Followers Remaja Purba

Monday, April 6, 2009

Unit Cucian Luka, Tingkat 1, Menara Utama, PPUM

HARI ISNIN (19 Januari 2009)

PAGI:
Kat rumah aku dah bagi adik morfin dekat 5ml, kat parking PPUM 3ml. Rupa-rupanya dos yang aku bagi tu terlebih sebenarnya. Nasib baik adik takde pape, salah baca kat cover botol tu. Gile! Patutlah anak aku macam lalok je, sampai doctor geleng kepala "Patutlah anak dia ni rileks je masa cuci luka, rupa-rupanya terlebih morfin".


Kali pertama pergi kat Unit Cucian Luka, Tingkat 1, Menara Utama, PPUM, macam biasa kena ambil nombor, kemudian tunggu sampai nombor kena panggil. Bila dah dipanggil rupa-rupanya kena tunggu pula doctor yang uruskan kes anak aku, Dr. Margaret. Kes anak aku ni diletakkan di bawah plastic surgery & burn jadi diorang kat Unit Cucian Luka takkan buat apa-apa melainkan dengan arahan dari Dr. Margaret sendiri.


Biasalah kalau urusan kat hospital -lama. Lebih kurang pukul 10 lebih doctor Margaret datang dengan anak-anak buahnya (student). Adik dah meraung-raung dah masa start baring atas katil masa nak buka balutan tangan dan kaki dia untuk tukar yang baru.


Dr. Margaret ajar macam mana nak pegang adik yang dalam keadaan meronta-ronta, aku memang tak sampai hati, aku suruh Isa yang pegang, aku siap nangis lagi. Apalagi kena bebellah dengan Dr. Margaret. Kebetulan mood Dr. tu tengah tak ok, mana aku tau.
Sebenarnya dia ok… baik sangat… senang berkomunikasi dengan Dr. tu.


Si Isa lah yang pegang adik jangan bagi meronta-ronta. Dr. ajar macam mana nak pegang masa nak nak buat cucian luka tu. Sampai habis dia yang pegang aku hanya berani tengok je, rasa ngilu perut tengok tangan kanan adik sebab tangan kanan dia yang paling teruk dari tangan kiri dan kaki.


Kesian kat adik… tapi macam mana pun kena buat jugak macam tu… aku kena ulang-alik selang sehari untuk cuci luka adik dan tukar balutan baru.Dr. minta aku pakaikan sarung kaki kat balutan kaki dan tangan adik agar dapat kurangkan kotor pada bahagian tersebut. Dalam masa yang sama takut ada infection.


Lepas dah settle urusan kat PPUM, aku balik singgah kejap kat office nak isi borang cuti. Kat office, k.Yanz, Sue Azim n k.Gja ikut aku tengok adik kat parking kereta. Memang sedih sangat masa tu, aku menangis luahkan perasaan tapi bile aku kenang balik, malunye.

2 comments:

  1. sedihnyaaa...air mata dah bergenang ni.. ok2 nk teruskan..

    ReplyDelete
  2. Nini:
    Kalau boleh akak tak nak ingat.. tak tahan tengok keadaan adik..

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...