Followers Remaja Purba

Friday, April 10, 2009

Birthday aku dan PPUM...

28 Januari 2009 (Rabu)

Hari nih birthday aku tapi aku nak uruskan adik dulu, seperti biasa kat PPUM. Agenda utama.


Pagi tu Dr. Elina yang uruskan tangan adik dan Dr. Margaret pun ada sama. Dr. Margaret bagitau yang tangan adik perlu dibedah dan ambik kulit kat bahagian peha dia untuk tampal kat bahagian tepi dan celah jari dia (macam dalam gambar tu) disebabkan dah 2 minggu masih tak sembuh-sembuh (masa yang sepatutnya sembuh adalah kurang dari seminggu, kalau lebih takde pilihan lai - bedah)





Aku dah mula nak nangis. Takde cara lain dah ke? Dr. bgtau kalau nak bagi tangan adik sembuh itu je caranye… dalam pada tu Dr. Margaret bagi aku dengan hubby bincang apa yang patut kami buat tapi senang cakap memang tak bagi kami balik dan perlu masuk hospital hari yang sama. Nangislah apalagi dengan keadaan adik macam tu. Aku call bagitau kat mak dan mereka yang berkenaan mengenai keadaan adik.


Dalam masa yang sama Dr. Elina bagitau macam mana nak buat untuk kemasukan ke wad, kami kena masuk ke wad 6U, sementara nak masuk ke wad 6U, kami kena daftar kat tingkat 2. Selesai urusan tak lama selepas tu kami terus naik ke tingkat 6U, terus masuk bilik khas/menunggu untuk bedah adik akan dibedah pagi esok 29/04/09). Adik dah mula merengek-rengek lapar + ngantuk + letih, tak lama lepas tu dia pun tidur, nasi baiklah ada bawa susu untuk dia.


Aku amik keputusan untuk balik ambik barang-barang keperluan kami sepanjang kat hospital. Nasib baik dah ada pengalaman kena tidur kat hospital, senang sikit nak buat macam mana, sementara adik tengah tudur aku balik, hubby tunggu temankan adik.


Pukul 3.00 pm aku sampai dengan Isa, dia nak ikut tengok keadaan adik. Sampai kat hospital, hubby bagitau tak jadi bedah, pulak? kenapa? Keadaan adik yang tak sihat, batuk selesema buat pembedahan tu terpaksa dibatalkan. Risiko sekiranya dibedah juga takut oksigen tak sampai ke paru-paru, Mula-mula aku ingatkan hubby cakap main-main tapi rupa-rupanya betul.


Pukul 5.00 pm terus check out keluar dari PPUM, lega sangat walaupun jauh disudut hati risau, jadi macam biasalah, selang sehari mesti wajib kena datang untuk rawatan cucian luka tangan kanan adik.

Penatnya, nanti aku sambung lagi, nak cerita pasal celebrate birthday. Dalam suka ada duka dan dalam duka ada ceria.

No comments:

Post a Comment

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...