Followers Remaja Purba

Thursday, December 30, 2021

Kuari dan Banjir di Batu 11, Jalan Sungai Long, Hulu Langat.


24 Disember 2021 (Jumaat)
Batu 11, Jalan Sungai Long, Hulu Langat. 

Menerima tempahan makanan daripada tempat kerja kawan en. Hubby. Maka, aku bersama dak Kakak dan anak fruit menemani beliau ke sana. Sepanjang minggu ni pun aku terpaksa cuti atas beberapa urusan selain dari berkaitan isu banjir.

Kali pertama aku menghadiri majlis makan yang santai, wajib menjalani swab test sebelum dibenarkan masuk. Bila berada di dalam majlis tersebut, melihatkan pergaulan di antara majikan dan pekerja, aku tabik spring toink.. toink.. toinklah. Happening beb..

Sebelum majlis bermula

Kawasan sekitar majlis.

Walau company tersebut kepunyaan bukan Melayu, menu hidangan semua adalah yang halal. Hanya air minuman yang disediakan oleh pihak company tidak halal tetapi dalam tidak halal tersebut, pihak pengurusan turut menyediakan air kotak bagi menghormati mereka yang beragama Islam. 

Menu yang ada:
Laksa
Nasi lemak ayam goreng berempah + sambal sotong
Char kway teow
Kambing golek
Sate daging + ayam

Kambing Golek je dua ekor, puas hati dapat makan berulang..

Sempat bergambar kenangan.

Selalu jumpa yang biasa-biasa je, kali ni nah.. besar amat.

MakBudak turut sama teruja.



Ok, selesai urusan di majlis tersebut, dalam perjalanan balik di sepanjang perjalanan kiri dan kanan boleh lihat kesan dari banjir teruk yang melanda.

Antara kesan banjir di sepanjang laluan di sana..

Banjir pada 18 dan 19 Disember 2021.

Kiri dan kanan sepanjang jalan di Hulu Langat yang kami lalui pada 24 Disember 2021 (Jumaat) lepas, masih dipenuhi dengan lumpur

Moga mereka semua kuat menghadapi musibah ini walau sebenarnya dah tak kuat mana. Buat semua yang membantu, hanya Allah yang dapat membalasnya.

'Kita mulakan kembali seperti kita mula-mula kahwin dulu, tiada barang mahupun harta'.



Penutup Tahun 2021..
Merry Christmas and Happy New Year 2022.


unboxing..

Reward untuk diri sendiri.

#RemajaPurba: ..

Tuesday, December 28, 2021

Jari Paling Manis


Kisah sepanjang TAHUN 2021..

Banyak kenangan yang ada tapi tak terluah di sini.
Banyak kisah masih terperam dalam draft lagi.
Banyak masa pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR) berbanding di sekolah.
Banyak masa bekerja dari rumah (WFH) berbanding berada di tempat kerja (WFO).
Tapi tidak sebanyak mereka yang berhadapan dengan musibah tahun 2021 ini.

Sekarang aku tengah cuba membuang habuk yang ada di dalam teratak MakBudak ni. Nak elak dari dipenuhi tahi cicak mahupun bersawang. Tak pasal-pasal banyak pulak unggas yang menyerang.

Jadi, sebelum berakhirnya Disember 2021, nak simpan satu kenangan di sini..

Kalau sebelum ni aku pakai yang ini di SINI..

Kali ini merasa pulak di jari paling manis.

Walau biasa-biasa je tapi boleh buat aku tersenyum disebalik face mask yang ku pakai ini.

#RemajaPurba: 1 Januari 2022 semakin menghampiri.. tak sabar..

Thursday, December 23, 2021

Musibah Banjir Disember 2021


17 Disember 2021 (Jumaat)
Hujan mula turun..
Dari tempat kerja aku berhadapan dengan kesesakan jalan raya hampir dua jam sebelum sampai rumah. Penat.

18 Disember 2021 (Sabtu)
Menghadiri jemputan kenduri perkahwinan di Simpang Pulai, Perak. 

Ketika kami memulakan perjalanan, air dah mula melimpah keluar 
Kawasan dalam radius 3 kilometer dari rumah.

Hujan sepanjang perjalanan.

Dalam radius lima kilometer dari rumah..

Seawal perjalanan dihiasi dengan pemandangan seperti ini.

Kami berada di kenduri tersebut lebih kurang dua jam sebelum kami bergerak pulang. Kisah yang ni nanti aku buat pada entry yang lain.

