Followers Remaja Purba

Wednesday, March 1, 2017

Kau tahu tak camane rupa orang baru dapat kereta?


Kisah pagi semalam:

Rutin mingguan aku pasti akan singgah di stesen minyak ni. Dah biasa dengan layanan yang diberikan oleh pekerja di situ. Cuma pagi tadi aku lewat sampai dan hampir kesemua lorong untuk mengisi minyak dipenuhi dengan kenderaan.

Waktu nak bayar, tiba-tiba dengar pengumuman dibuat tapi aku tak layan sebab dah tentu bukan 'untuk aku'. Rupa-rupanya ada cerita.. patutlah akak tu macam hangin je aku tengok.

'Kau tahu tak camane rupa orang baru dapat kereta?' Akak tu memulakan perbualan.

'eeemm.. nape kak..?'

'Dari tadi tak habis-habis mengemas dekat situ, orang lain nak isi minyak pun tak boleh.' Ni merujuk kepada orang yang guna salah satu lorong untuk mengisi minyak yang ada tu.

'Kau nampak tak apa dia buat?'

'Nampak kak.. dia bukak kereta dia.. besar kereta dia.' Sebab aku parking sebelah kereta orang tu.

'Dia baru dapat kereta tu, sebelum ni pandu kancil je.' Dalam nada memerli dia bercakap. Hahaha.. gelak aku mendengarnya.

'Cuba kau tanya dia, apa yang dia buat dekat situ?'

'Akak nak saya tanya ke.. jap saya tanya..' Saja aku layankan akak tu, bagi dia jangan stress. Gelak akak tu mendengar jawapan aku.


Betul-betul marah akak tu.
Mana taknya.. sepatutnya dah habis isi minyak, beralihlah dari situ, pergi parking dekat tempat yang disediakan. Ini tak.. semuanya kau buat dekat situ dah kenapa?

Takkan tak dengar pengumuman yang dibuat? Semua orang boleh dengar kot sampai semua tengok dia. Aku gelak melihatkan gelagat dia. Bukan apa.. janganlah jadi bodoh sombong dan dalam masa yang sama menyusahkan orang lain.

'Tu kereta boss dia agaknya. Takut boss marah kereta kotor tu yang dia bersihkan.'

'Hailaa.. orang macam ni pun ada jugak. Tak fikir orang lain, pentingkan diri sendiri je.'


Dipendekkan cerita..
Bila ditegur buat kali ketiga, ada ke dia marah balik pada pekerja stesen minyak tersebut. Eh! Kau ni memang takde perasaan bersalahlah. Hati kering-kontang aku rasa. Orang tegur cara elok tu, dengarlah dan alihkanlah kenderaan tu.

Memang masa tu waktu puncak ramai orang nak isi minyak kereta. Kereta tak salah, yang salah tuan punya kereta tu..


StatusHati: Migrain menyerang dari pagi tadi..


10 comments:

norhidana miswan said...

hahahhaa org muda ke tua kak? kalau tua blh bg can kot2 tua kan paham2 jelah...
kalau muda mmg ptt di nyalakan api kt tempat minyak tu je hehehehe

mcm2 peel manusia yek

Norhayati Mohd Isa said...

mmg ada yg mcm ni aiza..
akak dulu pun sakit hati..
kita menunggu punya lama kat blkg kereta dia..
rupanya hanya nak keluarkan duit dan membeli belah disitu..
penyudahnya akak sound jugak
lain kali paring lah tmpt lain..
menyusahkan org ajer nak isi minyak..
tapi boleh buat muka tenuk... aduhai..

Suria Lekatlekit said...

spesis bebal memang sentiasa rasa tak bersalah hahahaha

Nurzakiah Hanum said...

apa nak komen nie ek
bebal

LYAfrina said...

Hahaha..macam2 lahhh..
Tp y x bagus.. Bila tgur dia plok blh mrh org. Ini dg sellllllfishhhhh namanya

Mar Mansor said...

adoi...tak leh terima teguran pulak tu

aryan azra said...

hahaha...macam ini pun ada ye, tak rasa bersalah orang pulak dimarahnya

tiga lalat said...

ketepi! ketepi! bagi wak pulak yg komen., hahar2

ps. ingatkan mkcik yg baharu beli kete., ;p

adianiez AIDA said...

selfish!
bongkak tak tentu pasal :(

Nour Adieb said...

nasib baik takda yg pi calar balas keta dia. jgn sebab slh tuan, keta jadi mangsa. x blh terima teguran pdhl salah sendiri kan

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...