Followers Remaja Purba

Thursday, April 16, 2009

Kisah Pindah Rumah Baru

Nak pindah rumah baru. Tak sabar rasanya.

Dalam pada timbul masalah pada tangan adik, aku dalam proses nak pindah rumah kat Bukit Kapar. Jauh juga tapi rasa bangga sebab hasil titik peluh sendiri. Kakak Irah selalu cakap bila nak pindah dekat rumah besar, kakak tak nak tinggal rumah kecik lagi. Sabar ye kakak, dalam bulan ni juga kita pindah, tunggu babah balik sebab ada sikit lagi barang yang belum ambil dan perlu guna lori.

Sebelum adik masuk hospital dah pindah barang-barang ke rumah baru, masa tu dekat pukul 3.30 am baru settle turunkan barang dekat umah baru, yang datang menghulurkan bantuan: Isa, Nas, Kina, Dayah. Thank you so much dear, mmuuaaahhh.

Ni gambar rumah baruku walaupun takde barang tapi tak kisahlah orang nak cakap apa, yang susah aku yang senang pun aku.




24 April 2009 (Selasa) tarikh bersejarah bagiku di mana secara rasminya aku tak duduk lagi kat rumah sewa (tarikh di mana aku pulangkan kunci rumah kat tuan tanah). Ah! Lega. Sikit pun tak sedih sebab jiran kat rumah lama tu boleh tahan mulut dia cuma aku tak sempat nak hadiahkan cili kat dia. Tak payah nak pening kepala kan kan kan? Lega sangat, tikar getah kat rumah lamaku tu aku bagi kat jiran bawah rumah aku, dia pun pindah tapi tak jauh pun blok belakang rumah sewa tu jugak.

No comments:

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...