Hujan lebat mengiringi sepanjang perjalanan balik dari sana. Langsung tak terfikir nak singgah di kedai membeli barang untuk dijadikan sedikit bekalan harian. Apa yang kami fikir nak cepat sampai rumah.

Jalan tutup - kami patah balik cari jalan lain. Siap bertanya arah pada awek google map

Jalan dinaiki air - kami redah dalam debaran.

Alhamdulillah selamat sampai hampir di rumah menjelang tengah malam. Anak² terus mengemas bilik masing² sebagai langkah berjaga-jaga, si Comot pulak bertenggek atas motor menunggu kami balik. Kesian ia kelaparan tapi syukur juga ia tak merayau ke tempat lain.

Dah tahu hujan kenapa nak pergi juga kenduri?
Tak terjangkau dek fikiran kerana tak pernah mengalami seperti ini. 


Musibah Banjir pada 19 Disember 2021 (Ahad).
Tercatat dalam sejarah, kawasan rumah dinaiki air. Walau tak seteruk tempat lain tapi tetap terkesan, ada jiran kami rumahnya dimasuki air. Kami.. bersama-sama menunggu air surut. 

Seinci lagi air boleh memasuiki rumah sekiranya hujan berterusan.

Terima kasih pada jiran sebelah rumah yang membantu mengangkat freezer ini ke tempat lebih tinggi (ketika kami dalam perjalanan balik dari Perak).

Bahagian belakang rumah, air berjaya memasuki sedikit di bahagian dapur.


20 Disember 2021 (Isnin)
Operasi pembersihan kawasan rumah dimulakan dengan bantuan askar-askar kecik kami, walau kesan tidaklah seteruk jiran yang air melimpah masuk ke dalam rumah. Terima kasih kepada adik ipar yang menghantar bekalan makanan ke rumah kakak beliau dan juga kami. 

Tiada apa yang boleh dibuat selain dari patah balik.


21 Disember 2021 (Selasa)
Skuad bantuan banjir dari tempat kerja telah diagihkan kepada beberapa kumpulan bagi membantu mencuci dan membersihkan kawasan luar dan dalam rumah dari kalangan warga tempat kerjaku yang terjejas teruk. 

Laluan telah dibuka untuk semua kenderaan.


Walau nampak dah surut di atas jalan raya tapi rumah kiri dan kanan jalan masih terjejas teruk. Keadaan air yang belum surut menyebabkan belum dapat menjalankan operasi pembersihan.

Skuad bantuan banjir:
Selesai membantu rumah salah seorang warga tempat kerjaku, mereka mengambil kesempatan singgah di rumah warga lain yang terjejas di kawasan berdekatan, termasuklah ke rumahku. Secara kebetulan aku ke rumah mySIL, tak dapatlah nak jumpa mereka semua.

Kali kedua, skuad bantuan banjir nak datang ke rumah, aku tiada di rumah. Takpelah, kita jumpa je di tempat kerja minggu depan. Mujurlah mereka ni menghubungi aku terlebih dahulu.

TERIMA KASIH yang tak terhingga buat semua yang terlibat secara langsung atau tidak bagi membantu mereka yang memerlukan.

Buat mereka yang dilanda musibah ini, kuatkanlah semangat walau dah tak sekuat mana. Moga semua urusan berkaitan dipermudahkanNYA. Aamiin..

#RemajaPurba: Jangan ambil mudah sekiranya berlaku banjir lagi selepas ini.

Tuesday, December 14, 2021

Tergelincir dari landasan


Dengan lafaz بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ  aku kembali menulis di sini..

Alhamdulillah.. rutin harian kembali teratur seperti biasa selepas sedikit tergelincir dari landasan pada 02 Disember 2021 (Khamis) yang lepas.

Kejadian aku tidak sedarkan diri berlaku di tempat kerja ketika sedang menghadiri kursus. Tidaklah teruk tapi merisaukan banyak pihak, mengingatkan kembali kes pengsan hampir lima tahun lepas di tempat kerja yang lama.

Dari klinik, aku terus 'di bawa' ke hospital dalam keadaan separa sedar bagi mendapatkan rawatan lanjut. Pemeriksaan berkaitan ke atas diri aku dibuat + Alhamdulillah berada di paras normal. Juga merasalah drip sebotol air. 

Aku hanya sedar sepenuhnya bila dah berada di hospital. Waktu inilah baru aku rasa keletihan teramat seperti aku telah menggunakan tenaga ke paras maksimum.

Penutup tahun 2021..

