Followers Remaja Purba

Tuesday, March 21, 2023

Maafkan saya YB


18 Mac 2023- Sabtu
Berada ditepian laut Kuala Dungun, Terengganu di SINI..  


19 Mac 2023 - Ahad
Berada ditepian padang di sini. Menemani dak Adik dan sepupunya menghadiri sesi bengkel latihan bola sepak. 

Bengkel latihan bukan yang extreme, sekadar buat pemanas badan buat dak Adik. Nak kena asah semula bagi lagi tajam sepakan bolanya. YB Adun kawasan pun ada datang menjengah. Aku tak ambil peduli pun, maafkan saya YB, bukan saya sombong tapi saya letih + lapar + saya tak kenal.

Menunggu sesi pendaftaran selesa.

Bersedia untuk memulakan langkah di tengah padang

Mulakan dengan langkah kanan.

Coach tak nak panggil MakBudak ditepian padang ni ke?
Alang² berpeluh ni.. 🤣

Apa hasilnya?
Mereka yang bertuah akan dihubungi oleh pihak berkenaan.

#rRemajaPurba: Batuk pula menyerang diri.

Monday, March 20, 2023

Buat Apa di Terengganu dan Pahang?


18 Mac 2023 - Sabtu
Kisah berkaitan datang dari SINI.. kemasukan ke Universiti Teknologi MARA (UiTM).



Awal Pagi:
02:00 am - kami bertolak menuju ke UiTM Terengganu, Kampus Dungun bagi menguruskan 'Kembar' pertama menyambung semester seterusnya di sana. Alhamdulillah, selamat sampai di Dungun sebelum pukul tujuh pagi.

Memandangkan masih awal, kami mengambil kesempatan menikmati cahaya matahari naik di tepi pantai Kuala Dungun. Pemandangan Laut China Selatan bersama deruan angin dan bunyi ombak yang memukul pantai sangat mengasyikkan. Bertambah asyik bila bersama insan kesayangan tapi sayangnya en. Hubby tak dapat ikut atas kekangan kerja.

Masih awal untuk lapor diri

Mengadap Laut China Selatan

Geram je rasa melihat ombak menghempas di tepian pantai.

Simpan sini sebagai kenangan.

Kemudian, mencari lokasi untuk menikmati sarapan pagi dan Warung Kemunting di SINI menjadi pilihan.

-sumber owner- Warung Kemunting di SINI..
Lot 11850, Jalan Lapangan Terbang
Kampung Sura Hujung
23000 Kuala Dungun
Terengganu Darul Iman

Nak tahu lebih lanjut boleh tanya en. google.

Roti Bakar Telur Goyang

Roti Bakar Honey + Butter

French Toast With Honey + Butter + Fresh Fruit

Banyak sungguh buah-buahan di atasnya

Coffee Mocha.. tak ingat nama penuhnya.

Selesai sarapan, masa untuk lapor diri di sini.
'Kembar' pertama di sini.
UiTM Terengganu Kampus Dungun.

I Purple You

Membantu mengangkat barang keperluan 'Kembar'
Tingkat tiga je tapi sebab kakiku 'cedera', ku gagahkan jua Jebat.. hehehe..

Meninggalkan jejak di sini.

Bukti bergambar haruslah ada..

Sebelum meninggalkan Kuala Dungun, berhenti sekejap untuk menikmati bunyi ombak yang sangat mengasyikkan + rasa tenang walau tak cukup rehat.


Selesai di Dungun, singgah makan tengahari di Hentian RnR Temerloh. Buat pertama kali aku menjadi co-pilot pada mySIL. Nak gelak nanti kena marah, Nak dengar lagu ditutupnya, nak ajak borak nanti hilang fokus tapi memang comel je tengok mySIL pandu kereta sambil dipantau oleh en. suaminya. mySIL berani sebab berada di lebuhraya, jalan pun lurus je tapi kalau jalan kampung lagi rela naik Grab.

Nampak tenang tapi sebenarnya banyak lori.

Banyak lori Gardenia yang kami 'potong' di sepanjang lebuhraya menuju ke Hentian RnR Temerloh.

Perjalanan diteruskan..
Lurah Bilut
Singgah di sini hanya untuk mengisi minyak kereta.


