Followers Remaja Purba

Wednesday, March 29, 2017

Al-Fatihah..


Kisah pagi tadi:

'Ibu.. atok tak datang amik pun.' Terkejut aku dibuatnya.
'Kenapa Kakak? Kakak lambat keluar ke..?'
'Takdelah.. Kakak keluar macam biasa.'

Dak Kakak tertinggal van sekolah.
Alahai.. kenapalah boleh jadi macam tu pakcik oii..
Andai ada di antara anak-anak yang naik van/bas sekolah tu terlewat.. Tunggulah dalam 5 minit. Janganlah dari jauh tengok kelibat anak-anak di tempat biasa menunggu tu tiada, terus blah tak tunggu. Cuba bayangkan kalau anak tu cuba kejar van/bas sekolah tapi pemandu tak nampak. Bukan ke kesian pada si anak tu. Dahlah ibubapa bekerja jauh. Kalau dekat.. baik ibubapa tu hantar sendiri anak tu ke sekolah.


Pagi tadi..
Kebetulan chef Hubby kena pergi kerja lebih awal dari biasa. Jadi dak Kakak takde siapa yang boleh diharapkan untuk hantar ke sekolah pagi ni. Sudahnya pagi ni terpaksalah dak Kakak tak hadir ke sekolah.

 
Aku pujuk dak Kakak..
'Tengahari nanti Kakak keluar rumah 15 minit awal dari biasa tunggu dekat tempat biasa. Ibu dah call owner van sekolah mintak ambil Kakak tengahari ni.'

Kesian anak aku tak sekolah pagi ni. Dahlah aku ni spesies tak suka anak-anak ponteng sekolah. Ni orang lain punya hal, anak aku sampai tak sekolah. Berangin aku dibuatnya. Dahlah aku tengah memandu.. hadap pulak jalan sesak.. Nauzubillah.. makin stress jadinya. Sampai ke tempat kerja terbawa-bawa marah ni.


La ni..
Sedang berusaha menenangkan hati..
Ya!Allah.. Ya!Allah.. Ya!Allah..
Kau tenangkanlah hati aku..
Kau lembutkanlah hati aku..
Kau permudahkanlah urusan anak aku hari ni..
Aamiin ya rabbal' alamin..



StatusHati: Al-Fatihah..


 

8 comments:

Normi Nieza said...

lahai..knapa mcm tu..huhu

- dieyana - said...

anak saya pun pernah kena tinggal dgn van sekolah, last2 dia balik jln kaki, jauh juga lah untuk budak darjah satu. huhuhu..itu lah ujian, dugaan mak2 yang bekerja.

Nor Azimah said...

Sabo2x, jgn stress sangat, nk wat camane...

HeNRieTTa JoSe said...

moga semuanya baik baik saja....

Warisan Petani said...

Ya Allah Kau permudahkanlah, jangau Kau rumitkan.

norhidana miswan said...

nk keje senang kak... tak semua driver bas ni nk tungu betul2 anak2 yg biasa dia amik

Nour Adieb said...

ingatkan alFatihah sebab 'atok' tu yg 'pergi', pasai tu x dpt amik dak kakak. rupanya alFatihah sebab lain 😂

Kira Sakura said...

huuuu kesiannya kakak. tu yang kadang terfikir mcm mana nk hantar uwais nt. sebab sekolah ikut alamat rumah. bukan ikut alamat tempat kerja mak bapak huuukkk

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...