Followers Remaja Purba

Monday, September 30, 2019

@@@ Melting Me Softly - Korean Drama (2019)


AKHIRNYA..
Masa yang ditunggu telah tiba..

Kebiasaannya, bila dah selesai menonton sesuatu drama atau filem dan memahami hingga ke penghujung kisahnya, baru aku review sikit di sini tapi kali ni ketidaksabaran menjejaskan hati aku ni. Ini semua disebabkan..

Ji Chang-wook



Drama Korean berbentuk Fantasy lakonan terkini Ji Chang-wook bagi tahun 2019 bertajuk Melting Me Softly sebanyak 16 episode yang sedang ditayangkan di tvN pada 28 September 2019 boleh ditonton di SINI..

 MAIN CAST:
Ji Chang-wook as Ma Dong-chan
Won Jin-ah as Go Mi-ran
Yoon Se-ah as Na Ha-yeong
Chae Seo-jin as young Ha-yeong


Gambar dari en. Google


SYNOPSIS:
Ma Dong Chan (Ji Chang-wook) is known in the entertainment world as a 'hit maker'. A very successful producer of variety programs when every project he attaches himself to turns into a ratings juggernaut, Dong Chan is considered 'a manly specimen of manhood, with perfect pyhsical and handsome features who is coldly cool in work and hot in love.' The broadcast station where PD Ma's production are filmed also employs part-timer Ko Mi Ran (Won Jin Ah), who finds herself in a bind with debt collectors harrasing her family for repayment of her family' debts.

Mi Ran eventually becomes involved with PD Ma's new variety program entitled "24 Hour Frozen Human Project" which revolves around an experiment where a man and woman are randomly chosen to be "frozen human specimens" and scheduled to be brought back within 24 hours of their entering the freezing chambers. In order to pay off her family debts, Mi Ran accepts an offer of 5 million won (approx. $4,200 USD) in exchange for being frozen for 24 hours. Due to a mysterious conspiracy, instead of being frozen for 24 hours, they remain frozen for 20 years. Their thawing 20 years later bring up personal difficulties that were in place before entering the freezing chamber that they must resolve before resuming their normal lives.

Dong Chan and Mi Ran start out resenting each other whilst trying to reverse their lives and find out the side effects of frozen human experimentation, with on affecting their very existence - the need to keep their average body temperature close to 31.5⁰C (88.7⁰C) in order to survive.


Dalam masa yang sama:

Dear my ChefHubby,
Sayang ingat kata-kata abang waktu abang ala-ala merajuk 'pergilah mintak dekat dia'.. Abang jangan risau, walau sayang sukakan Ji Chang-wook tapi segala keperluan abang takkan sayang abaikan. Maka, bersabarlah dengan kerenah #RemajaPurba ni. kihkihkih..

StatusHati: Lebiulah abang.. muaahh.. to the moon and back..

Sunday, September 29, 2019

Jadual Waktu Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga 2019 (PT 3)


Sebelum ini:
Peperiksaan Percubaan Pentaksiran Tingkatan Tiga 2019 (PT 3) di SINI..

Bermula minggu depan:
Merupakan hari yang penting buat dak Kakak sebagai salah seorang calon Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga 2019 (PT 3).

Tarikh yang sangat penting bagi semua calon PT3 2019.

30 September 2019 (Isnin)
Ditunda pada 09 Oktober 2019 (Rabu) bagi menghormati kemangkatan DYMM Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra
AlMarhum DYMM Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra (1949 - 2019)

Kenyataan Media
Lembaga Peperiksaan, KPM


01 Oktober (Selasa)
8:10am - 9:25am
Bahasa Inggeris Kertas 1 - Ujian Bertulis: Pemahaman

11:00am - 12:00pm
Bahasa Inggeris Kertas 2 - Ujian Bertulis: Penulisan


02 Oktober (Rabu)
8:10am - 10:10am
Mathematics - Ujian Bertulis

11:00am - 01:00pm
Bahasa Arab - Ujian Bertulis
Bahasa Cina - Ujian Bertulis
Bahasa Tamil - Ujian Bertulis
Bahasa Punjabi - Ujian Bertulis
Bahasa Iban - Ujian Bertulis
Bahasa Kadazandusun - Ujian Bertulis
Bahasa Semai - Ujian Bertulis
Al-Lughah al'Arabiah Al-Mu'asirah - Ujian Bertulis


