Followers Remaja Purba

Thursday, July 25, 2024

AIR SELANGOR DAN PROGRAM PEMERIKSAAN KESIHATAN


25 Julai 2024 - Khamis (19 Muharram 1446H)

Kisah AIR SELANGOR dari SINI..

Selepas dua hari ketiadaan air, Alhamdulillah pagi tadi air perlahan-lahan kembali ke sinki dapur rumahku tapi dek kerana tekanan air masih rendah, air belum mampu melonjakkan dirinya untuk terjun ke dalam tangki rumah. Tangki air dah kering tapi syukur ada sedikit air simpanan untuk digunakan anak-anak ketika mandi.

Pengajaran dan peringatan bersama..
Simpan air, jangan bertangguh. Jangan terlampau selesa dengan keadaan semasa. Bila-bila masa nikmat adanya air boleh hilang dek kecurangan mereka yang tidak bertanggungjawab. 

Apa-apapun, terima kasih buat semua pihak terlibat yang bertungkus-lumus dalam menyelesaikan masalah yang berlaku dan mengembalikan air kepada kami semua.

==========================================

Pagi tadi, memandangkan Program Pemeriksaan Kesihatan Asas di tempat kerja ini wajib dihadiri, maka kenalah serahkan diri. 

Disebalik program ini, data kesihatan tersebut akan dikumpul dan akan dibuat analisis, peratusan tentang kesihatan semua pekerja. Selebihnya tak nak ambil tahu ke mana hala tuju analisis tu, cukup aku tahu hasil pemeriksaan diri aku je.

Aku..?
Kali ini ada peningkatan ke arah yang kurang baik seperti tahap tekanan darah, kolesterol, berat badan.

Faktor usia?
Bukan hanya kerana faktor usia tapi amalan pemakanan dan gaya hidup yang menjadikan semuanya naik mencanak. Alasan 'nantilah..' 'tunggulah..' memang boleh membawa padah jika aku tidak mengawalnya.

Aku ingat berada di border je, sekali nah.. mencanak tinggi. Bila ku bagitahu pada en. Hubby..

Reaksi en. Hubby..


Tindakan seterusnya?
Jaga kesihatan diri sendiri bukan orang lain.

#RemajaPurba: ...

Wednesday, July 24, 2024

AIR SELANGOR - Henti Tugas Sementara Loji Rawatan Air (LRA)


23 Julai 2024 - Selasa (17 Muharram 1446H)

Air takde..!
Dapat mesej dari whatapps group kawasan perumahan aku. Aku yang membacanya dari tempat kerja nun di sini hanya mampu berserah jelah. Hanya mengharapkan air tangki sedia ada. Air tadahan sebelum ni, telah digunakan dan tak pula ku tadah air yang baru. 'Biarlah.. nantilah..' asyik bertangguh.

Henti Tugas Sementara Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang, Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2) dan Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) Berikutan Insiden Pencemaran Bau di Sungai Kundang dan Sungai Sembah.

Gangguan bekalan air ini susulan kebocoran tangki sebuah kilang plastik di Kuang akibat dari bahan pencemar berjadual Poly Methacrylic Acis (PMAA) mengalir ke tiga batang sungai menyebabkan empat Loji Rawatan Air (LRA) dihenti tugas dijangka pulih sepenuhnya Jumaat ini.


24 Julai 2024 - Selasa (18 Muharram 1446H)

Hari ini..
Sehingga jam 2:30 petang, bekalan air masih belum sampai ke sinki dapur rumah kami. Berhadapan dengan kesesakan di dalam terowong air agaknya. 


Kawasan kediaman yang mempunyai tekanan air rendah mungkin mengambil sedikit masa namun sebahagian besar pengguna akan mendapat bekalan air dalam tempoh 24 jam. Tempoh masa pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air di SINI..

Peratusan pemulihan bekalan air kawasan yang terjejas dijangka akan mencapai sekitar:
  • 40% pada jam 8:00 pagi, 25 Julai 2024 (Khamis)
  • 90% pada jalm 8:00 malam, 25 Julai 2024 (Khamis)
  • Waktu pemulihan penuh bagi kawasan yang terlibat adalah dijangka pada 8:00 pagi, 26 Julai 2024 (Jumaat)

Para pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual ini dari semasa ke semasa daripada:
  • Saluran komunikasi rasmi di SINI..
  • Saluran komunikasi rasmi alternatif seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X
  • atau hubungi Air Selangor di talian 15300
  • atau layari laman web di SINI..

