Followers Remaja Purba

Thursday, March 21, 2019

Kena SABAR dengan perangai isteri


Kalau seorang isteri kuat membebel, dia sebenarnya penat dengan rutin harian di rumah. Itu belum lagi perlu menjaga anak yang tak nak dengar cakap. Suami pulak tak nak membantu isteri dalam aspek pengurusan kebajikan keluarga. Memang lagi kuatlah si isteri akan membebel.

Sepatutnya si suami mengambil pendekatan cuba memahami keadaan isteri. Bila suami membantu isteri, dia rasa dihargai selain dapat menggembirakan hatinya. Ini sudah tentu dia takkan membebel serta kehidupan keluarga akan lebih harmoni juga tenang.

Isteri ni dia akan kuat membebel bila suami balas balik, jadi jalan terbaik suami kena diam. Lama-lama nanti dia akan berhenti membebel dengan sendirinya. Bila suami balas balik, kau sebenarnya telah charge tenaga dia untuk lebih kuat membebel.


StatusHati: ...

8 comments:

PeRdU cINta said...

Jangan ada provokasi..dan isteri pun kena hati-hati nak membebel walau kadang susah nak kawal perasaan marah dan sebagainya.Kalau boleh sama-sama muhasabah diri.

ejulz said...

sabo je la.. hehe

Nurzakiah Hanum said...

inshaallah

Cik Nor said...

sabar itu yg terbaik..:)

norhidana miswan said...

apakah itu luahan ko kak hehhehe

Shikin Razali said...

Yes, memang betul apa yang awak cakap tue.. kalau tak penat, taklah si isteri membebel.. (hahaha merujuk pada diri sendiri)

Sunah Sakura said...

tapi kalo tak membalas balik, rasa geram pun ada jugak..ahhahaha

Ann Ishak said...

'charge tenaga' tu memang sangat betul :D

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...