Followers Remaja Purba

Saturday, October 1, 2016

Aku tak membela apatah lagi memiliki..


Dah banyak kali sebenarnya bila mana anak-anak merengek nak membela tapi aku pulak belum bersedia. Kali ni tak perlu susah mencari, ia sendiri datang ke rumah kami.



Kucing ni membesar bukanlah sepenuhnya depan mata aku tapi ia adalah kucing yang sangat mendengar kata. Sabar menunggu makanan dari aku setiap kali aku masak di dapur. Malah kebelakangan ni tiap malam ia meneman aku menyiapkan rutin harian di luar rumah.. mungkinkah ia sedang mencari tempat perlindungan untuk beranak nanti?

Malam tadi.. si hitam ini dok mengiau ke hulu ke hilir..
'Dah sampai masa kot nak beranak?'
Aku pulak seriau melihatkan keadaan ia. Teringat kenangan sewaktu terasa sakit nak bersalin, tak senang diri, tak senang duduk aku dibuatnya.

Buatmu si ibu kucing,
Moga proses melahirkan anakmu dipermudahkanNYA.
Aku hanya mampu mendoakanmu dan aku tahu kau seekor kucing yang kuat. Kalau tak.. takkanlah ini bukan kali pertama kan.. 😥
InsyaAllah amin..


StatusHati: Tiba-tiba dia kembali..


2 comments:

Mrs. A said...

Kucing Mrs.A baru jer... beranak semalam. Ini kucing betina yg ketiga huhuhu 5 ekor anak dia.

Maria Firdz said...

comelnya kucing hitam.. dah lama mencari kucing hitam.. tapi ssh btul nk jmpa..

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...