Followers Remaja Purba

Friday, April 24, 2009

PPUM - Pakar Kanak-kanak

20 APRIL 2009 (ISNIN)

Nasib baik aku dah apply cuti lebih awal. Ini kali pertama jumpa Doctor Pakar Kanak-kanak: masa adik kena tahan wad sebab jari dia kena jahit sebelum ni, doctor suspect dia ada asma: kerap batuk dan selesema tapi takde demam, nak pula doctor bagitahu adik ada tonsil, tu pun buat adik senang diserang penyakit.

Pagi aku lewat dari rumah, kebetulan pula kakak Irah cuti hari ni sebab Sabtu lepas dia ada Hari Sukan Sekolah jadi aku tinggalkan dia dengan adik sepupu hubby kat rumah mummy ditemani oleh Isa. Kebetulan juga kak Rusmini ada order makan nak kena hantar kat office sebelum pukul 11.30 am.

Sampai di PPUM dah pukul 10.30 am, tunggu turn untuk daftar Lepas daftar, kena tunggu pula no. giliran dipanggil oleh doctor, sementara tu hubby balik sebab nak hantar makanan yang kak Rusmini order.

Kali pertama aku dengan adik je di PPUM. Dahlah adik tengah lasak, haru dibuatnya. Masa nurse panggil untuk timbang berat dan ukur ketinggian adik, adik meraung-raung menangis takut.

Dia merengek-rengek taknak duduk diam, aku bagi susu (nasib baik dah buat susu tadi). Dapat susu tak lama lepas tu - tidur. Lega sekejap. Sampai pukul 12.30 pm adik bangun masih tak dipanggil-panggil juga no. giliran adik. Hubby dah datang balik pun no. giliran tak dipanggil.

Lepas settle tu, doctor buat surat minta kitorang refer di ENT pula, Bahagian tekak dan hidunglah tu. Sementara aku daftar kat Bahagian ENT, hubby pergi ambil ubat, 1.30 pm baru selesai semuanya, urusan jadi lama sebab baru diorang guna system baru.

Lepas clear semua kat PPUM aku terus ambil barang-barang order kat office, singgah kejap je kemudian balik.

Tuesday, April 21, 2009

Kereta masuk 'ICU'

31 MAC 2009 - SELASA

Pagi:
Kerja

Petang:
Pergi PPUM. Hubby datang naik NAZA abg Awie, rupa-rupanya ramai yang mengekor. Isa dan Nas, kakak Irah pun ada.

Masa ni cik Lily dan Pn. Fauziah yang handle, pertanyaan dan jawapan tu biasa. kemudian diorang ajar macam mana nak buat urutan kat tangan adik.

Dah nak settle hal adik, dapat pula call. Kereta masuk ‘ICU’! Pening, ralat, nak marah, menangis semua ada. Tertekan! Nak buat macam mana benda dah jadi, kenalah tempuhinya.

Lewat petang aku, family, Nas n Kinah ikut balik rumah.



Anak-anakku kepenatan seharian tak tidur.

==============================================


07 April 2009 (Selasa)

Aaku dengan hubby dan botak Pak Itam pergi settlekan kete kat ‘ICU’. Legaaaaaaaa sangat akhirnya dapat keluarkan kereta tu. Tak payah nak pinjam kereta orang dah, pengajaran tu!

Tapi dalam pada nak dapatkan kereta tu memang betul-betul menguji kesabaran aku dan family. Sepanjang tu juga si Nas yang jadi driver kami, patah kaki takde transport sendiri. Anyway thanks to you Nas.

Klinik Surgeri & KIDDS Klinik, PPUM

(30 MAC 2009 – ISNIN)

Hari ni aku cuti sebab nak uruskan adik kat PPUM. Pagi dekat Klinik Surgeri - doctor nak tengok keadaan jari adik. Petang pula dekat KIDDS Klinik - untuk suntikan imunisasi setahun setengah.

PAGI:


Ini masa menunggu turn nak jumpa doctor.

Masa ni Nas on d way datang jenguk. Kitorang pula dalam bilik doctor. Bosanlah tu takde geng.

Lepas tu, doctor bagitahu ikut jadual macam biasalah. Ikut appointment dalam kad kehadiran tu kitorang kena datang balik 11 Mei 2009 ni sebab sebelum ni Doc. Margaret bagi tempoh 2 bulan kat adik. Kalau takde perubahan kat tangan adik dalam tempoh ni keputusan akhir - operate tampal kulit.

