Followers Remaja Purba

Tuesday, April 21, 2009

Klinik Surgeri & KIDDS Klinik, PPUM

(30 MAC 2009 – ISNIN)

Hari ni aku cuti sebab nak uruskan adik kat PPUM. Pagi dekat Klinik Surgeri - doctor nak tengok keadaan jari adik. Petang pula dekat KIDDS Klinik - untuk suntikan imunisasi setahun setengah.

PAGI:


Ini masa menunggu turn nak jumpa doctor.

Masa ni Nas on d way datang jenguk. Kitorang pula dalam bilik doctor. Bosanlah tu takde geng.

Lepas tu, doctor bagitahu ikut jadual macam biasalah. Ikut appointment dalam kad kehadiran tu kitorang kena datang balik 11 Mei 2009 ni sebab sebelum ni Doc. Margaret bagi tempoh 2 bulan kat adik. Kalau takde perubahan kat tangan adik dalam tempoh ni keputusan akhir - operate tampal kulit.

Kat pukul 12.30 baru settle. Kitorang terus pergi kat KIDDS Klinik sebab nak datang sebelah petang macam tak berbaloi. Dahlah penat menunggu pagi tadi. Nasib baik nurse kat situ ok. Kelakarlah adik, meraung bila kena suntik tapi bila keluar je dari bilik rawatan tu terus berhenti nangis.

Lunch kitorang makan dekat Mek Kelate kat depan Masjid Dato’ Harun. Menu ok dan berbaloilah. Masa ni aku, hubby dan Nas, adik pula tidur atas meja.

Lepas tu ambil kakak dan terus balik Bukit Kapar. Esok kerja dan petang esok pergi lagi PPUM - Bahagian Pemulihan anggota badan - nak jumpa cik Lily pula.

No comments:

Post a Comment

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...