Sepanjang menunggu proses rawatan tersebut, jawapan jujur pada soalan doktor yang bertugas, 'saya skip ubat'. Kursus back to back + penat sepanjang minggu tersebut turut menjadi penyumbang utama kejadian tersebut. 

Alhamdulillah.. hospital bukan tempat tidurku selepas doktor berpuas hati dengan keadaan diri aku dan seterusnya dibenarkan balik. Terima kasih pada semua yang membantu. Juga buat mySIL yang bawa balik anak-anak (en. Hubby bawa semua anak-anak waktu dihubungi oleh tempat kerjaku) bagi memberi ruang en. Hubby menemani aku sehingga proses di hospital selesai. Sayang ketat-ketat.

esoknya.. #RehatJe di rumah..

sambil menyiapkan 'diamond painting BTS' ni.. satu hobi baru aku ketika ini.

La ni..
Kembali bertugas seperti biasa.

#RemajaPurba: Cuti Persekolahan kini bermula..

Wednesday, October 27, 2021

Mood: Off Work


Lama sungguh kisah ni tertinggal di dalam draft.

03 September 2021 (Jumaat)
Masa kejadian: 4:46 pm
Lokasi: Depan doktor
Jenis vaksin: A to Z aku dapat, tamak kan..

Kesan daripada dose kedua takda apapun cuma letih sebab tak cukup rehat.
Kesan sampingan: Tiada
Kalau kata asyik lapar je, itu nafsu semata-mata.

Selesai dose kedua walau berbeza tarikh.


Bila sesekali berpeluang makan di luar..
Dulu anak kecik, sekarang bila anak-anak dah besar.

Sotong goreng tepung, sata, kentang goreng, ikan bakar, air mangga, teh o ais limau tiada di dalam gambar

my dak Kakak..

Menemani anak-anak dari hujung sini ke hujung sana, dari hujung sana ke hujung sini.


Sekejap sangat perjalanan merentasi laluan nun tak jauh mana.


Kisah hari ini 27 Oktober 2021 (Rabu)
Mood: Off work bertukar menjadi mood shopping keperluan sekolah anak-anak.

Walau diberi kelonggaran dibenarkan untuk tidak memakai baju sekolah ketika sesi persekolahan bermula nanti tapi aku belikan untuk menaikkan mood kembali ke sekolah. Bagi mereka bersemangat dan teruja.

Satu nasihat..
'Peganglah tangan pasangan anda ketika membeli-belah kerana tangan dia kalau tidak dipegang betul-betul memudahkannya untuk mencapai segala jenis barang/benda yang dia suka'.

#RemajaPurba: Mood: Balik kampung,,

Sunday, October 24, 2021

Fasa 4 - Pelan Pemulihan Negara

 
Bengkung yang hampir 17 tahun usianya.
Dijahit khas oleh myMIL untuk menantunya ini.
'Ibu tak sakit ke pakai ni? Bila ibu pakai ni, tak pernah nampak pun?' - dak Nuha.


Air dan Selangor berpisah tiada..
'Rumah dekat bukit, itu yang air lambat sampai'

Dari 13 hingga 15 Oktober 2021 menunggu air kembali pulang ke pangkuan tangki air rumahku. Hari ketiga bila tahap simpanan air di dalam rumah berada pada paras kritikal, ku bungkus kain baju lari ke rumah mySIL. Terima kasih buat mySIL.

Hujung minggu pula, tak buat apa pun, sekadar tumpang lalu di sini..

Pantai Kelanang.

Aku bukan rendah, cuma tak sampai.

Kita hantar wakil je..


18 Oktober 2021 - Isnin
Vaksin: Dose kedua
Lokasi: SMK sini
Penerima: dak Kakak
Peneman: MakBudak
Supir: Babah


Arahan kembali bertugas telah diedarkan oleh majikan di tempat kerjaku. 
Bermula pada 18 Oktober 2021 (Isnin), Selangor kini berada pada Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara, cukup sudah tempoh berbulan madu di rumah. Kembali bertugas seperti biasa tetapi..

18 Oktober 2021 (Isnin)
Cuti rehat menguruskan dak Kakak mengambil suntikan vaksin.

19 Oktober 2021 (Selasa)
Cuti Umum sempena Maulidur Rasul.

20 - 21 Oktober 2021 (Rabu dan Khamis)
Aku cuti sakit dek batuk dan selesema menjangkit kami sekeluarga. Ku bawa anak-anak mendapatkan rawatan di klinik tetapi perlu menjalani swab test covid-19 sebelum berjumpa doktor.