#RemajaPurba: Hari kedua tiada air di rumah.

Tuesday, July 23, 2024

ULANGTAHUN KELAHIRAN BABAH BUDAK


23 Julai 2024 - Selasa (17 Muharram 1446H)

Umur boleh tua tetapi semangat tak boleh pudar. Manfaatkan waktumu dengan baik.

Buatmu en. Hubby..
Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, dilapangkan dari kesulitan, dipermudahkan urusan sepanjang keluar mencari rezeki. Moga segala kebaikan di dunia dan setiap titik peluh keringat yang keluar di balas pahala serta syurga buatnya. Aamiin Ya Rabbal Alamiin.. 🤲🏻

SELAMAT Hari Lahir en. Hubby
Happy Birthday 23072024

#RemajaPurba: Setiap detik adalah anugerah, nikmati setiap momentnya.

Monday, July 22, 2024

LATIHAN KEBAKARAN - FIRE DRILL


Aku masih lagi terkial-kial nak update kenangan yang tertinggal.

9 Julai 2024 - Selasa (3 Muharram 1446H) 

Abang BOMBA datang lagi - sesi 2024.
Latihan Simulasi Kebakaran dan Pengungsian Bangunan (Fire & Evacuation Drill) telah diadakan di tempat kerjaku.

Aku..? 
Hanya menguruskan makanan untuk mereka yang terlibat, selain dari itu adalah tugas urusetia. Aku cuma perlu selamatkan diri selepas loceng kecemasan berbunyi. Bergerak pantas ke 'tempat berkumpul semasa kecemasan'. Arahan perlu dipatuhi.

InsyaAllah, tahun hadapan orang lain pula yang uruskan. Aku dah boleh cuci kaki, tangan dan mungkin dah boleh ucap selamat tinggal.. 🤭

Team BOMBA dari seberang jalan je.. 

Gambar?
Cukuplah abang BOMBA yang berjuang menyelamatkan mangsa..

#RemajaPurba: ...

Friday, July 19, 2024

KEJOHANAN SOFTBALL (RENDAH) MSSD ANJURAN PPD


Kisahnya disebalik permainan Softball sekolah dak Nuha..

Selepas perlawanan pada tahun lepas, dak Nuha dok merengek nak berhenti dari bermain sofball. Bila aku minta alasan untuk aku berikan kepada gurunya, boleh pula dia kata.. 'Takpelah ibu, nanti cikgu Amir marah..'. Makanya, kekallah dia di dalam pasukan sekolahnya.

Bagi sesi 2024 kali ini, latihan diadakan waktu pagi dan petang di padang sekolah, kena pulak waktu musim panas hingga bertukar warna kulit muka dak Nuha.. Ok yang ini jangan gelak nanti dia sentap.. haha..


Akhirnya.. pada 10 Julai 2024 - Rabu (04 Muharram 1446H) telah di adakan perlawanan Softball (Rendah) MSSD anjuran PPD di sini dan dak Nuha salah seorang wakil sekolah yang turut serta.

Pagi hari kejadian..
Semua berkmpul di hadapan sekolah sebelum bergerak menuju ke tempat perlawanan

Kali ini aku tak dapat turut serta memberi sokongan kepada dak Nuha dan pasukan softball sekolah kerana kekangan kerja. Memandangkan aku tak dapat hantar dak Nuha, aku memohon bantuan ibu kepada salah seorang ahli pasukan untuk mengambil dak Nuha dari rumah pagi tersebut. 

Hujan lebat sebelum perlawanan menyebabkan padang lecak digenangi air

Banyak gambar kenangan yang dkongsikan oleh cikgu dan mereka yang hadir

Kalah atau menang itu adat perlawanan, yang mahal itu adalah pengalaman 🥰


dak Nuha


Apa-apapun, terima kasih buat semua cikgu di atas latihan, kerja keras dan sokongan kepada ahli pasukan Softball sekolah. Buat ahli pasukan Softball sekolah, tahniah di atas sumbangan semua. Walau tidak berjaya tapi anda tetap juara di hati kami. Selamat Maju Jaya buat semua anak² dan moga beroleh keputusan cemerlang dalam pelajaran sebelum memasuki Tingkatan 1. Buat semua cikgu, halalkan ilmu yang diterima oleh anak².

