lepas susur Setia Alam sampai je kat Plaza Tol Setia Alam kereta meragam.. Aku risau takut breakdown terus kat lorong SMARTTAG tu..

Nasib baik kereta masih boleh jalan.. lepas tol terus cari parking dan buat panggilan.. Hubby minta dak Along tolong check kereta..

Agak lama aku tunggu kat situ.. Kesian kat dak Kakak dengan dak Adik.. Aku pulak dah memang dah tak selesa.. penat + sakit badan..

Akhirnya dak Along sampai, lepas check kereta.. dia follow kitorang balik.. Alhamdulillah selamat sampai rumah..

Serius.. masa menaip ni aku dah memang tak larat.. dengan batuk tak henti-henti.. aduh.. spoil my mood betuller..


Ok korang, persediaan awal.. esok confirm.. kalau tak dapat pergi klinik dapatkan MC, aku cuti je.. selain aku.. kereta pun turut nak check dek doctor Along.. Hubby pun tak bagi aku pergi kerja esok, takut kereta terus down kat NKVE tu..





psstt: bersiaran secara langsung dari dalam bilik aku..

Letih nak fikir tajuk apa yang sesuai..

Malam tadi, hubby dan anak-anak makan nasi lemak + sup tulang berempah..
Aku..? Makan sikit je.. sekadar alas perut agar tak kelaparan sepanjang malam.. itupun sebab perut dah berkeroncong sayang..



Hari ni..


Hubby..?
Outstation ke Ipoh.. 143nya masih dalam ‘ICU’.. kali ni guna kenderaan lain pulak.. walaupun sama tapi aku lebih rindu kat 143 tu..


Dak Kakak..?
Pagi cuti.. petang je sekolah..


Dak Adik..?
Acara wajib pagi-pagi.. singgah beli kuih sebelum pergi rumah nenek..


Aku..?
Lewat sikit aku jenguk singgah kat blog korang ye..



psstt: Peritnya tekak sebab batuk gara-gara banyak makan buah langsat.. Dah batuk minum lagi milo ais..

Jom tambah follower


Dah lama tak join mana-mana segmen.. Kali ni nak join segmen dak Lulu ni.. Korang yang nak join mailer bawak hamster korang kat SINI..

Walaupun followers aku tak ramai macam dak Lulu ni tapi bila dapat join segmen macam ni.. dapat menambah lagi kenalan yang sedia ada.. ;)

Kepada yang baru nak jenguk singgah blog aku.. mai jangan segan jangan malu.. walaupun baru je habis Raya dan kuih raya pun dah habis aku transfer ke rumah pengasuh anak-anak tapi takkan aku nak halang tetamu yang nak datang ke 'rumah' aku kan.. ;)



psstt: Opss.. terpanjang sudah..

Wednesday, September 28, 2011

USBBBB dan gambar

Bila USBBBBBB dah ada gambar pulak rupa-rupanya aku belum edit.. alahai.. sama je kalau takde USBBBBB.. tapi aku cuba gaklah masukkan yang mana ada dulu..


Memandangkan aku malas nak cari kat mana entry ni ter tersimpan.. Korang layan jelah gambar yang ada ni..




Ni masa makan kat pondok depan rumah.. Bakar kerang dan ikan.. yang buat sedap tu dah tentu air asamnya cuma tak berapa nak pedas.. kesian pulak kat anak-anak..





DAN..

...

...

...

...

...

...

...







Inilah dia.. Dak Kakak dan Dak Adik..
Buah hati pengarang jantung hempedu aku dan hubby..
Gambar diambil di pagi raya di rumah atuk sedara (selang 2 buah rumah je..)



psstt: ada yang bertanya camne rupa pondok kat rumah aku.. nanti aku upload kemudian sebab gambar terkini takde pulak aku amik.. gambar baru siap adalah..


psstt jugak: kali pertama aku upload gambar agak besar sikit dari biasa..

Tuesday, September 27, 2011

Kali Pertama Date dengan Streamyx

Alhamdulillah kontraktor pemasangan dari TM telah datang ke rumah petang tadi untuk sesi pemasangan dan pengujian line Streamyx.. Syukur Alhamdulillah.. selesai sudah.. cuma tunggu bil.. dapat bil bayarlah..


Buat pertama kalinya aku bersiaran secara langsung bukan tertunda dari dalam bilik aku.. hahaha.. (gelak tak hengat..)


Pengalaman menggunakan Streamyx ketika entry ini dipublish amatlah boleh tahan cepatnya.. Tak perlu menunggu lama di ruang menunggu.. Ops.. aku tak promote Streamyx ni tapi aku buat perancangan awal agar cuti 3 bulan aku nanti, aku lalui dengan tenang melayan online..