Mercu Tanda Lurah Bilut

'Lembah Digital Bilut'

Petang:
Pukul 03:30 pm - selamat tiba di UiTM Pahang, Kampus Raub bagi menguruskan 'Kembar' kedua pula. Ada beberapa dokumen yang perlu diselesaikan dan ada barang yang belum lengkap untuk kegunaannya. 

'Kembar' kedua di sini.
UiTM Pahang Kampus Raub.

Antara barang yang dibawa. Dah macam nak tinggal kat sana terus.

Perasaan sebak + sedih memang tak boleh dipisahkan dari MakBudak. 'Sabarlah.. Bukan tak jumpa langsung anak tu'.
 
Plaza Tol Gombak menghala ke Pantai Timur

Malam:
Kesesakan di Tol Gombak memang dah dijangka, pukul 08:30 pm - selamat tiba di rumah selepas selesai semua urusan berkaitan. Alhamdulillah.

Apa-apapun terima kasih pada mySIL kerana sanggup membantu menguruskan semua berkaitan buat 'dak Kembar', Arissa dan Umairah.

dak 'Kembar' bersama kunci bilik masing-masing di tempat pengajian mereka.

#RemajaPurba: Pukul 02:00 am dari rumah - pukul 08:30 pm sampai di rumah.

Saturday, March 18, 2023

Bila Dua Orang Anak Berlainan Program di UiTM


18 Mac 2023 - Sabtu
Sambungan dari SINI..

Bila dua orang anak berlainan program di Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang perlu diuruskan dalam masa sehari:
  • Pagi - Dungun, Terengganu
  • Petang - Raub, Pahang

Terima kasih pada mySIL kerana sanggup membantu menguruskan semua berkaitan buat 'dak Kembar', Arissa dan Umairah.

'Kembar' pertama di sini.
UiTM Terengganu Kampus Dungun.

'Kembar' kedua di sini.
UiTM Pahang Kampus Raub.

Moga rutin harian 'dak Kembar' berdua yang terpisah itu dipermudahkanNYA.

#RemajaPurba: ..

Wednesday, March 15, 2023

Boleh Putus Silaturrahim..!


HUTANG.. 
Dah pinjam kan.. 
Bila mintak terus koma, buat² lupa. 

Pasal duit jangan memain, boleh putus silaturrahim beb.


Sumber en. Twitter


Aku tidaklah sekejam Ah Long walau pun aku kaklong kawasan. Walau bukan beribu kau pinjam tapi secara asasnya 'kalau dah pinjam, kenalah bayar balik'. Jangan jadi seperti tebu, hanya manis ditepian bibir. 

Sebagai contoh tweet di atas, 'cepat pelupa agaknya..' Takkan setiap bulan nak kena ingatkan. Nanti kau pulak yang marah. Eh!Kejap, siapa pinjam dari siapa sebenarnya.

Aku..?
'Jangan buka aib sendiri di socmed'. Pesan en. Hubby. Sehabis halus aku cuba sampaikan tapi dalam halus tu kau pula ambil kesempatan. Agaknya kalau kalau aku ni Ah Long, boleh putus silaturrahim..!

#RemajaPurba: Apa itu Ah Long? - carian dari SINI..

Monday, March 13, 2023

Melangkaui Tiga Buah Negeri


12 Mac 2023 - Sabtu

Alhamdulillah..
Berjaya selangkah lagi dan kali ini melangkaui tiga buah negeri. Sedikit kelam-kabut dengan persiapan dan dokumen yang diperlukan. 'Bawa yang perlu je dulu Kakak, yang lain nanti babah hantarkan'.

Aku..
Fikir macam mana pun tetap tak berubah apa yang telah dimuktamadkan. Just go with the flow.. Kita usaha, selebihnya Allah yang menentukan.

Seminggu kunci ini akan berada di tangan dak Kakak..

Plaza Tol Gombak..
Laluan yang sama tapi tempat berbeza.
Sekarang, akan menjadi laluan utama buat dak Kakak.
Moga sentiasa di bawah lindunganNYA
Moa rutin harian dak Kakak dipermudahkanNYA.
InsyaAllah.. Aamiin..
 
Minggu depan, fokus pula pada sesi persekolahan dak Adik dengan dak Nuha. Masih jauh lagi perjalanan mereka. 

Aku dan en. Hubby..?
Kami masih di sini.

#RemajaPurba: ...

Sunday, February 26, 2023

Not everyone agrees with you


Family Bonding..
Bila kau jarang makan dekat luar dengan anak-anak, dapat pula peluang bersama makan dengan mereka di khalayak ramai. Kau rasa..? 