Moga pasukan softball sekolah bagi sesi 2025 akan meneruskan legasi dan mampu mencipta kejayaan dan melakar sejarah sekolah.


Rasa sebak bila baca komen dari cikgu Amir:
Terima kasih.... Semua.... Saya mohon Maaf... Pada semua.... Sebab tidak dapat membawa hadiah kemenangan balik.... Insyallah di masa akan datang kita usaha lagi....

#RemajaPurba: Terima kasih buat semua.

Friday, July 12, 2024

BERAYA DI RUMAH BEKAS WARTAWAN TV3 - Tuan Shamsul Abas (Shamsul Ondscene)


Kejadian pada bulan Mei 2024 yang lepas.

11 Mei 2024 - Sabtu (2 Zulkaedah 1445H)

Hampir seharian mengemas bahagian dapur dek serangan cik mouse

Malam..
Mula menyediakan lemang periuk kera untuk dibawa ke rumah Tuan Shamsul Abas (Shamsul Ondscene) - bekas wartawan TV3) sebagai memenuhi jemputan beraya di rumah beliau walau Syawal telah berlalu.

Periuk kera ni asalnya untuk open house rumah kami tetapi dek kekangan masa, kami tak dapat buat. Kemudian, aku nak bawa ke tempat kerja tetapi dek kerana aku tidak sihat ditambah dengan masalah berlaku di SINI, juga tidak jadi. Akhirnya, rezeki telah tertulis periuk kera ini dibawa ke rumah beliau.

Juadah untuk dikongsikan bersama mereka pertama kali aku nak jumpa.


12 Mei 2024 - Ahad (3 Zulkaedah 1445H)

Perasaan teruja sudahlah tentu, dulu kali pertama berjumpa selepas kisah di SINI. Hari ni bukan sekadar dapat bertemu beliau dapat juga bertemu sebahagian kecil team Ondcene di rumah beliau. Sekiranya rekod kehadiran diambilkira, kami orang pertama yang tiba.

Rezeki buat kami yang hadir.

-Tuan Sham sedang menerangkan khasiat dari daun gelenggang yang diusahakan oleh beliau kepada en. Hubby.


Menu utama, nasi lemak + sambal ikan bilis memang terbaik. Aku geram sebenarnya sebab asyik tengok deme bercerita kata sedap, sedap dan ye memang sedap. Waktu sedang menulis ni pun, rasa nak call Tuan Sham nak makan nasi lemak lagi.. hahaha..

Ada juga rendang ayam + pucuk ubi.. rugi makan sikit je. Ada pulut selain dari kek batik dan agar-agar. Juga ada menu potluck yang dibawa oleh ahli team ondcene; selain dari periuk kera, ada juga rojak buah, buah-buahan. Malah ada juga beberapa biji kobis.

Kerabu Mangga

Seorang demi seorang hadir..
Tuan Hamdan bersama Ambulancenya..
Ada kenangan di SINI..

Daus Wilcha
Kalau aku rajin, nanti aku kongsikan kisah mengenai beliau.



Mereka yang hadir

Team KL

Tak cukup.. Tuan Sham masak lagi.

Panas berdenting ting ting.. dengan berbaju kurung tak boleh tahan beb duduk bawah khemah. Ku bawa diri ke dalam rumah melayan anak kecil berdansa dengan lagu raya. 

Waktu sampai, aku dah aim pokok mana yang aku inginkan

Pisang, kobis

Ketika orang lain dah bersedia nak pulang, aku masih lagi di situ..

Pokok cili merah, tomato, gelenggang, kunyit, kesum malah pokok bunga kantan pun turut kami ambil. Ah.. jangan cakap, hilang rasa malu dek geram tengok banyak anak-anak pokok yang disemai oleh tuan Sham. Moga anak-anak pokok yang kuambil bertahan lama peluang hidupnya di rumah kami.

Jomlah kita balik.

Mereka ini yang lepak hingga ke sudah.

