Followers Remaja Purba

Friday, May 29, 2015

Selamat Pengantin Baru buat cousin di Muar


Entry terperam lama dalam draft..
Sambungan dari SINI sebenarnya..

Masih ada bangunan lama di Pekan Masjid Tanah.. cuma jarum jam ni tidak lagi berfungsi..


Percutian pendek aku ke Selatan..
Memenuhi undangan jemputan perkahwinan adik sepupu aku di Muar..


Dalam perjalanan ke Muar..
 
Pintu Kawalan Pasang Surut Klebang, Negeri Melaka..
Sekadar lalu buat 'lintas hormat' di coconut shake Klebang tanpa membeli..

Dah selalu lalu sini pun masih nak ambil gambar lagi..

Suka tengok ni.. cantik..


Sebenarnya takdelah jauh mana nak ke Muar tu.. tapi sebab nak berjalan-jalan..
Nah.. amik.. hubby bawak jalan jauh..
Cuci mata.. buat terapi minda tengok kiri kanan sepanjang perjalanan..


Di rumah pengantin..
 Selamat Pengantin Baru buat Ida dan suami..
Moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat..



Majlis dimulakan agak lewat, menunggu hujan berhenti..
Namun demikian majlis tersebut berjalan dengan lancar dan baik.. Alhamdulillah..
Pertama kali aku hadiri kenduri kahwin yang masih mengamalkan amalan 'tol'..
'Bayaran tol' untuk melepasi halangan yang ada sebelum dapat bersama pasangan di pelamin..
Tidaklah beria-ia, sekadar suka-suka ceriakan keadaan dengan 'bayaran tol' tersebut..

Majlis akad nikah dibuat di rumah.. simple but nice hiasannya..



Puas bergambar.. puas borak.. puas menyakat.. masa untuk balik..
Dalam perjalanan balik, haruslah singgah di sini..
Terapi minda di kedai kain di Pekan Tangkak..


See.. kan aku dah cakap..
Hubby bawak pusing jalan jauh.. memang seronok tapi penat.. lama nau atas jalan..


Sudahnya.. singgah kat sini..
Salah tempat sebenarnya, tapi takpelah.. rezeki peniaga di situ..




Last but not least.. singgah rumah Pak Ngah aku di Tampin, Negeri Sembilan..
Bayangkan.. dari pagi membawa ke malam kami berjalan..
Hampir tengah malam kami selamat sampai di rumah..
Alhamdulillah.. smooth je perjalanan pergi dan balik kampung ke Selatan..



psstt: Masih ada lagi ke tailor nak terima tempahan baju untuk raya ye..?



4 comments:

Kniedaz said...

Dah lama xbalik johor...tunggu raya la pulak...err...bab tempah baju raya, mesti susah nk cari tailor yg mau...beli siap je la sis...huhu

Qaseh Vee said...

owh , memang byk jalan nak gi ke muo . tangki tengkolok tu klu tak salah kat sepadan muo melaka kan ... adat johor mmg ada tol . berapa lama lah nak lepas tol agaknya tu , hehehee ... dah byk tailor x terima tempahan lah . my kakak buat sendiri je ... saya dah biasa tunjuk dan bayar lepas tu potong sana n sini utk pedekkan ... heeee

Aziela said...

Akk pun x hantar lagi kain. Kalau dah x nak terima, hantar lepas raya lah kot.

Mummydearie said...

Dah lama tak nampak Gunung Ledang *_*

Serius tau, walaupun saya orang Johor, tak pernah lagi membeli-belah kain di Tangkak ni. Best sangat ke? Sesekali nak juga terjahlah.

Kira hebat juga berjalan pergi balik hari sampai ke Muar. Memang penat. Saya dulu pergi balik hari ke Bandar Melaka pun dah penat tak tahu nak kata. Nak buka mulut berbual dalam kereta masa balik pun dah tak sanggup!

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...