Followers Remaja Purba

Thursday, April 24, 2025

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2024


24 Apri; 2025 - Khamis (25 Syawal 1446H) 

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), di dalam siaran medianya telah memaklumkan bahawa semua calon yang telah menduduki peperiksaan SPM boleh membuat semakan melalui kaedah:

  • Secara dalam talian melalui pautan myresultspm.moe.gov.my di [SINI] atau
  • Secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan SPM Tahun 2024 dengan menaip SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888. (Contoh: SPM 070203045678 AA001A001)
Sistem ini akan diaktifkan mulai 24 April 2025, pukul 10.00 pagi sehingga 30 April 2025, pukul 6.00 petang.


Pagi yang membuat aku resah dan berdebar, jujurnya aku sangat takut untuk melihat keputusan rasmi SPM dak Adik yang merupakan salah seorang calon yang telah menghadiri Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024.

'Sabar la.. apa jua keputusan anak tu nanti, jauh lagi perjalanannya'. Pujuk en. Hubby.

Dan.. pagi ini air mataku jatuh jua, jatuh bukan kerana kecewa tapi jatuh kerana syukur. Alhamdulillah.. Syukur.. nak kata teruk sangat tidaklah tapi Layak Mendapat Sijil SPM pun dah syukur amat. Walau tiada A dalam keputusan dak Adik tapi 'SPM hanyalah satu halaman dari buku kehidupan dan SPM itu adalah pembuka jalan, teruskanlah berjuang demi masa depan'.

Buat semua yang turut sama mendokan dak Adik, hanya Allah yang dapat membalasnya. Semoga semua dirahmati Allah di dunia dan di akhirat.

==========================================

Sedikit maklumat mengenai takrifan gred pada slip keputusan peperiksaan SPM:
  • A+ : Cemerlang Tertinggi
  • A : Cemerlang Tinggi
  • A- : Cemerlang
  • B+ : Kepujian Tertinggi
  • B : Kepujian Tinggi
  • B : Kepujian Atas
  • C : Kepujian
  • D : Lulus Atas
  • E : Lulus
  • G : Gagal

Ini pulak takrifan tahap pencapaian pada pernyataan keputusan Bahasa Inggeris:

Ada 6 tahap dari C1, B2, B1, A2, A1 dan Pre A1



Tetaplah berbangga, tetaplah tenang. 
Allah SWT telah siapkan yang terbaik di waktu yang paling indah.

@RemajaPurba: Menangis sampai sakit kepala dibuatnya..

Wednesday, April 23, 2025

SELAMAT HARI LAHIR DAK NUHA


23 April 2025 - Rabu (24 Syawal 1446H)

Selamat Hari Lahir buat dak Nuha

Semoga dikurniakan kesihatan yang baik dalam menjalani rutin harian, dilapangkan dari kesulitan dan dilimpahkan rezeki yang berkat serta berpanjangan.
Moga Allah makbulkan setiap permintaanmu.
Aamiin Ya Rabbal Alamiin..

Happy Birthday to you.. #NagaManja

Hadiah dari kawan sekolah dak Nuha, Qaseh


@RemajaPurba: ...

Friday, April 18, 2025

AIDILFITRI DI KAMPUNG HALAMAN 2025


18 April 2025 - Jumaat (19 Syawal 1446H)

Ketika orang lain sudah puas bercerita kisah beraya mereka, aku baru sibuk nak update kisah beraya kami. 

=================================================

17 April 2025 - Khamis (18 Syawal 1446H)

Simpan sini sebagai kenangan..

15 April 2025 - Selasa
Presiden China tiba di Kompleks Bunga Raya KLIA disambut oleh Perdana Menteri Malaysia
- Sumber Facebook Anwar Ibrahim

Kita kena belajar untuk sabar dan faham, bukan react ikut emosi jika tersangkut dalam kesesakan jalan raya. Alhamdulillah, sempat sampai di tempat kerja sebelum jalan raya di tutup bagi membeli laluan kepada pergerakan delegasi Presiden China, Xi Jinping pulang. 

=================================================

30 Mac 2025 - Ahad (29 Ramadan 1446H)

Alhamdulillah, setiap kali menjelang raya, lemang antara menu wajib yang akan dimasak oleh en. Hubby. Selain tempahan yang diterima, lemang ini juga akan dibawa pulang ke kampung untuk dinikmati bersama keluarga. 

Projek Lemang hampir setiap tahun

Alhamdulillah.. tak pernah lagi beli di luar.

Panas berdenting di luar rumah

Malam..
Keputusan tarikh Hari Raya Aidilfitri 2025 berdasarkan kepada hasil cerapan anak bulan di 29 lokasi rasmi di seluruh negara. Oleh itu, pada jam 20:00 di RTM TV 1, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah mengumumkan tarikh Hari Raya Aidilfitri adalah pada hari Isnin, 31 Mac 2025 bersamaan 01 Syawal 1446H. 

Malam tu juga aku hantar lemang dan sedikit belanja buat ayah. Tak lama pun di rumah ayah kerana kesukaran mendapat ruang parking. Kali ni dak Kakak dan dak Nuha turut menemani. Alhamdulillah, ayah nampak sihat, sihat cara orang tua.