Hujan lebat mengiringi perjalanan pulang kami


Update:
Masih lagi elok ku frozen kan di dalam peti sejuk. Rasa sayang pulak nak makan, sama macam jeruk buah cermai dulu.

Kerabu Mangga


Setelah puluhan tahun bersiaran sebagai wartawan penyiaran, penulis blog - dalam kalutnya suasana sekitar, saya kini lebih menumpukan terutama pada kehijauan alam sekitar. Teman setia termasukklah berkebun dan membuat kajian dan jualan anak² pokok. Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan anak² pokok cili pelbagai jenis, boleh hubungi saya. Pengkhususan saya ialah Pokok Gelenggang termasuk menjual anak² pokok, daun segar dan memproses serbuk gelenggang.

Itulah sahaja nak tulis kot...dah penat menulis selama lebih 20 tahun..
- Shamsul Liani Abas (Shamsul Ondscene) -

#RemajaPurba: InsyaAllah, akan ketemu lagi Ogos nanti.

Tuesday, July 9, 2024

Sarapan di Restoran Langkah Kanan Jengka - Route 83

 
Rindu kenangan itu.
Dulu, bila ada urusan di Jengka, pasti akan singgah di sini untuk bersarapan. Ada pelbagai menu yang ada untuk dipilih mengikut selera sendiri. 

Restoran Langkah Kanan Jengka - Route 83

Suasana pagi.. sebelum pukul 8 pagi

Suasana kampung.. tenang..

Menu pilihan MakBudak
Lontong + Sambal Paru.. sedap, aku suka.
Roti canai pun sedap tapi aku cuma pandai makan roti canai kosong.

Berehat sekejap sebelum meneruskan perjalanan

Kenangan yang tertinggal di sini..


Boleh cari di SINI..

K-1, Jalan Bakti, Rantau Perintis, 26400 Bandar Pusat Jengka, Pahang

#RemajaPurba: Nak pergi lagi tapi entah bila..

Saturday, July 6, 2024

TAHNIAH EN. HUBBY DI ATAS GELARAN DATUK YANG DITERIMA


Alhamdulillah, myAnakFruit telah selamat melahirkan baby girl. Tahniah buat mySIL kerana menerima cucu pertama dalam keluarga.

Berganda berita gembira buat aku di mana en. Hubby telah menerima augerah yang membawa gelaran Datuk. 

Aku..?
Secara tak langsung aku pun turut menerima kesannya. Dah tentu gelaran Datin menjadi kepunyaanku. Ada Datuk dah tentu ada Datin kan.

TAPI belum pernah cucu panggil neneknya Datin. Ok.. yang ini akan aku ajar dak Baby myAnakFruit panggil aku Datin instead of Nenek.. kahkahkah..

Terasa diri makin purba pulak.. ah!Tiber..


Dalam gembira, aku turut menerima berita sedih. Dak Adik mendapat kecederaan ketika bermain futsal. Orang lain main jugak tapi takdelah sampai ke tahap macam ni. Hailaa Adik.. Adik..

Ngilu perut aku melihatnya.

Mungkin bagi segelintir orang, boleh rawat sendiri di rumah tapi aku tetap bawa dak Adik ke klinik bagi mendapatkan rawatan. Pakej dapat satu dos suntikan lagi. Biar cepat sembuh, ni bukan cuti sekolah nak berehat di rumah.

#RemajaPurba: Datuk - Datin bukan Datuk - Nenek ye.. Ingat ni..

Wednesday, July 3, 2024

Selamat Datang buatmu Julai


03 Julai 2024 - Rabu (26 Zulhijjah 1445H)

Selamat datang buatmu Julai.

Kenangan hari terakhir bulan Jun..
Mgrain teruk menyerang hingga terpaksa mendapatkan rawatan di klinik. Terpaksa kerana dah tak tahan hingga menangis + kehabisan bekalan ubat sedia ada. 


Apa-apapun..
Terima kasih buatmu Jun..
Segala kenangan yang masih kekal di dalam draft biarlah di sana.
Andai aku rajin, nanti aku flashback semula.

Moga kita dapat bertemu kembali pada tahun hadapan.

#RemajaPurba: ...

Saturday, June 29, 2024

Kisah di Hujung Minggu


Self reward terbaik adalah bermalas-malasan seharian..
- kisah di hujung minggu -

Aku suka menulis di sini..