Ok, cukup dulu pengenalan kita untuk hari ni.. tak sabar nak tunggu hujung minggu, boleh bersiaran sepuasnya, itupun kot laratler..



psstt: Aku dah simpan USBBBBBBBBBB dalam beg.. confirm tak lupa dah..

Maafkan aku.. I’m Sorry..

Sepatutnya banyak gambar aku dah upload kat sini sejak beberapa hari sebelum raya hari tu. Tapi akibat L.U.P.A walaupun aku dah letak post it pad kat hp tapi tetap boleh lupa.. Bila ingat.. ‘ah.. nantilah aku amik masukkan dalam beg..’ Itu memang salah sendirilah.. Bila time ingat taknak buat.. sudahnya banyak gambar tak dimasukkan lagi.. Agaknya nak tunggu Streamyx masuk kat rumah baru nak buat agaknya. Ntahlah..


Dipendekkan cerita.. masih belum ada tanda-tanda Streamyx nak datang rumah.. Aku dah pesan kat orang TM, kalau nak datang, kena cepat sebab sementara hubby ada kat rumah, nanti bila hubby dah kerja balik, susahlah.. bab nak cuti yang aku lomah.. Cuti dahlah tak berapa nak ada..


Dipendekkan lagi entry ni, aku dah takde idea.. hikhikhik.. Kesian kat korang.. masuk sini dengan harapan adalah cerita hangat tapi.. apapun aku tetap hargai sokongan korang terhadap blog ni.. sayang korang ketat-ketat..




psstt: Berbunga harapan dengan Belanjawan 2012 yang semakin hampir..

Monday, September 26, 2011

Aku dah tak tahan ni..!!

Makin hari makin lambat aku online..

Hari ni aku tengok dalam emel Yahoo aku dah berpuluh ribu emel aku tak delete.. select sikit-sikit pastu delete makan masa.. penyudahnya aku delete all.. ha.. baru puas hati aku.. lantaklah emel tu berguna atau tidak.. aku dah tak peduli.. banyak sangat pastu aku dah malas nak pilih..

La ni.. dah tak senang duduk aku.. tak tahan dengan keadaan bau makananlah, bau wangianlah.. aku dah pening.. menahan muntah satu hal.. habis terbengkalai kerja aku macam ni.. Menahan nafas satu hal.. mahu sakit dada aku kejap lagi..

Ha.. ni macam mana aku nak update blog kalau sebelah tangan dok tutup mulut, nak guna sebelah tangan mana nak siapnya..




psstt: Orang Streamyx ni bila nak datang rumah agaknya..?

Saturday, September 24, 2011

Meh singgah kat sini..

Malam tadi tidur lambat, dok borak chit chat kat pondok depan rumah.. Pagi ni pulak dak adik bangun awal kejut aku.. Aku dah pesan malam tadi, jangan bangun awal, yang dengar cakap dak Kakak je.. sebab dia keletihan teramat tu yang tak sedar-sedar lagi tu..


Lokasi terkini:
Pondok depan rumah.. bertemankan orang hijau (buat yang tak tak tahu.. orang hijau - MAXIS Broadband)

Dah agak lama aku tak layan lappy aku.. sejak sebulan lepas.. gara-gara ketidakselesaan diri kala ini..

Hari ni dapat peluang tak tau pulak nak update apa.. Ha.. ok dah ingat..

Malam tadi, sampai je kat rumah tengok ada buah langsat.. hubby dah belikan.. walaupun tak semanis yang aku harapkan tapi bolehlah dari tak dapat langsung.. Tak cukup tu aku pergi beli lagi.. Rupanya kat kedai Wak Dollar kat Masjid At-Taqwa ni je.. Aku mencari sampai ke PJ, rupa-rupanya kat depan mata je..

Hubby pulak tak sihat, sakit pinggang.. apa pun tak boleh.. tapi bila hubby ada kat rumah lagi dia tak boleh buat apa, nak masak..? Aku dah uwek uwek dulu.. mahu terbaring tak bangun-bangun nanti..

Aduh.. perut lapar tapi aku pun tak tahu apa yang aku boleh makan.. Banyak yang tak boleh makan dari boleh makan.. asyik menu yang sama pun jemu gak tapi memang takde pilihan.. Aku sendiri tak berani nak mencuba takut banyak duduk dalam bilik air dari duduk kat ruang tamu lak nanti..

Hai.. tak sabar nak tunggu adanya Streamyx.. lepas ni bolehlah aku lenjan sambil buat pelbagai aksi atas katil.. hikhikhik..



psstt: Hati memberontak nak layan lappy lama-lama tapi keadaan diri tak mengizinkan untuk bertunggu-tangga kat pondok ni..



Nota kenit: Buat Mommy Fara.. emel me at aizamia3@yahoo.com about cocoa tree tu ek..

Friday, September 23, 2011

Streamyx ke Orang Hijau..?