Kat pukul 12.30 baru settle. Kitorang terus pergi kat KIDDS Klinik sebab nak datang sebelah petang macam tak berbaloi. Dahlah penat menunggu pagi tadi. Nasib baik nurse kat situ ok. Kelakarlah adik, meraung bila kena suntik tapi bila keluar je dari bilik rawatan tu terus berhenti nangis.

Lunch kitorang makan dekat Mek Kelate kat depan Masjid Dato’ Harun. Menu ok dan berbaloilah. Masa ni aku, hubby dan Nas, adik pula tidur atas meja.

Lepas tu ambil kakak dan terus balik Bukit Kapar. Esok kerja dan petang esok pergi lagi PPUM - Bahagian Pemulihan anggota badan - nak jumpa cik Lily pula.

Friday, April 17, 2009

Seminggu tangan adik berbalut

(23 MAC 2009 – ISNIN)

Malam tadi aku tidur dekat rumah baru ditemani anak-anak dan jugak Kina dan Nas. Diorang temankan aku selama seminggu dekat rumah baruku sebab hubby outstation. Aku memang minta diorang teman sebab tak berani lagi nak balik 3 beranak, maklumlah kawasan baru belum kenal orang, nak lagi haru takut terlajak bangun pagi.

Pagi ni ada appointment dekat tempat biasalah, Unit Cucian Luka, PPUM. Aku sampai kat hospital pun agak lewat sebab uruskan kakak Irah, nasib baik time cuti sekolah, takdelah ralat sangat.

Dr. Margaret tengok balutan tangan adik ok dan dia bagitahu hari Khamis ni baru bukak balutannya, dia cuma nak pastikan balutan tangan adik tak terbuka. Ttak boleh buka punya sebab pakai sarung kaki bagi jangan kotor balutan tangan adik tu (kali ni aku takde ambil gambar tangan adik, tak teringat sebab badan letih tak cukup rehat sejak dah tinggal jauh ni)


(26 MAC 2009 – KHAMIS)

Macam biasa, pagi aku terus pergi PPUM, masih dengan Kinah dan Nas, budak-budak ni yang teman kitorang, kesian pulak tapi dalam masa yang sama diorang merelakan diri dorang.

Akhirnya balutan tangan adik dibuka, bau usah cakaplah sebab berbungkus dekat seminggu tu yang ada bau. Sama juga masa ketika ulang alik cuci luka dan tukar balutan dulu macam ni juga, sama je.

Dr. Margaret bagitahu 30 Mac 2009 perlu datang semula ke Klinik Surgeri, Tingkat 1, Menara Utama, PPUM untuk check jari tangan kanan adik. Lega sekejap walaupun still risau keadaan jari adik yang belum pulih sepenuhnya tu.

Thursday, April 16, 2009

Kisah Pindah Rumah Baru

Nak pindah rumah baru. Tak sabar rasanya.

Dalam pada timbul masalah pada tangan adik, aku dalam proses nak pindah rumah kat Bukit Kapar. Jauh juga tapi rasa bangga sebab hasil titik peluh sendiri. Kakak Irah selalu cakap bila nak pindah dekat rumah besar, kakak tak nak tinggal rumah kecik lagi. Sabar ye kakak, dalam bulan ni juga kita pindah, tunggu babah balik sebab ada sikit lagi barang yang belum ambil dan perlu guna lori.

Sebelum adik masuk hospital dah pindah barang-barang ke rumah baru, masa tu dekat pukul 3.30 am baru settle turunkan barang dekat umah baru, yang datang menghulurkan bantuan: Isa, Nas, Kina, Dayah. Thank you so much dear, mmuuaaahhh.

Ni gambar rumah baruku walaupun takde barang tapi tak kisahlah orang nak cakap apa, yang susah aku yang senang pun aku.




24 April 2009 (Selasa) tarikh bersejarah bagiku di mana secara rasminya aku tak duduk lagi kat rumah sewa (tarikh di mana aku pulangkan kunci rumah kat tuan tanah). Ah! Lega. Sikit pun tak sedih sebab jiran kat rumah lama tu boleh tahan mulut dia cuma aku tak sempat nak hadiahkan cili kat dia. Tak payah nak pening kepala kan kan kan? Lega sangat, tikar getah kat rumah lamaku tu aku bagi kat jiran bawah rumah aku, dia pun pindah tapi tak jauh pun blok belakang rumah sewa tu jugak.

Wednesday, April 15, 2009

Sehari selepas (Wad kanak-kanak Menara Timur, PPUM)

19 MAC 2009 (KHAMIS)

Ini pula gambar sehari selepas jari tangan adik kena jahit, aku dengan tak tidur sepanjang malam, Kina dan Isa teman kat dalam wad (sepatutnya hanya ibu atau bapa je yang boleh tinggal kat dalam wad tapi aku minta Kina temankan aku tapi sib baik nurse sebelah malam baik-baik belaka.