Taip..
Padam..
Taip..
Padam..

Begitulah kejadiannya sampai ke sudah.

#RemajaPurba: ...

Friday, June 28, 2024

SULTAN SELANGOR MURKA DENGAN KEPUTUSAN MFL


Liga Bolasepak Malaysia (MFL) akhirnya membuat pusingan 'U' kesan daripada keputusan kontroversi ke atas Selangor FC. Ini berikutan kenyataan akhbar Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang ditandatangani sendiri oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddn Idris Shah Alhaj yang jelas kecewa dengan keputusan Ahli Lembaga Pengarah MFL


Ahli Lembaga Pengarah Malaysian Football League (MFL) hari ini telah menggunakan budi bicara untuk mempertimbangkan semula keputusan yang dibuat pada 24 Jun 2024 ke atas Selangor FC susulan ketidakhadiran kelab itu ke Perlawanan Sumbangsih yang juga aksi pertama Liga Super menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim pada 10 Mei 2024.
- Published on 27/06/2024 06:31 PM -


Pertimbangan semula ini dibuat sebagai menjunjung kasih dan menghormati titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Maka, berikut merupakan keputusan-keputusan Ahli Lembaga Pengarah MFL:
  1. Denda dikurangkan daripada RM100,000 ke RM60,000.
  2. ⁠Bayaran pampasan kerugian yang ditanggung pasukan tuan rumah JDT dan MFL dikekalkan. MFL akan mengumpul maklumat dan kos yang dikemukakan oleh JDT dan Sekretariat MFL sebelum diserahkan kepada Selangor FC untuk semakan dan perbincangan selanjutnya.
  3. Pemotongan tiga (3) mata dalam pertandingan Liga Super 2024-2025 dibatalkan. Walaubagaimanapun, jika Selangor FC mengulangi kesalahan yang sama, maka kes ini akan dibawa ke jawatankuasa tatatertib dan hukuman yang lebih tegas dan keras boleh dikenakan.
  4. Larangan kemasukan penonton ke perlawanan Liga Super (LS14) melibatkan Selangor FC menentang JDT di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya dibatalkan. Penonton dibenarkan untuk menghadiri perlawanan tersebut.
=================================

Berhubung kes ketidakhadiran Selangor FC ke Perlawanan Piala Sumbangsih yang juga merupakan aksi pertama Liga Super pada 10 Mei 2024. Selangor FC memohon penangguhan kerana pada 5 Mei lalu, satu kes jenayah serangan asid yang mengancam nyawa telah menimpa ikon bola sepak Selangor dan Malaysia, Faisal Halim. Beberapa lagi insiden serangan terhadap pemain bola sepak profesional juga berlaku pada minggu yang sama.

Apabila Sultan berasa amat kecewa dan murka


Sultan Selangor:
Beta berasa amat kecewa dan sangat dukacita dengan keputusan ahli-ahli Malaysian Football League (MFL) serta ahli-ahli Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) khususnya Presiden FAM, Dato Hamidin Mohd Amin. Beta terkejut dan kecewa kerana Dato' Hamidin langsung tidak serius bersuara padahal beliau sebelum ini merupakan bekas Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dari tahun 1995 hingga 2013 dan berpengalaman dalam arena bola sepak Selangor serta menerima darjah kebesaran Dato' Sultan Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S) daripada Beta.

Boleh membunuh semangat dan halatuju pasukan Selangor FC


Sultan Selangor:
Beta telah terlibat dalam arena bola sepak tempatan sejak tahun 1968 semasa zaman FAS diterajui oleh Dato' Seri Harun Idris sehingga Beta bersara pada tahun 1990, dan dalam tempoh itu belum pernah Beta saksikan keadaan seperti sekarang ini. Sukan yang sepatutnya menjadi platform perpaduan antara berbilang kaum dan rakyat, kini telah dicemari dengan keganasan. Lebih teruk lagi, MFL dan FAM langsung tidak serius bersuara dan mengambil langkah-langkah berjaga-jaga yang perlu mengenai aspek keganasan dan kezaliman yang berlaku terhadap pemain-pemain.