Boleh dikatakan hampir setiap hari aku akan update status terkini kat sini.
Blog Mak Budak a.k.a Remaja Purba ni pun dah jadi sebahagian dari Diari hidup aku dan family.

Pelbagai kisah pelbagai cerita ada kat sini. Sampai satu tahap apa aku nak taip kat sini.. tapi bila dah habis.. aik.. ada pulak idea yang boleh aku kembangkan rupanya.. macam sekarang ni..


Walau tak ramai komen tapi aku tahu tentu ada silent reader antara korang semua.. hikhikhik.. perasan betul mak budak ni.. Aku amat berterima kasih pada korang semua termasuk silent reader aku yang setia bersama blog aku sehingga entry ini dipublish untuk tatapan korang.. Sayang korang ketat-ketat..


Semalam tak dapat pun lagi buah langsat yang aku nak.. sebab balik kerja semalam dah tak larat sangat-sangat.. Nak lalu pekan Meru lagi nak muntah aku rasa.. penyudahnya sampai la ni ternampak-nampak buah langsat tu.. Sedih tak dapat tapi kupujuk hati.. sabarlah wahai tekakku yang gedik ini.. Petang nanti akan kuusahakan bagi lega tekakku ini.


Hari ni.. eemm.. aku nak pergi TMNET nak survey pasal streamyx..
Kenapa nak tukar..? Perancangan masa depan.. Maklumler dalam rumah aku takleh online guna orang hijau, takkan masa aku cuti panjang nanti aku nak bertunggu-tangga kat pondok depan rumah pulak kan...

Mintak tolong hubby sampai la aku belum dapat feedback lagi.. takpe.. kali ni biar aku buat sendiri.. sori ye bang.. perasaan tak sabar menguasai diri ketika ini.. Wah.. lepas ni bolehlah aku sambil baring layan lappy.. Belum dapat dah jauh aku berangan.. takpe.. bukan guna duit aku tapi.. hikhikhik.. mulalah gedik datang..



psstt: Ada sape-sape nak pergi Langkawi.. Aku nak kirim belikan coklat dari sanalah..

Thursday, September 22, 2011

Gedik kau ye..

Alhamdulillah pagi tadi aku dah dapatkan surat pengesahan dari doctor bagi pengecualian menghadiri program team building tempat kerja aku.. Tengok aktiviti dia menarik tapi keadaan tidak mengizinkan untuk aku turut serta. Tapi bagus jugak, takdelah aktiviti mingguan aku terganggu dan anak-anak kena tidur rumah nenek dorang. Aku pun tak pening nak tinggalkan dorang.

Tengahari tadi aku ajak hubby makan kat Restoran Mek kat TDH, teringin punya pasaller ni.. dan Alhamdulillah sehingga entry ni dipublish perut aku masih memberi kerjasama yang baik pada tekakku..

Memandangkan 143 hubby lama lagi kat ‘ICU’.. baru nak gedik-gedik dengan hubby.. bos tempat kerja dia call, esok boleh guna kenderaan lain buat sementara. Takpelah bang.. Kerja lagi penting dari layan gedik manjaku ini..

Sejak aku dah pandai guna online bagai ni (maklumler dah purba).. Aku berjaya menyelamatkan lemak-lemak di badanku dari perlu berjalan untuk membuat segala macam pembayaran di bank.. Senang, mudah, cepat..

Ok, korang.. aku dah tak larat nak merepek bagai kat sini.. Aku nak jenguk jengah kat blog korang pulak.. ;)



psstt: Nak makan buah langsat.. rasa macam ternampak-nampak kat Pekan Meru tadi..

Wednesday, September 21, 2011

Letih nak Fikir letak Tajuk apa..

Hari ni..

Hubby..?
Berehat di rumah gara-gara 143 nya masuk workshop terkandas di tepi highway di Tapah petang semalam.
Gara-gara 143 itu juga semalam aku lewat sampai rumah sebab tunggu hubby sampai kat PJ, balik sekali.. Kira sempatlah dak kakak mandi, makan dan siapkan kerja sekolah kat rumah nenek dia..


Dak Adik..?
Merengek nak ikut aku sebab aku suruh dia tinggal dengan babah dia kat rumah.. Alah dik.. sesekali tinggal kat rumah tak payah pergi rumah nenek.. Nasib baik dia tak menangis bagai pagi tadi.. Aku dengan dak kakak je pagi tadi..


Dak Kakak..?
Bestlah ibu adik tak ikut sekali.. Dia suka sebab kalau dak adik ada mesti gaduh dalam kereta.. Adiknya suka menyakat kakaknya, tarik rambutlah, pukullah, gigitlah.. Mana tak marah kakaknya.. dahlah penat seharian pergi sekolah.. Aku senyum je dengar alasan dak kakak cenggitu..


