Followers Remaja Purba

Saturday, September 24, 2016

Notis dari Pejabat Kesihatan Daerah Klang


Notis pemberitahuan dari Pejabat Kesihatan Daerah Klang di mana Semburan Kabus (Fogging) akan dilaksanakan pada petang ini di taman perumahan aku telah diterima termasuk hebahan melalui kenderaan bergerak berkenaan notis ini.

Tujuan Semburan Kabus (Fogging) adalah untuk:

  • Menghapuskan nyamuk Aedes dewasa yang membawa Virus Denggi.
  • Mengawal penyakit demam denggi daripada merebak.


Untuk Semburan Kabus (Fogging) yang berkesan, penghuni rumah diminta:

  • Tutup semua tingkap, buka semua pintu bilik dan buka pintu hadapan untuk memudahkan kerja semburan (fogging) di dalam rumah, kawasan sekitar rumah.
  • Tutup semua makanan atau simpan di tempat yang tidak terkena semburan kabus (fogging).
  • Tutup semua suis kipas dan buka lampu di rumah.
  • Pastikan apu dapur di padamkan.
  • Berada di luar rumah dan bawa bersama binatang peliharaan.
  • Pastikan aquarium / kolam ikan ditutup.
  • Jika hujan Semburan Kabus (fogging) tidak dapat diteruskan.
  • Jika cuaca tidak mengizinkan (hujan) semburan akan dilakukan lebih awal.


LUANGKAN MASA 10 MINIT SEMINGGU UNTUK MENCARI DAN MEMUSNAHKAN TEMPAT PEMBIAKAN NYAMUK.



StatusHati: Ya!Allah.. Jauhkanlah kami dari sebarang penyakit..


5 comments:

Nurul Syarfiqa said...

tq for information..

paridah said...

KALAU ADA KES DENGGI KAT SATU2 KWSN BARU ADA FOGGING AI..BIASA GITU..JIMAT KOS

CikSiti said...

pagi tadi menebas semak samun tepi rumah ni haa dah jd mcm hutan. takut jugak kena saman dengan pej kesihatan sebab semak sangat. sekarang sakit badan adeh

Nabila Syifa said...

nyumuk boleh bawak mcm penyakit la ni.Zika bagai

Mummydearie said...

Macam-macam penyakit sekarang ni. Kenalah berhati-hati. Setakat ni takdalah pulak aktiviti fogging di kawasan saya. Biasanya kalau ada kes, mesti fogging ni pun kerap dilakukan.

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...