Followers Remaja Purba

Friday, April 12, 2013

Semalam di Emergency HTAR Klang..


  • Petang semalam.. atok call..
  • Mukadimah atok.. pertanyaan atok aku layan seperti biasa..
  • Rupa-rupanya ada kisah sebaliknya..

  • Hubby pitam kat rumah.. nasib baik sebelum pitam, hubby sempat mesej jiran mintak tolong hantar ke klinik..
  • Masa tu suhu badan hubby 39.. doctor kat klinik bagi satu suntikan..
  • Kemudian.. Atok bagitau, dorang nak hantar hubby ke hospital terdekat..
  • Ah!Sudah.. nape pulak..
  • Keadaan hubby memang agak teruk masa tu.. ditambah dengan demam on off dekat 2 minggu..

  • Dari office, amik atok dengan nenek terus ke emergency HTAR, Klang..
  • Tak berani nak fikir yang bukan-bukan, nanti aku lagi panic..
  • Berdoa jelah masa tu..

Kali pertama hubby dimasukkan ke hospital membuatkan aku panic + tak senang hati..

  • Di HTAR Klang..
  • Doctor bagitau ada jangkitan kuman sikit kat paru-paru..
  • Keputusan darah pulak kena tunggu 3-4 jam masa tu..
  • 3 botol air masuk dalam badan..
  • Akhirnya dekat pukul 9 malam, baru hubby dapat keluar.. itupun hubby bagitau katil penuh dan takde bilik kosong..
  • 'Yelah tu bang.. cakap jelah abang nak balik kan senang..'
  • Doctor pesan.. kalau demam balik terus datang hospital untuk dapatkan rawatan..
  • Confirm aku bawak ke hospital biasa anak-anak aku dapatkan rawatan..

  • Apa-apapun.. terima kasih kepada..
  • Jiran-jiran yang membantu mengangkat hubby dan hantar ke klinik + hospital..
  • Jiran-jiran yang datang melawat lewat petang semalam..
  • Atok dengan nenek yang teman sampai selesai urusan..
  • Kawan-kawan yang bertanya dan mendoakan hubby..
  • Juga terima kasih Makchaq mengikut perkembangan hubby..
  • DAN buat doctor di klinik, doctor, jururawat dan pembantu di HTAR Klang.. terima kasih atas bantuan yang anda berikan kepada my hubby..
  • Terima kasih banyak-banyak..



psstt: Dugaan.. kita nak cepat, jalan pulak hazabedah sesaknya..


13 comments:

  1. mesti panik,kan...apa2pun semoga kesihatan en suami bertambah baik..

    ReplyDelete
  2. Tak sangka, serius mcm ni sekali. Smlm baca entri, cuma ayat hubby tak sihat. Sy pulak nervous, nak tau keputusan darah. Moga dipermudahkan segala urusan.

    ReplyDelete
  3. harusss panic..
    apa2 pun kita doakan semoga cpt cembuh..

    ReplyDelete
  4. moga suami cepat sembuh seperti biasa ye

    ReplyDelete
  5. Salam aizamia..

    akak yang baca pun rasa panik juga.. Alhamdulillah.. takde apa2 yg serius.. semoga suami awak akan cepat sembuh hendaknya..

    ReplyDelete
  6. aduhh panik kan dik
    semoga hubby cepat2 sembuh ..
    hati risau susah nak buat kerja nanti ..

    ReplyDelete
  7. moga en suami aizamia3 cepat sembuh yer....amin

    ReplyDelete
  8. Kalau masih demam, jangan tunggu lagi. Kalau hubby saya sakit pun, saya panik.

    ReplyDelete
  9. Siapa pun panic bila suami kena masuk hospital. DOa kakak moga cepat sembuh dan terus sembuh. Kena lihat-lihat juga sebab lelaki kadang dia sakit sikit-sikit buat tak tahu. Bila dah teruk baru bertindak. Harap tak berulanglah ye...

    ReplyDelete
  10. seb baik ada jiran2 yg mahu membantu yer,,, demam jgn buat main2 yer.. moga kembali sihat ye En hubby !

    ReplyDelete
  11. Nasib baik sikit jer...memang panik kalau cik abang sakit..

    ReplyDelete
  12. Risau jugak kalau demam on off ni... tapi yg penting dah check dan tak de pape ok le tu... moga cepat sembuh ye!

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...