Aku..?
Menu pagi: Nasi lemak biasa, air teh ais dan roti goreng.. Setakat ni perut bagi kerjasama yang baik pada tekak.. Alhamdulillah..
Member office a.k.a k.Yanz bagi aku mee rebus tulang.. lunch nanti nak try.. kalau tak boleh, confirm kena bawa balik bagi anak-anak makan..


Lambat online lagi..?
A’ah.. gara-gara susah sangat nak masuk internet.. Komputer ni pun dah pening dengan aku.. tikus ni pun dah sakit badan, aku dok picit-picit dia..




psstt: USBBBBBBBBBBBBBBB.. tinggal lagi..!! Boleh sape-sape tolong ingatkan aku tak..?

Tuesday, September 20, 2011

Kenapa aku lambat online pagi tadi..

INILAH KISAHNYA..


Kenapa nak terkial-kial + terhegeh-hegeh mencari parking.. walhal belum pun pukul 8am, dah tentu parking masih banyak yang kosong..
Ini tak, kalau boleh nak parking kat depan pintu lift, nak parking kat tempat yang bukan parking lot..

Setiap kali aku pergi bawa dak adik check up mesti akan menghadapi situasi macam tu.. Ada yang sanggup pandu perlahan semata-mata nak cari parking kosong, kalau boleh taknak pandu sampai ke tingkat paling atas.. Ni.. kat belakang dah berjela panjang kenderaan lain menunggu turn..

Aku nak je tanya kat tuan punya kenderaan tu, boleh tak pandu sampai ke tingkat yang banyak parking kosong, tak payah nak buang masa cari parking kat tempat yang memang dah sedia penuh dengan kenderaan..?

Masih tiada perubahan aku tengok.. Lagipun bagi aku, pukul 8am tu masih banyak parking kosong, bukannya waktu tengahari..

Nak jadikan lagi menarik, masa dari traffic light lagi, proton Satria ni (semalam Kancil) dan mula buat langsi dia.. Potong Q satu hal sampai orang belakang hon (bukan aku sebab aku dilaluan yang betul).. tup tup dia kat depan aku.. wah.. takpe.. ni kawasan hospital.. aku rileks lagi..

Masuk je kawasan parking nak cari parking, dia dah buat hal.. Nak parking haram.. sampaikan aku kena bagi lampu tinggi sebab aku tak boleh lalu.. geram aku.. tapi kupujuk hati.. mungkin dia ada emergency tu yang nak kena cepat.. Ah! Orang lain pun nak cepat jugak.. dah namanya pergi hospital bukannya pergi makan angin.. Memang langsi betuller dia tu..


Itulah sebahagian kisah pagi tadi waktu mencari parking di hospital..


DAN..












Hari ni merupakan hari terakhir dak adik check up di Bahagian Pemulihan Anggota Badan, PPUM. Jadi lepas ni cuma focus kat ENT dan Klinik Surgery je.. Sedih jugak nak ‘berpisah’ tadi.. maklumlah.. dah terlampau biasa dengan suasana tempat tu.. Tapi bersyukur tak perlu nak kerap berulang-alik ke hospital lagi lepas ni.. syukur..




psstt: Masih berfikir nak beli hadiah apa untuk kakak hari ni.. Kek..? weekend ni baru beli..

Selamat Hari Lahir Kakak Irah

PAGI TADI..
Lokasi: Dalam kereta depan rumah..


Aku: Kakak.. selamat hari lahir kakak.. moga panjang umur murah rezeki..
Reaksi kakak.. senyum bila dah kena peluk dan cium..

Aku: Nanti hujung minggu ni ibu beli kek kita makan kat pondok depan rumah dengan kawan-kawan kakak ek..
Adik: Adik punya ibu..?
Aku: Adik kan dah sudah bulan lepas.. ni turn kakak pulaklah..

Ah.. Sudah.. merengek pulak dia pepagi ni..

Aku: Ok.. ok.. nanti hujung minggu ibu belikan untuk adik sekali..

Lepas tu.. barulah dia senyap.. Dak Kakak pulak nampak tak sabar nak bercerita dengan kawan-kawan dia..


***************************************************

Genap 7 tahun hari ni..

SELAMAT HARI LAHIR KAKAK IRAH..

Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan Kakak Irah..
Allah selamatkan kamu..


Kakak..
Ibu dan Babah sayang kakak..
Moga dengan kehadiran 20 September 2011 kali ini membawa makna yang gembira bagi diri kakak..



psstt: Weekend ni kita celebrate ye.. ;)

psstt lagi: Kenapalah aku asyik lupa nak bawak USB nak upload gambar kat sini.. hukhukhuk..

Monday, September 19, 2011

Pagi yang tidak sabar

Pagi tadi..