20 Oktober 2021 (Jumaat)
Ku gagahkan diri ke tempat kerja bukan kerana nak tunjuk yang aku hebat dalam keadaan yang belum baik sepenuhnya tapi kerana ada beberapa dokumen yang tersadai tidak berusik yang perlu aku selesaikan. Seharian di tempat kerja, aku lebih banyak berdiam diri di ruang kerjaku dengan menyiapkan tugasan yang tertangguh. Alhamdulillah, semua berjalan lancar, boss pun sibuk bermesyuarat, jadi agak lega tanpa gangguan.

Dak Kakak pula, sepatutnya telah mula mengikuti pembelajaran secara bersemuka tetapi pihak sekolah telah menetapkan mana-mana pelajar yang tidak sihat tidak dibenarkan memasuki kawasan sekolah. Maka, kakak kekal belajar secara PdPR di rumah dan akan kembali bersekolah pada awal November 2021 nanti.

Hujung minggu..
Berehat di rumah agar cepat pulih.

#RemajaPurba: Nak balik kampung.

Selamat Hari Lahir my dak Kakak


Kembali melarikan jemari, meninggalkan jejak dengan cuba update di sini untuk disimpan sebagai kenangan.

Back to September 2021.
Kisah pada 20 September 2021 (Isnin), sebulan yang lepas..

Happy birthday to you Nur Umairah Insyerah a.k.a dak Kakak.
Moga rutin harian kakak dipermudahkanNYA dan ingatlah ---> Jangan pernah rasa malu untuk peluk cium seorang ibu walau ibu dah kerepot seribu. 

Request by dak Kakak


Ada beberapa hadiah lagi dak Kakak dapat, hasil kejutan dari Babahnya, Maklong dan kakak-kakak sepupunya yang mana antara sambutan paling best buat dia untuk dikenang. Hanya sekadar unboxing hadiah yang dak Kakak terima pada hari lahirnya.

Majlis hari lahir in advanced dibuat pada 18 September 2021, Sabtu di rumah myMIL, bersekali dengan menyambut ulangtahun kelahiran myFIL, adik ipar dan anak buah lahir pada bulan tersebut.

#TeamSeptember

Dibuat khas oleh adik bongsu en. Hubby

Happy tummy..


selingan..
Tak nak bagi dak Nuha merajuk sebab dak Kakak dapat hadiah, ku belikan 'BTS' untuk dia.

Lama dia idamkan benda ni tapi ku belikan yang mur mur jelah.

BTS21 Chimmy

Dengan syarat, jangan bawa main dekat luar rumah.

Patah #Butter ku

patah takpe tapi jangan cair.. hehehe..

#RemajaPurba: sweet seventeen

Tuesday, September 28, 2021

Vaksin Dose Pertama buat calon SPM 2021

 
27 September 2021 (Isnin)
Aku cuti..

Urusan: Vaksin Dose Pertama
Lokasi: SMK sini
Vaksin: Pfizer
Penerima; dak Kakak
Peneman: #MakBudak
Supir: Babah

calon SPM 2021

#RemajaPurba: Minggu peperiksaan..

Saturday, September 18, 2021

Keputusan disebalik Swab Test Covid-19


'Memandangkan puan merupakan kontak rapat yang ada berhubung dengan individu disahkan dijangkiti COVID-19, puan diarahkan menjalani isolasi kendiri. Puan dikehendaki menjalani ujian swab RT-PCR dan keputusan ujian tersebut perlu diserahkan kepada HR untuk tindakan selanjutnya'.

Maka..
Pada pagi 13 September 2021 - Isnin.

'Habis hidung kena rogol'.
Gara-gara dek kena buat ujian swab RT-PCR.

Nak buat swab tu takde hal, nak dapat result tu bukan buat tak lalu makan tapi lagi bertambah makan sebab risau + takut. 


14 September 2021 - Selasa
Alhamdulillah sedikit aku rasakan bila result swab test RT-PCR menunjukkan keputusan ujian adalah Negatif.
'RM0 MySejahtera: NRIC/PASS, keputusan ujian anda adalah Negatif. Sila semak halaman Profil MySejahtera anda untuk melihat maklumat terkini'.


Maklumat di dalam MySejahtera


Ya Allah.. Ya Tuhanku..
Aku memohon kepadaMU, Kau jauhkanlah kami dari sebarang penyakit dan sembuhkanlah kami dari sebarang penyakit serta Kau permudahkanlah rutin harian kami Ya!Allah.. Aamiin Aamiin Ya Rabbal Alamin.

#RemajaPurba: ...

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...