Awal pagi:
Aku dengan Kina turun bawah sebab dah tak tahan sejuk aircond. Pesan kat Isa tengok-tengokkan adik. Tengok betul dia ni. Kitorang naik balik dengar adik menangis sekuat-kuat alam.

Lepas tu adik tak tidur dah. Masa tu pukul 5 am dah ajak main dalam wad. Suruh tidur dia tak mahu.



Pagi tu:
Bawa adik mandi dekat dalam bilik air, sekadar syarat, lepas dah siapkan adik aku pula mandi, tak lama lepas tu Nas datang dan diorang terus pergi beli sarapan.



Kena paksa makan dengan diorang, kalau tak report kat hubby… rupa-rupanya arahan dari hubby suruh aku makan, nak makan macam mana bila tengok keadaan adik. Patutnya tengahari tu dah boleh check out tapi ada miss communication antara nurse and doctor kat situ. Doctor Pakar Kanak-kanak patut check adik dulu sebelum dibenarkan balik tapi petang baru datang.

Dekat pukul 4 pm baru boleh check out. Nas uruskan untuk keluar wad, pastu kitorang balik. Memang dah tak larat dah. Call pengasuh bagitahu aku ambil kakak Irah lewat sikit sebab letih teramat.

Malam ambil kakak Irah pastu balik tidur, letih sangat. Esok pula aku nak pergi office nak apply cuti.

Tuesday, April 14, 2009

Gambar Adik di PPUM

Ini gambar-gambar sepanjang dekat ruang menunggu sebelum masuk ke dewan bedah.

Monday, April 13, 2009

Trauma & Kecemasan di PPUM


18 MAC 2009 (RABU)

Sedihnya, ni aku nak story ni.

Pagi tadi dekat pukul 9 am hati ni tergerak nak tengok telefon, rupa-rupanya ada 'miss call' dari pengasuh anak-anakku. Kebetulan telefon pulak aku simpan dalam laci.

Dalam nada cemas, pengasuh bagitahu tangan adik berdarah banyak, aku jadi panic, tapi dalam panic aku masih sempat bagitahu kat bos kemudian terus balik. Aku rasa berdebar-debar sebab hari Isnin (16 Mac 2009) baru je pergi hospital untuk rawatan tangan kanan adik, dahlah hubby outstation kat Kuantan dan Terengganu.

Sempat call Hubby, Nas, K.G semasa balik nak tengok keadaan anak. Sampai je di rumah pengasuh, adik menangis balik bila nampak je aku. Pengasuh bagitahu tangan adik tak berdarah dah tapi luka dia dalam, aku tengok tangan kanan adik yang kena, jari kelingking - tangan yang belum baik tu.

Pengasuh bagitau, lepas mandikan adik, biasanya pengasuh akan urut tangan adik guna minyak, agaknya dia panik dia cakap adik terpijak tangan dia sendiri. Doctor kat PPUM pun tak percaya, aku lebih risaukan keadaan adik masa tu.

Lagi tertekan hubby takde, aku tak tahu nak bawak adik pergi mana. Bila fikir balik elok aku bawak terus pergi PPUM sebab doctor kat sana dah tau sejarah adik, sempat aku balik ambil barang-barang keperluan adik. Isa, Nas dan Kina datang, kitorang terus kejar PPUM. Sepanjang jalan aku menangis sebab baru sangat pergi PPUM, baru je pakai pelapik khas tu - diburukkan lagi keadaan jadi macam ni.

Nak sampai hospital aku tak tahu nak pergi ke mana.

Aku pergi kat bahagian pesakit luar, diorang amik maklumat kemudian minta kitorang pergi Trauma & Kecemasan untuk Kanak-kanak. Kat situ aku cerita perkara yang sama pengasuh story kat aku dalam keadaan menangis. Doctor minta aku cool dulu kemudian baru cerita kalau tak macam mana diorang nak faham.

Lepas diorang check keadaan adik, lepas dah daftar kat Trauma & Kecemasan, diorang bawak kami ke Tingkat Satu, Unit Cucian Luka. Kat situ tunggu doctor datang untuk check adik.

Dr. Margaret dan Doc. Sew (kalau tak silapler nama dia) check keadaan adik dan mereka bagitau kena bedah untuk tampal kulit. Dalam pada tu Dr. Sew tu temankan kitorang kat Tingkat 2, Bahagian Kemasukan & Discaj untuk daftar masuk wad.

