Followers Remaja Purba

Wednesday, April 15, 2009

Sehari selepas (Wad kanak-kanak Menara Timur, PPUM)

19 MAC 2009 (KHAMIS)

Ini pula gambar sehari selepas jari tangan adik kena jahit, aku dengan tak tidur sepanjang malam, Kina dan Isa teman kat dalam wad (sepatutnya hanya ibu atau bapa je yang boleh tinggal kat dalam wad tapi aku minta Kina temankan aku tapi sib baik nurse sebelah malam baik-baik belaka.



Awal pagi:
Aku dengan Kina turun bawah sebab dah tak tahan sejuk aircond. Pesan kat Isa tengok-tengokkan adik. Tengok betul dia ni. Kitorang naik balik dengar adik menangis sekuat-kuat alam.

Lepas tu adik tak tidur dah. Masa tu pukul 5 am dah ajak main dalam wad. Suruh tidur dia tak mahu.



Pagi tu:
Bawa adik mandi dekat dalam bilik air, sekadar syarat, lepas dah siapkan adik aku pula mandi, tak lama lepas tu Nas datang dan diorang terus pergi beli sarapan.



Kena paksa makan dengan diorang, kalau tak report kat hubby… rupa-rupanya arahan dari hubby suruh aku makan, nak makan macam mana bila tengok keadaan adik. Patutnya tengahari tu dah boleh check out tapi ada miss communication antara nurse and doctor kat situ. Doctor Pakar Kanak-kanak patut check adik dulu sebelum dibenarkan balik tapi petang baru datang.

Dekat pukul 4 pm baru boleh check out. Nas uruskan untuk keluar wad, pastu kitorang balik. Memang dah tak larat dah. Call pengasuh bagitahu aku ambil kakak Irah lewat sikit sebab letih teramat.

Malam ambil kakak Irah pastu balik tidur, letih sangat. Esok pula aku nak pergi office nak apply cuti.

No comments:

Post a Comment

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...