Followers Remaja Purba

Tuesday, May 19, 2015

Program Teambuilding – Realising Team Spirit di Royal Belum, Perak


Selepas beberapa hari tidak bersiaran..
 Inilah sebabnya..



Membawa diri.. meninggalkan family.. ke tempat yang jauh dari hiruk-pikuk kota..
Sesekali berada jauh dari dunia luar.. kecanggihan teknologi..

Bersama pegawai dan kakitangaan dari tempat kerjaku kami menyelusuri keindahan di Pulau Pendidikan, Belum, Perak..
Mengikuti program Teambuilding - Realising Team Spirit siri 2 di mana ianya diadakan di sebuah pulau terasing, hanya kami.. tiada tetamu lain.. yang turut ditemani dengan siulan unggas rimba..

Objektif program ini..
Adalah untuk menghayati betapa pentingnya kerjasama kumpulan demi kejayaan organisasi, peningkatan produktiviti dan mutu kerja..
Progam ini juga diharap dapat membentuk diri individu mahupun kumpulan yang mempunyai ketahanan fizikal dan mental..


Menghampiri Jeti Awam di Pulau Banding..


Waktu pergi oklah.. laju je turun bukit menuju ke jeti..
Waktu balik.. bertabahlah dengan beban yang dibawa menaiki bukit..


Antara houseboat yang digunakan sepanjang 3 hari 2 malam di sana..


Perjalanan mengambil masa 1 jam lebih untuk sampai ke Pulau Pendidikan di Tasik Temengor, Belum, Perak..
Kiri kanan depan belakang hanyalah dikelilingi pulau.. semakin jauh kami meninggakan dataran..
Bersedialah mental dan fizikal di sana..

Bersambung.. di SINI..



psstt: Bertabahlah mak budak untuk memutihkan balik wajah yang gelap akibat sunburn..



6 comments:

JR said...

Tidur kat houseboat ke..? Tentu best tidur kat houseboat kan...tambah2 lagi kalau berlaku hujan ribut, hehehehe...

Unknown said...

bestnye sesekali jauh dari hiruk piruk kota kan...nyamaannnn! hihi

AisNy said...

ada yang tido berjalan tak?

aizamia3 said...

JR..
Yup.. tidur dalam houseboat, cuma aktiviti outdoor di buat di atas pulau dan tasik..


aishah nin..
kalau pergi bercuti mungkinlah tapi sebab atas urusan kerja, jadi lebih kepada rasa penat je sebenarnya..


Izni Hafiz Abdul Rashid..
hehehe.. hampir tapi takdelah sampai nak keluar dari bilik.. kalau keluar mahu terjun dalam tasik agaknya..

Suria Amanda said...

Waaa...SA suka...SA cintakan keindahan alam....bedtnya...mcm mn nk pi sini erk...kalau pi by grup mcm ni berapa bayaran erk...

arysha_fayyadh said...

Assalam aiza,
bagus kan program teambuilding ni
tapi iols nyer company tak pernah buat :(

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...