Followers Remaja Purba

Monday, June 6, 2011

Adik dan botol susu

Perbualan antara aku dan si kecik:

Ibu: Adik.. Lepas ni, adik tak boleh hisap botol dah, adik nak susu kena minum dalam cawan
Adik: angguk
Ibu: Botol susu ni ibu buang tau..
Adik: geleng kepala

Biasanya sebelum keluar rumah adik akan hisap susu dalam botol dulu, aku tak suka dia bawak botol letak dalam kereta.. Lepas dah habis menyusu, aku ambil botol susu tu..

Adik: Ibu.. jangan buang botol susu adik (dengan pelat dia tu)
Ibu: Ibu tak buang.. Ibu nak basuh je..
Adik: Ibu basuh.. simpan tau
Ibu: Yelah dik..

Pagi-pagi kalau adik kena sakat silap-silap dalam kereta nanti dia boleh muntah, nak pulak aku tengok dia dah mula selesema + batuk.. Aku lemah betul kalau adik dah merengek menangis.. Hai.. nampaknya lambat lagilah baru boleh buang botol susu tu..

Hubby bagi idea tapi aku pulak tak sampai hati.. 'tulah.. manjakan sangat dak adik tu.'. Alahai.. Takkan aku nak buat cara macam kakak dia dulu kut..


Flashback:
Dulu dak kakak dekat umur 4 tahun baru berhenti hisap botol.. puncanya.. aku marah kat dia sebab senyap tak cakap nak kencing sampai dia terkencing dalam kereta.. Hangin aku masa tu.. Lepas dah uruskan dia.. sambil pandu kereta balik rumah, aku terus campakkan botol susu dia kat dalam longkang besar kat tepi jalan tu.. (aduh! Napelah aku buang merata-rata..). Dak kakak senyap sambil menangis tersedu-sedu.. takut kena marah lagi dengan aku..

Minggu pertama aku paksa dia minum air dalam cawan je tapi sesekali tu aku bagi juga dia lepaskan gian hisap botol susu.. Memang menjadi betul aku buat macam tu tapi nampak kejam pulak..

Ni, kalau aku buat kat adik confirm melalak merajuk ni.. dak adik tak macam kakak, dalam hati ada taman.. Korang ada idea tak nak buat macam mane..? Aku tak sampai hati.. alahai ibunya ni..


psstt: Tapi aku rasa sampai dia masuk Tadika nanti tu.. sebab dulu ibu dia siap bawak botol susu ke sekolah..

32 comments:

Faris Adli said...

errr..aku takde idea sebab aku takde anak...lagipun adik aku yang paling kecik pun umur 21 tahun

bujal X said...

sapu sirap kat ujung puting~pastu bila dia tanya cakap puting kena gigit tikus~nanti mesti dia serik~~mak saya buat camtu dulu~haha~~

Encik Suami said...

confuse la.pemilik blog nie lelaki ker pompuan.sbb gmbr profile lelaki.tgk pada entri nie..aku merujuk pada ibu?
ce terangkan..ce terangkan.pelissss.

aizamia3 said...

Faris:
takpe aku faham..

aizamia3 said...

bujal X:
idea yang menarik tapi kalau nak buat ni kena en.suami yang buat.. kalau ai tak terbuat rasanya..

aizamia3 said...

Encik Suami:
ai pompuanler.. profile tu pun gambar pompuan.. hikhikhik..

BRO_MONDAY said...

angah : yu pun konpius jugak ek? ai pun sama gak aritu, mujo ai tak panggil "bro"...koh koh koh

aizamia : anak ai Scha masih 1 tahun 8 bulan, beliau masih lagi menyusu botol...ai pun xde pengalaman lagi cemana cara nak stop botol ni...adesss, ai rasa macam cara yam bujal X bagi tu bagus...try lah ye...

tia @ Ini Kisah Tia said...

haha! betol , mula2 dah konfius . tuan punya blog lelaki atau perempuan . hehee . oke , Tia buatkan header yee ..

Style : Transparent/backgrond ada colour?
Tambahan : ada nak tambah apa2 tak ? macam gambar sendiri ke ? macamana ? kalau tak , Tia designkan sendiri .. nak yg simple , tapi macam girly2 sekali ?

Munna said...

ai...ibunya bwk botol susu ke skolah?? hurm...dah melekat kat anak dah tu...^^

btw nak ajak akak join GA pertama sy, jom la join..hehe

http://gadiskutersayang.blogspot.com/2011/06/munnafendy-1st-ga-dibuka-sekarang.html

aizamia3 said...

BOR_MONDAY:
tu lah.. cukup time boleh cuba cara bujal tu.. kihkihkih..

aizamia3 said...

tia:
jap ye.. tunggu.. ;)

aizamia3 said...

