Followers Remaja Purba

Thursday, September 1, 2016

Merdeka Day.. kami di sini..


31 Ogos 2016..
Beberapa hari sebelum tarikh ni, punyalah semangat ingin turut sama meraikan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka, K.L. Siap berpesan pada anak-anak jangan lewat bangun sebab nak bawak mereka merasai pengalaman melihat secara langsung perarakan sambutan kemerdekaan di sana..

Tapi..
Kita hanya merancang, DIA yang menentukan..


Merdeka Day.. kami di sini..
 Dak Kakak, dak Adik, dak Nuha..


Sebenarnya dak Kakak dah lama mengadu sakit gigi tapi asyik tertangguh nak bawa dapatkan rawatan.. ada je halangannya. Asalnya nak pergi hari Sabtu ni tapi memikirkan aku ada hal, ok kita tukar tarikh. Dah alang-alang nak bawak dak Kakak, kuangkut sekali dak Adik dengan dak Nuha. Nak bagi dorang rasa pengalaman rawatan gigi.

Alhamdulillah.. dak Kakak takde masalah pada gigi dia. Dak Adik pun agak ok cuma kena rajin gosok gigi ye. Selain dari itu, gigi dorang cantik, bersih.. sukalah dorang bila Doktor yang check gigi tu puji melambung-lambung. Dak Nuha pulak tak nampak langsung riak takutnya. Cuma doctor berpesan kena rajin gosok gigi.. senyum tersipu-sipu dia. 'Ibu tak nak buat sekali ke..?' Next time lah ye..

Belum sempat doctor panggil nama dia dah baring atas kerusi tu..



Petangnya pulak..
Cuti umum macam ni perut dengan tekak boleh ngam pulak bila asyik nak makan.. makan.. makan.. ditambah pulak hujan lebat.. sejuk je.. dah kentang... masa untuk tidur..


StatusHati: Tak payah tunggu next time, malam tadi aku diserang sakit gigi..


13 comments:

norhidana miswan said...

bgsnya tak takut pun dia

Siti Rohaida Yusof said...

berani lah dia jumpa doktor gigi...auntie ni sampai sekarang takut nak jumpa doktor gigi

Fazleyatul Aini said...

doktor gigi paling takut saya nak pergi
bukan apa, kalau kene tampal tu, mak aih ngilu nyaaaaa tak tahan hoih

Kakzakie Purvit said...

Cute kan Nuha ni.
Doktor pun suka agaknya dpt patient macam ni.

Nurzakiah Hanum said...

wow beraninya dia

Yana Libra said...

bagusnye anak2..saya pun takut2 tau..hehe

jom join GA saya :)
http://thesecretsofleonerz.blogspot.my/2016/08/august-anniversary-giveaway.html

Sue Bee said...

Perkara sama jugak SB buat kat si bongsu..bawa gi doktor gigi. Nasib mood si anak ni bagus memanjang, sampaikan doc cabut pon dia tak sedar.

Elih Japahar said...

Bagusnya tak takut langsung haha..

Rai OurKizuna said...

tak pernah lagi bawak bebudak ni ke klinik gigi.. entah meraung agaknya kalau pergi.. hahaha

Pha Is said...

waa.. bagus2.. jumpa dentist..

sya mimie said...

last check gigi masa prgnt hritu.. hehe..

bgusnya ank2 akk.. x tkut..

Kira Sakura said...

Uwais takut jumpa dokte gigi. tapi lama2 bagi jugak dokte tu check gigi dia hihihi

Mummydearie said...

Bagusnya mereka bertiga. Semua tak takut doktor gigi yerk. Anak bujang saya, baru nama dipanggil masuk bilik, dah bergenang air mata. Saya pun penakut juga kalau sebut dentist ni. Tetiba aje sakit perut, cari jalan nak melarikan diri.

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...