Followers Remaja Purba

Tuesday, December 31, 2013

Berakhirnya Tahun 2013.. dan Selamat Datang Tahun 2014..



  • Apakah yang akan menanti kita sepanjang tahun 2014..?
  • Apakah yang kita inginkan.. impikan..?
  • Apakah kebarangkalian kejayaan itu ada..? Adakah kecewa menanti..?
  • Hanya tinggal beberapa jam sebelum 2013 melabuhkan tirai..
  • Di manakah dan bersediakah kita ketika itu nanti..?




psstt: Esok.. urusan di sekolah agama dak Kakak dengan dak Adik pulak..

last psstt: Lusa.. pasti ramai akan sibuk dengan urusan persekolahan anak-anak.. termasuklah aku dan hubby..




Mari belajar bersama dak Nuha..





 senyum..


 Mana gigi..?


 Mana lidah..?


 Mana mata..?


 Mana rambut..?


 Mana pipi..?


 Mana hidung..?


Itu untuk alihkan perhatian dan Nuha dari mengacau aku main Candy Crush.. kehkehkeh..




psstt: Tengah upload gambar dak Nuha, dak Nuha datang sambil buat aksi yang sama seperti dalam gambar..

psstt lagi: Tiada gambar kenangan semasa Orientasi Darjah Satu dak Adik..

last psstt: Dak Nuha tak nangis masa kena cucuk tapi menangis sebab tak dapat bawak balik mainan kat PPUM semalam.. kehkehkeh..

 


Monday, December 30, 2013

Hari Orientasi Darjah Satu SKBK



  • Hari ni.. seharian aku akan sibuk..
  • Pagi.. dak Adik akan menjalani hari Orientasi bagi murid-murid darjah satu SKBK.. ---> aku tengok dak Adik rileks selamba je..
  • Selain tu, urusan pembayaran pelbagai di sekolah.. harap-harap buku sekolah yang pihak sekolah tersilap beli tu dah adalah hendakNYA..
  • Bila melibatkan persekolahan dak Kakak dengan dak Adik, hubby wajib cuti.. kalau tak.. muncunglah mak budak.. kehkehkeh..
  • Petang pulak urusan di KIDDS, PPUM untuk Imunisasi dak Nuha..
  • Moga urusan hari ni berjalan dengan baik hendakNYA..




psstt: Aku pulak berdebar-debar nak pergi sekolah.. dulu mak dengan ayah uruskan aku kat sekolah.. la ni turn aku pulak uruskan anak-anak ke sekolah.. ---> hidup ibarat roda.. sentiasa berpusing..



Saturday, December 28, 2013

Kan best kalau dapat mandi hujan.. tapi..


  • Entry ni sepatutnya aku publish kelmarin tapi gara-gara line internet takde maka baru ni aku dapat siapkan dengan jayanya..
  • Dah buat report kat TM, dah buat troubleshooting.. rupa-rupanya memang ada masalah line internet area aku.. itupun petang tadi TM hantar mesej..
  • Apa-apun terima kasih pada TM.. kalau tak ok.. aku call lagi buat report lagi.. 

  • Khamis lepas.. sampai je aku kat rumah, hujan turun dengan lebatnya..
  • Dak Nuha duduk kat depan pintu rumah tengok hujan..
  • Bila tengok gelagat dak Nuha, tiba-tiba teringat nak picit tekan cik Nikon.. dah lama tak belek dia..
  • Ajak dak Nuha kat depan pagar rumah.. eeemm.. dia apalagi.. itu yang ditunggu..

 Ajak bergambar takmo dah.. inipun aku paksa..


 Kalau dia senyum.. habis sepet mata.. ---> anak babah..






 Aliran air dalam longkang.. macam dah lama je tak buat gotong-royong..


 Bilalah aku nak menanam semula pokok kat dalam pasu-pasu tu..


 Aku rasa kalau aku tarik dia kat tetengah hujan tu, mau taknak masuk dalam rumah..



Bila dah basah.. pandai pulak mintak bukakkan baju..




psstt: Sakit kepala.. migrain menyerang.. masa untuk rehatkan diri..



Friday, December 27, 2013

Jumaat Terakhir.. 2013..



  • Pelbagai kisah sepanjang tahun 2013 telah aku lalui..
  • Pahit.. ---> simpan jadikan pengajaran..
  • Manis.. ---> aku simpan kat sini sebagai kenangan..
  • Suka.. ---> siapa tak suka.. siapa tak seronok kan..
  • Duka.. ---> biarlah ianya jadi sejarah yang takkan berulang..



