Followers Remaja Purba

Thursday, October 20, 2011

Buta ke Mata tu..?!!

Tajuk hari ni memang agak kelihatan kasar..
Pagi tadi ada 3 kejadian yang telah menjejaskan rentak adrenalin aku.. Mood happy bertukar merah + jingga..


Kisah pertama:
Menda ni jadi pun bukan kat jalan biasa atau persekutuan tapi jalan dalam kampung kat PJ ni.. Normallah kalau nak masuk simpang kenalah bagi signal tapi aku nak terus bukan nak masuk simpang sebelah kanan. Kereta depan aku dah betul cara dia nak ke arah kanan.. Aku pulak bersedia nak teruskan perjalanan tak perasankan ada motor sebelah kiri aku yang nak masuk simpang kanan tersebut. Tersentak aku bila motor dia cium kereta aku.. Budak perempuan pakai baju sekolah menengah.. dah salah.. sikitpun tak paling muka minta maaf terus blah.. Kalau aku sorang pagi tadi ye aku kejar budak tu tapi sebab nak hantar dak Kakak terpaksalah aku teruskan perjalanan..


Kisah kedua:
Dah nak sampai kat sekolah dak Kakak, adalah sorang pakcik ni, bawak kereta WAJA terus je keluar dari kawasan rumah dia.. takkan tak perasankan aku yang dah dekat ni.. Dahlah hati tengah panas, aku bagiler lampu tinggi..

Sampai kat sekolah dak Kakak, pakcik WAJA tu bagi hon kat aku tanda tak puas hati.. Aku nekad, kalau pakcik WAJA tu keluar dari kereta confirm ada adegan drama sebabak kat depan sekolah tu.. Bukan maksud aku nak KURANG AJAR tapi susah ke nak belajar bagi laluan kat orang lain dulu..

Pakcik WAJA tu siap berhenti kat tetengah jalan tu depan sikit dari tempat aku parking.. Aku tak tauler apa biji butir pakcik tu cakap pasal aku.. Aku..? Buat tak nampak je – dalam kepala lebih fikirkan pasal kereta.. Alhamdulillah calar sikit je, nasib tak kemek.. Kalau tak lagi aku hangin..


Kisah ketiga:
Parking office..
Aku ingat aku parking senget.. bersungguh-sungguh aku betulkan kedudukan kereta aku.. rupa-rupanya kereta sebelah aku yang senget sampai kalau dia bukak pintu keret confirm kena body kereta aku.. rasa macam nak letak nota ‘nasihat’ kat cermin kereta dia.. tak pun letak buku cara nak parking dengan elok..



Msg hubby bagitau accident pagi tadi.. terus dia call tanya ok ke..? Sebab hubby memang susah nak percaya kalau aku accident.. Syukur takde pape.. dan budak tu pun kira selamatler tak kena ceramah free dengan aku.. Nasib baik jugak kereta calar je, kalau ‘cacat’ terbangler duit.. huhuhu..




psstt: Semalam aku tak muntah-muntah.. syukur.. adakah keadaan ini akan berubah..?



psstt lagi: Perut aku lapar lagiler.. tapi tadi dah sarapan..




last psstt: Apasal banyak sangat psstt ni.. terikut dak zulfikar agaknya ni..

29 comments:

  1. ema paling benci perempuan muda cina bawa kereta besar..berlAGAK giler..

    ReplyDelete
  2. Hati-hati dik dlm keadaan badan macam tu lagi. Ingat ada budak yg dibawa kemana-mana tu. Kalau pepagi dah ada kes accicent walau sikip tetap berdebar-debar kan...

    Kalau dah asyik lapar tu semakin besarlah embrio tu. Bagus juga tanda alahan semakin kurang juga...

    ReplyDelete
  3. mOOd merah jingga.. betul2 hangin tu ^.^

    ReplyDelete
  4. Kakzakie:
    kekadang saya terlupa keadaan diri kak.. nak pulak terlibat dalam accident, lagi-lagi bukan salah saya.. tapi syukur takde apa2 pagi tadi..

    setakat ni rasa macam dah mula nak ok.. moga berterusanlah hendakNYA..

    ReplyDelete
  5. kalau jumpa pakcik WAJA itu saya akan berkenalan dengan dia..pas tue akan bagi dia tazkirah undang2 jalanraya hehehehheeee

    ReplyDelete
  6. memang menyirap kalo bertembung ngan pemandu yang kurang berhemah ni...

    pakcik WAJA tu siap hon lagi tu tak puas hati... apa lah kan.. hikhik, kalo saya lah mahu mulut dah kuar perkataan2 sampah sarap.. hihi.. selalu anak2 tanya, ummy cakap apa tuh..

    ReplyDelete
  7. mujur selamat kan ai

    yg penting tiada kemalangan jiwa :)

    ReplyDelete
  8. Bwk kereta mmg tension. Lagi-lagi kat KL. Ada yg hati kering, menonong je bt tatau. Ada yg suka cari psl, mcm dia sorang je ada penyakit baran.