Dulu..
Tiap kali sebelum keluar dari rumah, aku akan 'nasihat' deme.. 'Jangan buat perangai, jangan malukan babah dengan ibu, kalau tak.. kita balik'. Alhamdulillah, taktik menjadi. Bohonglah kalau kata anak-anak tak meragam tapi kena pandailah nak 'senyap'kan dorang supaya tak tebal muka bila orang mula menoleh.

Sekarang..
Anak-anak pula risau kalau ibunya yang meragam kalau aku tak sukakan persekitarannya, memang kejung tak bergerak aku dekat situ walau makan tetap makan.

Senario..
Anak meragam ketika makan di kedai makan?
'Biasalah.. budak-budak'. Jangan jadikan ini sebagai alasan. 
'Kau bolehlah, anak dah besar..' Ini bukan masalah anak kecil atau besar tapi cara bagaimana nak uruskan anak-anak ketika makan di luar. Bila anak meragam, akan menyebabkan tindakan refleks untuk orang lain memandang. Kalau dah dua tiga kali orang menoleh, itu berkemungkinan orang tak selesa/tak suka kerana rasa terganggu. Sebagai parents, kena pandai mainkan peranan bagaimana hendak mengawal mood/perasaan anak bila tiba-tiba mereka tantrum.


Isn't it because you don't like other people looking at you when you eat at a restaurant, kau nak suruh orang lain pula yang bungkus makanan dan makan di rumah? Janganlah macam tu. Kalau rasa tak boleh nak kawal anak-anak ketika makan di luar, sebaiknya tapau/take away apa sahaja makanan yang diinginkan. Makanlah di rumah, nak terlentang, kuak lentang tiada siapa yang mahu mengambil tahu. Sekurang-kurangnya tak jadi kecaman orang.

#RemajaPurba: Not everyone agrees with you.

Thursday, February 23, 2023

Adakah kita cukup berani mendabik dada?


Menahan diri daripada memohon cuti atas amanah yang diberi merupakan contoh amat terpuji. Sama ada pekerja ini menidakkan keperluan peribadi seperti pulang ke kampung ziarah keluarga atau memang Allah takdirkan tiada aral yang pasti suratannya memang Allah tulis semua berjalan lancar. Kejadian cantik begini tidak semestinya tiada gerimis mengundang.

Berbicara dengan motivator ditempelak kita bahawa hidup ada pilihan. Kalau kita tidak tabah lagi dan sudah habis daya kita pilih jalan lain. Jangan tunggu..!

Ya.. Betul..!Buatlah begitu kalau mampu. Tiada sesiapa boleh menahan malah berdosa menahan insan melonjak ke tahap lebih baik. Zaman ini zaman semakin mencabar. Wabak macam-macam, lagi banyak penawar, penyakit lagi banyak terbit. Anak sakit.. kedengaran klise tetapi dugaan tidak sama.


Realiti Kehidupan:
Banyak pengorbanan yang tersembunyi. Sebagai contoh:
  • Pekerja wanita terpaksa memohon Cuti Separuh Gaji menjaga anaknya sakit
  • Pekerja lelaki Cuti Tanpa Gaji memberi sokongan kepada ibu yang kemurungan
  • Seorang pekerja yang menahan diri daripada memohon cuti disebabkan sedang menanggung kerja, seorang pekerja yang meletak jawatan selepas perkhidmatan dirundung mega.

Adakah kita cukup berani mendabik dada dengan berkata, 'Kenapa anak engkau asyik sakit je?'.

Zaman ini zaman semakin mencabar.
Menuju tahun 2023 gangguan mental menjadi penyakit 'pilihan' rakyat Malaysia. Kalau seseorang pekerja sanggup Cuti Tanpa Gaji demi memberi sokongan moral kepada ibunya yang masih lemah selepas kematian suami, kita patut melihat jauh ke dalam semangat keluarga ini. Ibubapanya pasangan saling mencintai sehingga ke usia senja. Kita patut cemburu kita yang baru berkahwin 10 tahun sudah terpaksa bermusuhan dengan pasangan. Walau ada orang cakap menangisi kematian disebabkan memikirkan risau terputusnya saraan. Tetapi kemurungan berbeza daripada menangisi atas sebab saraan.