Pukul 12.30 pm baru kitorang dapat masuk wad Kanak-kanak, Tingkat 5 kat Menara Timur. Sementara tu Pakar Bius dan Bedah bagitau apa yang patut kitorang tahu dan aku kena sign borang untuk pembedahan jari kelingking adik (kira jahit balik), sorry bang terpaksa dah takde orang lain nak sign borang tu.

Lepas interview oleh doctor, adik kena puasa bermula pukul 10 am selama 6 jam, adik kena masuk dewan bedah petang ni juga. Nasib baik dia dah makan dan minum susu sebelum sampai PPUM tadi, dalam pada tu adik tidur.

Sementara tu aku minta tolong Isa dan Nas balik ambil barang-barang keperluan (aku list kan), Kina pulak temankan aku jaga adik, macam-macam hal berlaku hari ni, tayar kete pula pecah - tukar tayar - nasib baik ada duit.

Isa dan Nas sampai kat pukul 2 lebih, aku tukar baju dan tunggu time nak turun kat dewan bedah.

Lebih kurang pukul 5 pm kitorang turun kat tingkat dua untuk ke dewan bedah, mula-mula aku seorang je boleh masuk tapi aku minta izin sorang teman aku, Isa masuk temankan adik sementara nak tunggu doctor bersedia untuk ke dewan bedah, aku pulak kena pakai baju khas dari hujung rambut sampai hujung kaki kena tutup, iring adik sampai dewan bedah, lepas Pakar Bius masukkan ubat bagi adik lena aku keluar tunggu kat ruang menunggu.

Dekat maghrib En. Nazrul, En. Gadaffi dan En. Azley datang tapi diorang tak boleh nak tengok pun sebab kawasan tu hanya salah seorang sahaja yang boleh masuk sebab tu kawasan larangan dan untuk mengelak dari pesakit mudah kena jangkitan kuman. Thanks you so much to you my boss sebab sudi datang menjenguk.

Nanti aku upload gambar-gambar adik sepanjang kat PPUM.

Friday, April 10, 2009

Bulan Februari 2009

02 – 11 Februari 2009

Rawatan dekat tangan kanan adik diteruskan, selang sehari macam biasa aku kena pergi untuk cucian luka tangan kanan dia hinggakan pembantu perubatan dekat situ dah kenal dengan adik, walaupun tangan berbalut tapi terserlah kenakalannya, bagi morfin pun tetap nakal, morfin ni kena bagi every time nak cuci luka kat tangan dia.

Dalam pada tu, aku belikan adik jeli gamat Healin color biru, color hijau dah habis masa tu (kat farmasi ada jual). Setiap hari aku bagi jeli gamat tu akibat tak nak kena bedah tampal kulit.

Akhirnya pada 06 Februari 2009, balutan tangan adik dibuka sepenuhnya dan nampaklah tak comel tangan dia. Lepas Dr. Margaret check tangan adik, beliau minta kami terus pergi ke Bahagian Pemulihan anggota badan berdepan dengan Delifrance, Menara Utama. Kat situ, diorang ukur tangan adik untuk buat glove khas, kena pakai 24 jam, yang hanya boleh buka ketika nak mandi. Adik kena pakai glove tersebut sebab tak nak bagi jari tangan adik terus bengkok, juga kena selalu urut tangan adik jangan bagi terus bengkok. Dalam masa yang sama kena pakai glove khas tu bagi mengelakkan kulit tangan adik luka balik sebab kulit tangan adik baru nak sembuh dan masih lembut, tempoh nak kena pakai glove tu lebih kurang 2 tahun.

Sementara nak tunggu glove tu siap (kena jahit dulu), adik kena pakai glove sementara bagi jari dia tangan dia tu - macam ni.






Selain adik, ada jugak kes-kes macam ni berlaku dan mendapatkan rawatan di PPUM. Ada lagi teruk dari adik, di sini dapatlah aku kenal pasangan yang anak diorang pun lebih kurang kesnya macam apa yang jadi pada adik.

Sekurang-kurangnya aku dah lega sikit tengok keadaan adik cuma still risau kalau tangan adik tak boleh nak lurus balik dan lega sekejap tak perlu hari-hari pergi PPUM untuk sesi rawatan tangan adik. Aku kena datang balik pada 16 Mac 2009 ni kat Klinik Surgeri, Tingkat 1, Menara Utama PPUM (dekat je dengan tempat Cucian Luka tu…

Macam tu lah keadaan adik sepanjang mendapatkan rawatan kat PPUM.

Where? K.G Bistro

My birthday


Adik-adik sms + call tanya jadi tak celebrate birthday aku. Hubby pula tak bagitau aku diorang punye plan macam mana. Teruk juga aku kena malam tu, nak pulak tengah hujan.

