Followers Remaja Purba

Monday, May 25, 2015

DAY 2 (Part 2).. Program Teambuilding – Realising Team Spirit di Royal Belum, Perak


Sambungan dari SINI..

Selesai explorace part I di sebelah pagi.. kita layan explorace part II di sebelah petang pulak..
Pagi dah lencun di tengah tasik.. petang kat atas darat pulak..

Confident siap tukar baju.. ingat takde dah bermain dengan air..


Ada 4 acara di darat yang perlu diselesaikan..


Dan..
Ini yang buat aku tukar semula baju..
Ingat tak kena dah memain air ni.. sekali nah.. memang mandi lepas tu..
Tong biru besar ditebuk dan air perlu diisi memenuhi tong tersebut dalam masa yang ditetapkan..

 
Pelbagai gaya boleh dilihat dalam usaha tersebut..


Bangga.. sebab team terakhir yang menang..
Lenguh tangan menahan lubang yang ada tapi berbaloi dan puas hati..


Peluang diberikan.. selepas selesai semua aktiviti..


Flying Fox..
Alah.. celah jemari je.. kecut perut.. memula je.. lepas tu main lagi.. kihkihkih..



Lepas minum petang.. aktiviti santai.. sementara nak tunggu BBQ malam tu.. 

Jurulatih En. Zali (berbaju putih) terlibat dalam kemalangan dalam perjalanan pulang di Gerik selepas program Team Building bagi siri ketiga petang semalam..
Kenderaan yang beliau naiki telah dirempuh dari hadapan.
Beliau kini ditempatkan di Wad 5A, HRPB, Ipoh.
Moga beliau cepat sembuh hendakNYA..


Aktiviti malam.. hari kedua..
Acara kemuncak.. BBQ time..

Gambar atas tu adalah markah-markah setiap kumpulan..
Gambar bawah bersama ikan toman tasik..


Bila sorang dah mulakan, makanya.. kita wefie beramai-ramai..


Ketenangan yang kucari.. tertinggal di sini..


Malam tu tiada aktiviti dijalankan selain dari menternak lemak yang ada dan melembutkan urat-urat yang tegang selepas seharian aktiviti melasak..
Juga masa untuk mengemas.. tak sabar nak balik esoknya..


Bersambung..
Bila nak habis daa..



psstt: I still think of you..



14 comments:

  1. Mak oiii..besarnya ikan toman tu..bleh makan ke tu?

    ReplyDelete
  2. Teringat zaman bekerja dulu... menyertai kursus team building sebagai satu pelarian dari kerja2 pejabat. Bila masuk ke pejabat, semua ilmu team building entah ke mana... ;-)

    ReplyDelete
  3. Dah lama takder team building. Seronok akak tengok.

    ReplyDelete
  4. seronoknya berteam building di royal belum...sedapnya ikan toman tasek ni kalau digulai.

    ReplyDelete
  5. Wah...sama la tempat team building kita....abg azmi yg pegang toman tu mmg terbaik..hehehe...tp aktiviti kami lebih santai

    ReplyDelete
  6. semoga jurulatih tersebut cepat sembuh ya

    ReplyDelete
  7. semoga jurulatih tersebut cepat sembuh ya

    ReplyDelete
  8. Wah seronoknya... Ikan kelah ada tak?

    ReplyDelete
  9. ikan toman? huhuhu.

    mesti kaki pancing nak datang sini kan?

    ReplyDelete
  10. menarik .. opis lama dulu rajin jugak buat aktiviti mcm ni taoi sekali pun aku tak penah join .. byk je alasan aku utk tak pi .. heheh e

    ReplyDelete
  11. Erm lama tul dah tak buat aktiviti2 lasak cenggini...mmg beshhh kan...

    ReplyDelete
  12. team building memang best...time ni lam kenal hati budi kawan-kawan...



    Singgah blogwalking...:)
    Nak tahu ade diabetes ke tak?Jom cek kat sini:
    http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/2015/05/tanda-tanda-diabetes-yang-anda-mesti.html

    ReplyDelete
  13. bestnyer program akak nih... sesekali pergi jauh dr kerja, pergi jauh2 sambil rehatkan fikiran bersama2 membe opis...

    tgk menu bbq pun mcm best je...

    semoga jurulatih akak cpt sihat ye

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...