Ketahuilah bahawa orang yang telah banyak berkorban tidak perlukan bicara yang banyak. Action is louder than word itu sahaja. Bekerja ini macam kehidupan, suatu perjalanan.

Mengurus bercermat,
Bertindak berhemat,
Kesyukuran penamat, 
Terelak kesumat.

Kita tidak pasti adakah kesudahan kita adalah bersara berpencen. Setakat ini kita hanya melambai mesra kepada teman yang habis berkhidmat disebabkan bersara, hanya menghantar pandangan kosong kepada teman yang menoktahkan khidmat dengan meletak jawatan dan kita menghantar air mata setakat ke muka liang lahad terhadap teman yang lebih Allah sayang.

Semua teman kita yang pergi dengan apa pun cara merupakan real life story yang amat *permana untuk diambil iktibar. Zaman ini zaman semakin mencabar. Melihat susah orang bukan dicerita ditambah perisa. Sebaliknya dibantu kalau berkuasa. Seterusnya belajarlah rasa kehidupan orang lain. 

Kala hujan jangan hanya bergurindam syair si pari-pari tetapi bijaklah mengutip pelajaran-pelajaran buat diri. Sebuah cerita kehidupan tidak tohor kalau didengar kosong. Sebuah tulisan pengorbanan hanya kosong dilihat dangkal. Semua pengorbanan terjadi atas rasa tanggungjawab. Juga semua orang yang berkorban bukan tiada pilihan. Sebaliknya mereka diberi kekuatan bertahan. Mereka kadang-kadang menangis, kalau tertawa Alhamdulillah. Kalau mereka bersuara dengan apa pun cara mereka hanya mahu difahami bukan niat membalas derita.. - umizahan-

#RemajaPurba: 16 November 2018.. secebis kisah.
*permana -  tidak ternilai

Wednesday, February 22, 2023

Sekiranya hatimu Tidak Kental


Whatever's your background..
One day you will be okay..
You will be better than okay actually..
-Ismahan Aden-


Realiti Kehidupan:
Aku: Takpe awak, hidup kita, biarlah kita yang tentukan. Ada duit atau tak kita je yang rasa susah.
Kau: Betul tu. Sekarang ni nak tenang-tenang je. Biarlah orang lain nak beli apa pun, tak nak ambil tahu.
Aku: Memang rasa nak beli tapi bila fikir, keperluan harian lagi penting, pendam jelah sambil cuba simpan duit. Bila dah ada duit baru beli, itupun kalau dapat tapi biasanya tak dapat sebab ada benda lain yang menunggu.
Kau: Betul tu, kadang dah cukup duit, ada pulak hal lain.. itu la ini la..
Aku: Sabar selagi boleh tapi usaha kena lebih. Train your mind to stay calm in every situation.

Apa yang dirasai:
Di usia ini aku dah malas serba-serbi. Malas nak beratkan hati dan fikiran dengan isu-isu yang tak berbaloi untuk aku beratkan. Aku lebih nak hargai orang-orang yang aku sayang dan cipta kenangan dan 'rasa' yang bahagia bersama mereka. Entah esok lusa sampai masa.. manakan tahu.
-Beto Kusyairy-

Situasi aku..
Kau kata: Nak sesabar aku ni perlukan ilmu yang kuat.
Kata aku: Mental kena kuat. Tak kuat, boleh  jatuh terduduk.

Pesan..
Janganlah kau sakiti orang lain sekiranya hatimu tidak kental.
Ingatlah.. Sabar itu bukan untuk dicabar, selagi boleh pertahankanlah.

#RemajaPurba: The best revenge is none. Heal then move on..

Tuesday, February 21, 2023

Sedondon lagi sekali

 
17 Februari 2023 - Jumaat
Menghadiri satu majlis yang di adakan di sini. Sekadar mencari point untuk aku simpan di sini.


Lima ciri-ciri pekerja:
  1. Tahu apa yang dia tahu.
  2. Tahu apa yang dia tak tahu.
  3. Tak tahu apa yang dia tahu.
  4. Tak tahu apa yang dia tak tahu.
  5. Berlagak tahu semua.

Persoalan dan topik utama..
Di manakah kita?
Adakah agenda kita berjaya dicapai?
Adakah kita dilandasan yang betul?

  • Masa tidak menunggu kita.
  • Jika kita lambat, orang lain akan ambil kesempatan.
  • Kita perlu bekerja sebagai satu pasukan.
Jom kita realisasikannya..


