Followers Remaja Purba

Friday, April 17, 2009

Seminggu tangan adik berbalut

(23 MAC 2009 – ISNIN)

Malam tadi aku tidur dekat rumah baru ditemani anak-anak dan jugak Kina dan Nas. Diorang temankan aku selama seminggu dekat rumah baruku sebab hubby outstation. Aku memang minta diorang teman sebab tak berani lagi nak balik 3 beranak, maklumlah kawasan baru belum kenal orang, nak lagi haru takut terlajak bangun pagi.

Pagi ni ada appointment dekat tempat biasalah, Unit Cucian Luka, PPUM. Aku sampai kat hospital pun agak lewat sebab uruskan kakak Irah, nasib baik time cuti sekolah, takdelah ralat sangat.

Dr. Margaret tengok balutan tangan adik ok dan dia bagitahu hari Khamis ni baru bukak balutannya, dia cuma nak pastikan balutan tangan adik tak terbuka. Ttak boleh buka punya sebab pakai sarung kaki bagi jangan kotor balutan tangan adik tu (kali ni aku takde ambil gambar tangan adik, tak teringat sebab badan letih tak cukup rehat sejak dah tinggal jauh ni)


(26 MAC 2009 – KHAMIS)

Macam biasa, pagi aku terus pergi PPUM, masih dengan Kinah dan Nas, budak-budak ni yang teman kitorang, kesian pulak tapi dalam masa yang sama diorang merelakan diri dorang.

Akhirnya balutan tangan adik dibuka, bau usah cakaplah sebab berbungkus dekat seminggu tu yang ada bau. Sama juga masa ketika ulang alik cuci luka dan tukar balutan dulu macam ni juga, sama je.

Dr. Margaret bagitahu 30 Mac 2009 perlu datang semula ke Klinik Surgeri, Tingkat 1, Menara Utama, PPUM untuk check jari tangan kanan adik. Lega sekejap walaupun still risau keadaan jari adik yang belum pulih sepenuhnya tu.

No comments:

Post a Comment

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...