Rupa-rupanya hubby aku tahu kalau adik-adik ni celebrate birthday memang ‘gile kentang’ habis, teruk dikerjakan tapi aku kira bernasib baik tak kena teruk-teruk... Hahaha.

Satu pengalaman baru, dengan sejuk air hujan Lepas tu aku beli kek penuh krim dari King’s cake - blueberry cheese cake, kena kat muka, ramuan baru untuk melembutkan kulit muka, pastu kena mandi dengan air tapi nasib baik kena sikit. Fuh! Selamat.

Kakak irah dan adik rileks makan kek, pelik tengok ibu dia macam budak-budak, rasa hilang sekejap problem yang melanda, memang happeningler malam tu tapi sayangnya tak ambil sangat pun gambar

Birthday aku dan PPUM...

28 Januari 2009 (Rabu)

Hari nih birthday aku tapi aku nak uruskan adik dulu, seperti biasa kat PPUM. Agenda utama.


Pagi tu Dr. Elina yang uruskan tangan adik dan Dr. Margaret pun ada sama. Dr. Margaret bagitau yang tangan adik perlu dibedah dan ambik kulit kat bahagian peha dia untuk tampal kat bahagian tepi dan celah jari dia (macam dalam gambar tu) disebabkan dah 2 minggu masih tak sembuh-sembuh (masa yang sepatutnya sembuh adalah kurang dari seminggu, kalau lebih takde pilihan lai - bedah)





Aku dah mula nak nangis. Takde cara lain dah ke? Dr. bgtau kalau nak bagi tangan adik sembuh itu je caranye… dalam pada tu Dr. Margaret bagi aku dengan hubby bincang apa yang patut kami buat tapi senang cakap memang tak bagi kami balik dan perlu masuk hospital hari yang sama. Nangislah apalagi dengan keadaan adik macam tu. Aku call bagitau kat mak dan mereka yang berkenaan mengenai keadaan adik.


Dalam masa yang sama Dr. Elina bagitau macam mana nak buat untuk kemasukan ke wad, kami kena masuk ke wad 6U, sementara nak masuk ke wad 6U, kami kena daftar kat tingkat 2. Selesai urusan tak lama selepas tu kami terus naik ke tingkat 6U, terus masuk bilik khas/menunggu untuk bedah adik akan dibedah pagi esok 29/04/09). Adik dah mula merengek-rengek lapar + ngantuk + letih, tak lama lepas tu dia pun tidur, nasi baiklah ada bawa susu untuk dia.


Aku amik keputusan untuk balik ambik barang-barang keperluan kami sepanjang kat hospital. Nasib baik dah ada pengalaman kena tidur kat hospital, senang sikit nak buat macam mana, sementara adik tengah tudur aku balik, hubby tunggu temankan adik.


Pukul 3.00 pm aku sampai dengan Isa, dia nak ikut tengok keadaan adik. Sampai kat hospital, hubby bagitau tak jadi bedah, pulak? kenapa? Keadaan adik yang tak sihat, batuk selesema buat pembedahan tu terpaksa dibatalkan. Risiko sekiranya dibedah juga takut oksigen tak sampai ke paru-paru, Mula-mula aku ingatkan hubby cakap main-main tapi rupa-rupanya betul.


Pukul 5.00 pm terus check out keluar dari PPUM, lega sangat walaupun jauh disudut hati risau, jadi macam biasalah, selang sehari mesti wajib kena datang untuk rawatan cucian luka tangan kanan adik.

Penatnya, nanti aku sambung lagi, nak cerita pasal celebrate birthday. Dalam suka ada duka dan dalam duka ada ceria.

Thursday, April 9, 2009

Wad 6U, PPUM dan Sungai Congkak

26 Januari 2009 (Tahun Baru Cina)

Macam biasa, aku, hubby, kakak dan adik pergi Wad 6U, PPUM untuk rawatan cucian luka adik. Sehari sebelum tu dah plan dengan k.G Bistro, mummy and adik-adik nak pergi mandi-manda kat Chamang, Pahang tapi disebabkan keadaan adik terpaksa tukar plan, pegi yang dekat je - Sungai Congkak.



Lepas settle urusan kat PPUM, terus pergi ke rumah mummy. Takdelah seronok sangat sebab tangan adik masih berbalut jadi sekadar pergi cuci mata jelah, budak-budak ni kalau dah jumpa air macam itik.

Kesian kat adik, nak main air tangan berbalut takut basah satu hal pulak nak kena pergi balik hospital, tak pasal-pasal kena bebel dengan Dr. Margaret balik.

Gambar kenangan kat Sungai Congkak.