Berjayakah kita..?

========

 
Bukan watak utama..

Watak utama..
Warna dah cantik tapi sayang sedondon.. lagi sekali..

 
Watak-watak lain..
Terima kasih kerana bertungkus-lumus agar 'kenduri' berjalan seperti yang dirancang. Tak semua sempurna tapi takdelah sehingga mencacatkan perjalanannya.

#RemajaPurba: ...

Sunday, February 19, 2023

Jamuan Akhir Tahun 2022 di Sekolah


SOFTBALL
Moga semakin baik corak permainan mereka berbanding tahun lepas.

Flashback:
Tahun 90an..
Acara balapan menjadi kegemaran aku. Pingat, piala pasti dalam genggaman. Body tengah mantap, tiada siapa yang boleh pertikaikan. Itu belum lagi gelaran yang aku terima. Kenangan yang takkan berulang, semput kalau diteruskan sekarang. 

Tahun 2022..
Dak Kakak - dulu softball tapi sekarang kuat berlari guna jemari di atas keyboard.
Dak Adik - bolasepak sebagai pemain bek kiri tidak seperti babahnya (penjaga gol).
Dak Nuha - Softball, masih ada dua tahun lagi untuk kekal aktif di sekolah rendah.

Tahun 2023:
Pihak sekolah dak Nuha mengambil inisiatif membawa mereka menjalani latihan untuk mendapatkan pengalaman dan pengetahuan dalam permainan softball

Aku..?
Apa yang aku perasan, dak Nuha pasti akan demam panas bila habis semua latihan intensif yang diberikan. Syukur juga dia baik sebelum Jamuan akhir tahun di sekolahnya. 


14 Februari 2023 - Selasa
Minggu Akhir Sesi Persekolahan haruslah ada Jamuan Akhir Tahun 2022 sebagai kenangan untuk cikgu dan anak-anak murid. Pelbagai juadah yang dibawa menambah keceriaan buat semua. Anak-anak gembira, cikgu dah tentu bahagia.

Sekolah Kebangsaan - sesi pagi.
Bersama guru kelas

Alhamdulillah.. dak Nuha dah sembuh masa ni.

Dak Nuha siap tapau jajan - bawak bekas kosong dari rumah lagi.
'Kenapa Nuha tak bawa bekas besar?'
'Lah.. mana Nuha tahu boleh bawak bekas besar'. Aku sekadar mengusik je sebenarnya.


15 Februari 2023 - Rabu
'Ibu.. Nuha dapat sikit je sebab dorang marah Nuha ambil banyak'
'Kenapa Nuha bawak bekas besar?'
'Dah kakak cakap kenapa tak bawa je bekas besar, ni Nuha bawalah bekas besar, boleh dapat banyak tapi kawan-kawan lelaki Nuha bising Nuha ambil banyak, dorang tak dapat'. 
'Ustazah cakap apa?'
'Amboi Nuha, besar bekas yang awak bawa ye?'. Aku sekadar menyakat tapi tak sangka dia betul-betul bawa bekas besar ke sekolah. 

Sekolah Agama - sesi petang
Sanah Helwah 4 Al-Farisi 2022

Sebahagian makanan yang ada



DAN..

Pesanan terakhir daripada guru kelas dak Nuha:
Terima kasih semua. Ustazah sayang semua. Esok lusa belum tentu seramai ini yang datang. Terima kasih juga ibu ayah yang sudi bawa makanan tambahan. Seronok semua anak-anak makan sampai nak meletop perutnya. Minta halal semua ye.. Moga anak-anak kenyang dengan semua hidangan.


Alhmdulillah..
Majlis jamuan kelas untuk 4 Farisi berakhir dengan jayanya. Terima kasih banyak-banyak atas kerjasama yang sangat baik dari ibu ayah semua. Terima kasih atas sumbangan makanan. Tak dapat saya nak membalasnya. Moga semua anak-anak akan terus bersemangat dalam menuntut ilmu bagi sesi seterusnya. Mohon ampun dan maaf atas segala salah silap saya sama ada sengaja atau tak disengajakan. Tujuan saya tiada lain, hanya untuk mendidik anak-anak semua.
Terima kasih dan Assalamualaikum.