Di laluan NPE menghala ke P.J

Sebuah kereta kancil warna putih (no. plate aku lupa bukan sengaja dirahsiakan)

Pemandunya memandu dengan agak perlahan di mana lebih perlahan di jalan yang dah memang sesak..

Aku masih waras walau rasa dah mula hentak-hentak stereng

Bila ada kesempatan terus potong..



DAN..








Arrrggghhh… bukan geram lagi dah..

Rupa-rupanya dia sedang membaca nota bukan suratkhabar..

Berkemungkinan dia akan menjalani peperiksaan pagi ini..


Aku..?

Lepas dah meninggalkan kereta kancil itu, betapa leganya perasaan..

Sekurang-kurangnya tidak terus melampiaskan rasa marah dengan membunyikan hon atau lampu tinggi..



Sampai di pejabat..

Selepas mendapat lampu hijau dari perut, maka tekak perlu bertindak mengikut arahan..

SYMP – Saya Yang Menurut Perintah..


Tapi tiada apa yang mahu dikeluarkan..

Ah.. perutku saja menguji kesabaran tekakku..



Cuba mengikut gaya penceritaan Bujal.. Tak tiru tapi teringin.. hikhikhik..


psstt: Sebelum tengahari perlu keluar beli ayam golek di Pantai Dalam untuk Jamuan Raya tengahari ni..

Saturday, September 17, 2011

Masih beraya lagi ke korang..?

Malasnya nak update blog.. Tak larat.. nak muntah rasanya..

Hari ni kat TDBi masih ada lagi jemputan berhari raya.. Semalam seharian aku terbaring tak larat nak buat kerja rumah.. Nasib baik ada nenek saudara ada.. Menumpang makan kat rumahnya.. huhuhu.. malu ada sedihpun ada.. Terima kasih ye nek..

Malam ni cadang nak bakar kerang dan ikan.. Mungkin lepas dah pergi beraya baru mulakan aktiviti membakar malam ni..

Korang jangan kecik hati ye kalau aku lambat jenguk jengah blog korang ye..




psstt: Aku cadang nak tukar guna Streamyx sebab tak larat nak layan orang hijau kat pondok.. :(

Thursday, September 15, 2011

Sepetang bersama Mak Budak a.k.a Remaja Purba a.k.a akuler tu..

Kita mulakan dengan..


Dak Kakak..?
Pagi-pagi dah tuntut nak McD..
‘Semalam ibu kan dah janji nak beli petang ni..’
Aku cuma senyap je.. kena tunaikan juga nampak gayanya sebab balik memang akan lalu depan McD tu..


Dak Adik..?
Makin kuat ragamnya.. makin manja jadinya.. nenek dia pun dah tegur makin mengada-ngada dia..


Hubby..?
Plan nak bakar sate malam minggu ni tapi nak double triple confirm balik dengan jiran kat rumah..


Aku..?
Kiri kanan sampai ke bawah meja ada makanan.. tapi tetap aku catu agar perutku tak paksa tekak untuk keluarkan balik apa yang telah kutelan sejak pagi tadi..
Malam ni cadang nak date dengan orang hijau kat pondok depan rumah tapi tengok keadaan semasa diriku dulu..




psstt: Aku nak makan steak.. hubby suruh aku survey tapi aku tak tahu kat mana.. time cengginilah pulak GPS aku rosak blur..

Wednesday, September 14, 2011

Aku kat sini, Korang kat mana..?

Asal nak mula mengarang je, mood hilang..
Idea dah ada tapi nak mengembangkan ayat menjadi sebuah entry rasa payahnya..
Nak melalut apatah lagi, memang langsung takde idea..
Nak upload gambar, tinggal pulak kat rumah..


Apa cerita korang hari ni..?

Mood: ok..? ko..?
Perut: Lapar..? Kenyang..?
Badan: Letih..? Segar..?
Fikiran: dah sampai mana..?


Aku..?
Aku nak update blog tapi mood takde..
Aku nak jenguk jengah blog korang tapi aku penat..
Lappy kat rumah pun tidur tanpa dibelek belai dek tuannya..




psstt: Aku nak tukar kerja yang dekat dengan rumah akuler.. Sape nak tukar dengan aku..?

Monday, September 12, 2011

Tahap Produktiviti

Perubahan hormon buat aku berada pada tahan ketidak inginan untuk update blog begitu ketara.. Mood agak terjejas dengan situasi aku kini..

Aku mintak maaf pada korang semua kalau aku lambat jengah kat blog korang.. Aku bukan sengaja taknak update blog tapi aku kini berada dalam situasi yang memang tak boleh diharap untuk mengadap blog, malah kalau boleh aku nak tidur baring je kat rumah..



Korang janganlah lupakan aku ye.. sob sob..






psstt: Moga aku berjaya mengharungi 3 bulan pertama ini tanpa masalah yang besar.. erk.. Mana Folic Acid aku ni.. ??