03 Oktober (Khamis)
8:10am - 10:10am
Geografi - Ujian Bertulis

11:00am - 01:00pm
Asas Sains Komputer - Ujian Bertulis
Reka Bentuk dan Teknologi - Ujian Bertulis


07 Oktober (Isnin)
8:10am - 10:10am
Science - Ujian Bertulis

11:00am - 01:00pm
Pendidikan Islam - Ujian Bertulis
Al-Syariah - Ujian Bertulis


08 Oktober (Selasa)
8:10am - 10:10am
Sejarah - Ujian Bertulis

11:00am - 12:30pm
Maharat al-Quran Kertas 1 - Ujian Bertulis

11:00am - 01:00pm
Usul al-Din - Ujian Bertulis


09 Oktober 2019 (Rabu)
8:10am - 9:40am
Bahasa Melayu Kertas 1 - Ujian Bertulis

11:00am - 12:00pm
Bahasa Melayu Kertas 2 - Ujian Bertulis


AMARAN PEPERIKSAAN / PENTAKSIRAN

  • Membawa masuk sebarang catatan sama ada pada pakaian atau anggota badan, dokumen seperti buku, lukisan, grafik, akhbar, kamus, kertas Jadul Waktu Pentaksiran serta telefon bimbit, alat-alat komunkasi atau peranti elektronik, bekas alat tulis dan beg ke dalam dewan / bilik kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa pentaksiran.
  • Menulis nota pada pakaian, anggota badan, dinding atau meja tulis di dalam dewan / bilik pentaksiran.
  • Mendedahkan kertas peperiksaan atau / dan jawapan peperiksaan sehingga boleh dibaca oleh calon lain.
  • Memberikan pertolongan, mendapatkan pertolongan, berhubung dengan orang lain di dalam atau di luar dewan / bilik pentaksiran.
  • Menukar kertas peperiksaan atau / dan jawapan peperiksaan dengan calon lain.
  • Menukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran daripada Ketua Pengawas Pentaksiran.
  • Menyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak calon.
  • Membuat rujukan di luar dewan / bilik pentaksiran semasa pentaksiran.
  • Membawa kertas / skrip jawapan peperiksaan keluar dari dewan / bilik pentaksiran.


Calon yang tidak mematuhi Arahan Peperiksaan / Pentaksiran dianggap telah melakukan salah laku dan menyebabkan calon dikenakan tindakan tatatertib. Menurut Peraturan-peraturan Pendidikan (Penilaian dan Pentaksiran) 1997 dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) salah laku ertinya menipu, menyamar, menyeludup apa-apa yang tidak dibenarkan atau apa-apa salah laku yang lain yang disifatkan sebagai suatu salah laku serius oleh Lembaga Peperiksaan. Calon yang disabitkan dengan mana-mana salah laku boleh dikenakan tindakan berikut:

  • Keputusan pentaksiran digantung sementara menunggu selesainya penyiasatan.
  • Keputusan pentaksiran mana-mana kertas peperiksaan dibatalkan.
  • Keputusan pentaksiran yang dikendalikan sesuatu pusat pentaksiran diisytiharkan terbatal.


StatusHati: Semakin kuat debarannya..

Friday, September 27, 2019

Atok Kapten Pelupa


Dulu ada yang pernah bertanya, atok aku ni tua ke muda?
Atok aku ni masih muda sebenarnya tapi bila dikira dalam 'pangkat' keluarga, atok aku ni dah kategori Purba.. hanya cucunya ni je yang kekal #RemajaPurba..

Baru-baru ni aku sempat bergossip dengan atok aku. 
'Si Malek kerja mana sekarang?'

Hailaa atok.. sibuk sangat sampaikan nama cucu menantu sendiri pun boleh lupa ke? Nama dia bukan Malek lah atok. Rasa nak ketuk je kepala atok aku ni lah.. kahkahkah..

StatusHati: Rindu nak balik kampung..