- Sumber Berita RTM -
Walau berat meninggalkan Ramadan tetapi kita sambut Syawal dengan kesyukuran dan keinsafan.


Aidilfitri bagi tahun 2025 kali ini, tidaklah mengejut seperti tahun 2022 di [SINI]. Kali ini lebih tenang dan selepas bertahun, kali ini baru terasa nikmatnya dapat tidur awal pada malam raya. 

=============================================

Sambungan dari [SINI]

31 Mac 2025 - Isnin (01 Syawal 1446H)

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin
dari Mak Budak dan family


Pagi raya..
Pulang ke kampung halaman en. Hubby. Kali ini hanya ada family SIL, yang lain beraya di rumah mertua deme. Tidaklah meriah mana tapi kenyang jugaklah perut terisi dengan juadah raya.

Photobomb sebelum sesi bergambar bersama keluarga

Kisah sebenar - duit raya tanpa sampul untuk myFIL

Sedondonlah kita..

Petang Raya..
Pulang beraya di rumah mak aku. Alhamdulillah.. mak dan pakNgah aku masih kuat dan sihat. 

Bersama mak, pakNgah dan adik aku di kampung.
Ayah aku je tiada di dalam gambar.

Malam..
Singgah beraya di rumah abang sepupu aku, melayan kerenah anak-anak dara beliau. Bila bab bergambar, masing-masing suka mengajak aku sebab aku suka melayan deme.

Bersama anak-anak abang sepupu aku

=================================================

01 April 2025 - Selasa (02 Syawal 1446H)

Perjalanan hari kedua raya diteruskan menuju ke arah selatan tanahair. 

Singgah kampung di Nyalas, tetapi tuan rumah keluar pula.
Tahun kedua kami tak dapat berjumpa

Setiap kali lalu di sini, pasti ada gambar ni..
Rasa teruja balik Johor
Selamat Datang ke Negeri Johor Darul Takzim

Daulat Tuanku

Sebelum kami sampai di rumah mak saudara aku, aku dan family singgah makan di kedai makan berhampiran. Laparkan nasi sebenarnya.

Memang rare..
Tiada ketupat, rendang, nasi impit mahupun kacang yang kami cari.


Ini kerana kami tidak mahu menyusahkan mak saudara aku yang kali terakhir kami berjumpa dia baru baik dari minor strok. Pandangan orang..? Biarlah deme nak pandang, asalkan kami gembira dengan apa yang kami buat. Tapi.. bila kami tiba di rumah mak saudara, hidangan nasi dan lauk kampung dihidangkan. Aku pandang anak-anak dan kami tergelak bersama. Itulah.. siapa suruh makan kat kedai, adan uke.

Alhamdulillah, tahap kesihatan mak saudara aku semakin baik dan layanan yang diberikan memang superb. Anak-anak duduk bersama aku mendengar luahan hatinya. Kami yang mendengar asyik tergelak sebab beliau kalau marah, anak-anak geleng kepala mendengar biji butir bahasanya. Apa-apapun mereka gembira melihat kami pulang menjenguk mereka.

Bapa saudara melayan kerenah anak-anakku melihat cicak ini.
Cicak yang dijaga sementara kerana jiran empunya cicak balik beraya.

Jarang-jarang dak Adik nak berkelakuan seperti ini.

=================================================

02 April 2025 - Rabu (03 Syawal 1446H)

Beraya di rumah Mak Busu aku. Seronok bila dapat balik kampung, berehat di rumah sambil bergossip. Biasanya kami jarang keluar sebab malas nak berhadapan dengan kesesakan jalan raya.

Kali ni, Pak Busu request nak makan ketam masak lemak cili api.

Family Pak Busu singgah beraya menjenguk orang tua

Suhu di kampung panas berdenting, baju diampaian pun cepat kering tapi malam hujan turun dengan lebat, sejuk + lena sehingga ke pagi rasanya.

=================================================

03 April 2025 - Khamis (04 Syawal 1446H)

Hari terakhir beraya di kampung halaman. Meriahnya raya bila masih ada saudara yang datang beraya. Dalam masa yang sama, turut meraikan ulangtahun kelahiran anak adik sepupu aku.


Selamat Hari Lahir Batrisya

Petang..
Mana yang boleh disejukbeku kita ambil bawa balik. Rendang itik wajib, mana boleh tinggal. Daun limau purut, daun kari pun aku bawa balik. Bila berbudi pada tanah, datang anak buah habis diambilnya.

Lembu yang bakal dikorbankan pada Aidiladha nanti

Malam..
Alhamdulillah.. Pergerakan di lebuh raya lancar dan tidak sesak. Mungkin ada yang sudah pulang awal dan ada juga masih sibuk beraya. 

Selamat tinggal kampung halaman, InsyaAllah.. nanti kami balik lagi.

