Followers Remaja Purba

Wednesday, March 8, 2017

Nak ayat anak.. terayat mak..


Penggunaan telefon bimbit buat anak-anak.
Aku tak nak sentuh baik atau buruk kesan penggunaan telefon bimbit tu tapi sekadar nak berkongsi pengalaman yang ada.

Dikala kawan-kawan dak Kakak mempunyai nombor dan telefon sendiri tapi tidak bagi dak Kakak. Dak Kakak masih lagi menggunakan nombor telefon aku untuk berhubung dengan kawan-kawan beliau selain dari telefon rumah.

Mungkin pada sesetengah orang akan mengatakan yang aku kuno, ketinggalan zaman sebab menyekat penggunaan telefon bimbit tapi aku ada sebab yang tersendiri. Pada anak-anak kunyatakan begitu, begini, kenapa, mengapa aku tak izinkan.. DAN aku sendiri tahu potensi anak-anak dalam menggunapakai telefon bimbit.

Syarat dan peraturan yang aku tetapkan membuatkan anak-anak kena patuhi, lambat-laun dorang akan dapat juga kemudahan tersebut. Apa yang boleh aku katakan 'sabar, satu hari nanti baik Kakak, Adik dan Nuha pasti akan dapat..'

Aku takdelah sekat langsung penggunaannya, ada masa-masa tertentu dorang dapat juga guna.. takdelah strict sangat, budak-budak sekarang ni kuat memberontak.. lebih-lebih lagi andai dipengaruhi oleh kawan-kawan.. Nauzubillah.. jauhkanlah dari perkara yang tidak baik menjangkiti hati anak-anak aku.


Disebabkan ada dikalangan kawan-kawan dak Kakak mempunyai nombor telefon aku, jadi memang aku bagi ruang pada dak Kakak untuk menggunakan hanya sekiranya maklumat yang disalurkan penting tapi kalau sekadar nak berhu ha, memang automatik terus ku delete mesej yang ada. Kejam tak..? Kihkihkih..

Group whatsapps jangan ditanyalah.. ada beberapa group dak Kakak, nombor aku turut diselitkan. Mudah untuk memantau tapi ada juga yang jadi macam perbualan ni..



Pukul dua pagi masih online..??


Aku ni kurang berkenan bila penggunaan bahasa yang pada aku kurang sopan tapi kupujuk hati mungkin dia terkejut dan tak sangka yang dia 'salah ayat'. Nak ayat anak.. terayat mak gara-gara tak tahu nombor ni bukan kepunyaan anak aku. Lagi hebat lewat malam, awal pagi. Nak sangat berkenalan.. nah! acik bagi..


Baru-baru ni pun terkena juga..
Dalam cubaan seorang tenaga pengajar mewujudkan sebuah group whatsapps tanpa memaklumkan tujuan sebenar group tersebut. Hanya selepas pertanyaan dilontarkan barulah respond diberikan tapi geleng kepala aku melihatkan ayat yang digunakan. Sepatutnya sebagai tenaga pengajar, penggunaan tatabahasa itu sangat penting, kau kena faham, dalam group tu ada pelbagai ragam dan sikap. Andai tersilap ayat yang digunakan kemungkinan untuk salah seorang sentap tu sangat tinggi. Terangkan secara elok kenapa group tersebut diwujudkan, bukannya dengan ayat yang sekadar dipinggiran tu.



Dipendekkan cerita yang panjang lebar tu..
Sebenarnya.. hari ni aku tertinggal telefon bimbit di rumah.. kahkahkah..
Padan muka aku.. 
Mati akal seharian ni takde handphone.



StatusHati: Hilang rasa lapar hari ni..



16 comments:

Nurzakiah Hanum said...

hehe sabar je la

Anis Azalea said...

erm erm baru 13 tahun? kita 13 tahun masih panjat pokok kot.

idzwa kamaruddin said...

huhuuuuu 2 pagi kot!

uncle gedek said...

takde HP macam orang patah kaki kan?

I feel you!

IK Tia said...

hish bahayalah kak. pukul 2 org lena tdo dia duk nak intro2.

- dieyana - said...

betul tu, saya sokong awk, tk kisahlah org nk ckp sy kuno ke apa, saya tetap dgn pendirian, anak2 tk de hp, tk de facebook etc. sy tau ank2 sy mcm mn, bukan sekat terus, kengkadang diaorng nak main game, sy bg pinjam hp saya... ank2 pun faham. ;-))

Liyana Anuar said...

bahaya tu..

LYAfrina said...

Huhu..budak2 zmn skarang kan..btp lya setuju dgn cra tu.. Xperlu lg ada hp usia camtu. Xpela dianggap kuno..kdg ada hp sdri blh melalai gak.. Tgu la smpai wktu y sesuai bru bg..maybe lps spm ke.. Klo nk hp jgk.. Bg y biasa2 jer just blh sms n call.

norhidana miswan said...

waaaahhh dak kakak ramai peminat yek

mmg tak ptt lah, kul 2 pagi msh berjaga lg bg seorang bdk sekolah? mmg ptt pun akak had kan masa guna telefon nih kak, di depan kite mmg lah kite nampak tp kt belakang kite... kite tak tau... baik kite pantau dr sekarang dr bila dh melarat kan...

heheheh

Mia Liana said...

lahhh tertinggal hp.. sabar ya...

- Mia Liana

Kira Sakura said...

ini yang bahaya bila bagi anak telefon tanpa pantau sebab mungkin anak kita tak buat tapi budak lain buat. dahhhh terpengaruh sama huuuu. takutnya zaman sekarang

HeNRieTTa JoSe said...

penggunaan telefon ank2 perlu dpntau...

Nour Adieb said...

lepas PMR, parents sy hadiahkan simkad tapi my mom yg pakai. abis SPM baru sy diberi pegang fon. sy jenis yg x pgg fon, kdg2 lupa letak kat mana. cuma, bila duk rumah ni baru melekat dgn fon

Pha Is said...

HAHAHAHAHAHA.. mesti gelabah cuak budak tu.. hahaha

Nora Karim said...

pukul 2 pagi tu... umur 13, apa yang dia buat berjaga sampai pukul 2 pagi (T_T) Allahuakbar...

Dr Singa said...

ha ah ..
cikgu kelas anak saya menggunakan bahasa sebegini [ sklh , ptg , hmwk , tbhn .] sangat sakit hati saya tengok !!

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...