Followers Remaja Purba

Monday, April 13, 2009

Trauma & Kecemasan di PPUM


18 MAC 2009 (RABU)

Sedihnya, ni aku nak story ni.

Pagi tadi dekat pukul 9 am hati ni tergerak nak tengok telefon, rupa-rupanya ada 'miss call' dari pengasuh anak-anakku. Kebetulan telefon pulak aku simpan dalam laci.

Dalam nada cemas, pengasuh bagitahu tangan adik berdarah banyak, aku jadi panic, tapi dalam panic aku masih sempat bagitahu kat bos kemudian terus balik. Aku rasa berdebar-debar sebab hari Isnin (16 Mac 2009) baru je pergi hospital untuk rawatan tangan kanan adik, dahlah hubby outstation kat Kuantan dan Terengganu.

Sempat call Hubby, Nas, K.G semasa balik nak tengok keadaan anak. Sampai je di rumah pengasuh, adik menangis balik bila nampak je aku. Pengasuh bagitahu tangan adik tak berdarah dah tapi luka dia dalam, aku tengok tangan kanan adik yang kena, jari kelingking - tangan yang belum baik tu.

Pengasuh bagitau, lepas mandikan adik, biasanya pengasuh akan urut tangan adik guna minyak, agaknya dia panik dia cakap adik terpijak tangan dia sendiri. Doctor kat PPUM pun tak percaya, aku lebih risaukan keadaan adik masa tu.

Lagi tertekan hubby takde, aku tak tahu nak bawak adik pergi mana. Bila fikir balik elok aku bawak terus pergi PPUM sebab doctor kat sana dah tau sejarah adik, sempat aku balik ambil barang-barang keperluan adik. Isa, Nas dan Kina datang, kitorang terus kejar PPUM. Sepanjang jalan aku menangis sebab baru sangat pergi PPUM, baru je pakai pelapik khas tu - diburukkan lagi keadaan jadi macam ni.

Nak sampai hospital aku tak tahu nak pergi ke mana.

Aku pergi kat bahagian pesakit luar, diorang amik maklumat kemudian minta kitorang pergi Trauma & Kecemasan untuk Kanak-kanak. Kat situ aku cerita perkara yang sama pengasuh story kat aku dalam keadaan menangis. Doctor minta aku cool dulu kemudian baru cerita kalau tak macam mana diorang nak faham.

Lepas diorang check keadaan adik, lepas dah daftar kat Trauma & Kecemasan, diorang bawak kami ke Tingkat Satu, Unit Cucian Luka. Kat situ tunggu doctor datang untuk check adik.

Dr. Margaret dan Doc. Sew (kalau tak silapler nama dia) check keadaan adik dan mereka bagitau kena bedah untuk tampal kulit. Dalam pada tu Dr. Sew tu temankan kitorang kat Tingkat 2, Bahagian Kemasukan & Discaj untuk daftar masuk wad.

Pukul 12.30 pm baru kitorang dapat masuk wad Kanak-kanak, Tingkat 5 kat Menara Timur. Sementara tu Pakar Bius dan Bedah bagitau apa yang patut kitorang tahu dan aku kena sign borang untuk pembedahan jari kelingking adik (kira jahit balik), sorry bang terpaksa dah takde orang lain nak sign borang tu.

Lepas interview oleh doctor, adik kena puasa bermula pukul 10 am selama 6 jam, adik kena masuk dewan bedah petang ni juga. Nasib baik dia dah makan dan minum susu sebelum sampai PPUM tadi, dalam pada tu adik tidur.

Sementara tu aku minta tolong Isa dan Nas balik ambil barang-barang keperluan (aku list kan), Kina pulak temankan aku jaga adik, macam-macam hal berlaku hari ni, tayar kete pula pecah - tukar tayar - nasib baik ada duit.

Isa dan Nas sampai kat pukul 2 lebih, aku tukar baju dan tunggu time nak turun kat dewan bedah.

Lebih kurang pukul 5 pm kitorang turun kat tingkat dua untuk ke dewan bedah, mula-mula aku seorang je boleh masuk tapi aku minta izin sorang teman aku, Isa masuk temankan adik sementara nak tunggu doctor bersedia untuk ke dewan bedah, aku pulak kena pakai baju khas dari hujung rambut sampai hujung kaki kena tutup, iring adik sampai dewan bedah, lepas Pakar Bius masukkan ubat bagi adik lena aku keluar tunggu kat ruang menunggu.

Dekat maghrib En. Nazrul, En. Gadaffi dan En. Azley datang tapi diorang tak boleh nak tengok pun sebab kawasan tu hanya salah seorang sahaja yang boleh masuk sebab tu kawasan larangan dan untuk mengelak dari pesakit mudah kena jangkitan kuman. Thanks you so much to you my boss sebab sudi datang menjenguk.

Nanti aku upload gambar-gambar adik sepanjang kat PPUM.

No comments:

Post a Comment

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...