'Beta ingatkan kepada MFL, buatlah keputusan dengan berhati-hati'


Sultan Selangor:
Beta ingin mengingatkan sekali lagi bahawa bola sepak adalah sukan yang digemari dan menyatupadukan rakyat Malaysia berteraskan semangat kesukanan yang tinggi. Tindakan-tindakan melampau MFL ini langsung tidak melambangkan semangat ini dan hanya akan merosakkan imej industri bola sepak tempatan serta sokongan orang ramai terhadap sukan yang kita cintai ini.

#RemajaPurba: Kena sound depan rakyat jelata.

Wednesday, June 26, 2024

KEMBALI KEPADA PENCIPTA إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ


dari SINI..

21 Jun 2024 (Jumaat) - 14 Zulhijjah 1445H)

Berita duka dari jiran sebelah rumah aku..

Assalamualaikum..
Innalillahiwainnahilaihirojiun.
Dimaklumkan Pak Ya baru saja kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Jenazah masih di hospital.
Semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman dan beramal soleh.
- mesej diterima ketika aku baru sampai di tempat kerja -


Mesej tersebut, aku hanya baca selepas pukul 9 pagi, itupun selepas en. Hubby menghubungi aku bertanyakan aku dah sampai mana. Awalnya aku blur, 'dah sampai tempat kerjalah'. 'Tak baca mesej ke, cuba buka tengok!'. Terdiam aku bila aku baca berita tersebut. Selepas aku hubungi kak Lela isteri arwah, aku terus berjumpa pengarah dan boss untuk maklumkan yang aku emergency leave, terus pecut balik.

Aku..?
Ralat tak sempat ambil dak Adik di sekolah, aku hanya sempat ke sekolah dak Nuha sebelum ke masjid. Dak Nuha.. 'Kenapa ibu datang sekolah?' 'Ibu nak Nuha jangan nangis tau, acik Yahya dah tak ada'. Mahu tak terkejut dia, dahlah tertanya-tanya kenapa aku datang ambil dia, dapat pula berita kematian. Depan sekolah dia dah mula menangis. En. Hubby pulak tak dapat balik awal kerana berada di luar kawasan.

Arwah meninggal dunia di hospital di sini sebelum subuh dan selepas selesai semua proses berkaitan, arwah dimandi dan dikapankan di hospital, seterusnya di bawa terus ke masjid di sini untuk solat jenazah. Selesai di masjid, selepas diberi kebenaran untuk menatap buat kali terakhir, jenazah terus di bawa ke tanah perkuburan Islam di atas bukit sebelah taman perumahan kami.


اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Allahumaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fu'anhu

'Ya!Allah, ampunilah almarhum, berikanlah dia rahmat-Mu, kesejahteraan serta maafkanlah kesalahannya'.


إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Rumah baru buat arwah Pak Ya, jiran sebelah rumah kami.
Al-Fatihah..


Tahlil buat arwah diadakan tiga hari berturut-turut, bermula selepas maghrib. Alhamdulillah, jiran-jiran turut sama membantu menyediakan juadah untuk diserahkan di masjid. 

22 Jun 2024 (Sabtu) - 15 Zulhijjah 1445H)

Pagi..
Ada program di sekolah dak Nuha, ini jika ada masa nanti aku kongsikan di lain entry. Program selesai hampir tengahari dan selepas itu kami terus menuju ke tanah perkuburan Islam di sini untuk menunjuk lokasi rumah baru Pak Ya kepada en. Hubby. 

Suasana dari atas bukit

Hari kedua tahlil juga dibuat di masjid selepas solat Maghrib. Hari ini chef Hubby yang menjadi tukang masak. 'Jiran sepakat membawa berkat', semua bekerjasama saling membantu.

Aku..?
'Budak intern buat kerja paling senang'. Ini sebab dah penat keluar masuk rumah membuat kerja yang diminta oleh en. Hubby.

23 Jun 2024 (Ahad) - 16 Zulhijjah 1445H)

Sebenarnya hari ini, kami sepatutnya menghadiri kenduri doa selamat di kampung abang ipar en. Hubby tapi disebabkan en. Hubby kena masak dan tidak mahu terkejar-kejar, kami mengambil keputusan untuk tidak pergi dan meneruskan membantu keluarga arwah.