Wajah terkini model uncle 'SAM'sung..




psstt: berdebar-debar nak tunggu tahun depan (minggu depan je pun).. orientasi dak Adik.. anniversary.. 'back to school'.. pengasuh anak-anak yang baru.. dak Nuha nak dapat adik baru..?---> yang ni kita K.I.V dulu.. hikhikhik..



Thursday, December 26, 2013

Kisah semalam.. takde sekeping pun gambar kenangan..



  • Semalam ada sukaneka kat taman perumahan aku..
  • Dak Kakak dengan dak Adik join.. aku dengan dak Nuha puteri lilin.. dok dalam rumah tak keluar..
  • Maka sebab tu lah takde gambar nak dikongsikan.. lagipun aku sendiri yang malas nak ambil gambar bagai.. macam tahun lepas.. sekeping pun takde gambar aku.. ---> ayat dengki.. kihkihkih..
  • Apa-apun semalam adalah hari menternak lemak bagi aku dan dak Nuha.. makan.. makan.. makan..


  • Hari ni pulak..rutin harian kembali seperti biasa..
  • Dak Kakak, dak Adik dengan dak Nuha kini kembali ke rumah selepas hampir sebulan di rumah atok.. ---> sebab tu kebelakangan ni takde gambar dorang kat sini..




psstt: Semalam juga genap 9 tahun bencana Tsunami di Banda Acheh, Indonesia.. ketika itu dak Kakak baru berusia 3 bulan 5 hari..




Tuesday, December 24, 2013

Yazid Burger sebelah Din Western di Belakang UNISEL, Seksyen 7, Shah Alam



  • Malam tadi misi menternak lemak berjaya dilaksanakan dengan memakan sesuatu yang besar..
  • Sebelum misi terlaksana, dak Kakak dok merengek mintak guntingkan rambut dia.. tempat pilihan dia kat Giant Klang Sentral..
  • Selesai kat situ, kami terus ke Seksyen 7, Shah Alam..


 Haruslah bergambar dulu dengan dak Nuha..


Kami kembali dengan misi nak cuba kesedapan burger YazidBurger..

 Dak Kakak dengan dak Adik nak makan western food..
Menu pilihan chicken chop kat Din Western..
Asalnya dua pinggan tapi aku mintak dibungkuskan satu set sebab aku tak yakin boleh habis..


 senyum.. senyum.. sebelum diambil gambarnya..


 Ini dia 1/2 Kilo burger ayam yang kami order di YazidBurger..

  • Lain kali nak cuba daging pulak sebab tekak aku tak berapa nak terima burger ayam sebesar ni..
  • Mungkin daging lebih sedap.. sebab aku tengok ramai yang order daging berbanding ayam..


 Nasi Beriani Kambing pilihan hubby..
Hubby balas dendam sebab hari tu tak dapat nak cuba..

  • Kedai makanan yang kami pilih ni memang sangat dekat antara satu sama lain.. dan kami pilih meja memang betul-betul berhadapan dengan Din Western tu..
  • Senang nak order.. senang nak mintak apa yang kurang..
  • Memanglah senang sebab Din Western tu jiran kat rumah kami.. ---> promote jugaklah ni.. hikhikhik..


 Selesai chicken chop.. kita cuba pula YazidBurger..


Nasib baik anak-anak penyelamat sebab dorang belum makan malam sebelum keluar rumah malam tadi..


 Habis..? Jangan mudah terpedaya..

  • Dak Kakak dengan dak Adik cuma makan isi dalam burger tu je.. luarannya aku dengan hubby makan sikit..
  • Masa makan malam tadi, aku dengan hubby gilir-gilir riba dak Nuha sebab kawasan tu tak disediakan kerusi untuk budak..
  • Ada pulak adegan dak Nuha menangis kuat sebab kena tegur tak bagi main sudu.. fuh.. pitching dia takde slow dah.. tukang pujuk.. babah dialah.. kehkehkeh..





psstt: Lepas ni nak cuba Burger Bakar Abang Burn pulak.. berdekatan dengan Jakel Seksyen 7, Shah Alam tu..

psstt lagi: 'Hah!Ibu.. nak makan kat situ pulak.. kakak dah kekenyangan ni..' 'Bukan hari nilah Kakak.. lain kalilah..' hikhikhik..

last psstt: Hari ni aku cuti rehat menemankan family kecik aku kat rumah..



