Followers Remaja Purba

Friday, September 2, 2016

Hasil disebalik The Biggest Loser


Pada yang perasan mesti ingat aku pernah bercerita tentang program The Biggest Loser yang bermula di SINI..

Apa hasilnya selepas 3 bulan?
Hanya 4.9kg yang berjaya.

Banyak tu je yang berjaya diturunkan?
Aku cuma suka-suka je sebab BMI aku dah berada di paras normal. Jadi takde sebab untuk aku kurus lagi cuma bagi semangat pada mereka yang join. Seramai 21 orang yang menyertai program ini dan pemenang telah menerima sejumlah RM210.00 di atas kejayaan beliau. Tahniah buat beliau.

Ada cadangan program ini akan diteruskan. Aku tak join kot sebab en. Hubby dah mula tunjuk muka stress waktu makan dekat luar bila aku takut makan nanti berat naik balik, walhal bukan selalu pun.. kahkahkah..


Nasihat aku pada yang nak kurus dan #perasanSlim tu..
Jangan peduli apa orang nak kata, deme nak condemn ke.. nak sindir ke.. nak mengata ke.. buat tak tahu je. Anggap je deme tu cemburu.. Nanti bila dah berjaya, mereka yang dok condemn tu lah datang jumpa kita minta petua macam mana nak slim. Percayalah.. tapi kena buktikan pada deme dulu.. Lepas tu bagi maintain.. macam aku.. kihkihkih..
#BukanSenangNakKurusWeii..


StatusHati: Masih lagi sakit gigi..




10 comments:

Suria Lekatlekit said...

saya ni selalu kata nak diet tapi tak pernah menjadi hahaha.. berat ideal sepatutnya 38-39kg je.. tapi sekarang 40kg. tapi ok la berat saya pernah cecah 43kg dulu.. memang chubby giler. macam penguin dah la pendek hahaha

Kesuma Angsana said...

Salam singgah bila ada kelapangan hari ini. Terima kasih masih sudi bertandang ke blog KA. oklah turun juga. KA BMI dah terlebih ni pun buat dek je he3

norhidana miswan said...

kalau akak obses@fanatik msti akak nk turunkan berat lg kan...

nsb lah en hubby akak jns yg penyayang... akak pun satu dh kurus nk kurus camne lg, nnti mcm org ada penyakit anorexia kang

paridah said...

TAHNIAH DH SLIM N CAPAI TARGET YG DIINGINI

anis abdullah said...

Nak kurus tapi makan masih gembira.....maksudnya makan dengan tak perlu fikir nak kurus. Camne nak kurus kan.?

Pha Is said...

wow.. okay la tuh..

Pha Is said...

tahniah BMi dah normal.. saya masih lagi overweight. hm..
hehhe

Jobdirumah Buat Duit said...

Tahniah dapat turun juga. Usaha tangga kejayaan.

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Banyak juga dapat turun tu akak. Tahniah.

Kira Sakura said...

kira ni walau dalam kategori kurus tapi takut jugak nak cuba2 naikkan berat. takut nanti naik takmo turun2 menanggis terus haaaa

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...