 
Hari ketiga tahlil, atas permintaan keluarga arwah, majlis tahlil dibuat di rumah dan di masjid. Majlis dimulakan selepas maghrib, ramai yang hadir memberi sokongan. Alhamdulillah..

24 Jun 2024 - Isnin (17 Zulhijjah 1445H)

- Mesej buat kak Lela, isteri arwah -

Assalamualaikum kak Lela,
Salam takziah dari kami.
Mohon maaf di atas semua kekurangan sepanjang majlis tiga hari dibuat di masjid dan di rumah kak Lela. Mohon maaf malam tadi ku masuk rumah awal. Jumpa kakak arwah je malam tadi. Mohon maaf juga andai apa yang dihidangkan terdapat kekurangan.

Janganlah kak Lela susah hati, rasa serba salah dengan apa yang dah kami buat sebab niat kami memang nak bantu semampu yang larat sebab kita bukan jiran sebelah rumah kan.. 🤭 Terima kasih sebab izinkan kami buat ikut suka kami. Halalkan apa saja yang kami makan ye dan kami juga halalkan apa jua bentuk sumbangan/bantuan dari pihak kami. Kami doakan kak Lela terus kekal kuat dan sihat dalam meledani rutin harian. Moga rutin harian kak Lela dan anak-anak dipermudahkanNYA.

Al-Fatihah buat arwah cikYahya.
Semoga Allah SWT memperluas kuburnya dan memberinya kedamaian abadi serta menempatkannya di tempat yang terbaik.

#RemajaPurba: Bila tengok macam ni, macam manalah giliran kita nanti.

Wednesday, June 19, 2024

Doktor Minta Keluarga Bersedia


17 Jun 2024 (Isnin) - 10 Zulhijjah 1445H

Hari Raya Aidiladha..
Kali ini, en. Hubby tidak dapat bersama meraikan sambutannya kerana tuntutan kerja. Dak Kakak pula tidak dapat balik, berayalah diperantauan. Aku hanya ditemani oleh dak Adik dan dak Nuha beraya di rumah myMIL.

Sambutan raya kali ini tidak meriah seperti tahun lepas - di SINI.. Memandangkan myMIL baru keluar dari hospital Jumaat lepas, maka kami tidak benarkan beliau sibuk di dapur, semua menu disediakan oleh anak-anak myMIL.


18 Jun 2024 (Selasa) - 11 Zulhijjah 1445H

Khabar duka..
Minggu lepas, suami akak jiran sebelah rumah kami dikejarkan ke hospital kerana tidak sihat. Di hospital, doktor telah memasukkan dos ubat paling tinggi dan beliau terpaksa ditidurkan. Sehingga semalam, keadaan beliau masih belum tiada perubahan.

Assalamualaikum,
Saya isteri Pak Ya,
Mohon andai ada salah silap dia pada kalian, mohon maafkan. Keadaan dia makin kritikal.
Dr minta bersedia. Maafkan dia ya.
- mesej malam tadi -

Sehingga pagi ini, masih belum ada berita terkini yang dikongsikan. Doa yang baik-baik mengiringi.. InsyaAllah.. dan moga semua urusan dipermudahkanNYA.. Aamiin..

#RemajaPurba: ...

Wednesday, June 12, 2024

TANPA PASSPORT ke KOREA SELATAN

 
Dulu.. 2020..
Suka sangat bila dapat jumpa Lee Min Ho, kalau tak di dunia moden, mesti dapat jumpa balik masa lampau. Ada sekali tu siap dapat jumpa mermaid lagi.

THE KING: ETERNAL MONARCH
Tapi waktu ni, 'flight' aku asyik delay, jadi jarang dapat jumpa Lee Min Ho setiap minggu

- sumber en. Google -


Sekarang.. 2024
Berjaya ulang-alik sebanyak 16 kali ke Korea Selatan tanpa sebarang sekatan. Pakej tiket pergi balik hari dan dapat bertemu 'peguam' terkenal Kim Soo Hyun lagi.

QUEEN of TEARS
Suka tengok permainan emosi Kim Soo Hyun di dalam drama ini

- sumber en. Google -



-Pesan-
Buat mereka yang tengah susah, aku doakan urusan kau dipermudahkanNYA.
Buat mereka yang pernah susahkan aku, aku doa urusan kau dipermudahkanNYA jugak.

