Followers Remaja Purba

Friday, April 3, 2009

seharian di Trauma & Kecemasan - Kanak-kanak

Lega dapat keluar dari PPUM, antara perkara yang aku tak suka nak hadapi.

Namun dalam pada lega discaj dari PPUM, aku kena mengadap PPUM secara berkala bemula 19 Januari 2009.


TAPI pada 17 Januari 2009.

PAGI:
Sehari selepas adik keluar wad, balutan kat tangan kanan adik dah mula mengeluarkan bau dan aku bercadang nak bawa adik ke PPUM, nak jadikan sebab balutan kaki sebelah kanan adik terbuka tapi dalam masa yang sama aku nak hantar kereta ke bengkel, hubby uruskan sementara aku lepak kejap kat rumah pengasuh lama anak-anakku.

PETANG:
Lepas settle repair kereta, dalam pukul 2 pm aku terus pergi ke Emergency PPUM dan doctor check semula keadaan adik, lama kat di PPUM sehingga doctor on call bagi kes adik ni datang (pukul 6 pm). Doctor yang handle kes nih baik sangat – Dr. Elina nama dia, nak pulak dia tengah pregnant Adik usah cakaplah fobia dengan orang yang dia tak kenal pegang dia, meronta-rontalah dia. Aku tak sanggup nak tengok adik so doctor panggil nurse untuk bantu. Aku cuma nampak tangan kanan adik memang teruk, merah je, ngilu perut rasanya.

Memula doctor bagi morfin tapi tak boleh jugak nak buat kerja, nak tak nak doctor terpaksa bagi ubat bagi adik tidur agar mudah untuk dorang buat kerja. Dr. Elina buka semula semua balutan tangan dan kaki adik pastu balut semula, kami ‘berumahtangga’ sekejap kat emergency PPUM tu. Kakak irah leka main dengan kawan-kawan barunya jadi takdelah ralat sangat tengok dia.

Selepas dah settle urusan Dr. Elina terangkan apa yang patut kitorang buat, thank you so much doc. I appreciate your help.

MALAM:
Doctor hanya benarkan kami balik selepas adik benar-benar sedar. Selagi tak sedar selagi itulah kami tak dibenarkan balik. Akhirnya dekat pukul 11.30 pm baru kami dapat balik selepas adik merengek nak susu dan dalam masa yang sama dah kepenatan.

Kami balik singgah beli McDonalds. On the way balik rumah anak-anak dah tidur, kami pun dah penat.

Lebih setengah hari kami di Emergency PPUM, makan lagilah tak lalu bila tengok keadaan adik.

No comments:

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...