Followers Remaja Purba

Tuesday, March 28, 2017

Kesan disebalik dentuman petir yang kuat


Kisah petang semalam..

Guruh asyik berdentum disertai hujan renyai-renyai waktu anak-anak pulang dari sekolah. Selang tak lama lepas anak-anak sampai di rumah, hujan turun selebat-lebatnya.

Nak dijadikan cerita, sedang melayan kerenah anak-anak, tiba-tiba petir berdentum kuat hingga menyebabkan keseluruhan rumah bergelap. Baru melepasi waktu Maghrib pulak ketika itu. Nauzubillah.. terkejut takut anak-anak. Aku berkebetulan tengah pegang handphone.. syukur takde apa-apa berlaku. Allahuakbar.. takut dibuatnya.

Segera aku bawa anak-anak ke ruang depan dan melihat sumber utama punca kuasa elektrik. Alhamdulillah takde apa-apa cuma bila ON semula punca utama kuasa tersebut, ada lampu rumah yang rosak. Telefon rumah dan internet turut tak berfungsi. Rosak gara-gara kejadian tersebut.



Dalam group whatsapps taman perumahan aku, masing-masing dok bercerita keadaan rumah ada yang rosak keseluruhan sistem elektrik, ada pulak tv, peti sejuk rosak, lampu bilik air pecah, malah anak jiran sebelah rumah terasa terkena renjatan sewaktu menutup pagar rumah.

Bila sekali lagi petir berdentum walau tak sekuat yang mula-mula tadi, kelam-kabut dak Nuha mencari tempat berlindung. Dak Adik tergelak-gelak melihat aksi dak Nuha. 'Alah Adik.. Adik dulu pun sama macam Nuha. Tak payah nak gelakkan Nuha adik ooii..'

Aku dan anak-anak Alhamdulillah selamat.. dan pakatlah semuanya tak nak berjauhan dari aku. Dak Nuha merengek-rengek tak bagi aku berada jauh dari dia. Takut punya pasal.

Dalam masa yang sama, aduan kepada pihak Telekom turut dibuat berkenaan talian telefon rumah yang tidak berfungsi penangan dentuman petir yang kuat tersebut. Harap-harap masalah tersebut dapat diselesaikan dengan baik.


Hari ini..

Bangun tidur pagi tadi, terasa sakit mata sebelah kanan, mungkinkah digigit oleh sesuatu..? Bengkak bawah mata sebelah kanan. Harap takde apa-apalah dan moga cepat baik hendakNYA..

Balik kerja petang ni nak selesaikan masalah dengan pihak Telekom berkenaan talian rumah dan internet. Moga semuanya dalam keadaan baik hendakNYA.



StatusHati: ...



9 comments:

saniah ibrahim said...

Memang menakut kan jika ada petir seperti itu.Mujor takde apa2...Alhamdulillah...cuma tentu nya budak2 tu truma bila dengar petir lagi.

Mar Mansor said...

parah kalau ada barang elektrik yang rosak
JanjiKita

paridah said...

KUAT BETUL DENTUMAN PETIR TU MNAKUTKN MOGA AI ANAK SLMT SMUA N SLSAI MSLHNYA

BTS said...

HUJAN LEBAT LATELY..

Nor Azimah said...

Dahsyat tu.

HeNRieTTa JoSe said...

moga semuanya pulih...kesian ank2 tkut....

norhidana miswan said...

boleh tahan kesannya ye kak...

sampai ada yg rosak barang2 letrik...
hrpnya takde apa yg serius lah terjd lps ni....

kalau jd kt kite time sorang2 kt umah... aduh mau nngis

Nour Adieb said...

sy on9 guna laptop sambil cas. pastu tinggai kejap g dapur. tetiba ada bunyi petir. bila dtg balik tngk laptop, dah mati. aduhhh, nasib baik dpt on balik. charger ja yg rosak

Kira Sakura said...

kira yang besar ni pun takut kalau petir kilat tu. tu yang papa pesan dulu kalau Nampak gelap gelita tu. lepas tu guruh bunyi cepat2 cabut semua suis. takut rosak harta benda. bukan senang nak dapat ganti huuu. tp kalau tetiba kilat mcm ni takde petanda mana nak ngejarnya ye tak

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...