Thursday, September 26, 2019

Takde duit nak bawa ke hospital


Dulu..
Waktu zaman #RemajaPurba hingga zaman #MakBudak ni, masih ada anak patung yang aku simpan tapi tak semua anak patung yang ada tu aku share dengan anak-anak. Setakat ini, anak patung paling besar yang pernah aku dapat waktu birthday aku di SINI..

La ni..
Kebanyakkan dari anak patung yang aku ada tu, telah aku simpan dalam satu bekas besar.

Akan datang..
Tak tahu ke mana hala tuju anak-anak patung tu nanti..

Dan terbaru..
'Ibu, jahitlah anak patung ni. Kesian dia.'
'Ni nak jahit, kena doctor yang jahit, ibu tak boleh. Kenapa Nuha tak bawak dia ke hospital?'
'Nuha takde duit nak bawak ke hospital.'
Ada je jawapan dari dia.. 🤣🤣🤣


Kisah yang ini pulak..
Ada dua tiga tempat yang telah koyak
Duck ni hadiah untuk dak Nuha sebenarnya, itu yang dia sayang.

'Nuha.. mana mata dia..?'
'Entah.. Nuha tengok dah takde.'

'Ibu, Nuha pakaikan seluar ni dekat dia ni boleh tak?'

StatusHati: Sweet talk

Tuesday, September 24, 2019

Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) 2019


Sepanjang September ni, aku hanya bekerja empat hari seminggu je rupanya; semuanya berkaitan dengan anak-anak. 

Kisah semalam:
'Ibu, cutilah, janganlah kerja.' (merujuk kepada PSRA) dari SINI.. 
'Ibu cuti hujung bulan nantilah Adik.'
'Tak acilah kakak periksa nanti ibu cuti.' (merujuk kepada PT3 minggu depan)
Bila dak Adik dapat tahu aku tak kerja, seronok bukan main dia.

Apa-apapun, moga usaha dak Adik untuk sepanjang minggu ni membuahkan hasil yang membanggakan ibu dan babah.

Juga buat dak Kakak yang berhadapan dengan Ujian Lisan PT3: Mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk semalam dan hari ni turut dipermudahkanNYA.


Kisah Hari ini:
Rutin harian kembali seperti biasa. Tiada yang menarik untuk dikongsi.

StatusHati: ...

Friday, September 20, 2019

Selamat Hari Lahir buat dak Kakak


Hasil kerja keras 15 tahun dulu.. 😁

Hari ini..
Selamat Hari Lahir buat dak Kakak..⚘🎁🎊🎉

Dan..
Surprise birthday di kampung.
#20September2019

StatusHati: ...

Thursday, September 19, 2019

Status Hati


PT3 - Dak Kakak
UPSR - Dak Adik
5 tahun lagi - Dak Nuha
11 tahun lagi - tua dah #Babah deme
Aku jugak kekal maintain #RemajaPurba 🤣🤣🤣

StatusHati: Sumber asal dari FB #MakBudak

Wednesday, September 18, 2019

Bacaan IPU telah melebihi 200


Pagi tadi:
Dalam hampir semua WhatsApp group yang ada, semua sibuk bertanyakan
'Sekolah cuti ke hari ni?'

Kementerian Pendidikan Malaysia:
Laporan terkini 18 September 2019 (6 pagi), penutupan sekolah melibatkan semua sekolah di bawah PPD Klang.

Bacaan terkini telah melebihi 200 pada jam 5 pagi.
Semua sekolah di Daerah Klang diarah tutup.
Murid sahaja dicutikan, manakala guru dan staf bertugas seperti biasa.




PENTING dan GENTING:
Semua sekolah perlu ikut SOP Jerebu. Sekolah tutup apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200. Untuk makluman, semua PGB sedang menyenaraikan maklumat yang perlu bagi penutupan sekolah hari ini. Mohon PKP semua rujuk Pengetua dan Guru Besar masing-masing.


Disebalik pengumuman tersebut..
'Cikgu, sekolah ke cuti? Kalau cuti saya nak sambung tidur?'
'Cuti, jangan lupa study. tq.'
'Cikgu berapa hari cuti?'
'Tak tahu, mungkin sehari je kot.'


Disebabkan last minute' pengumuman dibuat, maka ada antara pelajar telah ke sekolah tapi diarah balik kerana sekolah ditutup. Syukur pakcik van sekolah tak tinggalkan dorang di sekolah pagi tadi. 

