Hari ni genap sebulan aku berada di tempat kerja di lokasi baru.
Bukanlah sesuatu yang menarik untuk dikongsi tapi sebagai tanda sokongan kepada semua yang membantu. Sekadar untuk dijadikan kenangan kusimpan di sini.
Tercatat dalam sejarah akhirnya..
Berlaku jua perpindahan tempat kerjaku. Sibuk + penat usah ditanya. Dalam penat tu, aku berterima kasih kepada mak + abah mertua kerana menjaga dak Kakak, dak Adik dengan dak Nuha sepanjang aku sibuk dengan urusan packing and unpacking barang di tempat kerja.
23 Mac 2018 (Jumaat)
Malam baru selesai sepenuhnya mengangkut barang ke dalam lori.
Sedih tengok lori tu berlalu pergi meninggalkan tempat kerja lama.
Terlalu banyak kenangan di situ. Bertahun aku di situ.. dari zaman #RemajaPurba hingga ke zaman #MakBudak aku di situ.
24 Mac 2018 (Sabtu)
Di tempat kerja baru:
Diteruskan dengan kerjasama semua pihak.
Lori telah sedia ada sejak malam sebelumnya di sini.
Proses pemunggahan dari lori naik ke office baru..
Bertungkus-lumus mengangkat kotak-kotak yang bukan ringan itu.
Susun atur sementara kerana tak sempat nak fikir posisi sesuai lagi.
Paling win..
Dress code: Baju kemeja dan seluar slack..
Berhampiran lokasi ruang partitionku..
Jutaan terima kasih buat semua mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung demi menjayakan misi perpindahan ke tempat baru. Adatlah.. ada barang yang rosak semasa perpindahan. Barang peribadi semua dah bawa balik ke rumah supaya tak mengganggu kelancaran operasi pemindahan barang.
Selesai akhirnya.. perpindahan fasa kedua ke tempat baru.. DAN.. dah selamat melapor diri pada 26 Mac 2018 (Isnin) di tempat baru.
StatusHati: Hanya sekadar mentimun..
selamat bekerja di tempat baru. tinggalkan kenangan di tempat lama. hehe. asalkan dengan company yang sama ye dokk :D
ReplyDelete