Monday, December 23, 2013

Kejohanan Ping Pong Berpasukan antara Kumpulan di tempat kerjaku



20 Disember 2013
Sehari sebelum Festival Antarabangsa PJ



21 Disember 2013
Pemandangan dari tempat kerjaku..
Nampak ada aktiviti berbasikal, futsal..

Pagi tu sesak sebab dorang tutup sekejap jalan..
Rasa ada lebih setengah jam.. tapi lepas tu ok dah jalan.. Kawalan lalulintas semakin baik..


========================
Aktiviti aku pada hari Sabtu tu..
Kejohanan Ping Pong Berpasukan antara Kumpulan di tempat kerjaku..

Kumpulan Tuah: Merah
Kumpulan Jebat: Biru
Kumpulan Lekiu: Oren
Kumpulan Lekir: Ungu

Antara yang join..






Juara adalah dari Kumpulan JEBAT..
Aku adalah 'Jebat Derhaka..' tak ikut warna tema..


Kisah disebalik baju tu.. 'aku lupa yang aku kena pakai baju warna biru sebenarnya..'




psstt: Tahniah buat semua.. korang memang ohsem..

last psstt: Disebabkan perlawanan habis lambat dan aku dah semakin penat.. makanya takdelah aku redah nak pergi tengok apa yang ada kat PJ International Fair tu..




Saturday, December 21, 2013

Din Western Food sebelah Yazid Burger


  • Aku tahu kat Seksyen 7, Shah Alam tu ada Yazid Burger tapi tak pernahnya berjaya nak rasa burgernya sehinggalah sorang jiran dapat meniaga kat sebelah dia.. ---> Din Western Food..
  • Baru-baru ni, hubby yang teringin nak makan menu barat..
  • Awalnya aku siap tanya kat en. google tempat makan yang best kat area Shah Alam tu.. tapi akhirnya kat Din Western tu jugak yang dipilih..
  • Sebenarnya itu kali pertama kami makan kat situ.. itupun agak lewat sampai waktu kedai nak tutup..
  • Cuma sayang.. aku tak dapat nak cuba Yazid Burger tu sebab dorang tengah sibuk mengemas nak tutup..

Banyak menu.. tinggal nak pilih je..


Hubby yang nak makan chicken chop.. kami ikutkan aje selera beliau..


Walaupun dah hampir melewati tengah malam tapi memasing berselera je aku tengok.. termasuklah aku..


Bersebelahan Yazid Burger tu ada jual Kacang Pool..
Tapi disebabkan dah tutup, tak dapatlah aku nak cuba..







psstt: Hari ni aku terlibat dengan perlawanan ping pong di office aku.. DAN hari ni serta esok akan berlangsungnya Festival Antarabangsa Petaling Jaya 2013.



Friday, December 20, 2013

Festival Antarabangsa Petaling Jaya 21 - 22 Disember 2013




 
Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) membawakan konsep gaya hidup lestari dan kehidupan hijau kepada penduduk Petaling Jaya.
Info boleh didapati di SINI dan di SINI..


Antara program/aktiviti bakal dijalankan dibahagikan kepada 5 segmen:
  • Eko-mobiliti (Eco-Mobility)
  • Komuniti Lestari (Sustainable Community)
  • Taman Pintar (Smart Garden)
  • Gaya Hidup Sihat (Healthy Lifestyle)
  • Budaya dan Kesenian Hijau (Green Arts & Culture)

Sebanyak 41 acara yang bakal berlangsung untuk menjayakan festival ini seperti perarakan, pameran dan jualan kereta hi brid, elektrik dan solar, persembahan akustik hijau, Sistem Pengumpulan Air Hujan (SPAH), taman pintar, PJ Getaway, Bicycle Fun Ride dan lain-lain.


Pengurusan program yang dijalankan secara mingguan dan bulanan seperti penutupan sebahagian Jalan Yong Shook Lin untuk aktiviti berbasikal dan senamrobik, bazar barangan organik, pawagam terbuka (open cinema), sudut artis (artis corner), muzik jalanan (busking) dan speakers corner akan membantu meningkan ekonomi peniaga-peniaga sekitar dan seterusnya menjadi pusat tumpuan pelancong.





psstt: Tetiba rasa tak sabar nak tengok apa yang best kat situ.. ---> mana taknya, dah kalau depan mata tengok dorang sibuk menyiapkan persiapan festival tu..

last psstt: Jom kita ramai-ramai memeriahkan suasana di Festival Antarabangsa Petaling Jaya 21 - 22 Disember 2013 ni..





Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...