Followers Remaja Purba

Tuesday, March 19, 2019

Alah.. dia kan boss..


Luahan perasaan..

Dah lama sebenarnya aku cuba bersabar dengan kerenah seorang ketua di tempat kerja aku ni. Tak boleh berbahas bertegang urat dengan dia sebab kesudahannya dia aje yang betul, dia aje yang nak menang.

'Alah.. dia kan boss.. Kenalah dengar cakap boss.'

Aku tahu tu tapi bila melibatkan berkaitan hal kerja ni memang aku akan pertahankan demi kepentingan semua. Mana yang dirasakan bukan mengikut fomat disediakan aku cuba terangkan agar tiada masalah di kemudian hari tapi letih..! Letih sebenarnya berhadapan dengan situasi yang tiada komunikasi dua hala ni.

Kemuncaknya.. baru-baru ini ramai menunjukkan ketidakpuasan hati terhadap ketua ini. Bukan geram, bukan stress lagi dah tapi dah tak boleh control perasaan dah rasanya.

Dia aje yang betul.. Huh! Seperti contoh kes seperti di SINI.. sebab itulah kebelakangan ini banyak entry dalam ni berkaitan emosi!

Sabar yang dah tak boleh sabar dah rasanya..


StatusHati: aarrrgghhh.. 

7 comments:

Zaza Abdul Latif said...

Boss tu mmg dah boss la kan
tapi tak fare la kalau diaaaaaaaaaaaaaaaaaaa je betul sedangkan ada yang salah! hishh sakit jiwa la kena hadap org mcm tu. not good for our health sebenarnya.. huhu

PeRdU cINta said...

Sangat..sangat..sangat tidak best situasi macam ni...PC pernah rasa masa kerja dulu..seronok nak pergi kerja..tapi bila terbayang sikap bos gitu...beku jadinya.

Siti Yang Menaip said...

sebenarnya ramai tak faham konsep jadi boss ni bukan kasi tiket cekik tengkok pekerja bawah. apa salahnya bertolak ansur kan.. xperlu tunjuk kuasa all the time. tegas n sombong x sama.. sabar na.. apa2 pun kawal emosi jangan stress2..

CahayaHannan said...

BW here

norhidana miswan said...

ssh jgk kalau dpt boss gitu kan kak... gred bape boss ko tu kak? boss paling bsr kt company tu ke, or bos biasa je tp jenis over...

Warisan Petani said...

kena jadi bosslah.

Sunah Sakura said...

hurmm...susah jugak tu kalau jenis tak bole terima pendapat orang lain...sedangkan antara kawan2 pun susah nak berbalas pendapat, inikan pulak dengan boss..sabar je le jawabnya...

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...