Followers Remaja Purba

Friday, February 24, 2017

Bauan yang buat ada tak senang duduk


Aku bukanlah seorang peniaga.. jauh sekali yang online.
Namun, sesekali ada juga bahan jualan yang aku bawa ke tempat kerja.

Sejak tahun lepas, dah beberapa kali aku bawa hasil tuaian jagung dari ladang yang dimiliki oleh jiran rumah aku. Jiran aku tu lah yang ajar aku nak jual macam mana. Maklumlah aku mana ada pengalaman. Hasil jualan jagung tu dapatlah aku belanja anak-anak makan. Seronok rupanya kita meniaga ni. Penat biasalah tapi berbaloi bila tengok hasil jualan tu laku. Alhamdulillah.. win win situations atas hasil jualan jagung tu.


Inilah jagung yang selalu aku bawa ke tempat kerja.


Aku bawa hasil tuaian jagung tu pun bukan selalu, hanya pada waktu tertentu terutama pada musim cuti persekolahan memandangkan jiran aku sibuk dengan rutin harian. Bila ada peluang macam tu, memang aku takkan lepaskan. Setakat ni hasilnya tidak mengecewakan.


Anak tak minat makan jagung rebus tapi kalau dibuat bubur laju je habis.



Selain jagung, ayam golek pun antara jualan yang biasa aku bawa ke tempat kerja. Setakat ni, air tangan my chef Hubby tak mengecewakan. Lagi-lagi bila ada yang suka makan ayam. Semerbak harum baunya bila di bakar di tempat kerja. Resepi..? Jangan tanya aku sebab bukan aku yang buat.. ekekeke..


Seksinya ayam golek tandoori ni
(ayam yang telah siap diperap)


Selain dari ayam golek Tandoori, ayam golek Pandan pun harum mewangi baunya.. eemm.. ni tengah menaip ni pun alahai terbayang-bayang baunya. Minggu depan nak cuba bawa ayam golek percik. Andai respond sehingga daging lerai dari tulang, sedaplah tu dan boleh buka order untuk menu baru.. Aamiin..

Walau hanya sesekali bawa ke tempat kerja tapi Alhamdulillah berjaya berada di dalam hati peminat ayam. Aku dan anak-anak pun turut menyukainya.


StatusHati: Sesekali makan banyak tak gemuk pun.. kihkihkih..


14 comments:

Seorang Syed said...

Ya Allah sedapnyaaaa. Jagung tu kalau saya suka makan buat macam corn in a cup tu. ataupun campur kelapa lepastu makan sekali hehe.

paridah said...

RAJIN AI MOGA BISNIS TERUS JAYA

Aziela said...

Yg penting minat kan. Akk dah cuba, tapi sbb x minat..berhenti tgh jln.

makchaq said...

Sedapnya jagung.... sedapnya ayam...
Free dtg la sg buloh.. bawak jagung & ayam.. suresemangat kami makan...😬😬

LYAfrina said...

Alhamdulillah..rezeki ank2 ..

Mmg seronok berniaga..kdg xdelah untung byk..tp bila ada y beli hasil jualan kt mmg rsa happy x terkata kan..

Suria Amanda said...

Alaaaa...kejam la..terus nak rasa jagung ngan ayam tu...kejam!

amirah said...

uiiii...terliurrrr

norhidana said...

bestnya kak... berjual2 gtu, jagung tu msti fresh compom manis kalau rebus je pun

ayam golek seksi tuh perkkkh mmg menggoda tau

Mar Mansor said...

uit..jagung rebus..pasling laju kat umah saya ni..temasuk yg menaip ni

HeNRieTTa JoSe said...

yummy...klu dekat, rietta pown nk order ayam tu...sedapnye...

Mia Liana said...

sedap... sangat sedap....


pstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #28. blog ini tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2017/02/senarai-url-blog-28.html

pemenang akan diumumkan pada 28/2/2017

dedauncomel.com said...

Terliur pula tengok ayam seksi tu ..

Pha Is said...

jagung tu cuba bakar, mesti diorg suka.. hehehe

Aryan azra said...

sedapnya nampak jagung dan ayam tu...seronok sebenarnya kalau berniaga ni walaupun kecil-kecilan kan nak pulak kalau orang suka apa yang kita buat tu

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...