Kadang-kadang kita ni bukanlah benci sangat kat orang, cuma kita geram..

#RemajaPurba: ...

Friday, June 7, 2024

Kudrat Perempuan vs Lelaki


Kudrat seorang perempuan tak sama dengan lelaki

Kalau demam teruk, orang perempuan boleh bangun masak, membasuh, mengemas, pergi bengkel kereta, urus anak-anak tapi kalau lelaki demam, terus auto jadi baby. Dia punya sakit tu mengalahkan perempuan bersalin anak sulung melalui pembedahan dah rupanya. Kaki tangan tiba-tiba seperti hilang fungsinya. 

Kari Ayam
Taugeh + Tauhu goreng

Aku..?
Berterima kasih pada en. Hubby kerana beliau masih larat untuk ke pasar membeli bahan mentah dan seterusnya masak untuk makan tengahari. Doktor bagi cuti sakit kepada en. Hubby bukan kerana demam tapi disebabkan  sakit kaki.

Aku..?
Alhamdulillah rezeki MakBudak. Tak payah terkejar-kejar balik kerja memasak. Terima kasih #ChefHubby, ringan sikit kerja MakBudak hari ini. Tapi.. memang betul, bila datang tak sihatnya, auto jadi baby we (baby tua).. kita pulak geram melihatnya.

#RemajaPurba: ...

Wednesday, June 5, 2024

HOMESTAY WAK GINTONG, KAMPUNG OLAK LEMPIT


01 Jun 2024 - Sabtu (23 Zulkaedah 1445H)

Satu percutian singkat family MIL yang diuruskan oleh mySIL telah diadakan di Homestay Wak Gintong. Kali ini myFIL dan myMIL turut sama memeriahkan suasana tetapi aku cuma dapat hadir selepas en. Hubby pulang dari kerja. Hampir tengah malam baru sampai di homestay ini. 

HOMESTAY WAK GINTONG
Kampung Olak Lempit, Banting, Selangor
Boleh Hubungi: 012-930 9821 (Wak Gintong)


Tak susah mana pun untuk ke homestay tersebut tapi disebabkan kami sampai pun dah lewat malam, terus terlajak masuk ke taman perumahan sebelahnya. Waktu malam tak nampak signage ni sebab kedudukannya sedikit ke dalam dari jalan besar.

Aku  masih lagi di rumah ketika deme sibuk dengan aktiviti yang dirancang.

Homestay ni sangat sesuai untuk aktiviti sukaneka family kerana kawasannya sangat luas, parking pun banyak. Motif utama percutian singkat ini kerana adanya kolam renang. 

Asam Pedas Ikan Jenahak yang dimasak oleh myMIL

Ada dua kolam dewasa dan kanak-kanak

Luas kawasannya.. kiri, kanan, depan dan belakang.

Nak main bola jaring/keranjang, sebelah kanan bahagian belakang - tiada bola disediakan.
Nak main ping pong sebelah kiri, mejanya kami tarik bawa ke bahagian hadapan - bet dan bola ping pong disediakan tapi aku bawa aku punya sendiri. Dah lama tak main sebenarnya.

'Abang.. kita nak buat apa dekat sini?'
'Dah nama bercuti, rehat jelah..'

Aku tak turut serta terjun kolam tapi terjun atas katil. Puas tidur + tiada mood langsung nak join.

===================================

03 Jun 2024 - Isnin (25 Zulkaedah 1445H)

Hari Kelepasan Am Persekutuan sempena Hari Keputeraan YDP Agong.
Menghantar dak Kakak pulang ke luar negeri.

====================================

05 Jun 2024 - Rabu (27 Zulkaedah 1445H)

Semalam aku cuti, ada urusan yang perlu diuruskan. Hari ini kembali bertugas.

'Memang kena masuk balik realiti kehidupan ke lepas cuti ni? Tak boleh cuti sampai hujung tahun?'

Boleh je tapi pinjaman perumahan, kereta, bil elektrik, air, penapis air semua menanti. Itu belum lagi kalau ada binatang peliharaan. Lainlah kalau ada unlimited income, boleh lajak cuti tu sampai hujung tahun tapi disebabkan limited income, kenalah sedar diri, back to reality and focus on real life stuffs..

#RemajaPurba: Back To Reality..

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...