    Dulu, sy mmg dah betul dlm jln sy. Tiba2, Wira nak menonong masuk jln sy dari simpang kiri. Sy terkejut tp teruskan gak. Tak kose nak emergency brake. Dia tak puas hati, tunjuk isyarat lucah. Sy bt tatau. Tapi dia kejar sy smpi nak masuk NPE. Mmg dia tunjuk samseng. Sy perlahankan kereta dan masuk lane slow. Sy dah nekad, klu die tetap kejar....sy terus otw ke balai. Tapi, sebaik sy slow...dia msh nak tnjk isyarat lucah dan bunyikan hon. Mslhnya, ada sy peduli?

    Hahahahahah!

    ReplyDelete
  9. eh suka suka jer blah camtu kan..say sorry lar..tak de sivik punyer org..nasib baik kamu tak de apa apa larling..

    yayyy mungkin tak de apa apa dah pasni..dah boleh makan dengan jayanya ;)

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah semua tak ape ape walaupun hati panas :)

    ReplyDelete
  11. kesian aiza...
    memang sakit ati kalo terkena dgn orang yg tak reti peraturan ni...
    semua nak ikut kepala dia aje!

    sabar ye aiza...

    ReplyDelete
  12. Kenapa orang boleh berubah perangai sewaktu memandu, ya?

    ReplyDelete
  13. tgh preggy ke?


    hati2..

    yus pun biasa hadapi situasi serupa, orang yg tak tahu parking dgn betul...ni mmg paling geram..huhu

    ReplyDelete
  14. baru tadi jumpa, nak bersembang dgn kawan bawa motor tepi jalan, kereta tu parking tengah jalan. bengang betul tadi.

    ReplyDelete
  15. Salah satu sebab kenapa saya nak migrate ialah sebab saya dah meluat, menyampah dan sedih tengok perangai hazab driver kat Malaysia ni...kurang hajar, tak bertimbang rasa, melulu, suka ambil hak org lain (cutting line/parking!)

    Sama aja perangai azab ni, lelaki, perempuan, pak aji, pak lebai, mat rempit, orang tua...

    Memang mentaliti Malaysian di jalanraya sangat teruk.

    ReplyDelete
  16. hati2 ye aiza...
    mudahan selamat aiza dan family.

    ReplyDelete
  17. cakap sorang sorang dlm keter klu tengah mareh.

    ReplyDelete
  18. syukur xde ape2...kdg2 sesetengah org ni ikut perasaan die je bila bawa kenderaan..xpikir pon psl pengguna jln raya yg lain..

    ReplyDelete
  19. i selalu kerja ronda KL.. jumpa klien..

    dan benda paling menyirap darah, masa lalu kawasan sekolah cina time budak2 nak balik

    masa parking dekat complex2 office...

    semua sebab apa? sebab besar kepala dan selfish


    p/s taknak tulis p/s kali ni....

    p/s aikk tak sedar dah tulis p/s dah dalam p/s kat atas dan yg ni....

    ReplyDelete
  20. kesiannya kak aizamia.. memang kalau bawa kereta selalu macam tu kan.. kita dah berhati2, ada ja orang cuai yang selalu naikkan hot temper kita...

    saya pernah begaduh dengan pacik pemandu teksi gara2 keluar simpang tiba2... sakitnya hati bila bawa laju tiba2 dia kuar macam tu ja dari simpang pastu bawa slow... grrrrrrrr..

    ReplyDelete
  21. sabar kak. menyirap je kan kalau drive macam tu. plak pemandu lain jenis tak reti nk hormat. sabar ok :) smile..

    ReplyDelete
  22. bawa kereta dengan ibu / bapa duduk di sebelah, lagi stress.

    ReplyDelete
  23. heheheh sabar.. sabar... dugaan tue.. Alhamdulillah dah x muntah2... lps ni konfom asik nak makan ajer... hehehehe

    psttt: lama queen x jenguk sini.. bz ler...

    ReplyDelete
  24. pergh, langsi gak diorng ni.. hmm mcm mana la leh dpt lesen memandu...

    ReplyDelete
  25. salam kenal dari saya, Asy Faro.
    setiap kali menulis entry d blog, target saya adalah untuk menceriakan dan mencuit hati sesiapa saja yang membaca. jadi saya nak ajak kamu usha blog saya untuk mengetahui kritikan dan pendapat kamu terhadap penulisan saya. be my follower is an extra bonus for me (if n only if u find my blog interesting) =D

    ReplyDelete
  26. sib baik sikit je kena ' cium" kereta ngan budak sklh tu ye..
    Pasal p.cik waja tu..kadang mmg ada yg dia x rasa lansung dia yg salah..kita plk yg dia pandang semacam..akak pun pernah kena..geram juga rasa..tp malas nk layan..biar kan je lah org mcm tu..
    Alhamdulillah Ai dah makin sihat tu..baby pun dah makin ' sporting"hehe. Take care ye..

    ReplyDelete
  27. x bole elakkan..kalau kite hati2, org lain plak x hati2..kene jugak!!

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...