=================================================

04 April 2025 - Jumaat (05 Syawal 1446H)

Pagi..
Mengambil dak Jasmine selepas seminggu kami tinggalkan di [SINI]. Dak Jasmine dipuji kerana tidak banyak kerenah, lebih suka mendiamkan diri. Ia banyak diam kerana masih belum boleh adapt dengan suasana baru, baru nak berjinak-jinak dengan kami dah kena tinggal pula tapi bila sampai sahaja di rumah, bebas berlarian ke sana sini sebab kami tak pernah kurung di dalam sangkar [sangkar pun tiada].

=================================================

04 April 2025 - Jumaat (05 Syawal 1446H) 

Dak Kakak kembali ke luar negeri. Segala urusan berkaitan kami buat awal pagi supaya tak tersekat dalam kesesakan jalan raya selepas hantar dak Kakak nanti. Ramai yang akan kembali dari kampung dan lebuh raya dah tentu sesak teruk.

Walau terpaksa berhadapan dengan kesesakan di lebuh raya tapi Alhamdulillah kami tidaklah lewat sangat sampai di rumah.

@RemajaPurba: Minggu depan rumah terbuka pula..

Thursday, April 10, 2025

KEMBALI KE REALITI KEHIDUPAN


07 April 2025 - Isnin (08 Syawal 1446H)

Meriahnya raya sekejap sahaja. Macam tu je raya berlalu. Bazaar dah takde, terawih dah takde, dari riuh rendah, terus sunyi kampung. Apa yang tinggal, hanyalah kenangan raya dan buat kita tersenyum sendirian. Semoga tahun depan dapat berjumpa lagi.

Isnin lepas, kita menyambut Aidilfitri, Isnin ni pula hari pertama mula bekerja. Habis beraya di kampung, kini kembali ke dunia realiti untuk mengejar rezeki, tanggungjawab dan amanah yang perlu diteruskan. Time flies..

I to the S to the N to the I to the N.. Monday.. Isnin - takde cuti dah

- sumber dari ig carlasthtc -

Peringatan mesra.. 
Bangun dan hadaplah realiti..


10 April 2025 - Khamis (11 Syawal 1446H)

Sudah tersusun cantik jalan cerita kita. Banyak kenangan kita lewati bersama orang yang kita sayangi. Alhamdulillah.. sesungguhnya penyambung persaudaraan itu adalah dengan kunjung-mengunjung dan berbuat baik pada saudara-mara. 

Sepanjang minggu ni berjalan dengan baik dan tenang tanpa gangguan. dak Kakak dah kembali ke luar negeri, tinggal dak Adik dan dak Nuha menemani aku dan babah deme di rumah. Dak Jasmine pun makin lincah sekarang.. geram je aku tengok.

@RemajaPurba: ... tapi rindu tetap ada selalu..

Friday, April 4, 2025

2025 - RAYA MENGEJUT LAGI?


HARI RAYA

Sambutan Aidilfitri bagi aku tak pernah berubah kecuali raya pada tahun 2020 dan 2021 ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)  dijalankan. Menangislah kau kat situ tak dapat balik raya. 
  • Tahun 2020 di [SINI]
  • Tahun 2021 di [SINI]

Ketika dua tahun tidak dapat balik beraya, pasti ramai yang teruja tidak sabar ingin pulang ke kampung halaman bertemu keluarga dan sanak-saudara. Tetapi, kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Sebaik pengumuman dibuat walau dah boleh agak, terus terdiam sekejap, rasa seperti tidak percaya. RAYA MENGEJUT dan pastinya menggemparkan satu negara.

Aku..?
Satu apa pun aku tak buat dan memang tak bersedia langsung tetapi bersyukur lemang dah siap awal, takdelah kelam-kabut nak membakarnya. Alhamdulillah, kami tak terjejas walau pukul empat pagi aku masih sibuk menyusun mengemas keperluan nak balik kampung. Orang kampunglah yang kelam-kabut, anak, cucu, menantu nak balik.

Tahun 2022 ini menjadi satu sejarah buat ramai orang. Mana-mana yang tidak bersedia pastinya:
  • Sibuk keluar mencari bahan mentah yang belum dibeli.
  • Lemang baru bakar, ketupat baru nak rebus.
  • Baju raya belum bergosok.
  • Tiket dah beli, tak boleh tukar, pagi raya beraya di dalam pengangkutan awam.
  • Sudahnya ramai yang pewai mengejar masa.
Kisah aku di [SINI].

=================================================

Tahun 2023..

Pasti ramai telah bersedia lebih awal supaya kenangan beraya tahun 2022 tidak berulang.

Aku..?
Lebih tenang dan enjoy beraya di [SINI]

=================================================

Tahun 2024..

RAYA MENGEJUT LAGI..? Kali ini tidaklah seperti tahun 2022. Raya tetaplah raya tapi tidak meriah mana kerana 3 Syawal en. Hubby dah mula bekerja dan 4 Syawal dak Kakak perlu kembali ke luar negeri. Kisah di [SINI]

=================================================

Tahun 2025..

Masih lagi terkejut tapi kali ini dengan kehadiran dak Jasmine, awalnya pening kepala nak pulang ke kampung macam mana tapi Alhamdulillah, telah ada jalan penyelesaian di [SINI]

Untuk kisah beraya kami bagi tahun 2025, akan aku kongsikan nanti.

@RemajaPurba: ...

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...