Lewat petang baru balik. Aku dan family terus balik ke rumah sebab dah keletihan. Pagi esok nak bangun pagi - pergi PPUM.

Wednesday, April 8, 2009

Gambar adik semasa rawatan cucian luka di PPUM

rutin harian

(21 – 25 Januari 2009)


PAGI:
Masa ni Dr. Elina yang buka balutan tangan dan kaki adik. Masa balutan tangan kanan adik dorang bukak, Dr. Elina kata nampak macam dah kena infection jadi kami kena beli krim khas dan jelonet (something macam jaring untuk tutup bahagian yang melecur supaya kulit baru tumbuh semula). Ini adalah kerana dorang tak sponsor benda tu (kena beli kat farmasi hospital jugalah, free sebab keje gomen tapi untuk jelonet kena beli kat farmasi luar PPUM. Satu kotak RM31.90, takpelah pasal anak kurelakan jua. (jelonet tu ada lagi kat umah tak tau nak wat, simpan buat kenangan termasuk krim khas tu)


Dr. Elina cakap kena setiap hari datang untuk cuci dan tukar balutan tangan dan kaki adik. Dahlah plan nak balik kampung raya cina ni tapi apakan daya, nak lagi penting… kenalah berkorban masa untuk dia, sampaikan kakak irah jeles sebab kami lebihkan adik dia.


Begitulah rutinku selang sehari mesti kena pergi untuk cucian luka tangan dan kaki adik. Pagi kat hospital petang kat office, masa raya cina (cuti 4 hari tu, orang lain pergi bercuti kami bercuti juga tapi dekat wad 6U Burn Unit sebab Unit Cucian Luka tu cuma buka office hour je jadi kitorng kena buat kat wad, tu pun sebab adik ada masuk wad, kalau tak kitorang kena buat kat luar. Time cuti kena bayar RM15 (time weekday kena RM5 je) tapi selamat juga sebab guna GL. Boleh dikatakan setiap hari hubby dan Isa teman, kakak Irah ikut time cuti je. Kesian dekat adik sebab pergerakan dia terhad.


Di antara semua balutan tu, balutan kaki kiri dah dibuka dan ok, tangan kiri pun sama, diikuti kaki kanan. Akhir sekali tangan kanan, tak ingat tarikh tepat tapi begitulah keadaan sepanjang rawatan tersebu Tapi tang tangan kanan ada story sedih. Nanti aku cerita. Letihler nak mengarang nih. tungguuuuu.

Monday, April 6, 2009

Unit Cucian Luka, Tingkat 1, Menara Utama, PPUM

HARI ISNIN (19 Januari 2009)

PAGI:
Kat rumah aku dah bagi adik morfin dekat 5ml, kat parking PPUM 3ml. Rupa-rupanya dos yang aku bagi tu terlebih sebenarnya. Nasib baik adik takde pape, salah baca kat cover botol tu. Gile! Patutlah anak aku macam lalok je, sampai doctor geleng kepala "Patutlah anak dia ni rileks je masa cuci luka, rupa-rupanya terlebih morfin".


Kali pertama pergi kat Unit Cucian Luka, Tingkat 1, Menara Utama, PPUM, macam biasa kena ambil nombor, kemudian tunggu sampai nombor kena panggil. Bila dah dipanggil rupa-rupanya kena tunggu pula doctor yang uruskan kes anak aku, Dr. Margaret. Kes anak aku ni diletakkan di bawah plastic surgery & burn jadi diorang kat Unit Cucian Luka takkan buat apa-apa melainkan dengan arahan dari Dr. Margaret sendiri.


Biasalah kalau urusan kat hospital -lama. Lebih kurang pukul 10 lebih doctor Margaret datang dengan anak-anak buahnya (student). Adik dah meraung-raung dah masa start baring atas katil masa nak buka balutan tangan dan kaki dia untuk tukar yang baru.


Dr. Margaret ajar macam mana nak pegang adik yang dalam keadaan meronta-ronta, aku memang tak sampai hati, aku suruh Isa yang pegang, aku siap nangis lagi. Apalagi kena bebellah dengan Dr. Margaret. Kebetulan mood Dr. tu tengah tak ok, mana aku tau.
Sebenarnya dia ok… baik sangat… senang berkomunikasi dengan Dr. tu.


Si Isa lah yang pegang adik jangan bagi meronta-ronta. Dr. ajar macam mana nak pegang masa nak nak buat cucian luka tu. Sampai habis dia yang pegang aku hanya berani tengok je, rasa ngilu perut tengok tangan kanan adik sebab tangan kanan dia yang paling teruk dari tangan kiri dan kaki.


