Followers Remaja Purba

Thursday, December 15, 2011

Buah-buahan Tempatan

Semalam hubby balik dari outstation ke KB, singgah di rumah rakan beliau di Pahang.. Dari minggu lepas aku nak makan buah manggis tapi masa tu buahnya belum cukup matang.. minggu ni pulak belum masak.. Kena tunggu lagilah nampaknya..

Kalau minggu lepas, 2 plastik hitam besar hubby bawak balik buah rambutan kuning dan merah tapi minggu ni tak banyak memandangkan aku dan anak-anak dah puas makan rambutan.. dicampur lagi rambutan dari kampung atok sedara.. wah.. nasib baik tak batuk akibat banyak makan rambutan..

Bangun pagi tadi dah standby bawak sikit untuk anak-anak makan kat rumah pengasuh. Nak keluar rumah dak kakak cakap ada 'rambutan' lagi ibu kat luar rumah.. Dalam hati.. wah.. banyaknya abang bawak balik.. tapi bila aku open the door.. eemm.. ni bukan rambutanlah kakak.. ni durian..

Macam mana aku boleh terlupa yang anak-anakku panggil durian itu rambutan.. huhuhu.. Kenapa letak kat luar rumah..? eem.. buah durian dilarang sama sekali berada di dalam rumah sebab aku tak suka.. hahaha..

'Apa..? Kau tak makan durian.. ah.. rugi..'

Semua tu ada cerita kenapa aku tak makan durian (kalau aku teringin nak cerita nanti aku share..)

Dak Kakak siap pesan kat babah dia, durian tu dia punya.. nampaknya petang nanti aku kena layanlah kehendak dia.. harap-harap senanglah nak kopek sebab dah lama tak buat kerja tu.. kihkihkih..



Pagi tadi ada kebakaran di tepi sungai sebelum tol NPE, api cepat marak, bomba bertungkus-lumus, orang ramai boleh pulak bekerjasama berhenti tengok.. tu sah-sah jalan sesak nanti tu.. Aku siap bagi lampu tinggi pada pemandu yang perlahankan kenderaan sebab nak tengok 'acara' pembakaran tu.. Kita nak cepat, dorang boleh cuci mata pulak..



psstt: rutin harian.. makan ubat.. kena makan ubat calcium..


psstt lagi: tak sabar nak balik kampung, nak petik rambutan sambil makan kat bawah pokoknya..


last psstt: semakin menghampiri gaji terakhir untuk tahun 2012..

17 comments:

  1. Momma pun x makan durian.. mmg ramai yg ckp rugi kalo x mkn durian tp nak buat camne.. dah x leh nak masuk..

    pernah skali tu utk puaskan hati mertua momma makan jugak durian tu.. lepas tu muntah2... haaa padan muka semua org.. jgn la igt kita ni mengada2 bila kita x leh mkn durian..

    ermm... baru jumpa geng yg x makan durian ni.. hehehe... syoknyer.. ada jugak org yg x mkn durian cam momma.. huhu...

    ReplyDelete
  2. anak2 pggil durian tu rambutan?.. hihii.. mmg terkompius la kita sekejapkan.. :-)

    ReplyDelete
  3. Kalau kakak buah durianlah yg paling kakak suka. Lagi pahit lagi umph...

    p/s: memang malas kalau jem hanya kerana disebabkan perlahankan kereta menonton bendalah lain.

    ReplyDelete
  4. Eh, ada kebakaran ke? NPE belah mane nie?

    ReplyDelete
  5. kalau mkn rmbutan @ manggis kat atas pokok lg nikmat kak...petik sndiri, kupas n telan...yummmy... hehee

    ReplyDelete
  6. loppp doyann! hehhe


    http://ch000tz.blogspot.com/2011/12/cabang-yang-tak-mungkin-tersimpul.html

    ReplyDelete
  7. Msred gila durian..... Baru makan durian ritu....

    ReplyDelete
  8. saya suker buah mangga.klu manggis suker jugak.

    ReplyDelete
  9. wowww... baru perasan. rupanya saya pun lama dah tak makan buah2an ni.... ahahaha...

    ReplyDelete
  10. boleh tahan jauh jugak la dari Rambutan ke durian..

    kalau Rambutan ke Pulasan ok lagi.. hahahahahhaa

    ReplyDelete
  11. Fara:
    NPE dekat sungai menghala arah K.L

    ReplyDelete
  12. zulfikar hazri:
    hahaha.. dari dulu.. penat betulkan tapi dorang mesti asyik tersasul..

    ReplyDelete
  13. skrang ni mcm2 buah ada... manggis, durian , rambutan.. tpi suami mmg suka durian

    ReplyDelete
  14. x mkn durian same la gan en aiman kat rumah. X mkn jgk

    ReplyDelete
  15. anis baru balik dr pahang kak..banyak gile rambutan yg anis makan..pai xlarat..weee

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...