Nota:
Terima kasih buat semua guru-guru yang mengajar dan membimbing dak Nuha dan semua. Kenangan anak-anak 4 Beta (pagi) dan 4 Al-Farisi (petang) bersama cikgu semua adalah kenangan yang terindah buat mereka. Semoga rutin harian cikgu² semua dipermudahkanNYA dalam mendidik anak-anak bangsa. Kehadiran kalian menyempurnakan didikan adab, akhlak dan ilmu pengetahuan buat anak-anak kami. Juga mohon halalkan ilmu yang diajar oleh cikgu² buat mereka.
Terima kasih buat semua cikgu.

Semoga dipanjangkan umur dengan segala kebaikan dan dimurahkan rezeki dengan segala keberkatan serta moga rutin harian cikgu dan ustazah semua dipermudahkanNYA.

#RemajaPurba: Selamat tinggal sesi persekolahan 2022.

Friday, February 17, 2023

Ceramah - Ustaz Mohd Elyas bin Ismail


Aku kongsikan satu sesi ceramah yang telah diadakan di tempat kerja aku. Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Elyas bin Ismail - Pengurusan Masa.. Berintegritikah kita?


Bagaimana kita nak menghadapi dengan suasana yang penuh dengan penipuan yang banyak ini?
Nyawa seruan Allah s.w.t di dalam Al-Quran. Allah s.w.t menyuruh kita:
  • Saling ingat-mengingat di antara kamu dengan kebenaran.
  • Saling ingat-mengingat di antara kamu dengan kesabaran.
Maknanya nak menyampaikan benda benar, mesti sabar. Siapa yang kena sabar? Mereka yang bercakap dan mereka yang mendengar. Dua-dua pihak kena sabar.. sebagai contoh:
  • yang bercakap: 'Jangan menipu dalam pekerjaan nanti duit tak berkat..'
  • yang mendengar: 'Alah, engkau pun tadi dengar ceramah.. tiber..'
Dalam Islam: Orang yang ada sifat integriti, ia adalah rangkuman core values, sifat-sifat mahmudah (tepati janji, dedikasi, buat kerja penuh disiplin, kerjasama, fokus pada kerja, bertanggungjawab atas kesilapan, bersungguh dalam usaha, jauhi penipuan), semua ini terangkum dalam satu perkataan yang disebut integriti.


Apa kelebihan pada mereka yang ada sifat integriti ini?
Tiga kelebihan orang yang bekerja penuh integriti, tak kira apa pangkat, jawatan dan kedudukan mahupun posisi.

PERTAMA:
Dapat ganjaran syurga.
'Dan orang-orang yang beramanah dan berpegang pada janjinya akan dapat syurga. Syurga yang bakal dia akan dapat adalah syurga Firdaus'.
Ini termasuk mereka yang menyantuni anak-anak yatim. Besar pahalanya tapi lagi baik ambil sekali dengan maknya, ni tak tahulah syurga mana yang dia akan dapat nanti. Ini cadangan, ini manifesto syurga punyalah.

KEDUA:
Berlaku jujur, buat kerja dengan penuh integriti dan berpegang pada janji.

Waktu temuduga:
'Bila kerja nanti, kena kerja lebih masa, boleh'?
'Oh!Saya boleh je takde masalah, saya memang keturunan kerja lebih masa, saya workaholic'.
Banyak golongan sembang bulan, bintang, langit semua ada. Masuk kerja apa pun takde. Misi, Visi pun lupa dah.

Ada dosa-dosa kita yang dosa itu takkan boleh diampun hanya dengan sembahyang, puasa, zakat, haji, umrah kecuali kamu buat amalan ini:

Amalan yang boleh diampun yang dimaksudkan adalah kesedihan, keletihan, kepenatan dalam bekerja.
'Penatnya, stress dalam meeting, mengadap individu mana-mana yang kita tak berkenan tapi kita kena hadap juga dia'. Anda bersabar, bertahan, penat, letih jiwa dan raga menghadapi dalam suasana bekerja membayangkan demi masa depan kelangsungan hidup dan anak-anak, Allah ampunkan dosa-dosa yang tak boleh diampun dengan sembahyang, puasa, zakat dan haji. Anda punya kepenatan dan keletihan semasa bekerja selama ini, Allah pandang dan Allah nilai sebagai penghapus dosa-dosa yang tak mampu diampun dengan ibadat-ibadat tadi.