StatusHati: Cepatlah ia berlalu pergi..

Sunday, September 15, 2019

Keaiban suami


Seorang suami hanya nampak pada bahagian depan di dalam cermin tetapi keaiban suami tidak nampak pada bahagian belakang; yang nampak keaiban suami adalah isteri.

Isteri tegurlah keaiban suami dan janganlah anggap bahawa teguran itu menyakitkan hati suami dan suami jangan sesekali menganggap isteri membantah suami.

Sepatutnya isteri yang paling baik adalah orang yang menasihati suaminya dan suami yang paling baik adalah menjadikan nasihat isteri sebagai satu pedoman.

Tegurlah daripada hati yang ikhlas. Jangan tegur kerana benci dan jangan tegur kerana dendam. Bila kita tegur dari hati, InsyaAllah ia akan jatuh ke dalam hati suami.

InsyaAllah..

#SuamiSoleh
#KalauDahJodoh
#UstazKazimElias

StatusHati: Aku masih di sini..

Friday, September 13, 2019

Selesai UPSR, PSRA dan PT3 pula menanti


Alhamdulillah..
Selesai sudah hari-hari yang mendebarkan sejak dari minggu lepas mengenai UPSR di SINI. Sekarang ni dak Adik kena fokus untuk Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) pulak.

'Sijil PSRA ini adalah sebagai satu dokumen penting untuk permohonan pelajar bagi kemasukan tingkatan satu ke Sekolah Menengah Agama di bawah kelolaan kerajaan Negeri Selangor yang mana skop sukatan pelajaran PSRA bermula dari darjah 4 hingga 6.'

Ini baru dak Adik, belum lagi dak Kakak..
Bagi aku tahun 2019 yang penuh dengan debaran bila mana dak Kakak dan dak Adik berhadapan dengan PT3 dan UPSR.

StatusHati: Selesema..

Wednesday, September 11, 2019

Hari Keempat Peperiksaan UPSR 2019 (Tahun 6)


Hari ini:

Selesai tiga kertas Peperiksaan UPSR 2019 (Tahun 6) berjaya diharungi.

Hari Keempat:
11 September 2019 (Rabu)
8:15am - 9:15am
Sains - Kertas 1 (Objektif)

10:45am - 11:45pm
Sains - Kertas 2 (Subjektif)


Hari Pertama di SINI..
Jadual Penuh Peperiksaan UPSR 2019 (Tahun 6) di SINI..
#GoodLuckToYou dak Adik
#DoaMengiringimu

Pesan en. Hubby 'Jangan ditambah stress anak tu.' 

StatusHati:...

Tuesday, September 10, 2019

Hari Ketiga Peperiksaan UPSR 2019 (Tahun 6)


Hari ini:

Selesai dua kertas Peperiksaan UPSR 2019 (Tahun 6) berjaya diharungi.
Hari Ketiga:
10 September 2019 (Selasa)
8:15am - 9:15am
Matematik - Kertas 1 (Objektif)
10:45am - 11:45pm
Matematik - Kertas 2 (Subjektif)


Hari Pertama di SINI..
Jadual Penuh Peperiksaan UPSR 2019 (Tahun 6) di SINI..
#GoodLuckToYou dak Adik
#DoaMengiringimu

Pesan en. Hubby 'Jangan ditambah stress anak tu.' 

StatusHati: ...


Friday, September 6, 2019

Harimau Malaya + Pengulas Sukan Bolasepak


Kisah malam tadi:
Skuad Harimau Malaya berjaya bangkit mencatat kemenangan ke atas Indonesia dalam Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023. Mohamadou Sumareh telah menyelamatkan Malaysia dari berakhir seri 2-2 malam tadi.

Walau penyokong tuan rumah menyerang dengan balingan botol dan turut melempar suar hingga memaksa permainan dihentikan seketika namun ia tidak mematahkan semangat skuad Harimau Malaya untuk mencipta kemenangan.

Gambar dari en. Google

Manakala..

Perlawanan tersebut turut dicemari dengan insiden penyokong Indonesia yang dipercayai tidak berpuas hati dengan kekalahan pasukan tuan rumah.

