20 APRIL 2009 (ISNIN)
Nasib baik aku dah apply cuti lebih awal. Ini kali pertama jumpa Doctor Pakar Kanak-kanak: masa adik kena tahan wad sebab jari dia kena jahit sebelum ni, doctor suspect dia ada asma: kerap batuk dan selesema tapi takde demam, nak pula doctor bagitahu adik ada tonsil, tu pun buat adik senang diserang penyakit.
Pagi aku lewat dari rumah, kebetulan pula kakak Irah cuti hari ni sebab Sabtu lepas dia ada Hari Sukan Sekolah jadi aku tinggalkan dia dengan adik sepupu hubby kat rumah mummy ditemani oleh Isa. Kebetulan juga kak Rusmini ada order makan nak kena hantar kat office sebelum pukul 11.30 am.
Sampai di PPUM dah pukul 10.30 am, tunggu turn untuk daftar Lepas daftar, kena tunggu pula no. giliran dipanggil oleh doctor, sementara tu hubby balik sebab nak hantar makanan yang kak Rusmini order.
Kali pertama aku dengan adik je di PPUM. Dahlah adik tengah lasak, haru dibuatnya. Masa nurse panggil untuk timbang berat dan ukur ketinggian adik, adik meraung-raung menangis takut.
Dia merengek-rengek taknak duduk diam, aku bagi susu (nasib baik dah buat susu tadi). Dapat susu tak lama lepas tu - tidur. Lega sekejap. Sampai pukul 12.30 pm adik bangun masih tak dipanggil-panggil juga no. giliran adik. Hubby dah datang balik pun no. giliran tak dipanggil.
Lepas settle tu, doctor buat surat minta kitorang refer di ENT pula, Bahagian tekak dan hidunglah tu. Sementara aku daftar kat Bahagian ENT, hubby pergi ambil ubat, 1.30 pm baru selesai semuanya, urusan jadi lama sebab baru diorang guna system baru.
Lepas clear semua kat PPUM aku terus ambil barang-barang order kat office, singgah kejap je kemudian balik.
No comments:
Post a Comment