Biasa dosa yang tak boleh diampun yang membabitkan antara kita dengan hubungan kemanusiaan. Hubungan kita dengan manusia-manusia lain as long as dia masih hidup takpe, kalau dia dah meninggal, lost contact, facebook tak ada, nak cari dekat mana? Dulu TV3 bolehlah buat jejak kasih.

KETIGA:
'Orang yang bekerja penuh integriti, kesungguhan, semangat, kejujuran, apa kelebihan yang dia dapat?
Doanya mudah dimakbulkan oleh Allah s.w.t. Kejujuran seseorang itu mampu membuatkan doanya diterima oleh Allah'.
Kalau selama ini berdoa tak makbul-makbul, kena insaf tu. 'Apa menda zalim aku buat dekat orang selama ni'. Kita nampak zalim orang pada kita tapi kita tak nampak zalim kita pada orang. Nauzubillah.


Apakah tahap integriti paling penting dalam kehidupan kita?
Sekurang-kurangnya ada tiga tahap integriti paling penting yang kita nak kena ambil berat, ambil cakna bersama. Tiga tahap integriti ini kita perlu diperhalusi, muhasabah bersama.

PERTAMA:
Integriti terhadap pekerjaan yang kita lakukan selama ini atau yang diamanahkan kepada kita. Kebiasaannya terdapat tiga salah laku yang berkait dengan isu:
  1. Wang
  2. Masa (tidak jujur, amanah, integriti terhadap masa) 'dia menemani orang yang minum dan menemani orang yang belum minum lagi'. Macam mana rezeki nak berkat. Allah boleh tarik balik rezeki yang ada. Jadi, mencegah lebih baik dari mengubat (prevention better than cure).
  3. Penggunaan aset pejabat. 'Guna untuk kegunaan peribadi'. 'Haram boleh adjust'.
Jangan sesekali terlibat dengan isu-isu rasuah ni semua. Orang yang terlibat dengan isu rasuah ni bukan isu kecil, bukan dikira soal nilai tetapi isu rasuah ini, Nabi doa laknat 'semoga laknat si pemberi dan si penerima rasuah'. Jahanam hidup. Kalau mak punya doa pun takut makbul, nabi punya doa sudah tentu makbul. Laknat hidup.

Hati, jiwa nakkan kekayaan lebih dari orang lain, dia nak disaat ada kuasa dia ada peluang dan ada yang memberi.. lagilah..

'Siapa yang mengumpul harta dengan duit haram dan digunakan untuk bersedekah, hubungan silaturrahim, buat family day, tiup tepung tarik tali, booking chalet resort semua. Nabi kata - dia dengan hartanya lempar masuk dalam neraka'.

Manusia kalah dengan tiga TA:
WaniTA
HarTA
TakhTA
weekneses setiap orang akan ada.

Doa pertama yang paling Nabi suka iaitu doa:

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ
Ya Muqallibal Qulub Thabbit Qalbi A'la Dinik Wa'ala Thaa'tiq
"YA!Allah yang membolak-balikkan hati, tetap teguhkanlah kami atas agamamu dan ketaatanmu".


Doa kedua:
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

"Ya Allah! Berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari siksa neraka".
sumber doa di SINI..

KEDUA:
Integriti terhadap diri sendiri.
Kita jangan sampai jadi orang yang dipanggil tiga kehancuran. Nabi kata andai terjebak dengan tiga perkara ini, hidupnya akan hancur.
  1. Orang yang terlalu kedekut dalam hidup.
  2. Orang yang takjub, syok sendiri. 'dia perasan best' (Narcissist - a person who has an excessive interest in or admiration of themselves).
  3. Jangan terjebak dengan apa jua bentuk fitnah. 
Di akhirat nanti, Allah sebut dalam Al-Quran, ada golongan yang tiada cahaja, gelap. Salah satu penyebabnya adalah kerana dia di dunia sering menjebakkan diri dengan fitnah. Contoh: Seorang tok imam suara sedap macam mana pun jangan masuk pertandingan karaoke apa peringkat sekalipun.

