Followers Remaja Purba

Monday, March 6, 2017

Kisah disebalik Farm In The City part 1


Macam mana aku dapat tiket percuma Farm In The City?

Kisah ni bermula pada 9 Disember 2016 yang lepas.
Mini Karnival Book2U yang diadakan di dalam bangunan tempat aku bekerja.
Antara aktiviti menarik yang diadakan.. anjuran bersama dengan pihak Farm In The City. Nak tiket free, kena join aktiviti yang ada. Apalagi masa tu cuba nasib.. DAN Alhamdulillah.. rezeki anak-anak.. berbaloi-baloi aku rasa.

Kalau bawa anak memang meriah tapi agak mengganggu tugasan hakiki..


Pemenang bergambar bersama Pengurus Farm In The City


TAPI.. kenapa nak tunggu sampai hampir tiga bulan baru nak pergi..?

Kisah yang INI penyebab utama selain dari chef Hubby tak dapat cuti. Hujung tahun biasalah banyak function yang perlu dihadiri oleh beliau masa tu.


AKHIRNYA..
Selepas menunggu hampir tiga bulan hingga dah nak expired tiket tu, barulah dapat direalisasikan. Pada anak-anak aku hanya bercerita ketika dalam perjalanan nak ke sana. Bila ditunjukkan pamplete yang ada, makin teruja anak-anak nak tengok keadaan sebenar di tempat tu.



19 Februari (Ahad)

Waktu kami sampai ni dalam pukul 10:30 pagi..
Sebelum ke sini, kami dah sarapan sesiap..



The World's Rarest Tortoises
Tak dapat tengok lama-lama sebab dak Kakak dengan dak Adik sibuk desak suruh aku cepat. Tak dan nak bergambar kenangan..


Ajak dak Nuha bergambar dengan kura-kura besar kat sini pun dia tak mahu.
Aku sorang jelah yang jadi budak-budak masa ni.. kihkihkih..


The Biggest Reticulated Python in Malaysia


Sikit punya besar yang dekat atas tu..


Aku tak takut cuma aku geli..
Masa menaip ni pun terasa geli macam ia tengah melingkar dekat bahu aku..


'Ibu.. meh tengok ni..'
Hailaa.. dak Adik saja tau.. dah tahu ibu geli lagi diajaknya tengok..


Nak salin maklumat memang takdan.. maka kita ambil gambar jelah ye..



Mulanya merak ni sombong..
Bila kami nak tinggalkan tempat tu barulah dikembangkan ekornya..



Dak Nuha pantang nampak camera..


'Tak cantik pun ekornya ibu..'
Merak ni dah tua agaknya, sebab tu bulu ada yang tak cantik..


Memandangkan sedari awal aku dah google apa yang menarik tempat ni, bila sampai di rumah burung ni, hanya burung yang kecil-kecil je aku benarkan anak-anak bagi makan. Bukan apa.. takut kalau tadah tangan yang datang jenis besar dan paruh tajam, mahu menangis dak Nuha.. silap-silap terus diajaknya balik. Jalan selamat tengok jelah..


Bab bagi makan dak Adik paling suka..


Comel kambing yang ada ni..


The World's Second Smallest Species of Kangaroo..
Jangan tanya mana Kangaroo nya..
Aku tak zoom pun celah mana ia berada..


'Dari inilah asalnya bantal kekabu yang dekat rumah kita tu..'


Vegetable & Fruits Farm
Geram je aku tengok sayur-sayuran yang ada.. rasa nak petik je..
Tengok dari atas je tak turun pun tapi anak-anak tak teruja nak tengok..



Kalau sesiapa perasan, keliling dalam Farm In The City tu di tanam dengan pelbagai pokok terutamanya pokok buah-buahan. Andai pokok-pokok tu berbuah pasti lagi happening tempat tu kan. Agak-agaknya berapa pulak bayaran dikenakan waktu musim buah-buahan kan..

Ada sikit lagi coretan, nanti aku sambung dalam entry akan datang..


StatusHati: Anak-anak gembira, aku dah tentu puas hati..


9 comments:

adianiez AIDA said...

aida x pernah ke sini lagi.
lom sempat.
ramai member da gi. seronok kata nyer.
anak2 njoi.

HeNRieTTa JoSe said...

bestnye...rietta teringin gak nak ke sini...blom ada kesempatan...benda alah tu, rietta bukan setakat geli je...mmg takut pown...hehehe....

Mar Mansor said...

seronok dapat tiket percuma..enjoy la anak-anak kan

tiga lalat said...

wak tenok pon sonok je farm in the city tuuuh., ;p

LYAfrina said...

Alhamdulillah..rezeki anak2 lah tu..mmg lah seronok kan... Menarik jgk sini.. Klo k kl lps ni..msti msk dlm list tempat ni..budak2 mmg suka sgt la tgk binatang2 nih

makchaq said...

Bukan budak2 je seronok.. yang tak budak pun seronok..
Lagi best dapat tiket free..
Lain kali kalau ada tiket free ajak3.la kami..

uncle gedek said...

Mak ai? ulau kat atas tu?

Ta jadi nak pegi....!

Kira Sakura said...

tempat ni la yang kira paling teringin nak pergi tu huuuu. belum ada rezeki lagi nya

Nour Adieb said...

sy suka tngk ular. dulu, beriya betul ajak kawan p taman ular kat perlis.

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...