Kesian kat adik… tapi macam mana pun kena buat jugak macam tu… aku kena ulang-alik selang sehari untuk cuci luka adik dan tukar balutan baru.Dr. minta aku pakaikan sarung kaki kat balutan kaki dan tangan adik agar dapat kurangkan kotor pada bahagian tersebut. Dalam masa yang sama takut ada infection.


Lepas dah settle urusan kat PPUM, aku balik singgah kejap kat office nak isi borang cuti. Kat office, k.Yanz, Sue Azim n k.Gja ikut aku tengok adik kat parking kereta. Memang sedih sangat masa tu, aku menangis luahkan perasaan tapi bile aku kenang balik, malunye.

Friday, April 3, 2009

seharian di Trauma & Kecemasan - Kanak-kanak

Lega dapat keluar dari PPUM, antara perkara yang aku tak suka nak hadapi.

Namun dalam pada lega discaj dari PPUM, aku kena mengadap PPUM secara berkala bemula 19 Januari 2009.


TAPI pada 17 Januari 2009.

PAGI:
Sehari selepas adik keluar wad, balutan kat tangan kanan adik dah mula mengeluarkan bau dan aku bercadang nak bawa adik ke PPUM, nak jadikan sebab balutan kaki sebelah kanan adik terbuka tapi dalam masa yang sama aku nak hantar kereta ke bengkel, hubby uruskan sementara aku lepak kejap kat rumah pengasuh lama anak-anakku.

PETANG:
Lepas settle repair kereta, dalam pukul 2 pm aku terus pergi ke Emergency PPUM dan doctor check semula keadaan adik, lama kat di PPUM sehingga doctor on call bagi kes adik ni datang (pukul 6 pm). Doctor yang handle kes nih baik sangat – Dr. Elina nama dia, nak pulak dia tengah pregnant Adik usah cakaplah fobia dengan orang yang dia tak kenal pegang dia, meronta-rontalah dia. Aku tak sanggup nak tengok adik so doctor panggil nurse untuk bantu. Aku cuma nampak tangan kanan adik memang teruk, merah je, ngilu perut rasanya.

Memula doctor bagi morfin tapi tak boleh jugak nak buat kerja, nak tak nak doctor terpaksa bagi ubat bagi adik tidur agar mudah untuk dorang buat kerja. Dr. Elina buka semula semua balutan tangan dan kaki adik pastu balut semula, kami ‘berumahtangga’ sekejap kat emergency PPUM tu. Kakak irah leka main dengan kawan-kawan barunya jadi takdelah ralat sangat tengok dia.

Selepas dah settle urusan Dr. Elina terangkan apa yang patut kitorang buat, thank you so much doc. I appreciate your help.

MALAM:
Doctor hanya benarkan kami balik selepas adik benar-benar sedar. Selagi tak sedar selagi itulah kami tak dibenarkan balik. Akhirnya dekat pukul 11.30 pm baru kami dapat balik selepas adik merengek nak susu dan dalam masa yang sama dah kepenatan.

Kami balik singgah beli McDonalds. On the way balik rumah anak-anak dah tidur, kami pun dah penat.

Lebih setengah hari kami di Emergency PPUM, makan lagilah tak lalu bila tengok keadaan adik.

Cerita mengenai anakku - ammar


OK macam yang aku janjikan sebelum nih, ceritanya bermula begini.

Pada 16 Januari 2009, seperti biasa aku akan ambil anak-anakku di rumah pengasuh. Macam biasa aku melayan kerenah anak-anakku. Menangis, menjerit, bergaduh tu biasa dorang berdua tu.

Masa tu dah pukul 7 pm aku terus masak air untuk buat susu MQA, memang setiap kali balik dari rumah pengasuh dia pasti nak susu. Kebetulan plug dalam bilik dah rosak jadi aku gunakan plug kat sebelah depan (rumahku kecik je, kira macam biliklah bukan macam sebuah rumah). Nak jadikan sebab, aku tau air tu dah masak (aku masak dalam kettle sebab takde cerek), aku pulak leka dengan baju kotor yang nak dibasuh. Terus terlupa alihkan kettle tu, aku terus masuk bilik air untuk mandi dan basuh baju.

Sedang aku leka dalam bilik air, aku dengar kakak menjerit dan adik menangis takut, aku lagilah takut sebab masa tu dah dekat maghrib Akuku keluar, tengok adik ada kat atas air panas tu, kettle tu dah terbalik, tapak kaki dan tapak tangan adik atas air panas. Meraung-raung dia, aku tak boleh lupakan keadaan dia masa tu.

Aku terus angkat adik dan rendam dia dalam besen kat dalam bilik air yang kebetulan penuh. Aku terus capai handphone dan call hubby (aduh! Geramnya sebab hp dia off). Call kak G panik tak tau nak buat apa.