Jujur bukan bermakna lurus macam pembaris, pertahankanlah - maruah kita kan.
Contoh:
Pernah satu hari Nabi di masjid dalam suasana suram bersama isteri nabi. Tiba-tiba sayup di sana ada geng orang Ansar. Mereka nampak nabi dan isteri nabi, gaya seperti orang baru dapat 'content/bahan'. Tapi disebabkan itu adalah nabi, mereka bersangka baik dan cepat nak mengelak macam tak nak kacau daun.
'Nabi dengan perempuan mana tu?'
Nabi dari jauh nampak kelibat dorang, Nabi panggil dan berkata.. 'Ini isteri aku, dia nak balik rumah, aku sebagai suami, aku hantarlah'.
'Takkan kami ingat dengan perempuan lain, kami bersangka baik'.
Nabi kata.. 'Tidak, walau pun kau kata kau bersangka baik tapi syaitan sentiasa bergerak laju highway dalam darah engkau'.

Kita ada pegang rahsia sesiapa tak? Terjaga selagi masih baik hubungan kan? Gaduh punya time kalu, semua kasi letup. Semua keluar time tu. Hati-hati.

Tampillah dan buat kenyataan 'saya tak mengambil atau saya..' - jelaskanlah, isytiharkanlah situasi sebenar. Kalau tak, ia menjadi desas-desus, cakap-cakap orang yang bersangka-sangka. 

KETIGA:
Integriti dalam memberi nafkah kepada keluarga.
Alhamdulillah, hidup dalam suasana bahagia rumahtangga sebab kadang kalau tengok suami isteri hidup dia bahagia.. cara duduk pun kita nampak, tenang.

Apa makna nafkah terhadap keluarga juga termasuk dalam integriti?
Kata para ulama, antara Imam Nawawi 'seorang suami bertanggungjawab dan ada integriti punya sifat dia mesti menunaikan tanggungjawab nafkah kepada isteri dan anak-anaknya'.

Tujuh perkara WAJIB, antaranya:
  1. Memberi makan dan minum.
  2. Tempat tinggal.
  3. Pakaian.
  4. Menyediakan bahan memasak.
  5. Perkakas rumah.
  6. Menyediakan alat pembersih badan. (toiletteris: compliment: melengkapkan).
  7. Pembantu rumah - jika mampu.

Wajib:
Berapa kali sehari wajib suami sediakan makan?
Enam? Hang ingat kursus ke? Kalau kursus bolehlah enam kali sehari (sarapan, kudapan, cicipan, malamkapan), sampai enam kali.. patutlah. Lepas tu sibuk cari ubat pelangsing badan.
Suami wajib sediakan makan dua kali sehari dan pastikan isteri makan.

Integriti seorang suami, cerita pung pang, pung pang menepati masa, disiplin di tempat kerjanya tapi dengan isteri buat lebih kurang, tak sempurna hidup.


Sepanjang dua jam berlangsung, kami yang mendengar tak kering gusi dibuatnya. Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Elyas bin Ismail dalam suasana santai memberi satu kepuasan buat yang mendengar.

Alhamdulillah, sebahagian besar yang aku kongsikan di sini adalah apa yang disampaikan oleh ustaz tersebut yang sempat aku rakam dan inilah hasilnya.

#RemajaPurba: 16 November 2022..

Thursday, February 16, 2023

AHLI LEMBAGA PENGARAH JDT dan PENASIHAT BELIA JOHOR


Realiti Kehidupan:
  • Mantan Menteri Belia dan Sukan.
  • Mantan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.
  • Mantan Menteri Kesihatan.
  • Pernah dilantik sebagai Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
  • Melancarkan Program Pembangunan Bola Sepak Negara Malaysia (PPBN) juga dikenali sebagai NFDP Malaysia yang mana ianya merupakan sebuah program pembangunan bola sepak dari Malaysia. Satu program terbuka - mencari bakat muda dalam arena bola sepak.
  • Semakin hot bila bersama segmen Bekpes Hot yang dikendalikan Johan, AG dan Dato AC Mizal di saluran Hot FM.


Inilah Realiti Sebenar:
YB. Khairy Jamaluddin a.k.a KJ telah dilantik sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah JDT selepas diumumkan oleh pemilik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor. Selain itu, beliau juga turut dilantik sebagai Penasihat Belia Johor.

Luaskan Kuasamu Johor
Tahniah KJ.
Bakat dan pengalamanmu tidak sia-sia. 


Berita dari SINI..


Aku..?
Rasa puas hati dan terpaling happy.
KJ kalah di Sg. Buloh tapi menang selfie.
Maaf Rembau, KJ kena undur diri..
Nak bersiap-siap ke Johor pulak ni.

#RemajaPurba: Bye bye Rembau.. Kalau rindu pmlah tepi.. 

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...