Munna:
itulah.. hikhikhik..

ok thanx.. nanti akak cer try tengok test.. ;)

msredcheesecake said...

UI MAMA, KEJAMNYE...HEHHEEE...KADANG2 MMG KENA TEGAS SKET NGAN BUDAK2.KALAU MANJAKAN NANTI DARJAH SATU PON ISAP BOTOL LAGI...

Ulam Kerdas said...

fuyyoo..kijam nye kak...takutss sy baca

Encik Suami said...

BRO MONDAY:

Angah pun confuse pasal jantina tuan punya blog nie. Tue yg tnye tue.sbb gmbr kat profile tak leh nak besar..hengatkan lelaki.

AIZAMIA:

Anak sulung saya dh 4 thn dah.
Masa bwk g check up hari tue,nurse dh bgtau yg dia dh takleh nak minum susu dlm botol.Bila tnye..fhm tak? dia jwb fhm.
Tapi balik umah..saya bagi dlm cawan..dia minum skit je.dia ckp tak sedap.bil amasuk dlm botol, sampai ke titisan terakhir dia minum susu tue.
Time tido pun..letak kat bibir..trs dia sambar.
Daripada di aminum susu tak abeh, membazir..bagi je minum dlm botol.

aizamia3 said...

Ulam Kerdas:
Nampak kejam tapi hasilnya puas hati.. sekarang turn adik pulak.. tengah fikir cara paling halus sebab dia ni sensitip lebih.. 'dalam hati ada taman'..

aizamia3 said...

misredcheesecake:
insyaAllah takkan ada yang bawak botol susu masa darjah satu.. hikhikhik.. ibunya dulu sampai umur 5 tahun je..

aizamia3 said...

Encik Suami:
hehehe.. sebab ada kereta sulama (subaru) tu ekk..?

betul.. kalau guna cawan sikit ya amat dia minum tapi bila guna botol yes.. situasi yang sama je dengan En. Suami..

Anak kita sebayaler.. hikhikhik..

Encik Suami said...

awat panggil dia adik?dia anak bongsu ker sulung?
lelaki ker pompuan?

pha is said...

kalau ikot cara org dulu2, sapu je "akar seruntun" kat puting botol tu... nnti dia tak mintak dah... hahahaha

aizamia3 said...

Encik Suami:
oo.. yang sulung kakak (7 tahun), yang ni no 2 (4 tahun) so panggiller adik..

aizamia3 said...

pha is:
akak seruntun apa ek..?
dulu masa tinggal dengan arwah ada juga guna benda pahit letak kat puting susu tapi tak ingat apa nama batang tu..

pha is said...

betul la tuh... akar tu... akar seruntun... sapu kat puting... memang pahit giler... hehehehe

aizamia3 said...

pha is:
oo ye ke.. kena balik kg cari.. kat tetengah bandar mana nak jumpa..

pha is said...

betol2... balik kangpung tnya org tua2... lepas tu balik umah tanam satu... mana tau lepas ni ader rezeki lagi... "adik" ni dapat lagi sorang "adik" ke.... hehehehe

ainhany said...

biar je la aiza, tumpang dia nak makan susu..pasni kalu dah x minum botol, 4sure susu pun x makan dah...kita juga yg susah bila anak x nak makan nnti.....fikiq2kanlh....

susu minuman sunah..:)

aizamia3 said...

pha is:
a'ah yelah tu.. setakat ni belum bersedia lagi.. tapi akan datang insyaAllah tak menolak.. hikhikhik..

aizamia3 said...

ainhany:
sekarang takdelah desak dia stop minum botol susu tapi sedang mencari idea untuk kurangkan minum dalam botol sebaliknya guna cawan.. kesian.. cuma yang sanggup buat en. suami je.. ;)

PinKy MoMMa said...

abg long dh lama stop susu..tapi kadang2 gian isap botol..curi2 amik botol air masak adik dia huhu ;)

aizamia3 said...

Pinky Momma:
lambat lagiler dak adik ni nak berhenti hisap botol..

Nini Hartini said...

ramai yg conpius rupanya jantina pemilik blog. hehehee...dulu nini pun terkena sama.kehkeh..

bukan minum pakai botol sepenuh masa kan? sikit2 lama2 nnt biasalah lagi2 bila dah tadika. mesti dia malu kt kawan2.

aizamia3 said...

dak adik minum susu botol sepenuh masa.. itulah.. nak paksa pun tak boleh jugak sebab dia tengah ada selera nak minum.. tapi jangan dengan en. suami.. kalau dia kata tak.. confirm disoroknya..

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...