Kebetulan masa tunggu hubby sampai (hubby, mummy dan kaklong), azan maghrib berkumandang. Hubby sampai je terus ambil adik, aku pulak capai beg terus ikut dia tuju ke hospital. Kakak aku tinggalkan pada mummy dan kaklong. Dalam kereta, adik meraung-raung menangis sakit, aku panik, hubby pulak mengomel menyalahkan aku. Aku diam je sebab dahlah dia pandu kereta laju, aku pulak pujuk adik dengan keadaan dia yang meronta-ronta.

Sampai di hospital terus masuk kat emergency bahagian kanak-kanak, doctor datang check dan terus buat apa yang patut pada adik. Masa tu memang kena soal macam-macam, yelah, doctor takut kes dera. Aku jangan cakaplah, dok ulang-ulang jawapan yang sama pada doctor yang berlainan. Memang serius kes tu sebab doctor takut aku dera anak. Doctor cakap keadaan tangan dan kaki anak aku 7% melecur. Tangan kanan yang paling teruk, aku pulak mana pernah ada pengalaman kena soal macam tu tapi lagi takut kalau polis datang. 

Memang lama kat emergency, aku call semua yang rapat dengan aku bagitahu keadaan adik macam mana. Hubby jangan cakaplah memang kalau boleh tak nak cakap dengan aku, memang menyalahkan aku sepenuhnya atas apa yang berlaku.

Masa kat emergency tu, kawan-kawan hubby datang jenguk, anakku yang sulung pun datang jenguk. Datang bawa susu dengan pampers adik. Lepas adik dapat susu baru dia senyap sebab dari lewat petang dia tak minum susu dan menangis sakit.

Hampir tengah malam baru selesai dan adik kena tahan wad, wad 6U (Plastic Surgery n Burn Unit), Menara Utama Kebetulan masa tu adik sorang je baby sebab kat PPUM takde wad khas untuk kanak-kanak kalau yang melibatkan burn macam yang terjadi pada adik.

Malam tu kitorang tidur kat wad, temankan adik. Lepas dah selesai urusan kemasukan adik ke wad aku curi masa balik untuk mandi dan ambil barang-barang yang penting untuk digunakan masa kat wad nanti. Dekat pukul 1 am baru selesai urusan dan lepas ambil barang-barang aku hantar kakak ke rumah pengasuh. Kesian dia tapi nasib baik kakak irah memahami keadaan yang berlaku dan dia ada tanya sambil menangis tengok adik dia. 'Nape ibu masak air panas kat situ...?' huhuhu... sedihnya.






























Ini gambar adik masa kat wad 6U unit. Kaki dan tangan berbalut. Sepanjang malam dia merengek, aku dan hubby bergilir-gilir jaga adik. Sebelah malamnya, nurse datang amik tekanan darah dan suhu badan adik, diorang tanya adik minum susu berapa kali dah, banyak mana. Pampers adik pulak tak boleh terus buang kena timbang dulu.

Pagi esoknya (17 Januari 2009), Doctor Margaret dan anak-anak buahnya datang melawat setiap pesakit beliau termasuklah adik. Doctor Margaret bagitahu yang adik dah boleh keluar hari ni dan perlu datang kembali untuk buka balutan untuk cucian luka. Semua tu kena buat kat tingkat 1, Menara Utama, Unit Cucian Luka.

Dalam pada tu aku teringat kat sorang kawan baikku kerja kat PPUM ni cuma tak ingat kat tingkat berapa, sempatlah aku pinjam charger dia lepas aku bagitahu keadaan anakku dan kebetulan dia kerja kat tingkat 12, bangunan yang sama. Dekat tengahari dia datang jenguk adik, adik pulak merengek-rengek sebab tak dapat nak pegang makanan, kesian dia. Lepas dah selesai urusan discaj adik, kami balik rumah.

Nanti aku story pula rutin harian aku di Unit Cucian Luka.

Gambar anak-anakku


Hi again.

Inilah gambar anak-anakku, yang sulung girl - nama dia kakak irah, yang kecik tu boy - ammar @ MQA.











- 14 Jun 2008 -

Dak Kakak, dahi dia baru beberapa hari kena jahit. Kes kena langgar motor dekat depan umah pengasuh lama.

- 12 Julai 2009 -
Gambar di umah sewa


- 03 Januari 2009 -

Gambar di hospital selepas ambil darah kakak, Doctor suspect denggi. Ni hari keempat datang PPUM check darah kakak irah. Dahlah nak start sekolah 05 Januari 2009, risau gila dibuatnya.\

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...