Friday, September 9, 2011

Minggu Depan UPSR

Khas buat mereka yang akan menduduki peperiksaan UPSR minggu depan..
‘Moga berjaya hendakNYA.. dan jawablah dengan tenang bukan kelam-kabut nak cepat..’



Minggu depan aku rileks banyak bukan sikit, takdelah balik kerja terkejar-kejar nak ambil anak-anak..


Dak Kakak..?
Hari ni ada jamuan raya kat sekolah.. Semua pakai baju raya.. macam-macam gaya, warna, bentuk yang boleh dilihat.. Aku baru bercadang nak upload gambar tapi tertinggal pulak kat rumah.. Alahai..

Dak Adik..?
Kasut dia tertinggal kat rumah pagi tadi, aduh.. mengah aku mendukungnya..

Hubby..?
Alhamdulillah dah dapat kentang goreng yang dia mintak sejak Rabu lepas.. Kebetulan baru semalam stok tu ada kat kedai kat rumah..

Aku..?
Hari ni last day berkursus.. Meja kerja pun nak dengan tak je aku pandang ni..



psstt: Esok ada jamuan raya, lusa ada kenduri kahwin… bila masa aku nak rehat..?

Thursday, September 8, 2011

Penangan Nasi Lemak

Alhamdulillah perutku dapat beri kerjasama dengan baik kepada tekakku yang nak makan nasi lemak.. Kalau sebelum ni aku jarang makan nasi waktu pagi tapi minggu ni hari-hari aku makan.. Alahai naikler berat badanku walau hakikat memang akan naik..


Apa plan korang hari ni..?
Aku sampai esok masih berkursus.. Update je dulu kat sini, kemudian baru jengah kat blog korang..


Mood Aku: Kalau takde yang kacau ganggu.. okler..


Dak Kakak..?
Tak sabar nak pakai baju raya pergi sekolah pagi esok sebab ada Jamuan Raya..

Dak Adik..?
Aku tengok badan dia dah makin susut.. tak makan ke dik..?

Hubby..?
Sekarang di Penang.. Abang loya lagi.. hikhikhik..




psstt: Tempat kerja korang dah buat Jamuan Raya ke..?

Wednesday, September 7, 2011

Kursus 3 Hari bukan 3 Malam

ooo.. Patutler dia ni lambat online hari ni.. mesti ada yang cakap macam tu kan..

Aku baru tau melalui emel petang semalam dan disertai dengan memo di mana aku antara yang dipilih untuk menghadiri kursus ini. Masa dari 8.30 am - 5.00 pm.. Dalam bangunan tempat kerja aku je tapi yang tak bestnya saat-saat akhir baru bagitahu..


Pagi tadi..
Aku agak kelam-kabut sebab lewat bangun (walaupun takdelah lewat mana) tapi disebabkan ada kursus itu yang rasa terkejar-kejar.. Sarapan pun rasa tak rasa je kat tekak aku.. Bila pergi kat dewan kursus tu.. geram je aku rasa.. mana taknya.. masa tuler baru nak setting itu, susun ini.. peserta sendiri pun masih belum ada yang datang..

Tapi.. selamat juga budjet makan tengahari aku sebab makanan disediakan oleh pihak penganjur.. bersyukur walaupun menunya biasa aje..

Kerja hakiki pun aku buat pandang tak pandang je ni.. DAN.. Aku memang tak sempat nak jengah blog korang..



psstt: aaa... eeerrrr... aaaa... Aku blur..

Tuesday, September 6, 2011

Nasi Lemak Sambal Kerang

Test.. test.. 1 2 3..
Alhamdulillah habis sebungkus nasi lemak berlaukkan rendang kerang..
Air pulak cukup sekadar air masak.. Ok.. lega dah.. dan moga perutku tak mengada-ngada suruh keluarkan balik.. kalau tak.. buat rugi je beli kat rumah pengasuh tadi..

Sekarang masa untuk senaman mata..

Dah dua hari aku sampai office awal (maksud awal tu macam bulan Ramadhan hari tu ler).. Kenapa jadi macam tu..? Ini gara-gara aku m.a.l.a.s nak hantar dak Kakak jalan kaki ke sekolah.. Biasanya aku akan kelek dak Adik sambil hantar dak Kakak ke sekolah dulu, lepas tu baru hantar dak Adik ke rumah nenek dia.. Wah.. untung Kakak sekarang ye.. Aku hantar sampai depan pintu pagar sekolah dia..

Bila aku buat macam tu sebenarnya memudahkan aku untuk terus pergi kerja walaupun terpaksa mengorbankan RM1.00 kat NPE tu..


