Followers Remaja Purba

Monday, March 25, 2019

Tiada Gangguan..


Kisah hujung minggu..
Tiap kali berehat di hujung minggu tanpa gangguan adalah sesuatu yang sangat menenangkan. Dipendekkan cerita.. sangat nikmat berehat di rumah, tak perlu fikir hal berkaitan kerja. Cukuplah lima hari aku melalui laluan yang jauh ke tanah jajahan baru serta berhadapan pula dengan boss yang 'dia aje yang betul'.


Kisah hari ini..
Walau cuti sekolah dahpun bermula tapi dak Kakak dengan dak Adik tetap kena ke sekolah menghadiri bengkel yang disediakan oleh pihak sekolah. Sukalah dak Nuha, 'geng gaduh' tiada di rumah.

Aku..?
Selagi kudrat masih ada, selagi itulah rutin harian tidak akan bertukar. Walau lelah macam mana sekalipun, aku cuba kuatkan semangat dan bersabarlah ye #MakBudak..

StatusHati: Pagi ni aku sedikit beremosi - sedih menguasai diri..

2 comments:

Sunah Sakura said...

hujung minggu memang selalu dinanti-nanti kannn..

ejulz said...

semoga terus bersemangat :)

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...