Followers Remaja Purba

Tuesday, May 26, 2015

The Largest Gathering of PERODUA MYVI Cars at SCC


24 Mei 2015.. Ahad di Setia City Mall (SCC)

Kalau tak kerana perlawanan akhir Piala FA, pasti malam tu dah terpacak di Setia City Mall tu..
Tarikan menarik malam tu.. adanya belon panas.. nasib baik dak Nuha tidur..
Dan aku 'tumpang lalu' je depan SCC tu..

Pagi Ahad tu..
Baru kutahu bila adik hubby send gambar..
Rupa-rupanya..
Perodua telah menganjurkan 'Myvi Nation' sempena meraikan ulangtahun ke-10 Myvi..
Seramai 2,613 pemilik Myvi telah mengambil bahagian dan telah mencatat rekod baru di dalam Malaysia Book of Records sebagai perhimpunan kereta terbesar di Malaysia.

Bertempat di SCC tersebut juga, Perodua telah melancarkan Myvi edisi Komemoratif di mana hanya 12 unit sahaja yang dihasilkan dan berada di pasaran Malaysia.
Dari 12 unit tersebut, hanya 10 unit sahaja yang akan dijual, manakala lagi 2 unit adalah untuk pertandingan yang dianjurkan oleh Perodua.. 

Apa yang menarik tentang Myvi model edisi terhad ini?
Bahagian mekanikalnya masih sama dengan Myvi 2015 yang dilancarkan pada Januari lalu iaitu enjin 3SZ-VE 1.5 liter 16V DVVT yang mampu memberikan kuasa sehingga 76kW pada 6,000 rpm dan tork setinggi 136Nm pada 4,400rpm. Ia turut dipadankan dengan transmisi automatik

SUMBER dari SINI..


Sengaja nak merasa sesak dengan lautan manusia, gagah hubby menemani aku ke sini..


Masa aku sampai, belon panas ni dah takde.. 
Takdelah sesak mana pun.. aku sendiri pun tercangak-cangak kat tengah padang depan SCC tu.. 

Apa yang menarik..?
Entah.. sebab aku bukan pemilik Myvi..

Model baru Perodua.. untuk cabutan bertuah..

Peserta yang bertuah dengan hadiah kemenangan Myvi edisi terhad..


Adik hubby je yang tunggu cabutan bertuah sebab beliau antara salah seorang pemilik Myvi..
Aku pulak buat terapi minda kejap dalam SCC tu dengan anak-anak, lepas tu gerak balik..
Lagipun kami kepenatan berjalan seharian semalamnya..
Balik rumah.. rehat..




psstt: Hanya tinggal kenangan..



7 comments:

Nurzakiah Hanum said...

wow

tiga lalat said...

salam. hee mesti meriah tengok myvi banyak banyak ;p

JR said...

Saya pernah miliki Myvi, kereta menjimatkan minyak dan sedap bawa. Tapi lepas beli satu lagi kereta baru, terpaksa jual Myvi. Sampai sekarang kekadang masih rindu dengan Myvi itu...

Daddy Ziyyad said...

saya tak pergi pun, sebab saya membayangkan mesti sesak penuh dengan orang..hahaha

kucen master said...

bahaya wooo.myvi tgh panas sebab FMC.heheee

http://kucenmaster.blogspot.com/

Pengobatan Hipertensi Paru said...

ijin share

logorithm said...

Ada jummpa geng FMC tak? :-D

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...