Followers Remaja Purba

Monday, June 27, 2011

Aku suka dan tak suka bila hujan

Dak kakak dengan adik memang pantang jumpa air, aku rasa itik pun boleh kejang kalau lama berendam tapi dorang ni selagi aku tak bebel selagi itulah dorang akan main air tapi dalam kolam mainan dorangler.. Jangan kata dorang, mak budak ni pun sama.. ---> sila abaikan kisah ini..


Kenapa aku suka bila hujan..?
Dulu masa tinggal kat kampung, saat yang ditunggu-tunggu adalah bila hujan turun dengan lebatnya.. Aku dengan adik tinggal dengan arwah nenek aku.. manja usah cakaplah.. cucu kesayanganlah katakan <--- bukan perasan tapi kenyataan.. Seronok weh mandi hujan... Selagi tak gigil selagi tulah kitorang tak masuk dalam rumah.. Dulu kalau main hujan lama-lama pun tak demam, tak macam sekarang, kena sikit dah boleh sakit kepala.. manja betul antibodi aku..


Kenapa aku tak suka bila hujan..?
Aku tak kata hujan penyebab itu ini begitu begini kalau bukan sikap kita sendiri.. contoh: Banjir.. kalau sistem perparitan betul, takdenya banjir berlaku, takdelah tanah runtuh berlaku kalau tak ditarah bukit.. Tapi yang paling tak best waktu kemuncak time nak pergi kerja, jalan sesak teramat-amat, masing-masing berebut nak cepat.. dah tak boleh nak bertolak ansur <--- akulah tu.. (psstt: Bukan aku taknak bagi laluan tapi bila kita dah bagi laluan dia boleh pandu slow.. aku rasa siput lagi laju..)


Macam pagi tadi..
Hujan dari sebelum pukul 4 pagi lagi kat rumah aku, dengan angin.. rasa macam taknak bangun je pagi tadi.. syoknya.. tapi yang tak syoknya aku lewat 3 minit.. NPE teramatlah sesaknya pagi tadi, nak pulak hujan lebat.. sesak tetap sesak tapi Alhamdulillah takde kemalangan berlaku, kalau tak.. lagi lewatlah aku sampai ke office.. Juga nasib baik dah hantar anak-anak baru hujan turun dengan lebatnya..



psstt: Lewatnya entry ni dipublishkan gara-gara kepala dok fikir hp sedang 'merajuk'.. Update kat FB tak puas..

13 comments:

  1. mandi hujan best~ :D


    latest work
    http://eleventx.blogspot.com/2011/06/atwr-comic-transformers-dan-blog.html

    ReplyDelete
  2. bestnya sana hujan..sini paneh..
    baru mandi dh rasa panas huhu

    ReplyDelete
  3. syoknya main hujan..pg td hujan lebat kan..mls betul nak bangun..tido lagi best..hee

    ReplyDelete
  4. saya yang dok umah je ni memang suka hujan..
    boleh tidur lama sikit..
    hahhhaha

    ReplyDelete
  5. teringat masa kecik2 main air hujan..memang syiokk..heeee

    ReplyDelete
  6. musim kemarau..nakkan sgt hujan..,bila musim tengkujuh pulak, nakkan sgt panas..biasalah kita manusia..tp akak lebih suka mengganngap hujan tu sebagai 'hujan rahmat' dari Allah:)

    ReplyDelete
  7. saiazuan:
    dululah..
    sekarang boleh demam kalau kena hujan..

    ReplyDelete
  8. PinkyMomma:
    Allah itu adil, sana panas sini hujan..
    cuba bayangkan kalau semua tempat hujan - boleh jadi banjir.. kalau panas berpanjangan - musim kemarau..

    ReplyDelete
  9. Eera Shera:
    rasa malas nak bangun pun ye.. ;)

    ReplyDelete
  10. diana:
    wah.. kalau ai duduk rumah confirm sesi menternak lemak akan lebih jadi lebih lama..

    ReplyDelete
  11. frometoyou:
    takde sape nak marah, jauh dari longkang besar, jauh dari banjir.. happening.. hehehe..




    ariana:
    betul tu kak..
    bila dah bagi hujan, mengeluh..
    bila bagi panas pun sama mengeluh..
    bersyukur dengan apa yang ada.. ;)

    ReplyDelete
  12. cerita pasal kampung, teringat pulak ms kecik2 bila hujan nini suka kejar angsa. nnt dia kejar nini balik. kelam kabut lari. hehee

    tp betullah, nasib baik rumah nini dekat dgn sekolah. x terasa lah jem ke hape kan.

    ReplyDelete
  13. Nini Hartini:
    samalah kenangan kita dulu.. arwah nenek akak ada bela angsa, dalam banyak-banyak tu ada 'bapak' angsa.. memang garang gila.. janganlah dekat confirm kena kejar.. uwaaa... tak cukup tanah lari..

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...