La ni, aku nak singgah beraya kat blog korang ye.. ;)

Apa..? Kuih raya tinggal serdak, duit raya tinggal sampul.. Ish.. itulah.. aku suruh order lebih, korang taknak..




psstt: Cadangan awal nak buat open house tapi aku mintak hubby cancel kan.. tapi kalau ada yang nak datang beraya, datanglah.. takkan nak halang pulak kan.. ;)

Monday, September 5, 2011

Kembali ke Sekolah dan Pejabat

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kebanyakkan dari kita dah mula bekerja pada hari ini.. Macam tu juga dengan aku.. walaupun pagi tadi agak liat walaupun jam dah berbunyi sejak pukul 5.30 am tapi demi tugas dan dak kakak pun dah mula bersekolah balik maka tiada alasan untuk bermalas-malasan..

Pagi yang tenang, pemanduan yang lancar, dak kakak siap pesan pada aku jangan pandu laju-laju sebab dia nak tidur.. Aku iye kan aje.. memandangkan masih awal, jadi takdelah rasa kelam-kabut sangat..

Lepas dah hantar anak-anak, hubby pulak pandu kereta hantar aku ke pejabat..

Aku: Abang, slow sikit pandu, buat apa nak cepat.. Ibu masuk kerja pukul 8.30 ler bang..
Hubby: Ye ke..? Abang ingat bulan puasa lagi..

Maka.. awaller aku sampai ke pejabat hari ni..

Moga hari ni berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah sampingan pada diriku..



psstt: Perut lapar tapi tekak pulak mogok.. :(

Sunday, September 4, 2011

5 Syawal di TDBi

Petang semalam sempat online sekejap sebelum hubby ajak beraya di rumah jiran-jiran..

Wah.. meriah.. dari lewat petang sampai ke tengah malam.. Lorong rumah aku je, belum masuk lorong depan belakang rumah lagi..

Aku takdelah beria nak makan pada setiap rumah yang aku singgah, takut nanti tak sempat nak kejar bilik air.. Dahlah kelmarin aku tak larat terbaring sampai 2 kali muntah.. Tapi Alhamdulillah semalam dan hari ni aku masih mampu bertahan..

Jangan tak caya, aku pun dapat duit raya tau sebab aku puasa penuh kali ni.. hikhikhik.. sukanya aku.. Malam tadi aku dah beraya kat 8 buah rumah kat lorong rumah aku aje.. Larat dengan tak je.. Petang ni nak sambung lagi.. hai.. dahlah esok nak kerja, bila masa nak rehat entahlah..



psstt: Sedang duduk bersantai di pondok sambil mencari idea..

Saturday, September 3, 2011

Berita Gembira

Mesti ada yang tak sabar nak tau apa yang ingin aku kongsi dan mungkin ada yang dah lupakannya..

Selepas kali kedua percubaan aku masih belum percaya sehingga memaksa aku berjumpa dengan doctor untuk dapatkan pengesahan..

Kalau 2 minggu sebelum raya, aku sakit perut teramat, gara-gara menu yang aku beli di bazaar ramadhan hingga terpaksa berjumpa doctor di mana doctor mengesahkan aku kena kencing kotor..

Fuh! Terkejut aku.. sebab aku memang tak pernah kena langsung sebelum ni.. Sakit sangat aku rasa.. kalau tak sakit, takdenya aku nak pergi jumpa doctor.. Ni sebab dah sakit sangatlah ni..

Ops! Panjang lak celoteh aku. Hasilnya adalah..

















Genap sebulan aku berpuasa PENUH sepanjang Ramadhan kali ini.. Alhamdulillah, tak perlu ganti.. Kalau anak-anak berpuasa penuh mesti dapat banyak duit.. Ada sape-sape nak bagi aku duit raya..??


psstt: oh! Apakah itu tanda-tanda..??


Thursday, September 1, 2011

Birthday MQA

Kisah 3 hari sebelum raya..


27 Ogos 2011 (Sabtu)

Sepatutnya Ahad malam aku nak celebrate birthday dak adik tapi hubby minta buat awal sehari.. Lepas berbuka baru dimulakan acara potong kek..





Adik yang malu-malu..


Ibu dan babah doakan adik sentiasa dilindungi, dirahmati dan diberkatiNYA serta dilimpahkan kesihatan yang baik agar dapat jaga ibu dan babah nanti.. amin..



psstt: Bulan depan turn dak kakak pulak.. dak kakak siap dah pilih nak bentuk yang macam mana keknya nanti..

Wednesday, August 31, 2011

Raya Kedua

Hari ni.. aku telah mencipta rekod baru.. Duduk kat rumah.. hikhikhik..


PAGI:
Hujan..


PETANG:
Dari tengahari sampai ke petang.. Mendung..


MALAM NANTI:
Its Seafood time.. Plan awal makan kat Jeram.. Hubby masak nasi minyak.. sape nak makan ni..






psstt: SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 54..

