Followers Remaja Purba

Saturday, April 18, 2020

Susahnya HatI Aku Ni..


DAY 31 (17 April 2020 - Jumaat)
Takde apa yang menarik untuk dikongsikan tapi aku nak simpan kisah ini di sini sebagai kenangan.

Kisah si Hitam:
Ia hadir ke dalam keluarga kecik kami selepas si Oyen. Dulu tiap kali ia cuba masuk ke dalam rumah mesti aku akan bebel..

'Masuk rumah dah tak reti nak bagi salam?' Awalnya memang ia 'mengiow tanda memberi salam' sebelum masuk tapi bila dah semakin berani sikitpun ia tak hairan dengan bebelan aku.

Antara si Oyen dan si Hitam:

  • Dua-dua ni kucing jantan.
  • Si Oyen lebih manja. Suka mengekor sambil mengiow + bergesel. Aku terpaksa berhati-hati bila berjalan, takut jatuh 😅.
  • Si Hitam kurang sikit nak bermanja, biasanya lepas makan, rehat + tidur.
  • Waktu malam dua-dua tidur dekat luar.

Ni, dua-dua tengah tak sihat, selesema teruk. Aku takde pengalaman nak berhadapan keadaan macam ni.

Buat masa ni kami lakukan penjarakan sosial, risau berjangkit. Tapi anak-anak lagi suka mengusik, dah serupa bermain dengan anak patung dibuatnya.

Aku pujuk hati dan cakap dengan ia berdua, buat sementara ni sabar dulu, ibu belum ada duit nak bawa kamu ke klinik. Ni bukan sebak, terus nangis aku.

#KisahKita: Sabar buat sementara..

1 comment:

Tedi said...

semoga semuanya sihat-sihat belaka

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...