Followers Remaja Purba

Tuesday, February 25, 2014

Jerebu melanda kembali di beberapa tempat di Daerah Klang..?


  • Dah beberapa hari kawasan sekitar perumahan aku menghadapi masalah jerebu/asap yang teruk..
  • Bila lepas maghrib dah mula berbau asap di kawasan luar rumah..
  • Menjelang pagi bau asap dari rumah sampai masuk ke dalam rumah..
  • Bila keluar rumah waktu pagi dah rasa macam tengok kabus mengelilingi kawasan persekitaran..
  • Pandangan pun jadi terhad..
  • Kesian pada anak-anak yang bersekolah..
  • Aktiviti luar bilik darjah dah tentu dibekukan cuma nak berhadapan suasana waktu pagi tu buat aku risau dengan kesihatan anak-anak..
  • Moga cepatlah keadaan pulih seperti sediakala..
  • Tak sanggup nak tengok anak-anak terpaksa berhadapan dengan jerebu/asap tersebut..




psstt: Baju yang basuh bersidai kat luar rumah pun dah tak wangi..




20 comments:

Cik Puan Fadli said...

sama laa kt Putrajaya ni pon...ptg semlm shuben blk keje tpaksa pakai mask...sliding door langsung xleh bukak...dok msk kat dapor pon bleh bau asap masok ikot tingkap...bila tgk ke luar, mashaallah....jerebu terok...masa tu dlm koi 6.30 ptg...cpt laaa ujan...

Nurzakiah Hanum said...

salam dan selamat pagi
singgah sini jap

HeNRieTTa JoSe said...

sni pown mcm jerebu akk..cumanya bukan, seba sini org tgh bakar jerami padi...

ZazaMyMoon said...

betul2 malam tadi pun kita rasa mcm tu juga kat area rumah kita.. bau2 asap.. start harini pulak air dah nak kena catu.. huhuhu berdoa je lah

Rai Ourkizuna said...

haah..pagi2 pun bau asap kat sini kak..

JunAina said...

Kat Kajang pun sama bau asap je bila balik rumah kesan terbakar sana terbakar sini kot.

Daddy Ziyyad said...

saya masuk toilet rumah pagi tadi, pedih mata..terbatuk batuk...jerebu masuk dlm toilet rumah saya! sebab tingkap sisi toilet mmg terbuka

Al Kisah said...

banyak kawasan yang kering dan terbakar akibat panas terik.. mungkin itu penyebabnya..

Pha Is said...

ish3.. smoga cepat turun hujan..bagi clear sikit jerebu2 tu..

amirah said...

jerebu sebab musim panas ni ek ai.? kat melaka tak nampak lagi jerebunya walaupun memang tak hujan2 lagi..tp ada jugak tempat2 yg dah terbakar sana sini..

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Dah musim sekarang ni Aiza ... banyak kebakaran hutan berlaku... kena hati-hati dan jaga kesihatan..

Cho Zila said...

rasanyer jerebulertu.. sebabnyer rasa panas sangat kat luartu.. jaga diri yerk...

norhidana miswan said...

kt sini takde lak kak tp nampak gk lah kadang cahaya matahari tu warna kunin2.... skrg nih banyak hutan terbakar...

Nurfaezah Abdullah said...

muka pun jadi kering kusam kalo terdedah lama ngan jerebu..

Queen Teratai said...

kat port klang ni pun sama kak ai.. bau asap bkn main kuat.. kalau buka tingkap kereta confirm sesak nafas rasanya

Nizam.Ariff said...

Tu belum kena asap semburan nyamuk lagi...

t.a.t.a said...

Area Kuala pun sama dah. Kelabu je pergi kerja tadi.

Umi Nazrah said...

salam singgah. alhamdulillah kami kat Baling ni takda jerebu. cerah terang seperti biasa :)

logorithm said...

Mana penguatkuasa? Orang yang membakar jerami padi secara besar-besaran nih patut diheret ke mahkamah!

UmmuAidan-Arissa said...

dahlah kemarau tak berhujan..tambah lagi ngan asap dan jerebu..mmg seksa kan..

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...