Tapi apa yang lebih menarik perhatian aku sebaik perlawanan tersebut tamat adalah kata-kata salah seorang dari pengulas sukan:

'Sama-samalah kita berdoa buat penyokong dan pemain agar selamat kembali ke tempat penginapan.'

Mana taknya..
Kesemua pemain dan pegawai pasukan Harimau Malaya terpaksa menaiki kereta perisai Barracuda ke hotel penginapan atas faktor keselamatan dan ini juga merupakan kali ketiga skuad Harimau Malaya menaiki kereta perisai tersebut. Sejarah dalam perlawanan menentang pasukan Indonesia sebelum ini amat 'menakut'kan baik skuad Harimau Malaya mahupun peyokong sendiri.

Gambar dari en. Google
Kisah SINI..
Pihak polis tidak membenarkan situasi tersebut dirakam demi keselamatan skuad Harimau Malaya, 

Walau terpaksa berhadapan dengan situasi yang mungkin membahayakan keselamatan skuad Harimau Malaya, tahniah diucapkan kepada skuad negara di atas kemenangan malam tadi.

StatusHati: Letih sangat..

Thursday, September 5, 2019

Hari Kedua Peperiksaan UPSR 2019 (Tahun 6)


Hari ini:

'Akak tak cuti ke..?'
Dari semalam aku terima soalan tersebut dek kerana aku bekerja seperti biasa.

'Tak.. abang akak yang uruskan dak Adik.' Itu je jawapan diberi, malas nak bersoal jawab. Memang itu rutin en. Hubby waktu pagi menghantar hingga ke pintu pagar sekolah.

Hari Kedua:
O5 September 2019 (Khamis)
8:15am - 9:30am
Kertas Bahasa Inggeris - Pemahaman (Objektif dan Subjektif)

10:45am - 12:00pm
Kertas Bahasa Inggeris - Penulisan (Subjektif)


Hari Pertama di SINI..
Jadual Penuh Peperiksaan UPSR 2019 (Tahun 6) di SINI..
#GoodLuckToYou dak Adik
#DoaMengiringimu

Sebagai ibu, memang aku mengharapkan yang terbaik dari dak Adik tapi bak kata en. Hubby 'Jangan ditambah stress anak tu.' 

StatusHati: Zaman dah berubah..

Wednesday, September 4, 2019

Satu Fenomena di Malaysia Hari ini


HARI INI:
Malaysia akan berhadapan dengan satu fenomena yang mana perasaan ibubapa takkan senang dan tenang termasuklah diri aku sendiri. 

Hari Pertama:
O4 September 2019 (Rabu)
8:15am - 9:30am
Kertas Bahasa Melayu - Pemahaman (Objektif dan Subjektif)

10:45am - 12:00pm
Kertas Bahasa Melayu - Penulisan (Subjektif)

Jadual Penuh Peperiksaan UPSR 2019 (Tahun 6) di SINI..


Salah seorang calon UPSR 2019 adalah dak Adik.
#UPSR2019
#DakAdik
#MogaDipermudahkanNYA
#GoodLuckToYou

StatusHati: 'Jangan ditambah stress anak tu.' Pesan dari en. Hubby.

Tuesday, September 3, 2019

Jadual Peperiksaan UPSR 2019 (Tahun 6)


Sebelum ini:
Peperiksaan Percubaan UPSR telah diadakan di SINI..

Bermula esok:
Tarikh yang sangat penting bagi semua calon Peperiksaan UPSR 2019 Tahun 6 dan salah seorang daripada mereka adalah dak Adik.



04 September 2019 (Rabu)
Subjek:
Bahasa Melayu - Pemahaman (Objektif dan Subjektif)
Bahasa Melayu - Penulisan (Subjektif)

05 September 2019 (Khamis)
Subjek:
Bahasa Inggeris - Pemahaman (Objektif dan Subjektif)
Bahasa Inggeris - Penulisan (Subjektif)


10 September 2019 (Selasa)
Subjek:
Matematik - Kertas 1 (Objektif)
Matematik - Kertas 2 (Subjektif)

11 September 2019 (Rabu)
Subjek:
Sains - Kertas 1 (Objektif)
Sains - Kertas 2 (Subjektif)


StatusHati: Tunggu dan lihat keputusannya nanti.

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...