Tuesday, August 30, 2011

Hari Raya Pertama

Pukul 3 setengah pagi masih belum tidur.. rasa macam pukul 3 petang pulak.. Tengok tv, basuh baju, nak tidur tapi mata tak mengantuk..

Pagi tadi..
Bangun pagi, tolong hubby buat masak lodeh + rendang ayam.. Ini bagi tetamu yang datang di pagi raya.. Buat pertama kalinya, tahun ni aku tak balik ke Selatan.. Pagi-pagi lagi dah syahdu call mak ayah, mak sedara, pak sedara.. Sedih sangat aku rasa tak dapat beraya bersama mereka..

Tapi.. tetap bersyukur masih ada jiran-jiran yang tidak pulang berhari raya sama-sama menyambutnya dengan saling ziarah-menziarahi antara satu sama lain..

Sesi menternak lemak bermula.. Kalau sebelum tu berat aku turun 5 kg, dah masuk musim raya ni aku tak tahulah berapa pulak kenaikan kg tu nanti..

Tema aku bagi tahun ni warna JAMBU.. Bukan sebab peminat JAMBU tapi ada dalam satu persembahan JAMBU tu buat aku tertarik dengan warna tersebut.. Lawaaaaaa... Gambar..? Sabar.. sebelum dan selepas raya sekali aku masukkan..

Duit raya.. siapa datang beraya dapatlah tapi khas untuk anak-anak jelah.. mak dengan bapak budak tengok jelah ye..

Petang raya.. Hubby dengan anak-anak ke rumah atuk dan nenek sementara aku kat rumah dah tak larat. Tak cukup tidur pun ye, perut dah sebu pun ye..

Sementara nak tunggu family hubby datang, aku date kejap dengan orang hijau kat pondok depan rumah.. Semenjak pondok ni dah diupgrade, tengah panas pun takpe sebab dah ada kipas.. aircond je tak mampu tak masukkan.. hikhikhik..

Oklah, aku nak datang beraya kat rumah korang.. Menu apa yang korang jamu ye..?



psstt: Nenek sedara pergi ke Serdang la ni.. oh! Nekkkk.. cepatlah balik.. cucumu ini tak sabar nak makan rendang daging nenek yang pedas tu.. tekak ni yang gatal nak, perut ok je.. ;)

Monday, August 29, 2011

Malam Raya


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

DARI:
aizamia3 dan keluarga..



Esok dah raya.. MAKA.. berbuka puasa di pondok depan rumah buat kali terakhir bersama family atok sedara, k.Hema dan k.Lela serta family..

Menu:
Nasi putih, sup ayam, rendang daging, keyteow goreng basah, kefci, pisang dan air..


Sambil bersantai dengan family tengok anak-anak main bunga api + mercun, kedengaran takbir raya.. sayu je rasa hati ini..

Alhamdulillah segala perancangan berjalan dengan lancar TAPI.. segala gambar berkaitan akan diupload kemudian sebab masih belum di edit lagi.. Insya Allah lepas raya..



psstt: Baju raya dah gosok, bekas kuih raya dah cuci, duit raya.. masih elok tersimpan belum diusik..


Sunday, August 28, 2011

2 Hari Sebelum Raya 2011

PAGI..

Janji dengan k.Hema dan dua anak dara kat TDBi ni pukul 8 pagi nak keluar pergi shopping dan nasib baik aku sedar walaupun dah memang terlajak untuk sahur..

Lokasi tujuan:
Pasar Pagi Shah Alam..

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar walaupun jalan agak sesak di sekitar Stadium Melawati Shah Alam, parking pun agak jauh.. Dari pukul 8.30 pagi sampai dekat pukul 11 pagi kitorang di sana.. Shopping sakanlah walaupun banyak berjalan dari membeli..

Dari baju, kasut, tudung, hiasan dan bahan basah untuk rendang siap sudah..

Lokasi seterusnya:
Nobita Klang Sentral..
Kat sini pulak tambahan pada baju yang tak jumpa kat pasar pagi tadi.. Aku belikan sepasang sorang baju untuk dak kakak dan dak adik.. Bersyukur aku takdelah sampai nak pitam, pinggang pun takdelah meragam.. syukur sangat-sangat..


PETANG:
Hubby, atok dan rakan-rakan TDBi jalankan operasi bakar lemang dan nasi impit tin susu.. Sesi bermula dari pukul 3 petang sampailah lepas berbuka dan masih lagi belum siap ketika entry ini dibuat.. Keseluruhan lemang hampir 80 batang..

Jangan cemburu ye.. Aku dah rasmikan dulu cicah dengan rendang ayam pencen..
Gambar akan diupload kemudian.. cerita dulu bagi korang teruja.. ;)

La ni aku nak jalan-jalan jenguk korang kejap ye..




psstt: Sesi pembakaran duit bermula.. mercun + bunga api..

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...