Followers Remaja Purba

Friday, May 22, 2015

DAY 2.. Program Teambuilding – Realising Team Spirit di Royal Belum, Perak


Sambungan dari SINI dan SINI..

Hari Kedua..
Program diteruskan dengan aktiviti melasak je..
Peserta program dibahagikan kepada 4 kumpulan besar..
Dari 4 kumpulan besar tu dipecahkan menjadi 2 kumpulan kecil..


Warna kenalah yang menarik perhatian.. barulah ceria dan bersemangat..


Kita mulakan dengan senaman ringan..
Ringan tak ringan jugaklah.. pancit sekejap aku rasa..


Tengok gambar ni terasa macam budak sekolah pulak..

Penerengan diberikan oleh jurulatih..
Kena fokus sebab yang nak guna kami semua jugak..

Bekerjasama untuk menyiapkan 2 rakit pelampung bagi setiap kumpulan..


Penerangan diberikan sebelum dimulakan dengan 'water confident'..

'water confident'.. you know what.. masa nilah aku tertelan tersedak air tasik.. kehkehkeh..
Bukan sebab confident tapi sebab memula rasa cuak nak berada dalam air..

Kemudian explorace part I dimulakan..


Dua kumpulan akan menggunakan rakit dari pelampung yang dibuat tadi..

Manakala 3 orang dari setiap kumpulan akan menggunakan rakit buluh..
Tugas mereka ni adalah sebagai perisik a.k.a peninjau untuk mencari di mana letaknya check point..
Manakala rakit pelampung tadi akan mendapatkan point yang telah dijumpai oleh peninjau tadi..


Ni bukan sebab penat tapi sebab tengok dorang baring macam best..
Bila cuba, inilah hasilnya..
Weh.. tak aci sungguh, gambar yang lagi dua orang baring tu takde..
Baru nak viralkan gambar dorang, alih-alih diri sendiri yang terkena..



Dekat tengahari explorace part I ni habis..
Panas usah ceritalah.. dah macam udang kena bakar kulit muka..
Dari 4 check point, hanya 3 kami dapat..
Alasan kukuh.. satu rakit pelampung telah 'cedera'.. jadi tak boleh nak melasak kat tengah tasik tu..
Lagipun tak cukup masa.. kalau kitorang teruskan juga, kena tolak markah..
Dari kena tolak markah, baik balik ke darat..
Kami yang guna rakit buluh siap 'towing' rakit pelampung yang 'cedera' tu balik ke darat..


Pengalaman berada di tengah tasik menggunakan rakit buluh..?
Sangat mengujakan..
Ok aku tipu.. selain dari basah kena air.. yang lainnya banyak bebel.. kehkehkeh..
Kesian dak Ary.. maafkan akak ye.. akak tak marah cuma bebel je..
Aku dok suruh kayuh.. 1.. 2.. 3.. sampai injured dia..
Kesian jugak kat akak yang tengah tu.. dahlah tak berapa sihat, stress dia kat tetengah tu dengar aku bebel.. sampai dia cakap nak tolak aku dalam air.. hahaha..

Apa-apapun satu pengalaman yang berharga dan menarik untuk dijadikan kenangan..
Terasa nak ulang lagi berakit di tengah tasik itu.. namun ntah bila..


Bersambung explorace II.. sebelah petang pulak..



psstt: Rindunya aku pada dirimu..



7 comments:

  1. hehehehe... seronoknya naik rakit...

    ReplyDelete
  2. tabik spring sbb berani berakit di tgh tasik.

    ReplyDelete
  3. Saya paling gerun dengan air kerana saya tak pandai berenang. Pernah juga mengikuti kursus lasak yg perlu berada dalam air, walaupun berada dalam air tapi badan tetap berpeluh dingin - takut!!

    ReplyDelete
  4. Pengalaman berharga sangat tu..Che Mid tengok air tasik pun dah gerun ni nak berakit pulak alahai..

    ReplyDelete
  5. pergh.. rilex je buat "piece".. nasib baik lens camera fokus kat belakang.. hahah

    ReplyDelete
  6. Masa ni la tahap kesabaran di uji kan aiza?

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...