Followers Remaja Purba

Monday, April 27, 2020

Dak Oyen dan Klinik


DAY 41 (27 April 2020 - Isnin)
Hari Keempat Ramadan 1441H
Aku sebenarnya memang dah berniat nak bawa dak Oyen dan dak Hitam ke klinik untuk dapatkan rawatan tapi malangnya Hitam tak mampu bertahan 😭😭😭

Kenapa aku tak bawa lebih awal?
Jujurnya aku tak mampu 😭😭😭 dan waktu dak Hitam pergi meninggalkan kami, terdetik di hati mungkin dak Hitam tak nak susahkan aku tapi aku rasa ralat sangat tak dapat bawa dak Hitam untuk dapatkan rawatan. Maafkan Ibu ye Hitam.. Maafkan ibu.

Berbalik pada kisah dak Oyen..
Di bilik rawatan

Dak Nuha siap pesan:
'Dekat klinik nanti jangan gigit doctor tau, dengar tak Oyen?'

Ketika di klinik..
Dak Oyen satu-satunya kucing yang datang ke klinik ketika itu tidak menggunakan 'cage' kerana:
  • Kami tiada pengalaman.
  • Bukan kucing kayangan.
  • Hanya menumpang kasih dari kami.
  • En. Hubby hanya tawakkal waktu bawa ke klinik dan yakin dak Oyen takkan lari dari pelukan. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik walau pada awalnya Oyen tak nak berikan kerjasama.
 Ubat untuk Oyen
Ada empat hari lagi untuk dihabiskan

Sekarang ni..
Waktu tidur, dak Oyen akan tidur dalam rumah berbanding sebelum ni. Atas rasa simpati + nak bagi ia cepat sembuh biarlah ia berehat di dalam rumah.  Moga cepat sembuh Oyen..

#KisahKita: ...

3 comments:

SILAHHASSY said...

alahai sian oyen. cepat2 baik ye makan ubat betul2 hehe

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

get well soon, oyen..!

ewanthology said...

mujur klinik haiwan dah start buka

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...