Boleh dikatakan hampir setiap hari aku akan update status terkini kat sini.
Blog Mak Budak a.k.a Remaja Purba ni pun dah jadi sebahagian dari Diari hidup aku dan family.
Pelbagai kisah pelbagai cerita ada kat sini. Sampai satu tahap apa aku nak taip kat sini.. tapi bila dah habis.. aik.. ada pulak idea yang boleh aku kembangkan rupanya.. macam sekarang ni..
Walau tak ramai komen tapi aku tahu tentu ada silent reader antara korang semua.. hikhikhik.. perasan betul mak budak ni.. Aku amat berterima kasih pada korang semua termasuk silent reader aku yang setia bersama blog aku sehingga entry ini dipublish untuk tatapan korang.. Sayang korang ketat-ketat..
Semalam tak dapat pun lagi buah langsat yang aku nak.. sebab balik kerja semalam dah tak larat sangat-sangat.. Nak lalu pekan Meru lagi nak muntah aku rasa.. penyudahnya sampai la ni ternampak-nampak buah langsat tu.. Sedih tak dapat tapi kupujuk hati.. sabarlah wahai tekakku yang gedik ini.. Petang nanti akan kuusahakan bagi lega tekakku ini.
Hari ni.. eemm.. aku nak pergi TMNET nak survey pasal streamyx..
Kenapa nak tukar..? Perancangan masa depan.. Maklumler dalam rumah aku takleh online guna orang hijau, takkan masa aku cuti panjang nanti aku nak bertunggu-tangga kat pondok depan rumah pulak kan...
Mintak tolong hubby sampai la aku belum dapat feedback lagi.. takpe.. kali ni biar aku buat sendiri.. sori ye bang.. perasaan tak sabar menguasai diri ketika ini.. Wah.. lepas ni bolehlah aku sambil baring layan lappy.. Belum dapat dah jauh aku berangan.. takpe.. bukan guna duit aku tapi.. hikhikhik.. mulalah gedik datang..
psstt: Ada sape-sape nak pergi Langkawi.. Aku nak kirim belikan coklat dari sanalah..
31 comments:
saya dah hampir 4 tahun guna stremyx.
setakat ni sangat puashati..:)
guna je streamyx
jimat dan laju
errrr sya pun masih pk2 nak guna yg mana... hehehehe
sya nak g langkawi tahun depan la.. bole ker? hehehe
Kakcik masih setia dengan streamyx walaupun sebelum ini ada juga ura2 nak tukar kepada yang lebih canggih (kononnyalah). :)
nak subscribe unify je nanti
senang nk bisnes...
hehe
ndak pernah lagi guna streamyx ndak tahu keupayaannya
Teringin nak makan cokelat ke?
Tau tak Cocoa Tree? Kedai yg jual cokelat? Cokelat yg Langkawi ada jual pasti ada kat Cocoa Tree tp org kata Cocoa Tree punye cokelat, kualiti lagi bagus dan fresh dari Langkawi. Wallahualam...
Sbnrnya, kawan sy ada keje kat Cocoa Tree. Sy ley rekemen kat awak. Harga dia taklah murah berkali ganda dari Langkawi tp murah dlm RM1-RM2 dr Langkawi bergantung pd harga semasa (betul, cokelat pun ada harga semasa sbb import terus dr oversea-sama dgn cokelat Langkawi gak). Klu awak nak, sy ley tlg orderkan.
=D
beli langsat tu sebelum habis musim.
ops..aku dh klick iklan
prince gune broadband jer...
unifi superb gak
orang hijau tu apa?
tunggu unifi lah
~ yus ~:
akan bertukar ke jugak.. ;)
Anum:
akan buat.. ;)
QueeN TerataI:
eemm.. rasa macam lambat je nak tunggu tahun depan..
kakcik:
kalau tak kerana tempat saya tu tak boleh langsung guna orang hijau, takdenya saya nak tukar.. huhuhu...
Aku Ibu Muda:
belum ter termampu lagi.. hikhikhik..
Kancil 8349:
takpe.. takpe..
ai terpaksa tukar.. untuk kepentingan jangka masa panjang..
Mommy Fara:
wah.. macam menarik.. ;)
kat mana tempatnya..
abghani:
balik nanti mesti beli..
oh.. tq.. ;)
Prince Halilintar:
area rumah ai tu tak boleh guna bb kat dalam rumah.. tu yang kena tukar jugak tu.. :(
ikutkan hati nak guna je apa yang ada..
ORLANDO AHMAD:
eemm.. belum bersedia nak ke unifi..
Rina AVAIL a.k.a Cik Betty:
orang hijau - maxis..
gedek:
belum ada yang nak sponsor lagilah uncle.. :(
Apa yg Langkawi jual, sure Cocoa Tree akan jual benda yg sama. Tmptnya kat Ampang. Tp everytime sy order dr dia, dia akan terus anta ke tempat keje sy. Sy ley tlg order klu awak nak. Psl pembayaran, kawan sy akan sediakan invois Cocoa Tree tu sendiri (kira beli dgn harga borong tanpa perlu beli secara borong!)
saya tepaksa guna brodben sebab saya aktif gerak sana sini... huhu
boleh mati tanpa internet kan kak..kekeke...kalau tini xde internet, rasa x bermakna hidup haha
org hijau ape ye.blur kejap.huhuuu
streamyx is better
u duk klang ke?
dun worry i selalu baca blog u.. kengkadang je tak komen...
ehh boadband maxis dah launch boadband home.. try tengok...
aku pki bb je.. :D but in future, nak pakai unifi ;)
elok amik streamyx je sbb laju gila tp tak portable lah. tu je kekurangan :)
Post a Comment